Friday, December 03, 2010

Obsesi Pada Salji Itu Mungkin Satu Seni : Mitos Zaman Kanak-Kanak Bila Menonton TV.


Salam.
Senyum.
Apa khabar kamu semua?

Di beberapa kawasan dunia, musim sejuk telah tiba dan salji sudah turun. Ah, melihatkan gambar rakan-rakan yang bermain salji serta menulis status suhu di tempat masing-masing. Ada yang sehingga negatif dua puluh empat (-24) darjah Celcius dan merungut tentang betapa sejuk hingga tidak dapat merasai kehangatan tangan sendiri (apa kata kamu letak di bawah punggung?)

Ketawa. Kawan aku kata punggung dia pun sejuk jadi aku beri cadangan lain yang membuatkan dia kata aku keji. 

http://farm5.static.flickr.com/4054/4254061554_ae0d638fcb.jpg
[Gambar : Bila nak pergi main salji ni?]

Obsesi pada salji.
Aku seorang yang gemar dengan cuaca dan suasana sejuk. Malangnya aku belum pernah ke negara empat musim dan merasai salji sebenar. Kalau setakat buatan di Malaysia ini, budak-budak pun gelak-gelak sahaja kan? Jadi, untuk melampiaskan keseronokan tentang kesejukan itu sendiri, aku biasanya mengambil pendekatan mudah yang hampir semua kenalan aku tahu.


Ya, gantikan obsesi salji kepada ABC.
[Bagi yang tidak pernah lihat muka aku pakai cermin mata sewaktu zaman belajar, ya, ini mukanya. Tahun akhir kalau tidak silap aku. Cemin mata berani mati]

ABC dan segala makanan sejuk (termasuk aiskrim kadangkala) adalah perkara wajib apabila aku menghadapi tekanan belajar. Pernah satu ketika dahulu, makan ABC tatkala hujan lebat dan kilat sabung menyabung (orang lain sibuk makan sup panas, aku minum ABC). Kegilaan sehingga kini yang sudah dikenal pasti oleh kenalan baru.

Kawan 1 : Jom minum petang lepas riadah. Cuaca panas ni.
Kawan 2 : Minum cendol bagus juga.
Kawan 1 : Budak Zara mesti nak ABC.
Kawan 2 : Pagi-pagi pun dah minum Nescafe Ais.
Aku : (tersengih)

Sekarang bila dah semakin dewasa (sampai buka cermin mata dan letak di tepi), aku lebih gemar duduk sendirian dan nikmati minuman kegemaran ini sambil membayangkan, apakah kita boleh buat ABC dari salji.

http://www.plazametrokajang.com/upload/promotion_39_1.jpg
[Gambar : Aku percaya semua blogger mesti minum ini. Ketawa]

Itu pengganti paling cepat bila aku mengalami tekanan saat ini.
Mudah bukan?
Lagipun, memang ada kena mengena dengan blog.
Ketawa.

Mitos Zaman Kanak-Kanak.
Kalau dulu, boleh tengok salji dalam televisyen sahaja kan? Ada beberapa mitos atau perkara yang dibuat masa menonton televisyen dan nampak salji. 

Salji mesti Krismas dan Santa - Ini kes banyak menonton televisyen. Asal ada salji, bila tanya dengan orang dewasa, jawapannya mesti benda ini. Sampai naik menyampah mahu tanya.

Aku : Kenapa  tempat kita takde salji?
Orang dewasa : Sebab kita tak sambut Krismas.
Aku : Dah tu kita sambut apa?
Orang dewasa : Kita sambut raya orang Islam.

http://i972.photobucket.com/albums/ae201/aprilblackcoffee1/danbo/2.jpg
[Gambar : Mesti sambut Krismas baru boleh ada salji.]

Bila dah besar sedikit, nampak bangsa lain sambut Krismas, tanya semula benda yang sama.

Aku : Ada je orang sambut Krismas di sini, kenapa tempat kita tiada salji?
Orang dewasa : Sebab Santa Claus tak lalu sini. Bila dia lalu baru ada salji.
Aku : Eh, betul ke?
Orang dewasa : Betul. Lagipun, salji ada di negara orang putih je.

http://i972.photobucket.com/albums/ae201/aprilblackcoffee1/danbo/3.jpg
[Gambar : Malaysia tiada salji sebab Santa Claus tak lalu dan kita tiada orang putih]

Bila dah masuk sekolah, belajar Kajian Tempatan dan Geografi, baru tahu yang Malaysia di kawasan iklim khatulistiwa, memang tiada empat musim. Menipu betul cakap salji hanya masa musim Krismas atau ada Santa Claus ke apa.

Aku : Cikgu, kenapa Malaysia tiada salji?
Cikgu : Sebab Malaysia di kawasan khatulistiwa. Kita panas dan hujan sahaja.
Aku : Cikgu, bukan salji sebab Krismas dan Santa Claus tu orang putih?
Cikgu : Orang Jepun bukan orang putih, tapi ada salji kan?
Aku : (diam sambil fikir) 
Cikgu : Orang Australia sambut Krismas masa musim panas.
Aku : (diam sambil tahan rasa geram ditipu)

Kan lebih senang beritahu perkara sebenar kan?
Ada ke tipu budak begini.
Geleng-geleng kepala.

Salji nak turun, tapi sebab panas, jadi salji tukar jadi air hujan.
Ini memang penipuan paling keji.
Betul tak?

http://4.bp.blogspot.com/_oo9ZT_N3yBc/TCNvhRVpeRI/AAAAAAAAEy4/tqoXibqrEv0/s800/005snow.jpg
[Gambar : Kita tak dapat main begini sebab salji bertukar jadi air masa nak turun]

Aku : Kenapa kita tak boleh main ni?
Orang dewasa : Sebab sini mana ada salji.
Aku : Kenapa kita takde salji? Kalau ada mesti seronok.
Orang dewasa : Sebelum salji sempat turun, dia kena matahari, jadi dia cair terus bertukar jadi hujan.
Aku : Oooo...
Tipu!
Mana ada pula teori begini?
Ni yang nak buatkan teori bayu laut, bayu darat dan pembetukan hujan ni.
(Geram sambil ketuk-ketuk meja)

Salji boleh buat aiskrim dan ABC.
Geram betul bila orang dewasa kata salji kita tak nampak atas jalan sebab salji turun dan dikumpulkan jadi aiskrim dan ABC. Jadi, sebab itu suka makan aiskrim dan ABC, sebab fikir dibuat daripada salji. Gila!

http://farm3.static.flickr.com/2478/3916718730_ebded5cd35.jpg
[Gambar : Kalau buat aiskrim dari salji, mesti ramai orang dah kaya dah]

Serta ada beberapa mitos lagi.
Aku pun terlupa.
Apa pula yang kamu semua biasa dengar masa kecil dahulu?

Nota Kaki :
1. Dimanjakan sesekali sekala adalah menyeronokkan.
2. Baru cabut sinki rosak di dapur. Nanti nak pergi beli sinki baru untuk dipasang. Mak dan Abah terkejut bila aku yang buat kerja paip. Ketawa.
3. Pelajaran buat diri : Kalau orang penat, jangan ajak berbual ataupun menulis, mesti tidak akan dilayan.

Zara : Berdiri di hujung tebing melihatkan kehidupan yang menanti di hujung sana. Apakah sinar kebahagiaan ataupun satu lagi siri penderitaan yang bakal memusnahkan?

15 comments:

suffer8zine said...

huhu sedapnya eskem

Terkini : Orang Utan Paling Gemuk

princeduyong said...

hehe...kat sini abc..kat sana salji...agak2 kat sana ade tak abc..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

mcm menarik je cool blog tu..
especially chocolate blog
uish.. terasa nak je
nak kena cari ni..
hehe

dandelion kiss said...

dik,
nak cool blog chocolate...
nanti kamu belanja ya?
yummy!

ainakhani said...

betul betul.
blogger mesti pernah beli coolblog yang sedap tu. wahhh !!

hans said...

cool blog sedap
belanja aku zara
mahu coklat punya

P/S : Lu Langsi Lu Mati

P/S : Review Filem : Ngangkung Boleh Tahanlah & Kutipan Filem 2 Alam Berapa Juta?

cik zaza said...

teringin jugak nak main salji.
tp sy tak tahan sejuk..huhu

nurul amira said...

dulu kecik2 slalu dgr owg cakap..

jgn tunjuk pelangi nnty tangan ko kudung..ceh

^_^

nev said...

sebenarnya aku da lama xmakan ABC nih...mengiurkan pula gambar tu =p

Paan Ovrtd said...

Urggghhh!!! Mahu menonton semula Winter Sonata sambil mengenang kembali mendiang Park Yong Ha.

naz said...

zara jommmm main salji boleh i baling uu hahahaha

Cik Liyana said...

yeay cool blog! tapi musim hujan tak boleh nak minum ais sangat..takut kena asthma attack plop nanti..huhu

TERBARU : CUTI SEMESTER NI KITA KAHWIN TAU !

Amir Said said...

u know what, aku pernah minum salji ni. masa 1st year kat aussie. aku main snowboard, berat gile nak bawak dengan kasut berat lagi. aku dah xde tenaga time tu, aku korek2 salji tebal then telan. skadar hilangkan dahaga je...

aussie sambut krismas time summer. x best. panas.

Fazlinil Irma said...

ABC dari salji lagi sedap. lebih lagi salji yang ditadah. Gebuss..!! ;)

jom dtg london. ada lg salji kalau nak buat ABC. ngeee.

izulman said...

woot2x! kerje kayu ganas wei! XDDD

n yep, tk pernah sentuh salji lagi haha. n betul ckap amir, christmas kt US yang terbaik, the best feeling of winter in front of the chimney dgn selimut with a cup of coffee. ahhh the best feeling