Saturday, December 11, 2010

Perkara Yang Biasanya Dibuat Di Luar Sedar Apabila Terlampau Gembira : Pandangan Peribadi


Salam semua.
Mendapat suntikan (kenapa mesti guna suntikan ya?) dan curahan semangat yang melimpah ruah.
Tersenyum sampai boleh buat putaran Bumi hanya dengan senyuman.
Eh, kau boleh?
Ketawa.

http://farm5.static.flickr.com/4119/4900766771_ec1c304336.jpg
[Gambar : Walaupun sedang musim sejuk, tapi rasa macam sudah masuk musim bunga]

Bila kita gembira, ada beberapa perkara yang biasanya kita buat tanpa sedar akibat terlalu dibuai oleh perasaan gembira serta teruja yang melampau. Berikut adalah beberapa perkara yang biasanya terbuat oleh aku ataupun orang di sekeliling aku.

Tersenyum (dan menjadi tersengih)
Siapa yang sini bila gembira muka dia melengkung, dahi dia berkerut dan air muka syahdu macam tak makan sepuluh hari? Ada? Kalau ada, mari aku tolong bawakan ke mana-mana hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh tanpa perlu bayar lapan puluh ringgit (kita gunakan kuota khas aku sebagai kakitangan kerajaan, boleh?).

[Gambar : Apa kau ingat tak kejang rahang bila senyum begini sepanjang hari?]

Dia : Hari ini gembira?
Aku : Gembira. Senyum sentiasa kot?
Dia : Oh, baguslah gembira. Mesti tersengih sahaja kan?
Aku : Eh, rasanya saya tak buka kamera, mana nampak ni?
Dia : Bukan tak kenal awak.
Aku : Ceh!
Dia : Mak tak tanya kenapa tersengih sahaja?
Aku : Tanya.
Dia : Habis tu jawab apa?
Aku : Jawab saya gembira, itu sahaja.
Dia : Itu sahaja?
Aku : Ya.

Awak ingat saya cakap apa lagi awak?
Mak, bakal menantu Mak buat saya gembira?
Eh?
Batuk-batuk.
Apa menantu-menantu ni?
Duit pun tiada, asyik pergi aktiviti luar, mana boleh fikir kahwin kan?
Lempang!

Secara peribadi, aku merasakan dengan senyuman, kekuatan akan mengalir secara langsung di dalam diri. Perasaan gembira yang hadir dan dizahirkan dengan senyuman bahkan sentiasa memotivasikan diri. Sebab itu aku suka gambar orang yang senyum (berdehem) kerana kita akan sentiasa terjangkit dengan senyuman orang lain, selain menguap yang akan membuatkan kita layu dan layu. Huh! Tak boleh tidur Zara!

Terpeluk.
Ini selalu di universiti ataupun zaman persekolahan. Sekarang ini kalau gembira, peluk diri sendiri sahaja (sadis betul bunyinya). Kalau dapat markah tinggi sedikit, ataupun berdiri ramai-ramai tengok markah di luar bilik pensyarah, dapat markah yang diidamkan, akan melompat dan peluk rakan sebelah walaupun umur sebenarnya tidak lagi membolehkan terlompat-lompat macam kanak-kanak. Dah kata perbuatan luar sedar kan?

[Gambar : Cuba masa gembira, tepi itu ada pokok kaktus, agak-agak terpeluk tak?]

Kawan : Eh, markah kita 46 la!
Aku : Eh, ye ke? Berapa markah penuh ya?
Kawan : 50!
Aku : Banyaknya markah kita!
Kawan : Ya betul!
Aku : (sambil lompat-lompat terpeluk kawan)
Kawan : Baik kita jangan berpeluk, sini ada CCTV.
Aku : Oh, betul juga.

Dengan muka tersenyum gembira berlalu meninggalkan bilik pensyarah (ini kalau markah baik lah kan?). Ini selalunya untuk mata pelajaran tertentu dan jujurnya pada semester akhir, perkara ini sudah jarang berlaku. Bukan tidak dapat markah baik, cuma kumpulan kerja aku biasanya bersama lelaki dan aku seorang perempuan. Apa ingat aku gila mahu memeluk rakan lelaki? Ketawa. Biasanya situasi adalah begini bila di semester akhir.

Kawan 1 : Tahniah. Kumpulan kita dapat markah tinggi.
Aku : Ya, terima kasih pada awak semua.
Kawan 1 : Eh, ini kerja bersama kan?
Aku : Ya betul, dan usaha kita berhasil.
Kawan 2 : Mari kita ke kelas seterusnya.
Aku : Ya, baik.

Maka, berjalanlah budak bertiga ini dengan perasaan gembira sahaja. Tiada sebarang perbuatan yang emnzahirkan kegembiraan itu kecuali senyuman. Lelaki peluk lelaki kerana gembira adalah jarang kelihatan (sebagai rekod). Perempuan memang selalu. Ketawa.

Tercium.
Ini memang sudah ditinggalkan di zaman universiti ataupun hanya dengan keluarga terapat. Tidaklah cium secara memudaratkan (ada ke?) atau mengghairahkan (aku tak pilih KLCC) - biasanya selepas terpeluk kawan di sebelah, ia akan diikuti dengan ciuman di pipi. Oh, mangsa dahulu adalah rakan sebilik dan rakan sekursus. Ya, bila gembira, mari cium orang!

http://farm5.static.flickr.com/4141/4752347534_e73d95c3b8.jpg
[Gambar : Bilakah kali terakhir kau cium orang kerana gembira?]

Insan yang selalu dicium adalah Emak dan Abah. Bila gembira, ataupun mahu ke tempat kerja, salam, cium tangan dan diikuti cium di pipi (sudah diamalkan sejak dahulu - kalau ada suami, bercadang mahu buat begini juga - hish! Gatal!)

Boleh ketawa bila teringatkan zaman belajar dahulu, kalau gembira, memang akan cium pipi kawan-kawan perempuan ini. Oh, siapa yang ada jumpa aku hari tu, memang aku akan cium pipi kan? Senyum. mereka biasanya hanya melaga-lagakan pipi, tapi aku akan cium terus tepat ke pipi (memang kena betul dengan budaya keturunan aku).

Kawan : Kenapa cium?
Aku : Memanglah cium.
Kawan : Orang biasa laga-laga pipi.
Aku : Mana seronok?
Kawan : Huwaa... Teman lelaki aku pun tak cium lagi.
Aku : (ketawa) Itulah seronok, kalau dia telefon, cakap aku dah cium kau.
Kawan : Jangan cakap dengan dia.
Aku : (ketawa) Nanti aku cakap.

Dan bila teman lelaki dia telefon, aku akan jerit kuat-kuat begini :

Aku : Dah cium pipi teman wanita kamu.
Kawan : Jangan cakap (muka merah)
Aku : Lembut amat tahu?
Kawan : Huwaa...Janganlah.
Aku : (ketawa) Ada muka orang sudah merah.
Kawan : Pembuli! Pembuli!

Itu antara perkara yang aku buat dalam keadaan tidak sedar apabila terlampau gembira. Tidak termasuk meluahkan dengan perkataan serta beberapa perbuatan lain tentunya. Senyum. 

Apa yang biasanya akan anda terbuat apabila terlampau gembira?
ya, aku tahu sujud syukur dan mengucapkan Alhamdulillah itu pasti sebahagian daripadanya.

Selingan.
Setelah tiga kali menolak tawaran menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, hati aku terbuka untuk mengisi kembali borang bagi menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar semula. Ah, terikat dengan undang-undang dan tidak tahu sama ada punya kelapangan. Mahu kembali menggalas buku ke kelas sebagai pelajar  pada hujung minggu dan sebagai seorang guru di hari biasa. Senyum.

Ah, kena bincang dengan ketua nanti.
Sama ada dia izinkan aku pergi atau tidak.

Nota Kaki :
1. Hari Sabtu yang cerah.
2. Ada beberapa permohonan yang perlu dilunaskan demi meneruskan karya.
3. Sesuatu berlaku awal pagi tadi yang membuatkan aku tersengih gembira.

Zara : Melihatkan kehidupan yang semakin lama semakin mencabar membuatkan aku tertanya-tanya, apakah kesudahan sesuatu perkara itu hanya perlu dinilai dari dua perkara utama? Baik dan buruk sahaja? Ternyata lebih banyak yang perlu dilakukan demi menjamin kesejahteraan bersama. 

9 comments:

iday said...

haha,,terpelok depan bilik lecturer tu pernah,,terkejut bila lecturer bukak pintu,,tersengih bila ingat balik,,ingat bendabenda lama pon boleh buat kita tersenyum,,hehe

pali7x said...

you deserve the happinest buddy.

you do.

piNky LuCiA said...

aku pun sll je terbuat. haha.

niDa said...

wah melompat lompat keriangan masa di universiti dulu...

Rahika Wahidah said...

wah zara nak sambung master..U mana?

Rahika Wahidah said...

wah zara nak sambung master..U mana?

atty's said...

nak cont master kat mana?

noorafzan said...

Alhamdulillah, terus dapat doktor tu..
bye bye tu pompuan yang gila nak 30 ribu tuh..

LoVe is CiNta said...

kekadang terbuat muka monyet dapat pisang