Friday, December 17, 2010

"Senyuman Itu Bukan Milik Saya Lagi Kan?" : "Kenapa Yang Itu Ada Misai, Yang Ini Tiada?"


Senyum.
Bukan.
Senyuman ini tetap milik aku sendiri.
Senyuman kekal milik aku sahaja.
Oh, mungkinkah senyum dengan lebih ceria?
Entahlah.
Yang melihat sahaja boleh menilai aku rasa.
Ketawa.

[Gambar : Adakah kau benci melihat aku gembira dengan kehidupan aku yang sementara?]

Aku pernah menulis sesuatu tentang ini di [sini]
Senyum lagi.
Kau tahu betapa payah aku mewujudkan jurang antara aku dan dunia?
Tidak, kau tidak pernah tahu.
Senyum sinis.

Kawan : Kau sudah ada teman baru?
Aku : Setiap hari aku berkenalan dengan kawan baru.
Kawan : Maksud aku, teman istimewa yang baru.
Aku : (ketawa) Oh itu? Aku memilih untuk senyap sahaja, boleh?
Kawan : Aku menganggap diam itu adalah tanda mengiyakan soalan.
Aku : Suka hati kau. Kenapa telefon pagi ini?
Kawan : Sebab percuma, maka aku telefon siapa sahaja dalam senarai aku.
Aku : Dalam banyak-banyak orang, aku yang kena? Menipu betul.
Kawan : Pandai kau kan?
Aku : Apa dia?
Kawan : Ada benda nak cerita.
Aku : Apakah?
Kawan : Lelaki itu ada cakap dengan aku semalam.
Aku : Lelaki manakah? Cakap terang dan jelas boleh?
Kawan : Lelaki mana lagi yang ada kaitan dengan kau yang aku kenal?
Aku : Kau kenal Faizal Tahir kan?
Kawan : Choi! Itu suami orang, artis, semua pun kenal.
Aku : (ketawa) Baiklah, apa benda dia cakap dengan kau?
Kawan : Dia nampak aku buka FB kau di pejabat.
Aku : Jadi?
Kawan : Dia kata, senyuman kau bukan milik dia lagi kan?
Aku : (ketawa) Sudah lama bukan milik dia, ah, dia boleh cari yang lebih bagus senyumannya kan?
Kawan : (ketawa) Ini bukan pencarian model ubat gigi.
Aku : (ketawa) Sudahlah. Aku punya kehidupan yang lebih baik.
Kawan : Aku faham.
Aku : Jangan buka FB atau blog aku di pejabat kau.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sengaja. Tak mahu ada orang gantung diri bila baca ini semua. (ketawa)
Kawan : Sumpah keji.
Aku : (ketawa)

Senyum.
Hidup hari ini lebih baik.
Aku cuma dapat doa begitu.

[Gambar : Malam tadi tertidur depan dia. =_=]

Buat mereka yang sentiasa mendoakan yang terbaik, aku juga mahu mendoakan yang terbaik buat kalian yang tidak pernah berhenti daripada memberikan sedikit kekuatan kepada manusia beku dan dingin ini. Mungkin aku bukan sahabat yang baik, tapi aku bersedia memberikan yang terbaik agar persahabatan yang terjalin ini berpanjangan.

  • Senyum bila teringat awak yang menikmati musim salju.

  • Yang teristimewa seharusnya sepasang mata yang comel itu.

  • Ah, kenakalan itu mungkin sudah lama mengalir dalam diri tahu?

  • Hari-hari, awak dikejutkan saya untuk menikmati hari baru.

  • Matahari yang memanaskan, adakah itu yang saya tunggu?

  • Ini sebenarnya sebagai cara saya melepaskan rindu.

  • Ah, mahu ketawa tulis begini selalu.

  • Filamen mentol pun boleh terkelip-kelip warna biru.

  • Nak berguling-guling bila terfikir apa yang berlaku.

  • Ada orang cemburu bila baca kawan aku dijamu.

  • Nak rasa ke sayang? Awak kena jadi menantu dulu.

Senyum lagi.
Aku sedang tunggu orang bangun pagi.
Ah, itu sebenarnya menjadi rutin setiap hari.
Kalau orang tak bangun, aku geram, ketap gigi.
Ah, ketawa suka hati.
Lagi.

http://farm5.static.flickr.com/4030/4563156413_e55049f315.jpg
[Gambar : Anggaplah ini perbualan antara kakak sulung yang memegang arnab dengan adik lelaki bongsu yang keletah, boleh?]

Adik : Ni ke gambar abang tu?
Aku : Ya.
Adik : Tak nampak sebab dia tunduk.
Aku : Sekejap Along tunjuk gambar lain.
Adik : Kenapa gambar tadi lain, ni lain?
Aku : Apa beza?
Adik : Tadi ada misai, ni tiada.
Aku : Apa kau ingat tak boleh tumbuh atau potong ke?
Adik : Mana gambar baru?
Aku : Tengok tarikh boleh?
Adik : (ketawa) Oh, dia belajar apa?
Aku : Belajar jadi jurutera.
Adik : Jurutera tu apa?
Aku : Kerja macam sepupu kita yang dua orang tu.
Adik : 'Engineer' ke?
Aku : Sama la tu.

Nak juga sebutan dalam bahasa Inggeris.
Ceh!

Nota Kaki :
1. Mungkin ke KL esok. Malas mahu ke sana hari ini.
2. Petang mungkin ke Melaka, belikan sesuatu untuk adik yang mahu ke universiti.
3. Sean sudah diberikan suntikan baru oleh Busuk yang sanggup datang dari Gombak dan habiskan masa separuh hari.
4. Si dia cemburu bila dapat tahu hidangan yang disediakan untuk Busuk. Jangan cemburu ya? Nanti akan tiba giliran awak pula.

Zara : Kau akan kenal siapa kawan dan lawan apabila kau ditimpa kesusahan ataupun ujian. Mereka yang teguh berdiri di belakang dan sentiasa menahan kau dari rebah itulah yang sepatutnya kau jaga dan pelihara dengan penuh taqwa. Bukan mereka yang datang dekat bila kau kaya, dan lari pergi, terbahak ketawa bila kau duka.

14 comments:

nama.aku.lynn said...

tuching pulak part 1 tu..'senyuman itu bukan milik dia lagiii'..lalalla~~
aceceec..juruteraa yee..hikhik

Paan Ovrtd said...

"Jurutera tu apa? Engineer ke?"

Haha!

Eila said...

sedih yer bila baca
" senyum itu bukan milik dia lagi.."
tetiba terimbas kenangan lepas....suh..suh..suh x mau kenangan tu dtg...

jurutera ngan engineer sama la syg..cuma lain bahasa...
khikhikhi..

suffer8zine said...

agak tersentuh

Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia

♥CIK SHA♥ said...

i love the last quote..sangat betul..^_^

The Poyo Me said...

tiba-tiba lapar burger arnab lagi.

*lari ke gerai abam berger*

ainakhani said...

engineer dengan jurutera. hahaha !

betul, waktu kita susah la kita kenal sapa kawan sapa lawan.

ARMZ said...

ARMZ.

Yang indah takkan selamanya datang, yang pahit takkan selamanya tinggal.
Satu senyuman yang bukan lagi milik kita akan buat kita tersenyum jika senyuman itu kebahagiaan milik dia. Suka entry ni, giving me some idea for update blog yg dah berhabuk. Thanks zara.

eNaSaN said...

sEnyum ini Tuk kamU...lalalala


smIle 4u....

Azrul Hisham said...

misi pemburuan arnab dah berakhir ke? :D

hans said...

aku suka ayat last entry nih zara
dan alhamdulillah
aku jumpa sorang dua yang sanggup senang dan susah bersama2 aku
syukur sangat2

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

iqbalsyarie said...

banyak cerita tentang senyum.. yang pasti, ia membahagiakan :)

takky said...

1. why people always want disturb us when peace with us??
2. silly question will make us smile again coz itz klaka...
3. statement sape kawan n sape lawan makes me sad, itz hard 2 find a realy truly gudly (sume nk ly) fwends this day...

anith said...

Senyum bila teringat awak yang menikmati musim salju.

Yang teristimewa seharusnya sepasang mata yang comel itu.

Ah, kenakalan itu mungkin sudah lama mengalir dalam diri tahu?



nie anith kn kak? HAHAHA
melawak ja! =p

cepat la kawen!!