Saturday, December 18, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan - Kalau Letak Gambar Sendiri Di Blog Itu Jual Muka? Kau Letak Di FB?

Salam semua.
Sedang bersiap-siap ke Kuala Lumpur. Esok pagi (Ahad, 19 Disember 2010), insyaALLAH, makcik akan tiba dengan penerbangan pulang dari menunaikan haji. Mungkin akan mengambil beliau dan suami di KLIA. Bergantung kepada keadaan.

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-24
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-24 untuk kedua-dua ibubapa aku. Tahniah kerana menjadi keluarga yang paling baik untuk kami semua adik beradik. Walau apa yang berlaku, masih kekal bersama hingga hari ini. Keluarga yang penuh kasih sayang (dan pantang-larang-peraturan yang tinggi), terima kasih dan tahniah Mak dan Abah. Semoga ikatan kasih itu berpanjangan. Oh, pagi ini kami ada jamuan kecil di rumah.

Letak gambar sendiri di blog itu jual muka?
Semalam dalam keletihan aku berjalan dari satu blog ke satu blog, aku terjumpa suatu artikel yang ditulis oleh seorang budak (kita tulis sahaja dia budak sebab pemikiran dia jumud sedikit), yang menyatakan orang yang meletakkan gambar sendiri di blog adalah seperti jual muka pada masyarakat. Nak panas hati ke? Tidaklah.

[Gambar : Pelbagai ekspresi wajah mungkin]

  • Mak pesan jangan letak gambar di Internet, nanti semua orang tengok : Sumpah! Aku gelak gila-gila dengan kenyataan budak itu yang sedemikian rupa. Sebab apa? Sebab bila aku tekan di pautan ke Mukabuku (baca : Facebook) dia, penuh dengan gambar dan yang menariknya, dia tidak pula meletakkan pengaturcaraan peribadi (baca : private setting). Kelakar, aku boleh tengok semua gambar. Apa FB bukan di Internet ke dik?

  • Kalau letak gambar sendiri di blog, orang bukan baca blog, tapi tengok gambar kita : Bertambah gulingan aku ketawa kerana aku pasti pembaca boleh menilai sendiri apa yang mereka mahukan apabila membaca sesuatu blog. Sebagai contoh, kalau asyik letak gambar sendiri, pasti ada juga yang bosan bukan? Jadi orang selalu akan meletakkan gambar lain juga kecuali blog itu mungkin bertajuk "Ini semua gambar saya" - Mungkinlah. Tapi sekejap dik, itu ke sebab kau tak letak gambar sendiri di blog?

 http://farm3.static.flickr.com/2532/4119151616_524dde7644.jpg
 [Gambar : Apa masalah kau ya dik?]

  • Menyampah kalau tengok blog penuh gambar orang : Kalau menyampah kau boleh tutup tak? Takkan itu pun aku nak kena ajar kot? Itu kan blog peribadi, biarlah mereka nak letak gambar mereka sampai penuh sekalipun. Kelakar tahu? Dan ya, menyampah juga kalau tengok FB yang buat gambar macam kau tu dik (ayat nak sentap)

Banyak lagi benda aku nak ulas sebenarnya, tapi nanti dululah.
InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, aku akan berjumpa dengan beberapa orang penulis blog di Blik Ais (baca : Ice Room)

http://2.bp.blogspot.com/_Zo2Y_1h2qpU/TQSvF68_3rI/AAAAAAAAGbA/Jgp-8Dc_lNg/s1600/IMG_8454.JPG
[Gambar pinjam dari blog Mazidul]

Tempat : Ice Room, Jalan PJU 5/22, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh : 18 Disember 2010
Masa : 9 malam.

[Lebih info boleh baca di sini]

Itu sahaja.
Aku perlu memandu.
Doakan aku selamat tiba ya?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Mesti rindu arnab untuk dua hari ini.
2. Senyum dengan kuat.
3. Jamuan Mak pagi tadi sangat enak.

Zara : Kadangkala kau perlu tahu bila kau kena ketawa sendirian untuk ubat perasaan.

20 comments:

rasanakkomenlaplak said...

Salam kpd dunia sebelah,

Aku sebenarnya agaklah bersetuju dengan budak tersebut. Poin yang dia kasi tu memang lah agak aku rasa nak mengangguk jugak. Banyaklah aku punya agak.

Betul tu budak tu kata, cuma dia sendiri telah buat kesilapan sebab tak privatekan gambar2 dia kat fb. Itu saja kebangangan dia. Tapi poin dia mmg relevan dengan dunia perbelogan sikalang.

Kalau lelaki letak gambar, aku rasa tu tade masalah sangat. Yang bermasalah apabila perempuan letak gambar2 ( i mean gambar gedik sakan ptuih ) kat belog. Tambah-tambah perempuan yang muka dia laris di pasaran sket. Aku bukan gheti sangat hukum hakam, tapi secara umumnya kita sendiri sama-sama tahulah Islam tak berapa galakkan muslimah mempamerkan kecantikan diri bukan pada tempatnya. Apehal gak kan nak tayang kat satu dunia. Walaupun belog tu belog dia sendiri punya? ( Whoaa belog sendiri pun takleh letak gambar? Habih haku nak letak gambar muke sape ? ) Suka la tu orang komen2, "whoa..cun la kamu..cantek..kiut..".

Sedangkan ada yang lebih Islam takuti akan terjadi pada para wanita, iaitu PITNAH. Aku agak dah banyak belog aku tengok, wanita2 tunjuk prove yang gambar depa kena curik ngn stalker2 terhormat. Siap ada akaun klon FB lagi tu stalker2 tu. Hah? Apa kejadah semua ni, ni la bahana PITNAH. Aku rasa gambar yang dipamer tu, BOLEH dipamer tapi kena ada beberapa etika la jugak kot. antaranya, menutup aurat, tidak gedik santai sangat, gambar ramai2 bersama keluarga tu takpe la kot. Alah, sonang cite, korang tanye la Ustaz2. Kan sonang.

Sebab tu la banyak belog murahan laris di pasaran belog dengan followers yang ramai hanya dengan tayang muka semata2. Entri sorry to say, macam c i l a k e je padahal. Tulis cintan2, perasaan2. Tapi apa haku kesah? Haku tak kesah hape2 pun. Jadi aku rasa, budak tu tak jumud mana. Aku rasa pandangan di atas lebih kurang jumud sahaja. Cuma dia smash orang tak kena strategi. Sama macam Ustaz yang berceramah tapi pakai seluar pendek masa duk ceramah.

Aku rasa tiga2 kena baiki diri. Budak tu, kau dan aku sekali. Pasal aku rasa tulisan di atas macam melambangkan ada sikit pemikiran kurang Islamik sikit. Rasa aja la. Ko jangan duk bengang kat aku plak. Malas aku nak pegi rumah kau mintak maaf di hari raya aidilpitri.

Akhir sekali, aku rasa kalolah para belogger menulis tu ada sikit2 unsur menyeru pada pembaikan ummah tu ( kalau blehla.. )..tu la yang terbaik. Publish entri dapat pahala lak tu.

# Tanpa pembaca dan pengomen, siapalah blogger #

Yang fulus,
HAKU.

HakuPembacaSetiaKoLa said...

takky said...

law x nak letak muke dlm blog x yah la letak...
just make like me...
hihihihi
(terbangge sekejap) c(;

theblabber. said...

kasihan ya sama budak itu.

Yong Sofea said...

hahahaha kelakar la kak zara, saya setuju sangat sangat! :P

Azrul Hisham said...

haha...dem...nape abang rasa macam nak lempang je orang yang fikir camtu ye? hehe

hati2 drive nanti :)

Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Dya said...

Budak2 baru belajar kot...hehe

Sachi Asukai said...

ahahaha..comel pic bnyak2 smiley 2..akk, tgk link ni..its beneficial for u!

http://sachiasukaii.blogspot.com/2010/12/monavie-jus-ajaib-masa-kini.html

si suraya said...

mungkin budak tu jeles dengan kecantikan gambar gambar blogger yg cun cun tuh. hehe :D then dia pergi buat entry mengarut camtuh.

akie said...

mau link blog budak itu..
mau baca juga blog tanpa gambar penulis

mary ann ;) said...

ada jugak ye orang macam nie..kalau macam tu kan lebih baik kat FB pun tak ada gambar jugak..kan?

selalunya kalau kat blog, orang tak adalah letak banyak sangat gambar.

kalau kat FB memang sah2 banyak..hish, pening dengan orang macam nie.. hmm ;)

suffer8zine said...

wow baru cadang nk g iceroom

Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia

syaja said...

owh yeah :)

hans said...

amboi zara
adik tu ngata aku ker?
hahahahahaha
aku letak pic dkt banner meh
haih...
tapi xada plak orang tgok pic tu aku rasa
sebab lepas berbelas jam aku letak banner tu baru orang perasan itu header baru
hahhahaha

P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

shaerin said...

hehe .
nice one !

to_heri said...

hari ni tak de entry baru...
bila nak ada yg baru?

Khairi said...

Hmmm... aku pun pernah jumpa gadis2 atau awek2 sebegitu punya pandangan. Nak kata jumud tu boleh la, sebab terlalu sempit sampai nak letak muka sikit pun tak boleh.

Setakat nak bagi orang kenal tu kita oklah. At least, kalau terjumpa mana2 orang boleh tegur dan sembang2.

Kan?

♥ Juliana Violet ♥ said...

:)
Sebenarnya, blog nie menggambarkan identiti dan karakter masing2. :)

Dari blog setiap orang kita boleh tau keperibadian die macam mana. :)
Samada mau atau harus letak gambar, terserah pada diri masing2... Ada yang selesa orang baca blog tanpa tau wajah die, ada yang selesa kalau orang tau macam mana wajah die. :)

Apa2 pun, respect itulah yg paling penting. Kan dear? :)

Dear, nak confirmkan penyertaan boleh?

http://kisahklasikita.blogspot.com/2010/12/nama-peserta-99-hari-kisah-klasik-kita.html

bLaCk | maWaR said...

ala...ingat link info tue direct ke blog "budak" tue huhuhu nak bace juga...

macam tue punya hal pown ley jadi isu kew...

blog ni kadang2 le gak jadik diary org tertentu, so biar la ap dya nak letak...even pic sendri pown..dah ko tanak letak,xpayah sebok ngan orang plak...

dah tak suke tapi ko bace jugak blog2 tue...hape kes..blah je la..tak payah nak sabut pale,semak mata tengok pic owner blog..hek eleh...

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
-Eleanor Roosevelt.(copy dr belog hans zlkha)

so..nampak sgt la budak tu dalam kategory mane kn..tak payah nak gtaw..ley paham sendrik..

mungkin betol juga cakap si suraya..budak tue jeles je benarnya...