Sunday, October 31, 2010

"Tuan Zara, Boleh Minta Nombor Telefon?" - Ninja Menggamit Memori Mikro Helaian Sejarah Peribadi


Senyum.
Di kem, aku dikenali sebagai Tuan Zara. Lebih baik daripada dipanggil Puan Zara aku rasa. Ketawa. Oh, setiap kali aku ke kem, pasti ada sahaja yang menggamit kenangan dan memori aku. Edisi kem kali ini aku kurang bergambar disebabkan aku dalam keadaan kurang sihat dan aku tidak sempat untuk mengambil gambar yang diletakkan di dalam komputer riba penyelaras. Biarlah.

Semalam, selepas majlis penutupan rasmi, aku menjengah juga ke program peserta sekolah rendah yang baru tiba. Seronok melihat kanak-kanak yang teruja penuh gembira. Eh, macam Dementor pula. Tetapi aku tidaklah menyedut kegembiraan mereka, aku hanya seronok dalam menahan demam yang semakin memuncak panasnya. Dihampiri oleh seorang peserta yang aku jaga dari hari Rabu hingga Sabtu, peserta Tingkatan 3.

Aku : Kenapa?
Budak : Tuan Zara, terima kasih banyak-banyak.
Aku : Tiada masalah. Semoga dapat keputusan cemerlang.
Budak : Tuan Zara, nak minta nombor telefon boleh?
Aku : Eh?
Budak : Bolehlah Tuan Zara.

Imbas kembali, dalam masa empat hari ini, dia antara peserta yang rajin menolong menghidangkan makanan dan pastinya akan menjadi orang yang terakhir duduk di dalam barisan untuk sama-sama membaca doa sebelum makan. Biasanya, kuih adalah 2 ketul seorang (boleh ditambah jika ada lebih) dan dia pastinya sengaja mengambil lebih sambil curi-curi pandang pada kami, pihak jurulatih.

Senyum.
Nombor telefon tidak aku berikan. Itu peribadi walauapapun alasan yang mungkin ada di sanubari.

*******

http://4.bp.blogspot.com/_Ak1oStAy5rY/SPPJkNj2XmI/AAAAAAAAANE/DARVC0CxXsk/s400/ninja+love.jpg

Pagi ini aku lihat sesuatu yang sungguh buat aku celaru. Perbualan malam tadi dengan seorang rakan membuatkan aku tahu, aku tidak boleh lari dan tidak boleh juga duduk membatu. Diam, kunci mulut dan biarkan suasana turut membisu. Rakan itu mengasak aku dengan soalan dan aku tahu, dia hanya mahu membantu. Pening, aku keliru kerana aku masih manusia beku.

Kawan : Awak apa khabar?
Aku : Baik.
Kawan : Macam mana dengan kem?
Aku : Mungkin kena pergi lagi empat hari.
Kawan : Eh?
Aku : Badan aku tak sihat, mungkin aku tak pergi.
Kawan : Rehatlah dulu.
Aku : Faham.
Kawan : Macam mana dengan ninja?
Aku : Kenapa dengan dia?
Kawan : Dah cakap dengan ninja?
Aku : Belum.
Kawan : Kenapa?
Aku : Nantilah dulu.
Kawan : Dah balik ni, ninja tahu?
Aku : Nak kena beritahu dia ke?
Kawan : Dah berapa hari tak berbual dengan dia kan?
Aku : Dia sama macam kawan-kawan lain juga lah kot.
Kawan : Saya tahu dia tak sama macam orang lain.
Aku : Eh, pandai nak serkap jarang kan?
Kawan : Cakaplah dengan dia.
Aku : Dah cuba hubungi guna YM, tapi tiada balasan.
Kawan : Ceh, guna YM sahaja?
Aku : (ketawa)

Baiklah.
Ninja, aku dah balik.
Senyum.
Tunduk hormat.

Ketawa.
Entah apa-apa kan?

Nota Kaki :
Mungkin aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada peluang pertama ini. Mak dapat mengesan aku sakit walaupun aku cuba sembunyikan. Dia kata dia dapat tahu daripada suara aku yang aku sedang sakit. Pelik betul kuasa seorang ibu kan? Padahal, aku makan ubat dan berlagak sihat sepanjang masa.

Zara : Perlu menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri esok memaklumkan yang aku tidak dapat bertugas di sana seperti yang dimahukan. Sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada Ketua aku tadi.

Seringkali Kanak-Kanak Lebih Jujur Berbanding Orang Dewasa Dalam Menyatakan Apa Yang Mereka Mahu


Salam.
Kadangkala, ada orang yang tidak mengetahui apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Membiarkan segala-galanya berjalan dalam satu aliran tanpa mahu memikirkan di mana dia akan berhenti. Apakah akan menerima kebaikan atau keburukan, dia sendiri tidak peduli. Yang dia tahu, dia hidup dan buat apa yang sepatutnya. Terima sahaja tanpa mahu memberikan apa-apa.

Masalah juga begitu sebenarnya.
Manusia tidaklah sebegitu kompleks sehingga apa yang dia mahukan tidak tertakrif dalam bentuk sepotong ayat sekalipun. Bahkan jujurnya aku rasa, kanak-kanak lebih jelas nilai hala tujunya berbanding manusia dewasa. Kanak-kanak lebih tahu yang dia memerlukan sesuatu berbanding dengan orang dewasa yang sering mengelak menyatakan apa yang mereka mahu.

Situasi :
Budak berumur 6 tahun yang bermain basikal dengan rakan-rakan di taman permainan. Setiap orang ditemani oleh ibu atau bapa yang duduk di hujung taman sambil memerhatikan anak masing-masing. Bila ada penjaja makanan ringan, kanak-kanak lain berlari ke arah ibubapa masing-masing, tetapi kanak-kanak itu masih bermain.

Aku : Kenapa adik tak pergi sana?
Budak : Mama takde kat sana.
Aku : Oh, Mama kerja?
Budak : Mama dah mati, Papa kerja.
Aku : Oh, maaf, kakak tak tahu.
Budak : (senyum) Takpe.
Aku : Kakak belikan apa-apa yang adik nak di sana, jom.
Budak : Kalau ada jual Mama, saya nak beli. Ada tak kak?
Aku : (terperanjat) Kenapa?
Budak : Sebab saya nak tu je.

Jujur dia menyatakan isi hati dia yang hanya mahukan ibu yang mengandungkan dia. Ibu yang membesarkan dia. Kanak-kanak selalunya memang begitu telus dalam mempersembahkan kemahuan diri dan hati masing-masing. Tanpa segan silu, tanpa memikirkan apa yang dimahukan itu mungkin sesuatu yang sensitif dan sebagainya. Mereka hanya meluahkan.

http://www.mcubedphotography.com/blog/wp-content/uploads/2009/11/SJW_8189-21.jpg

Berbanding orang dewasa yang lebih senang berselindung di sebalik kata-kata, sentiasa memikirkan betapa banyak benda negatif walaupun sepatutnya ianya dilihat daripada sudut positif juga.

http://the20somethingsociety.com/wp-content/uploads/2010/05/hipstaipod.jpg

Adakah dengan menjadi dewasa sesetengah daripada kita menjadi penakut dengan diri sendiri? Mungkin juga sebenarnya begitu. Kita memikirkan terlampau banyak sebab dan akibat sesuatu perkara hingga acapkali kita membiarkan keinginan itu berlalu begitu sahaja dengan niat, biarlah, ia akan terlerai bila tiba saatnya.

Kawan : Kau rasa aku patut buat begini?
Aku : Kalau kau fikir kau betul.
Kawan : Payah juga sebenarnya bila fikirkan baik buruknya.
Aku : Semua benda ada nilai baik dan buruknya.
Kawan : Macam lebih banyak buruk.
Aku : Kalau tengok dari sudut baik, aku rasa lebih banyak baiknya.
Kawan : Aku takut tak tertanggung akibatnya.
Aku : Benda ni mudah, janganlah kau susahkan diri pula.
Kawan : Macam mana agaknya ni?
Aku : Setakat nak beli Milo, boleh tak kau jangan melalut bagai?
Kawan : Tapi, kena fikir juga.
Aku : Suka hati kau.

Sebungkus Milo pun susah nak buat keputusan?
Pitam.
Belum lagi soal kerja, jodoh dan sebagainya.
Menerima buruk baik sesuatu keadaan itu adalah sangat perlu. Ya, aku sakit dan aku perlu teruskan perjuangan aku. Baiknya kepada diri sendiri dan harapan yang digalaskan ke atas aku. Buruknya, pasti kesihatan aku semakin terjejas walaupun ubat diambil dalam kadaran yang ditetapkan. Itu sebagai contoh.

Nota Kaki :
Arahan terbaru, aku mungkin perlu bertugas empat hari lagi di Johor Bahru. Badan aku sebenarnya kurang enak sejak tiga hari lepas, tetapi Alhamdulillah, aku berjaya harunginya juga. Perubahan cuaca yang mendadak serta sejuk akibat hujan mungkin membuatkan aku begini. 

Zara : Melihat senyuman Abah dan Mak membuatkan aku sangat gembira. Alhamdulillah, aku masih punya sokongan mereka walaupun aku mungkin bukan puteri sulung yang terbaik. Sering bertugas di luar membuatkan mereka kurang senang, tetapi disebabkan bidang kerja aku, mereka memberikan keizinan dan restu.

Friday, October 29, 2010

Pembenci Memang Akan Selalu Membenci : Kadangkala Kau Perlu Senyap Bila Kau Suka Dia


Senyum.
Walau penat sekalipun, hati kalau tidak mencoret sesuatu setiap hari membuatkan diri aku lemah dari segi pemikiran. Kalau tidak menulis di blog, aku terjemahkan sahaja kepada lakaran-lakaran di dalam buku peribadi. Entah apa-apa, tapi masih tetap agar meluahkan sesuatu. Itu sahaja.

Bila manusia penuh dengan hasad dengki, apa sahaja yang berlaku disekelilingnya, dia akan membenci dengan sepenuh jiwa. Kotor dan menyakitkan sebenarnya tetapi itulah hakikat yang harus ditelan bila melihatkan ia berlaku dengan sewenang-wenangnya. Senyum sahaja.

http://fc06.deviantart.net/fs27/i/2008/075/1/4/pink_and_messy__by_ravenskar.jpg

Senyum.
Kadangkala kalau kita menyukai seseorang, kita perlu senyum dan senyap sahaja. Itu mungkin hakikat yang terpaksa ditelan oleh sesetengah orang (dan bagi pembenci yang menyatakan manusia beku ini tidak laku dan anak dara tua, jangan takut untuk mengaku kalau kamu adalah sebenarnya yang begitu ya?). 

F : Aku nampak gambar budak tu, kawan dia baru masukkan.
A : Oh, jadi?
F : Comel sangat, dapat tengok pun jadi.
A : Dah cakap dengan dia?
F : Takut.
A : Takut apakah? Kena beranikan?
F : Biarlah jadi kawan sahaja.
A : Tapi kau suka dia kan?
F : Suka seorang diri boleh?
A : Kau sakit seorang diri.
F : Dia comel sangat.
A : Gambar apakah?
F : Gambar aktiviti dia di tempat belajar dia.
A : Oh, sukalah kau kan?
F : Dapat tengok gambar pun jadi.
A : Usahalah cakap dengan dia.
F : Susahlah.
A : Apa yang susah?
F : Dia mungkin anggap aku kawan sahaja.
A : Jadi cubalah.
F : Diam mungkin yang terbaik.
A : Hmm...

Mungkin benar.
Menyimpan perasaan itu lebih indah. Nikmati setiap inci perasaan itu seorang diri tanpa perlu meluahkan. Biarkan perasaan itu berkubur begitu sahaja. Lihat daripada jauh dan doakan yang terbaik untuk dia. Dan selalunya manusia begitu tidak akan pernah menyedari betapa kita menyimpan perasaan dan menahan debaran setiap kali berbual walaupun hanya di atas talian.

Mungkin bukan?
Nah, ukir lagi senyuman.
Telan segala kepahitan.
Jangan pernah fikir penderitaan.

Nota Kaki :
InsyaALLAH akan pulang pada esok hari. Badan kurang sihat, tetapi masih digagahkan untuk meneruskan tanggungjawab di sini. Boleh, kamu boleh Zara. Itu yang kerap aku bisikkan pada diri. Ini tempat dimana aku menemui kegembiraan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia beku.

Zara : Iman Kenzo dan aku sudah sama-sama menempuh perjalanan yang panjang semalam. Betapa kali pertama aku gagal mencapai yang sempurna, tetapi Alhamdulillah, kali kedua aku dapat melaksanakan perjalanan tersebut.

Thursday, October 28, 2010

Melamar Pasangan : Apakah Hanya Lelaki Sahaja Yang Boleh Meluahkan Hasrat Hati Dan Cinta?


Tidak.
Itu jawapan yang aku berikan pada seorang kawan serta seorang pembaca yang melontarkan pertanyaan kepada aku. Walaupun jujurnya aku belum melalui proses sebegitu, aku pasti, ianya adalah sesuatu yang menggembirakan apabila seseorang itu menyedari yang dia sepatutnya mengorak langkah mendirikan rumah tangga.

http://media.picfor.me/001EEC1/its-for-you-Photography-photos-photographer-stunning-photos-creative-fun-girl-flower-art-%D1%84%D0%BE%D1%82%D0%BE-%D0%BA%D1%80%D0%B5%D0%B0%D1%82%D0%B8%D0%B2-drawing-Expressive-photo-dragut-x-album-picked-flowers-Love-Sensuality-and-the-Arts-Sasha-greco-album-Sexy-2-images-art-pic-favs-new-romance-man-vs-woman_large.jpg

Kawan : Aku pening.
Aku : Pening kenapa?
Kawan : Aku dah lama bercinta, tapi teman lelaki aku tak cakap nak kahwin atau apa.
Aku : Dia tunggu masa yang sesuai agaknya.
Kawan : Mak aku dah macam bising, dia kata dah lama sangat kawan. 
Aku : Kau cakaplah dengan teman lelaki kau.
Kawan : Bila aku cakap, dia sengih sahaja.
Aku : Tengah kumpul duit agaknya.
Kawan : Dah lama kumpul duit, tapi macam takde apa-apa je.
Aku : Sabarlah.
Kawan : Boleh tak kalau aku sahaja yang pergi melamar dia?
Aku : Boleh, apa salahnya.
Kawan : Segan pula aku.
Aku : Apa nak segan?
Kawan : Belum ada kawan-kawan, saudara mara aku buat macam tu.
Aku : Sejarah dah membuktikan, ada sahaja perempuan yang melamar lelaki.
Kawan : Haish. Tahu.
Aku : (ketawa) Serius, kau patut pergi melamar dia.
Kawan : Kenapa?
Aku : Mana tahu boleh jadi inspirasi aku pergi melamar sesiapa.
Kawan : Kau nak melamar siapa pula?
Aku : Adalah. (ketawa)
Kawan : Siapa?
Aku : Bront Palarae mungkin. (ketawa)
Kawan : Ceh!

http://s2.thisnext.com/media/largest_dimension/57303F4B.jpg

Senyum.
Itu bukan sesuatu yang berat barangkali jika kedua-duanya saling menyukai. Lagi pula, jika keadaan kewangan mengizinkan serta mendapat restu keluarga, apa yang mahu ditunggu lagi bukan? Kebelakangan ini surat khabar serta pelbagai jenis media lagi memaparkan beberapa perkara atau isu mengenai perkahwinan dengan sangat meluas. Walaupun hakikatnya, perkara tersebut mungkin kurang sedap didengar, tetapi apakan daya, ianya sangat berkait rapat dengan masyarakat kita.

Cara Melamar.
Ada pelbagai cara melamar tentunya. Selalunya mengikut adat istiadat Melayu (atau lebih tepat lagi norma masyarakat yang mementingkan budaya), ada orang tua yang dihantar mewakili untuk menanyakan di pihak satu lagi, bagi meneruskan atau menyampaikan hasrat hati. Ada pula yang lebih senang menyatakan sendiri, sambil menyorongkan kotak cincin di hadapan cinta hati.

Macam-macam. Jujurnya, orang macam aku, lebih suka kalau dilakukan dengan sesuatu yang menggembirakan. Contohnya, berbasikal. Ketawa. Baiklah, itu gila, tetapi tidak mengapa, itu suatu bentuk kelainan. Ketawa.

Imaginasi aku akan semakin melalut kalau dibiarkan dan kamu akan ketawa sambil menggelengkan kepala dan menyatakan aku jiwang kalau aku teruskan. Senyum mesra.

Nota Kaki :
Kegembiraan hari ini adalah untuk kesenangan dan pengajaran malam nanti. Aku sentiasa percaya dengan konsep tolak ansur dalam kehidupan. Kalau hari ini aku boleh mengenepikan kepentingan dan urusan peribadi demi mengambil hati keluarga, aku yakin, peluang aku untuk beraksi dalam laluan aku akan lebih cerah. InsyaALLAH.

Zara : Moga kawan aku berjaya. Moga kegembiraan menjadi milik dia dan satu lagi perhubungan bakal dinoktahkan dengan ikatan halal dan sah bagi meneruskan kelangsungan umat manusia.

Wednesday, October 27, 2010

Kontroversi Tercipta Untuk Mencari Publisiti, Meningkatkan Populariti Atau Sekadar Berkongsi?


Salam Rabu semua.
Hujan masih mencurah-curah selepas hampir 5 jam (sewaktu aku menulis ini). Maka, kesejukan yang membuatkan aku enggan meninggalkan kamar ini, memaksa diri aku untuk bangun dan meneruskan lenggok di atas pentas tari. Ah, blog ini lantainya dan mereka yang kononnya penyerang hendap, sedang memasukkan peluru untuk menembak sehingga separuh mati.

Senyum.
Ambil nafas panjang.

http://picfor.bildero.net/001A5D9/2vjadyojpg-JPEG-Image-555x518-pixels-girl-Photography-Photo-manipulation-photoshoping-heart-umbrella-photo-%D1%84%D0%BE%D1%82%D0%BE-%D0%B4%D0%B5%D0%B2%D1%83%D1%88%D0%BA%D0%B0-%D0%B7%D0%BE%D0%BD%D1%82-%D1%81%D0%B5%D1%80%D0%B4%D0%B5%D1%87%D0%BA%D0%BE-digital-art-Love-mmmmm-Kobiety-k-album-luv-album-heart2-woman-black-and-white-happy-my-album-hearts-collection-wake-up-cuori-fantasy-heartz-black-white-art-General-Love-this_large.jpg

Bila aku membaca segala kata carian (baca : keyword) yang datang ke blog aku, jujurnya pasti akan terselit satu nama yang menjadikan blog, Mukabuku dan akaun surat elektronik aku hampir termuntah dengan soalan yang sama. Satu nama yang pernah menimbulkan kontroversi dan menggemparkan Malaysia dengan siri penulisan kontroversi dan penyamaran yang menimbulkan tanda tanya sehingga hilang begitu sahaja.

Itu cerita bulan enam yang lepas.
Cerita yang membuatkan aku ketawa besar setiap kali melihat sesuatu yang berkaitan serta saling menyulam antara satu sama lain. Di sisi yang sama, aku juga ketawakan diri aku sendiri kerana turut terjebak dalam permainan yang bukan sekejap. Bila aku menyedari drama semakin menarik, mata aku terbuka dengan segala macam cerita dan laungan yang bukan sedikit. Ah, disebabkan itulah, aku seperti selalunya, membiarkan diri aku menjadi pemerhati dalam apa jua drama yang disajikan dihadapan mata.

Kontroversi.
Selalunya dikaitkan dengan kegemparan akan sesuatu isu. Bila satu sisi terbuka, makanya, ada lebih daripada sepuluh daripada cerita akan mengalir keluar dalam pelbagai bentuk. Itu kenyataan dan putaran hidup serta drama yang kita sebagai manusia hadapi. Oh, tidak perlu bergerak jauh. Biar aku jadikan contoh sekolah sebagai contoh terdekat dengan aku. 

Budak ditangkap meniru. Dia akan bermati-matian menyatakan dia bukan meniru dan entah bagaimana buku itu boleh berada di tepi meja dengan mukasurat yang kebetulan sama dengan soalan boleh terbuka. Secara normalnya, dia akan mencerca guru yang menangkap basah dia dan menegakkan benang (serta tali, serta entah apa lagi) secara bermati-matian. Padahal, ada lebih sepuluh orang di tepi dia yang memerhatikan segala tindak tanduk yang mencurigakan itu. 

Budak : Mana ada saya meniru?
Guru : Saya nampak.
Budak : Saya cuma tunduk-tunduk sahaja.
Guru : Saya nampak awak buka buku awak.
Budak : Mana ada?

Baiklah. Itu contoh sahaja yang berlaku Isnin yang lepas. Penafian demi penafian.
Kisah benar tentunya, dan budak itu bernasib baik bukan aku yang menangkap dia meniru kerana pastinya hukuman pasti akan lebih berat kalau aku yang menangkapnya. Dalam kes budak itu, pastinya kontroversi tercipta dengan hebatnya, walaupun bukan niat dia untuk mencari segala alasan di atas. Pastinya bukan. Terpalit dengan kontroversi meniru semasa peperiksaan dan meniru benda yang salah adalah satu lawak bukan buatan.

Ia sama seperti cerita hantaran perkahwinan yang pernah aku tulis. Tujuannya berkongsi, tetapi ada orang kata, ianya untuk mencari publisiti dan sebagainya walaupun hakikat sebenar, aku menulis sisi kehidupan seorang kawan yang ternyata menghadapi ujian kecil dalam hidupnya bila berhadapan dengan manusia lain. Ada juga orang bercerita benda yang sama, apa yang dihadapinya dalam hidup juga. Maka, perkongsian dan kontroversi itu mungkin tercipta dalam pemikiran manusia sahaja.

Don : Kau tahu?
Aku : Apa dia?
Don : Kau lebih bersifat manusia daripada mereka yang hentam kau sesuka hati.
Aku : Mungkin, tetapi aku masih manusia beku yang mencari jiwa sendiri.
Don : Kau telah temuikan?
Aku : Mungkin sekadar serpihan, tapi aku masih perlu mencantumnya secara perlahan.
Don : Dalam perjalanan, kau terperangkap dalam permainan.
Aku : Macam aku biasa katakan, kalau orang sedang menari zapin, aku akan sama-sama berzapin. Takkan aku mahu tango pula kan?
Don : (ketawa) Kau selalu paksa diri jadi kuat.
Aku : Kalau aku tak kuat, siapa lagi yang akan tolong aku? Tiada. Aku kena tolong diri aku sendiri dulu.
Don : Betul, memang betul. Tapi nanti satu saat kau akan penat.
Aku : Kalau tiba masa tu, sila hulurkan aku kekuatan dan biarkan aku rehat.
Don : (ketawa) Itupun kalau sempat.
Aku : (ketawa) Sebab itu aku mengejar masa agar jangan terlambat.
Don : Awas, lompat-lompat jangan macam ikan sepat, tersekat di jerat.
Aku : (ketawa) Kau nak puitis sampai ikan kau guna jerat? Celah mana kau dapat?
Don : Aku main lipat.
Aku : Ceh!

Kadangkala orang yang kita kenal akan tikam kita semula.
Apatah lagi, orang yang kita sangka kita tahu tentang dia, peluang dia membunuh kita lebih terang dan jelas sentiasa.

Disebabkan itu, dari dulu hingga kini, aku kekal menjadi pemerhati dan pendengar setia.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Maaf, ada persoalan yang kalian lontarkan tidak dapat aku nyatakan jawapannya. Bukan dengan aku patut kalian tebak dengan soalan yang langsung tiada kaitan dengan aku. Aku masih jelak dengan persoalan dahulu yang jelas masih menghantui aku (serta beberapa rakan lain pastinya). Dan bila kalian paparkan satu demi satu soalan, aku ketawa sendirian kerana drama ini masih tiada lagi penamat yang diharapkan.

Zara : Mulai 27 Oktober (Rabu) hingga 30 Oktober (Sabtu), aku akan bertugas sebagai jurulatih perkhemahan lagi. Maka, sebarang pertanyaan atau lontaran idea dan perkongsian, mungkin akan hanya terjawab pada petang atau malam Sabtu (jika aku tidak dapat mencuri peluang menulis). Jaga diri kalian.

Setakat Tulis Lucah, Semua Orang Pun Boleh Tulis : "Janganlah Pergi Sayang, Kami Rindu Kamu!"


Melucah lagi.
Aku pelik bila aku tulis pasal diri aku, mesti ada orang dengan gigihnya nak tulis mencarut-carut pada aku. Oh, tidak mengapa, aku tidak pamerkan. Tetapi soalan aku, seronok ke tulis benda lucah ini? Semua orang pun boleh tulis. Aku pun boleh tulis.

LUCAH.

Ya!
Aku dah berjaya eja lucah. Kalau masuk pertandingan di radio setiap pagi, dah boleh menang dah kan? Yang mencarut dan kaitkan segala macam ibubapa dan sebagainya, tolonglah jangan berpura-pura macam kamu jatuh dari langit, terhempas keluar terus jadi apa kamu semua sekarang. Sungguhlah palsu dan berpura-pura tahu?

Ketawa.
Baiklah. Aku banyak menghabiskan masa belajar lebih tentang Iman Kenzo kesayangan aku. Gila betul aku kan? Cuma, masa aku semakin suntuk, aku perlu untuk belajar lebih tekun memandangkan aku akan berpergian selama empat hari. Ya, empat hari lagi, jadi ianya bermakna mungkin tiada penulisan daripada aku.

http://images2.fanpop.com/image/photos/12200000/flower-pon-and-zi-azuzephre-cartoons-12205003-300-446.jpg
[Gambar : Penghargaan untuk pembaca aku. Senyum]

Oh ya, ayat di atas diucapkan oleh seorang kawan aku apabila aku dengan kesalnya terpaksa memberitahu yang aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya minggu ini. Sungguh, tetapi tugasan hakiki aku lebih utama. Maaf kawan.

Kawan : (jerit) Kenapa tak dapat datang?
Aku : Ada urusan.
Kawan : Batalkan.
Aku : Gila kau? Peringkat negeri punya.
Kawan : Suruh orang lain ganti.
Aku : Apa kau gila? Ini benda yang aku suka.
Kawan : Aku kahwin sekali sahaja sayang.
Aku : Mana tahukan? (gelak)
Kawan : (ketawa) Jahat. Tak baik tahu?
Aku : Saja menyakat kau.
Kawan : Kalau kau dapat datang, alangkah baiknya.
Aku : Jauh satu hal, lagi satu memang aku ada kerja.
Kawan : Aku sedang nak memahami ni.
Aku : Tolonglah faham ya?
Kawan : Aku faham ayat kau sebab Bahasa Melayu, tapi aku nak fahamkan otak aku ni susah.
Aku : Ceh!
Kawan : Nanti kau kahwin, aku tak nak datang.
Aku : Tak mengapa, tapi jangan lupa pos hadiah ya?
Kawan : Hadiah aku mana?
Aku : Dah kirim pada skandal kau dulu.
Kawan : (ketawa) Keji, memang keji. Janganlah pergi sayang, kami semua rindu kamu.
Aku : Siapa rindu aku?
Kawan : Ramai, datanglah majlis.
Aku : Usaha memujuk aku tidak akan berhasil.
Kawan : Ramai lelaki kacak datang...
Aku : Hoit!

http://fc01.deviantart.com/fs42/i/2009/135/7/c/I_walk_alone_by_Graishgagamagagama.jpg
[Gambar : Bukan Kasut Aku]

Dalam hidup, aku percaya pada nilai persahabatan.
Apa yang dihidangkan dihadapan aku, aku hadam dengan perlahan. Menilai seseorang berdasarkan tanggapan orang lain adalah bukan aku. Sungguh bukan aku. Jadi, apabila kau mula membunuh kepercayaan aku satu demi satu, itu bermakna kau telah melangkaui garisan yang membataskan kesabaran aku.

Janganlah begitu.
Dalam senyuman aku yang lebar, mana tahu akan keluar rasaksa yang mengaum dan membunuh kamu hanya dengan satu senyuman sinis dan penuh derita?
Siapa tahu bukan?

Nota Kaki :
Aku mengambil pendekatan menonton drama dan membaca dengan senang hati. Tidak, itu bukan urusan aku yang berbentuk peribadi. Biarlah hanya yang terlibat yang merungkai segala peri. Tolonglah jangan menghantar soalan yang bukan-bukan seperti suatu ketika dahulu. Ia sudah seperti deja-vu.

Zara : Bakal meninggalkan rumah bersama Iman Kenzo dan Adam Awraq nanti. Empat hari tanpa kelembutan tilam tetapi yang pentingnya keseronokan menjalankan tugasan.

Tuesday, October 26, 2010

Iman Kenzo : Hadiah Istimewa Dalam Hidup Aku Dan Adam Awraq Sempena Setahun Menjadi Guru.


Senyum.
Selamat datang Iman Kenzo.
Selamat datang sayang ke dalam keluarga kecil Zara.
Semoga keluarga Adam Awraq dan Shafaza Zara menjadi semakin sempurna.


Ini Iman Kenzo.

Selain nama untuk watak cerpen aku, Iman Kenzo adalah nama untuk si dia ini yang aku beli sempena sudah setahun aku menjalani hidup sebagai seorang guru. Ya,buat pengunjung setia Dunia Sebelah Zara, mereka sudah mengetahui dengan jelas bahawa aku ini manusia beku yang hidup gembira dengan kehidupan aku sendiri. Maka, menamakan barang peribadi aku dengan nama manusia membuatkan aku gembira.

Senyum.
Ada orang memberikan aku ucapan tahniah dengan menyangka aku sudah nikah dan berharap semoga aku mengandung dalam masa terdekat serta bakal melahirkan pada tahun hadapan. Ketawa. Demi sesungguhnya, Adam Awraq adalah suami yang aku ikat kahwin selama tujuh tahun. Betul. Perlukah aku letakkan gambar raya pertama kami bersama?



Ini aku dan Adam Awraq. Oh, nombor dibelakangnya adalah tarikh lahir aku.

Tiba-tiba teringat apa seorang rakan yang dengan nada sinis bertanya pada aku sewaktu raya hari itu. Fahmi Morrison yang sudah bertukar menjadi Fahmi Heartsprings pula.

Fahmi : Bila kau nak kahwin?
Aku : Dah kahwin. Suami aku ada di luar.
Fahmi : Mana? Tu kereta.
Aku : Itulah suami aku.
Fahmi : Macam mana nak dapat zuriat dengan suami begitu?
Aku : Ceh!

Eh, ada sahaja Iman Kenzo kan?
Ketawa.
*******

Hari ini 26 Oktober 2010. Kalau kamu perhatikan kepala blog di atas, papan hijau yang sangat bermakna hasil bikinan seorang sahabat kesayangan aku, Pali, terletak satu tarikh keramat dalam hidup aku. Ya, itu tarikh aku memulakan kerjaya seni sebagai seorang pendidik. Oh, kalau kamu tekan tulisan berwarna merah sebelum ayat ini, ia akan membawa kamu menelusuri kehidupan aku selama setahun ini menjawat jawatan sebagai guru rasmi.

Kedengaran seperti Onizuka pula kan?
Alhamdulillah, setelah behempas pulas di universiti, aku mampu melangsungkan kehidupan dengan kerjaya yang aku sayangi sepenuh hati ini. 

Apapun, buat semua yang menyokong selama ini, terima kasih yang tidak terperi!

Nota Kaki :
Semalam aku tidur awal dan asyik terjaga. Pergi membelek Iman Kenzo pada jam 1 pagi dan cuba untuk memasang tayarnya seperti yang ditunjukkan oleh rakan semalam di kem. Nampak sangat kebolehan aku belum mencapai tahap sepatutnya apabila asyik mengalamai kesukaran untuk memasang tayar belakang.

Zara : Mahu menyiapkan proses penandaan kertas Sains Tingkatan 4. Esok sehingga Sabtu aku mungkin akan keluar lagi.

Monday, October 25, 2010

Mabuk Peperiksaan #1 : Soalan Kesan Pencemaran Pun Kau Nak Tiru Buku? Memang Tercemar Otak.


Maaf.
Aku tidak kelihatan berada di atas talian sejak pagi tadi.
Maaf yang teramat sangat.

Hari ini kertas Sains Tingkatan 4. Ada dua kelas, dan kedua-duanya aku yang mengajar. Satu kelas sederhana, dan satu lagi kelas hujung. Peringatan, kedudukan kelas tidak mempengaruhi aku untuk mengajar. Isi kelas itu yang penting. Ada dua kertas, Kertas 1 dan 2. 

Habis kertas 2, ada seorang rakan menghampiri aku.

Kak A : Zara, tadi ada budak meniru. Akak tangkap dia.
Aku : Kelas mana kak?
Kak A : Kelas 4X.
Aku : Siapa?
Kak A : .........
Aku : Dah agak mesti ada orang tiru walaupun soalan tambahan yang Zara berikan senang. 
Kak A : Dia meniru buku. Akak ambil buku dia.
Aku : Mana? Biar saya tengok.
Kak A : Akak tandakan bahagian mana yang dia sedang buka.
Aku : (membelek buku dan membuka bahagian yang ditanda) Eh, bahagian ni?
Kak A : Ada soalan pencemaran kan?
Aku : Kesan pencemaran pun nak tiru buku ke? Saya dah kata dah, kesan pencemaran apa sekalipun boleh, asalkan kesan.
Kak A : Habis Zara nak buat apa?
Aku : Nanti pandailah Zara uruskan. Terima kasih Kak.

http://fc07.deviantart.net/fs22/f/2007/325/2/d/Anger_by_eebvoom.jpg

Baiklah.
Yang meniru adalah perempuan.
Sebelum balik tadi dia datang jumpa aku, ambil balik buku dia tanpa ada sekelumit rasa bersalah ataupun keinginan untuk meminta maaf. Dan ya, daripada 37 naskah jawapan untuk soalan tambahan, aku sudah habis menanda semua sekali. Dahsyatkan?

Ya, memang dahsyat jawapan yang aku terima untuk soalan tambahan kerana semua asas yang aku ajar dijawab secara sambil lewa dan beberapa bukti meniru sudah aku dapati. Awas mereka nanti, tunggu aku ke sekolah esok, memang aku ketawa sepuas hati kerana walaupun meniru, tetapi meniru bahagian yang salah apalah gunanya kan?

Berikan 3 jenis sinaran radioaktif.
Jawapan budak : Sinaran, nuklear, bahan radioaktif.
Jawapan betul : Alpha, Beta, Gamma.

Aku nak menangis di tepi dahulu.
Sekian.

Nota Kaki : 
Rasa nak kakikan orang, boleh?

Zara : Walaupun baru nikah selama hampir 3 bulan, tetapi nampaknya mungkin akan ada ahli keluarga baru akan muncul dalam hidup Adam Awraq dan Shafaza Zara. Doakan kami berjaya petang ini ya? Kalau berjaya, mungkinkah dia akan dinamakan Iman Kenzo atau Sakura Tuhfah?

Bront Palarae Pelakon Lelaki Terbaik FFM23 - Osman Kabilah (Drama Chinta Slot Akasia) Jual Mi Bandung?


Memang televisyen berpengaruh.
Geram betul aku.
Buang buku lima.

Oh, tahniah kepada Bront Palarae.
Menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23.

http://2.bp.blogspot.com/_4LrAkzfpSmM/THVdmMvSVbI/AAAAAAAAJRc/22LxxwZbu2U/s1600/Belukar+(2010).jpg

Oh ya, tahniah pada Daphne Iking juga.
Senyum.

Baiklah.
Tengah hari tadi selepas membuat kunjungan (serta mengajar adik lelaki aku Matematik) di MRSM, dalam perjalanan pulang, berbual dalam kereta bersama keluarga. Sedang bercakap mengenai roti sebenarnya dan entah bagaimana, boleh termasuk bahagian makanan.

Mak : Rempah mi bandung ada dalam peti ais. 
Aku : Tak sempat nak pos pada kawan. Eh, cakap pasal mi bandung, tak pernah sangka Mak akan puji mi bandung kedai sedap.
Mak : Kedai yang tempat Abah beli memang sedap.
Aku : Hari tu ada teman kawan makan, sedap juga.
Mak : Apa nama kedai tu?
Aku : Lupa pula, Osman rasanya... Lupa apa nama Osman tu.
Mak : Kedai mana?
Aku : Ingat ada nama Osman, tapi lupa Osman apa.
Adik : Osman Kabilah agaknya?
Aku : Oit! (ketawa)
Abah : (ketawa) Betullah tu. Dia kan nak buka kedai makan di Australia, tapi tak sempat sebab Amar mati.
Aku : Ceh!


Drama yang aku tengok setiap hari - Chinta.
Banyak sangat orang yang dah mati dalam cerita ini. >.<

Satu kereta ketawa. Walaupun Abah dan Mak bukanlah menonton sangat drama ini, aku tak sangka yang mereka boleh menangkap apa yang berlaku. Selalunya jam tepat jam 7 malam, Abah akan suruh kami tukar saluran lain agar dia boleh menonton berita sebelum ke surau. Jadi aku dan adik akan pergi ke televisyen depan untuk menonton. Duduk di situ dan Mak akan suruh kami bersiap-siap pergi solat. 

Senyum.
Selalunya Maghrib aku dan adik aku yang berumur 10 tahun adalah pada jam 7.30 malam.
Tahan sahaja kalau Mak sudah mula membebel.

Nota Kaki :
Sedang menyiapkan sesuatu untuk murid aku esok.

Zara : Dasar memerhatikan matahari terbit mungkin tidak sesuai lagi buat aku. Itu sahaja.

Sunday, October 24, 2010

"Aku Jadi Takut Nak Kahwin Bila Baca Blog Kau. Boleh Aku Jadikan Ia Sebagai Alasan Selain Akhbar?"


Boleh.
Lepas itu kau kena tampar dengan keluarga kau sebab gatal nak kahwin tapi nak batalkan perkahwinan sebab kononnya baca blog aku dan kau trauma dengan laporan berita dan akhbar sejak kebelakangan ini yang menyatakan pengantin melarikan diri dan sebagainya. Jangan buat cerita kawan kecuali kau nak muncul dalam blog aku secara eksklusif dengan gambar kau sekali.

J : Ngeri aku baca blog kau akhir-akhir ini.
Aku : Kenapa?
J : Banyak sangat kisah rumahtangga.
Aku : Mana ada? Belum kahwin punya cerita adalah.
J : Sampai aku takut nak kahwin.
Aku : (ketawa) Tak payah buat gila kau. Kau ingat aku nak percaya?
J : Dulu cara menulis kau lain, santai dan kadang-kadang boleh salah tafsir. Tajuk yang kau tulis siap boleh buat aku berdebat dengan kawan-kawan di pejabat.
Aku : Itu pun jadi?
J : Sebagai kaum lelaki, kami sering hadapi masalah dengan perkara begini. Jadi, sekurang-kurangnya kami akan berhati-hati.
Aku : (ketawa) Itu pun orang tak boleh terima kan?
J : (ketawa) Kau dan gila tidak dapat dipisahkan.
Aku : Hidup aku bukanlah skema seperti cara aku berpakaian.
J : Celah mana pakaian kau skema lagi? Sekarang belit-belit aku tengok.
Aku : Masih pakai tanda nama ke sana ke mari.
J : (ketawa) Tapi betullah, baca blog kau buat aku bersyukur sangat sebab hantaran aku semua dah habis bayar.
Aku : Apa bayar dulu ke apa?
J : Apa kau ingat aku tak menabung sedikit demi sedikit dalam akaun bank yang aku buka atas nama dia?
Aku : Pergh! Macam tu pula?
J : Kalau tak buat macam tu, macam mana nak cukup duit? Nanti bila tiba bulan langsung, boleh keluarkan konon-konon dalam bentuk cek.
Aku : Bijak ni.
J : Pandai kan? Lepas tu masukkan balik dalam bank.
Aku : (ketawa) Berapa banyak ni J?
J : Tak sampai 5 angka. 4 angka sudah.
Aku : 9999 pun 4 angka juga J.
J : (ketawa) Kurang seringgit nak sepuluh ribu kan?
Aku : (ketawa) Bak kata Haji Bakhil, takde satu sen, rumah pun tak jadi.
J : (ketawa) Yang penting sederhana.
Aku : Betul.

Ketawa.
Itu antara intipati panggilan telefon daripada seorang kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan dua belas nanti. Musim mengawan hampir tiba secara rasmi. Ketawa. Gila, tapi itu yang dinyatakan oleh seorang bekas pensyarah aku dahulu. Dia menyatakan setiap kali cuti sekolah, adalah musim mengawan bagi kami-kami semua yang bekerja di sektor pendidikan. Geram juga, tapi entah kenapa, itu hakikat yang nyata.

Senyum.
Alhamdulillah, sakit kepala yang aku alami semalam sudah berkurangan selepas dapat menikmati kopi pagi tadi. Sepanjang malam menderita sakit sehingga aku terpaksa tidur agak awal (jam 11.30 malam selepas CSI New York). Tidur dengan keadaan kepala disangkutkan di atas birai katil. Nasib baik tidak berlaku apa-apa.

http://fc00.deviantart.net/fs29/i/2008/045/d/9/Happy_Valentine__s_Day_2008_by_ieatSTARS.jpg

Dan di dada-dada akhbar (kenapa guna dada agaknya?), banyak peristiwa yang agak menakutkan sejak kebelakangan ini tentang pengantin, bakal pengantin dan pasangan suami isteri sendiri. Masing-masing menerima ujian yang bukan sedikit, lebih-lebih lagi kisah mereka disiarkan di dalam surat khabar. Aku sebagai hanya pembaca tentunya, hanya mengharapkan keadaan semakin pulih untuk mereka tanpa perlu aku mengulas dan menimbulkan spekulasi sebagaimana ada sesetengah penulis blog canangkan. Bukan apa, pada aku, itu urusan mereka dengan keluarga mereka. Biarlah. 

Selamat menikmati cuti yang hampir habis.
Selamat memulakan minggu baru.
Mungkin aku bukan yang terbaik, tetapi aku cuma mahu jalinan persahabatan kekal selamanya.
Senyum.

Nota Kaki :
Tidak menghadiri 2 majlis perkahwinan minggu ini.

Zara : Semalam aku banyak menemui kawan baru di Kumpulan Blog Dunia Sebelah Zara. Terima kasih buat yang sudi berbual dengan aku di sana semalam. Oh, yang menghadapi kesukaran banyak menerima peringatan (baca : notifications), aku sudah beritahu cara bagaimana nak buang kan?

Eksklusif : "Memanglah Saya Kena Kahwin Awal. Kalau Tidak, Ramai Pula Bayi Tidak Berdaftar"


Hujan.
Sejak dari petang membawa ke malam, hujan turun tanpa henti walaupun ternyata tidak lebat.Ternyata, ia membahagiakan aku yang menunggu hujan turun walaupun sedikit. Ada pesanan ringkas yang aku terima tetapi tidak mampu aku balas disebabkan pening yang amat sangat. Aku tidak minum kopi hari ini disebabkan aku terlupa, dan ternyata, aku boleh gila menanggung sakit begini.

Ada pembaca senyap yang membuat panggilan dan ada juga rakan yang sudi meluangkan masa bercakap dengan aku. Ah, ternyata walaupun sudah bercakap beberapa kali di telefon, dia masih lagi akan ketawa apabila mendengar suara aku. Asyik menyatakan apakah aku kurang sihat atau sudah bertambah gila dari biasa. Kawan itu memang, tidak mengira dia suami orang atau lebih tepat lagi seorang bapa.

http://img3.visualizeus.com/thumbs/08/09/02/inspirational,to,write,love,on,her,arms,dyptech,photography-1229596d14c6a43dd8aeae8df492ce7f_h.jpg

Aku : Kenapa telefon?
Kawan : Nampak macam kau sibuk sangat.
Aku : Baru bangun tidur, kepala aku sakit.
Kawan : Demam ke?
Aku : Tak. Lupa minum kopi.
Kawan : Ketagihan kau dah teruk sangat ni.
Aku : Tahu, aku dah cuba berhenti dah.
Kawan : Kalah dadah kan?
Aku : (ketawa) Macam mana isteri dan anak-anak kau?
Kawan : Ini yang aku nak cerita ni. Cerita lawak tau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Tadi aku keluar dengan isteri dan anak-anak. Ada orang tegur.
Aku : Siapa?
Kawan : Makcik dalam pertengahan usia. Kau tahulah aku keluar macam mana pakai, dengan rambut aku lagi, isteri aku pun sama. 
Aku : (ketawa) Dah kau pun muda lagi kan? Memanglah kau pakai macam orang muda.
Kawan : (ketawa) Makcik tu cakap pada aku - "Memang budak muda sekarang kalau keluar merendek bawa adik-adik kecil ya?"
Aku : (ketawa) Aku dah lama tak dengar perkataan "merendek" tahu? Lepas tu kau kata apa?
Kawan : Aku cakaplah ini keluarga aku. Isteri aku semua. Makcik tu tak nak percaya mula-mula.
Aku : Habis tu?
Kawan : Aku keluarkan kad nikah, tunjuk pada dia. Terdiam makcik tu.
Aku : (ketawa) Habis macam itu sahaja?
Kawan : Makcik tu tanya kenapa aku kahwin awal.
Aku : Kau jawab apa?
Kawan : Aku jawab begini. - "Memanglah saya kena kahwin awal. Kalau tidak, ramai pula bayi yang tidak berdaftar yang keluar."
Aku : Keji betul kau.
Kawan : Sebab dia jeling-jeling isteri aku pakai seluar pendek.
Aku : (ketawa) Dia cemburu nampak isteri kau bergetah.
Kawan : Dah kata masing-masing baru 24 tahun, anak tiga kan?
Aku : Oh, berlagak.

http://www.1stwebdesigner.com/wp-content/uploads/2010/03/deviantart-groups/when-love-takes-over-best-deviantart-groups-you-should-watch.jpg

Aku memang ketawa besar kalau berbicara dengan kawan ini. Mungkin disebabkan persekitaran dia yang gila, menjadikan dia juga gila begitu rupa. Ternyata, kebahagiaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil bagi dia yang gembira dengan kehidupan yang dijalani dengan tabah.

Kawan : Kau buat aku kenal dunia.
Aku : Entahlah.
Kawan : Sila terus tabah dalam menjalani kehidupan bujang.
Aku : (ketawa) Bahkan, aku tidak perlu berjaga malam menukar lampin bayi lagi.
Kawan : Lampin sendiri sebulan sekali kan?
Aku : Keji la!
Kawan : (ketawa)

Baiklah.
Aku dah tukar fikiran.
Memang kalau aku jumpa, aku ketuk-ketuk kepala dia. 
Geram.

Zara : Baru lepas membaca komentar-komentar yang aku terima di cerpen [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. 

Saturday, October 23, 2010

"Kalau Nak Mengongkong Sampai Terkangkang Sekalipun, Tunggulah Bila Dah Kahwin Nanti!"


Sabtu.
Dingin.
Bonda dan adik lelaki ke sekolah, manakala aku menguruskan hal rumah.
Terima kasih yang membaca [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]. Aku sangat berterima kasih dan bagi yang bertanyakan sama ada cerita itu dari kisah benar ataupun apa, jujurnya aku hanya mahu ketawa. Biarlah Sakura Tuhfah dan Iman Kenzo mendapatkan apa yang mereka mahu dalam hidup.

Telefon genggam aku kebelakangan ini cepat habis bateri disebabkan menerima panggilan telefon daripada rakan-rakan yang mahu berkongsi cerita ataupun apa sahaja. Bahkan, ianya sudah menjadi suatu yang menyeronokkan apabila mendengar dan bertukar pandangan serta cerita masing-masing.

http://whi.s3.leg.entries.lg1x8.simplecdn.net/20090216012731.jpg

Kawan : Aku dah baca cerpen yang kau tulis.
Aku : Eh, terima kasih.
Kawan : Kau buat aku menangis baca cerpen tu.
Aku : Kenapa?
Kawan : Wujud lagikah lelaki macam Iman Kenzo?
Aku : Mungkin ada, cuma tidak terjumpa.
Kawan : Aku sangsi.
Aku : Bahkan, Iman Kenzo itu adalah perwatakan seorang kawan yang mencetuskan isnpirasi aku menulis itu, walaupun entah kena atau tidak dengan tema Islamik yang diberikan.
Kawan : Sekurang-kurangnya tiada unsur keganasan macam LCA.
Aku : (ketawa) Oh ya, kau telefon sebab nak cakap itu sahaja?
Kawan : Bukan. Aku geram dengan tunang aku. Suka sangat kongkong aku.
Aku : Bukankah dia dari dulu memang begitu, apa masalahnya?
Kawan : Makin lama makin teruk.
Aku : Itu mungkin cara dia tunjukkan kasih sayang pada kau. Dia tak nak jadi apa-apa pada kau.
Kawan : Dia takut kalau aku lari dari majlis perkahwinan. Sekarang di surat khabar kan banyak jadi begitu.
Aku : Tak salah dia berjaga-jaga.
Kawan : Semua apa aku buat dia nak tahu. Sampai tanya berapa kali aku ke tandas setiap hari.
Aku : (ketawa) Itu maksudnya dia nak rancang cara nak jimatkan air kalau dah kahwin nanti.
Kawan : Gila ke apa?
Aku : Kenapa kau bertunang dengan dia dulu? Sebab kau dah kenal buruk baik dia kan?
Kawan : Aku ingat bila dah bertunang, sikap dia akan berubah sedikit. Mana tahu lagi ketat dia jaga aku.
Aku : Kau kena ingat sesuatu kan?
Kawan : Apa dia?
Aku : Dia pernah putus tunang, jadi sebab itu dia jaga kau elok-elok.
Kawan : Tahu, tapi kalau nak keluar jumpa kawan pun nak kena laporkan apa cerita?
Aku : Sabarlah. Anggap sahaja ini untuk kebaikan kau juga.
Kawan : Dia kalau nak kongkong sampai terkangkang sekalipun , tunggulah bila dah kahwin nanti!
Aku : (ketawa) Lain macam bunyi ayat.
Kawan : Betul apa?
Aku : Tiba-tiba aku rasa maksud lain.
Kawan : Keji la kau!
Aku : Ketawa.

http://fc04.deviantart.net/fs31/i/2008/196/d/c/Playground_Love_by_DalaiHarma.jpg

Disebalik aku yang kadangkala beku dan kurang mengerti perasaan orang lain, tapi aku yakin benar dalam perhubungan, perlu ada pemudahcara di kedua-dua belah pihak. Memberikan pandangan yang jelas tentang apa yang sepatutnya tanpa prejudis sudah menjadi tabiat barangkali. 

Ada manusia yang boleh hidup tanpa kegembiraan?
Ada sesiapa yang masih bernafas tanpa kebahagiaan?
Ada yang tidak mencari kasih sayang?

Nota Kaki :
Tidak salah untuk melihat kembali masa silam jika masa silam itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat terkesan dalam hati kita. Masa silam adalah sejarah, dan daripada sejarah, makanya kita belajar akan sesuatu yang lebih baik dan indah demi merancang masa depan.

Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam [Blog Dunia Sebelah Zara] kamu boleh ke sini.

Zara : Keyakinan diri untuk mendapatkan gear kesayangan minggu hadapan memuncak tinggi. Aku tahu, akan ada peluh mengalir dan air mata berlinangan, tetapi demi masa depan yang aku pertaruhkan, aku tahu, aku perlu teruskan perjuangan.

Friday, October 22, 2010

Nuansa Marga Sakura Tuhfah - Kisah Silam Tanda Manusia Tidak Berubah? Ibu Dan Takut Teknologi?


“Cik Sakura”.
   
Gadis yang sedang terbaring, bersandar di kerusi membuka mata. Seorang jururawat sedang tersenyum memandangnya. Lengan kiri dijeling, mata tertancap ke arah beg darah yang sedang tergantung dibawah. Hampir penuh dengan darah pekat, O positif. Kesejukan bilik di Jabatan Patologi itu sudah sinonim dengan dirinya. Tiga bulan sekali, pasti dia akan menjejakkan kaki di situ.
   
“Cik Sakura”
   
“Ada apa kak?”
   
“Pening ke?”
   
“Eh, takdelah. Saya okay”
   
“Mana teman yang selalu dengan Cik Sakura dulu? Dah lama tak nampak dia”
   
“Oh, Kenzo? Entahlah”
   
“Eh, tidak tahu?”

   
Telefon genggam milik Sakura berbunyi, mengalunkan lagu dendangan Ana Raffali, ‘Tolong Ingatkan Aku’. Nama pemanggil tertera di paparan. Jururawat yang bertanya tersenyum dan mengisyaratkan Sakura menjawab panggilan telefon. Gadis itu menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih.
   
“Hello”
   
“Sakura Tuhfah”

*******

http://30.media.tumblr.com/GfpKGIs0Wjhl52csJ5TXMvwQo1_400.jpg

“Sakura”
   
“Kenapa Ibu?”
   
“Ada kawan Ibu yang bertanyakan mengenai Sakura.”
   
“Tanya apa ibu?”
   
“Bertanyakan sama ada boleh atau tidak dia datang melamar Sakura untuk anak terunanya.”
   
“Kawan ibu yang mana?”
   
“Datin Umairah, bertanyakan untuk anak lelaki dia yang kerja di Nagoya, Jepun. Dulu pun dia belajar di sana selepas tamat kolej. Khabarnya dari NIT”
   
“Ibu, tahu segala. Habis, apa jawapan ibu?”
   
“Dah orang bercerita, ibu dengar sahaja. Ibu kata ibu kena tanya Sakura dahulu. Ini bukan zaman dahulu, ibu atau ayah boleh paksa anak gadis berkahwin dengan pilihan mereka. Ini zaman blog, Facebook, Twitter. Nanti apa-apa, naik pula nama ibu dalam Internet”
   
“Amboi ibu”

   
Sakura Tuhfah ketawa perlahan sambil memeluk ibu yang melahirkan. Betapa ibu seorang yang sangat memahami dirinya. Memahami keinginan dan impian yang ditanam di dalam diri. Nuansa dirinya berbicara perlahan sendirian, tidak mahu memikirkan terlampau banyak. Soal jodoh sebenarnya bukan urusan manusia semata-mata.
   
“Jadi bagaimana?”
   
“Tunggu dulu ibu”
   
“Sudah ada calon sendiri?”
   
“Apa maksud ibu?”
   
“Manalah tahu. Anak ibu kan sudah berkerjaya sekarang ni”

   
Hanya senyuman mampu diukir oleh Sakura Tuhfah. Biarlah jawapan itu tidak diluahkan pada Ibu yang dikasihi. Belum tiba masa dan saat membongkar rahsia hati, mendedahkan rahsia hati pada dunia yang mungkin tidak mengerti. Dia menunggu lelaki yang mungkin tidak akan muncul lagi. Sudah bertahun dicari tetapi tidak ditemui.

*******

“Kenzo!”
   
“Beritahu saya apa yang berlaku dahulu!”
   
“Itu kisah silam, saya sudah lama lupakan.”
   
“Penting untuk saya tahu”
   
“Keburukan dan keaiban silam. Untuk apa dibongkar semua itu?”
   
“Saya benci bila ternayata Faiq Faisal lebih kenal awak?”
   
“Faiq Faisal?”
   
“Ya. Sudahlah Sakura, cukup. Tiada jalan penyelesaian yang harus ditagih kembali”
   
“Kenzo, dengan dengar cerita Faiq Faisal, sudah boleh buat awak berubah hati?”
   
“Saya ada bukti Sakura!”
   
“Bukti apa?”

   
Kepingan gambar dilemparkan ke arah gadis yang sedang berlinangan air mata. Buntang, terbeliak bulat mata Sakura Tuhfah. Ah, itu semua gambar, cebisan kenangan beku masa zaman jahiliah miliknya. Zaman yang penuh noda dan dosa tanpa kenal langsung erti takut pada hukuman Yang Maha Kuasa.
   
“Ini zaman silam saya”
   
“Kenapa tak pernah beritahu saya?”
   
“Saya cuma tak mahu awak tahu. Kenapa? Awak rasa malu dengan saya?”
   
“Selamat tinggal Sakura Tuhfah.”
   
“Kenzo!”
   
“Tinggal Sakura. Saya salah memilih rupanya. Topeng hitam yang melindungi kegiatan silam awak sudah pecah dan dosa yang cuba diempang mengalir keluar, busuk dan terdedah”

   
Iman Kenzo berlalu pergi meninggalkan Sakura Tuhfah yang terduduk di tepi bangku berukir penuh gaya nusantara. Hujan yang mula menitis perlahan seakan mengerti penderitaan yang ditanggung. Sakura Tuhfah memanggil nama Iman Kenzo tetapi lelaki itu tetap tegar melangkah pergi. Ada air mata yang berlinangan mengalir di pipi lelaki itu.

*******

http://fc04.deviantart.net/fs44/i/2009/093/1/c/__love___by_LimpidD.jpg

Salam semua.
Itu sahaja yang aku dapat paparkan buat kalian. Perenggan-perenggan di atas adalah sebahagian daripada cerpen yang aku tulis di bawah tema dakwah Islamiyah walaupun aku mungkin bukan yang terbaik dalam aspek tersebut. Sila lontarkan komentar kalian sama ada di sana atau di sini untuk penambah baikan di masa akan datang.

Nota Kaki :
1. Kalau ada nama tempat yang kebetulan, itu adalah kerana aku menghargai rakan-rakan yang menjadi sumber inspirasi aku dalam berkarya.
2. Nuansa Marga Sakura Tuhfah melalui proses penambahan dan pengurangan watak sebanyak lebih sepuluh kali serta dicetak berkali-kali apabila aku melakukan proses pembacaan sendiri.
3. Dakwah Islamiyah adalah suatu tema yang berat jujurnya kerana aku tidak pernah menulis sebegitu rupa sebelum ini. Karya ini adalah untuk 'Writer Cup' di Aksara Keraian.

Teruskan pembacaan anda di [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]

Zara : Mungkinkah aku manusia yang terlampau beku dan tidak memahami mereka yang berada disekeliling aku dengan perasaan yang jitu? Entah, aku keliru tetapi masih mahu terus memburu.

"Adakah Senyuman Dan Ketawa Itu Masih Kepunyaan Saya Apabila Tangan Dia Merangkul Insan Lain?"


Sepi.
Ada orang kata sepi itu membunuh.
Tetapi pada aku, sepi adalah satu ruang istimewa. Untuk aku lebih kenal diri aku dan manusia di sekeliling aku. Manusia yang banyak memberikan warna dalam hidup aku yang biasa-biasa. Entah di mana silapnya, tawa aku lebih kuat berbanding dengan tangisan yang menyesakkan hidung dan sia-sia. Ah, ada seorang penulis blog pernah dengar aku menangis. Lebih banyak menangis dan tiada satu patah perkataan pun kedengaran di telinga. Oh, itu cerita lain.

http://fc07.deviantart.net/fs71/i/2010/117/e/b/Everyone__s_gonna_hurt_you__by_shutteredhopes.jpg

Kisah yang tulis semalam bukanlah kisah aku. Ah, bagaimana aku mahu dilukai sehingga lima belas kali? Kegilaan apakah itu? Bahkan, peluang untuk didekati adalah tipis memandangkan aku bukanlah dalam ruang lingkup gadis yang memiliki keistimewaan. Sudah aku nyatakan, hidup aku begini sahaja. Pergi kerja, menulis, menjalani aktiviti lasak di luar dan di rumah. Itu dunia aku, dan ya, aku punya blog. Menulis apa sahaja yang membolehkan aku kenal erti bahagia.

Rakan bekas penghuni pertama kamar jiwa menghubungi aku kelmarin. Bertanyakan mengenai Adam Awraq kesayangan aku. Entah dari mana dia mengetahui aku sudah mempunyai 'suami' yang kacak dan berkilat seperti Adam. Apakah mungkin dia membaca apa yang aku coretkan setiap hari? Entah, aku tidak mahu tahu. Ataupun cerita tersebar pantas seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini?

Dia : Macam mana hidup sekarang?
Aku : Baik sahaja.
Dia : Bila nak kahwin?
Aku : Kalau pasangan hidup ada dijual, mungkin dah lama beli.
Dia : Wah! Eh, nak tahu yang sekarang bekas kekasih awak dah bahagia.
Aku : Baguslah. Dengan perempuan keberapa?
Dia : Setakat yang saya tahu, awak nombor satu. Yang lain tak boleh dikira.
Aku : (simbol ketawa) Kata kawan baik?
Dia : Kawan baik pun payah nak kira bila dia dah bawa ramai sangat perempuan.
Aku : Biarlah. Dia bahagia tu agaknya.
Dia : Lelaki itu ada hubungi awak lagi?
Aku : Oh, dia ada hantar saya pesanan di Gmail. Ucapkan selamat hari raya, itu sahaja.
Dia : Awak balas?
Aku : Saya balas terima kasih. Itu sahaja.
Dia : Saya suka awak dengan dia dahulu, kenapalah kamu boleh berpisah kan?
Aku : Itu cerita lama. Saya dah tak rasa apa-apa.
Dia : Betul ke?
Aku : Adakah senyuman dan ketawa itu masih milik saya apabila tangan dia merangkul insan lain? Tidak. 
Dia : Awak langsung tak cemburu, tak marah dari dahulu.
Aku : Saya dah penat untuk lalui zaman begitu lagi. Tiga tahun dah berlalu, dan saya sudah ada kehidupan lebih baik saat ini.

http://lh6.ggpht.com/_ZSiZxTNJ_BY/S0WJYOL0v0I/AAAAAAAAGBM/qVdqzn5J7eM/s800/aimeelikestotakepics-deviantart.jpg

Kebetulan, di Yahoo Messenger, status yang aku letak adalah "Aku perlu bercakap dengan seseorang". Tiba-tiba dia muncul petang ini. Muncul untuk memulakan perbualan. Seperti suatu ketika dulu, medium yang digunakan masih lagi bahasa kedua, Bahasa Inggeris. Cuma, aku tulis sedikit apa yang dia tanyakan pada aku.

BK : Awak boleh bercakap dengan saya.
Aku : Oh, benar?
BK : Ya.
Aku : Tak mengapa. Status itu sekadar suka-suka.
BK : Kenapa menjauhkan diri? Tiada ucapan hari lahir dari awak lagi.
Aku : Mungkin saya terlupa kerana sibuk.
BK : Teman wanita saya sekarang pun sibuk. Nak habiskan masa bersama pun susah.
Aku : Gunakan hujung minggu.
BK : Hujung minggu pun sibuk.
Aku : Malam.
BK : Tengoklah nanti. Awak pula nasihat saya pasal hal begini.
Aku : (simbol ketawa)

Diam.
Kekuatan aku hari ini disebabkan aku punya manusia-manusia hebat dalam hidup aku. Aku punya keluarga, aku punya kasih sayang yang tidak pernah putus daripada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang setia di sisi aku. InsyaALLAH, aku sentiasa memberitahu diri, aku tidak boleh berpatah balik ke zaman silam yang penuh ketawa bersulam air mata. Cukuplah.

Kenapa aku menulis tentang diri sendiri hari ini?
Sebab aku tahu, aku juga sebahagian daripada dunia.
Walaupun aku mungkin tidak diperlukan oleh sesiapa, aku masih sayang diri aku.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Tunggukan kemunculan Nuansa Marga Sakura Tuhfah malam ini ya?

Zara : Aku tahu yang hati aku bukan lagi milik lelaki itu apabila tiada lagi getaran yang membuatkan jantung berdebar sejak tiga tahun dahulu. Senyum. Penulisan kali ini kosong dan tiada jiwa bukan? Ketawa.

Pernah Terluka , Pernah Kecewa Sebanyak Lima Belas Kali - Dia Tidak Boleh Lihat Aku Gembira?


Diam.
Senyum.
Aku mahu coretkan sebuah kisah duka. Kisah duka seorang kawan yang aku pinjamkan telinga (walaupun hakikatnya telinga aku berat selepas mendengar bebelan Bonda akibat aku pulang lewat daripada mesyuarat dan pergi ke kedai mencari keperluan).

Kawan : Susah sangat ke nak bahagia?
Aku : Entah. Senang agaknya.
Kawan : Bekas teman lelaki aku datang lagi.
Aku : Untuk apa?
Kawan : Dia kata masih sayang.
Aku : Dah berapa kali putus?
Kawan : Lima belas kali.
Aku : Dan telah bertahan berapa lama?
Kawan : Tujuh tahun.
Aku : Agaknya bila nak berhenti putus dan sambung kembali?
Kawan : Manalah aku tahu. Aku dah penat.
Aku : Dah penat jangan sambung lagi.
Kawan : Kenapa dia tak boleh lihat aku gembira?
Aku : Kau gembira lepas putus dengan dia?
Kawan : Entah. Aku cinta dia juga.
Aku : Habis tu, apa masalahnya?
Kawan : Hari tu dia ada perempuan lain.
Aku : Yang sebelum-sebelum ini?
Kawan : Ada yang aku suka lelaki lain, ada yang orang dengki, macam-macam lagi.
Aku : Alahai, sama-sama naik rupanya.
Kawan : Tak tahan dengan benda begini. Gaduh sahaja.
Aku : Kahwin sahaja. Mudah.
Kawan : Apa kau ingat senang? Asyik berpisah masa bercinta tak mengapa, ini kalau dah kahwin, takut sehari kahwin dah kena cerai.
Aku : Janganlah doa begitu.
Kawan : Aku tak jumpa lagi erti bahagia.
Aku : Kau buka kamus mesti jumpa.
Kawan : (ketawa) Ada sahaja nak buat lawak.
Aku : Yang mendengar ni rasa ketegangan melampau dari pihak sana.
Kawan : Kenapa kau boleh kuat?
Aku : Tak kuat mana pun, cuma aku belajar yang aku bukan untuk sesiapa.
Kawan : Jangan kata begitu.
Aku : (ketawa) Ini bukan masanya untuk cakap pasal aku.
Kawan : Habis tu macam mana?
Aku : Kau tentukan hidup kau. Cuma pastikan ini kali terakhir.
Kawan : Kalau ada lagi?
Aku : Biar aku ketuk kepala kamu berdua.

http://fc09.deviantart.com/fs17/f/2007/195/5/c/balloons_2__by_gravity_of_love.jpg

Aku manusia beku.
Semua orang pun tahu.
Tetapi disebalik bekunya aku, pernah juga melalui satu proses percintaan dahulu. Ya, dahulu. Sudah menjadi kisah silam yang tidak perlu dirungkaikan lagi. Melalui itu juga, aku belajar untuk lebih menghargai diri aku hari ini, tentang siapa sebenarnya aku disebalik semua wajah dan senyuman pilu yang kadangkala terukir apabila melihatkan manusia lain berpacaran di sekeliling aku.

Tapi jujurnya itu dahulu.
Kini kalau melihat itu semua, bahkan aku sudah mulai ketawa.
Kegembiraan manusia disekeliling aku adalah kekuatan aku menjalani kehidupan yang ceria.
Tiada istilah cemburu kerana aku tahu, kegembiraan yang aku perlukan adalah dengan menjadi diri sendiri.

Dan, tidak salah mencari kebahagiaan sendiri.
Kasih sayang di dunia ini luas.
Mungkin belum tiba saat aku, mungkin belum tiba saat-saat kawan aku.
Tapi, mana tahu ianya giliran kamu?

Nota Kaki :
Cerpen untuk pertandingan yang bakal disiarkan malam esok (barangkali) sudah dihantar. Dalam itu aku abadikan sesuatu yang aku sendiri tidak begitu pasti tetapi yang aku tahu, menulis itu datang dari hati walaupun aku sendiri kosong tanpa isi. 

Zara : Sudah meninjau sesuatu petang tadi usai mesyuarat. Ada yang sudah menarik perhatian dan mata aku. Alahai, walaupun not-not kertas berharga bakal melayang, insyaALLAH, aku harapkan hasilnya bakal memuaskan diri dan bikin aku bahagia.

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template