Monday, January 24, 2011

Hadiah Perkahwinan : Apa Yang Sesuai Agaknya?


Salam.
Sudah lama rasanya tidak menulis. Badan yang keletihan serta kesibukan yang melanda membuatkan aku lebih banyak mengasingkan diri, menonton drama sebagai satu cara melelapkan mata dengan cepat (masalahnya, menonton drama Korea yang punya lelaki jambu dan kacak, boleh tidur ke Zara? Ketawa). Ah, berbual dengan kesayangan aku sedikit sebanyak membantu aku mengumpul tenaga, walaupun aku sering disuruh tidur akibat melihat mata yang sudah bertukar menjadi panda (sambil jeling-jeling orang sana - guna kamera sesawang sahaja)

[Gambar : Sepatutnya kena cari gambar Canon EOS 40D]

Bermula dengan setiap hujung minggu bulan satu dua kosong satu satu ini aku dihujani dengan lambakan jemputan ke majlis perkahwinan kawan-kawan, sahabat handai serta kenalan sama ada di dunia realiti ataupun dunia maya, aku terpaksa berkejar untuk menghadiri sesetengah acara. Acapkali banyak yang terpaksa dilepaskan memandangkan jarak yang jauh ataupun ada urusan lain yang lebih utama. Panggilan telefon penuh kegeraman pagi tadi membuatkan aku ketawa, walaupun sepatutnya bukan begitu reaksi aku rasanya.

Kawan : Kenapa kau tak datang majlis aku semalam?
Aku : Sekolah ganti semalam.
Kawan : Lepas sekolah kau tak boleh datang juga?
Aku : Pagi merentas desa, tengah hari ada mesyuarat. Habis sekolah, teman Mak pergi kedai. Aku sampai rumah jam tiga petang.
Kawan : Baru pukul tiga kan? Kenapa tak pergi je?
Aku : Gila kau. Nak ke rumah kau mungkin ambil masa lebih satu jam tahu?
Kawan : Sampai hati kau tak datang.
Aku : Kan aku dah kata aku sekolah kan? Aku bagitahu awal-awal hari tu.
Kawan : Aku kahwin sekali sahaja tahu?
Aku : Mana tahu ada lain kali (Ketawa). Kau dapat hadiah yang aku kirim?
Kawan : Hadiah dengan tuan punya diri lain.
Aku : Penting sangat ke aku?
Kawan : Tak.
Aku : Kalau macam tu, baik kau sediakan sarapan untuk suami kau dari kau membebel marah pada aku.
Kawan : Geram pada kau ni.
Aku : Kenapa? Hadiah aku tak mahal?
Kawan : Sejak bila dalam set cawan, ada botol susu bayi sekali?
Aku : (ketawa) Dua dalam satu, set istimewa.

http://farm3.static.flickr.com/2166/1844936254_7122bf0965.jpg
[Gambar : Ni kahwin kembar ke apa? Muka sumpah serupa. Ketawa.]

Baiklah.
Mari kita sama-sama fikirkan, apa benda yang sesuai untuk pengantin baru agaknya ya?
Sengih.

Barang keperluan rumah.
Dari set cawan, gelas, teko sehingga kepada barangan elektrik, ini yang selalu diberi kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Teringat dulu pernah berkongsi duit dengan rakan beli pembakar roti, mesin membuat kopi, kipas angin, radio dan banyak lagi jika perlu menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan. Jika yang kenal lebih rapat, tidaklah sampai berkongsi wang, kecuali zaman pengajian dahulu. Tahun akhir ramai yang buat pesta kahwin secara berjemaah sewaktu cuti semester. 

[Gambar : Mesti seronok jika dapat benda sebegini kan?]

Awak : Sayang, minuman petang dah siap?
Dia : Dah sayang. Nanti kita minum di luar ya?
Awak : Baik. Saya tunggu.
Dia : Sekejap lagi saya datang bawakan.
Awak : Jangan lupa kek sekali.
Dia : Ya.

(...sambil minum petang di halaman rumah, berdua, menikmati langit yang cerah dan berbual bersama. Minum teh dan makan kek, habiskan masa berharga....)

Ehem.
Cukuplah berangan begitu.
Terima kasih.

[Gambar : Aku kalau ini mesti seronok. Mangkuk, mug dan piring. Ada sesiapa nak beri?]

Sudah.
Bukan dapat kebenaran untuk berkahwin pun, jadi kalau nak sangat benda ini, cari untuk ulang tahun kelahiran kau sahaja Zara. Jangan nak mengada. 
Baik.
Senyum kelat.

Buku.
Ada tak orang kahwin, kita belikan buku sebagai hadiah perkahwinan?
Aku nak buat tapi masalahnya, susah juga mahu tentukan buku apa yang sesuai. Kalau ditanya pada aku, ya, aku memang sukakan buku sebagai hadiah. Aku terima buku sebagai hadiah ulang tahun,hari kecemerlangan sekolah, konvokesyen dan kadangkala sengaja suka-suka dari teman. Apakah aku akan dapat buku juga sempena majlis pernikahan?
Senyum.

[Gambar : Menariknya kalau dapat buku - boleh mengabulkan impian membuka perpustakaan peribadi sendiri satu hari nanti]

Gajet.
Ada orang yang cukup bertuah dapat hadiah begini daripada rakan sempena majlis perkahwinan mereka. Yang di dalam dulang hantaran itu daripada pasangan ya? Sila jangan silap pula. Oh, nak! Nak! (sambil lompat-lompat sampai tercabut manik pada baju pengantin).

http://farm1.static.flickr.com/56/422310048_7380222149.jpg
[Gambar : Betul, jangan susah-susah nak bawa set cawan yang boleh jatuh pecah berderai. Bawa benda begini dalam bungkusan kecil sudah. Ketawa]

Kalau hadiah sebegini, sila beri di tangan.
Takut masa sibuk-sibuk, ada orang panjang tangan.
Sekian.

Bingkai gambar atau barang perhiasan.
Benda sebegini pun orang selalu beri. Cuma masalahnya, adakah orang yang menerimanya mempunyai selera yang sama dengan kita?

[Gambar : Rasa gambar ini comel]

Awak : Kawan awak beri gambar apa ini?
Dia : Gambar comel dia kata.
Awak : Buruk betul ni, buang dalam tong sampah.
Dia : Orang beri takkan nak buang? Kita beri pada sesiapa masa hari kahwin mereka pula.
Awak : Boleh. Simpan dalam stor.
Dia : Baik.

Tiba-tiba rasa sadis.
Cuba kau beri orang lain, orang lain buat benda yang sama?
Mesti orang kata gambar atau benda itu sudah kena sumpahan.
Gila.

Tanya apa pengantin mahukan.
Ini selalunya apa yang aku buat. Aku akan tanya pada bakal pengantin apa yang mereka mahukan sebagai hadiah. Kadangkala ada yang berterus terang apa yang mereka mahukan. Sesetengahnya akan jawab terpulang. Nanti aku beri dulang, baru kamu tahu.

http://www.pricerighthome.com/images/manchester_united_double.jpg
[Gambar : Biarlah aku berterus terang. Aku nak ini sebagai hadiah perkahwinan, boleh? Ketawa]

Itu sahaja mungkin.
Ada perkara yang mahu dilunaskan.
Kalau kamu semua rasa ada benda lain yang boleh diberikan, sila beritahu aku ya?
Terlampau banyak jemputan perkahwinan yang aku terpaksa catatkan ini.
Kalau terlepas, susah pula nanti.
Senyum.

Nota Kaki :
Sedang sibuk menonton "Teman Wanitaku Seorang Musang Ekor Sembilan (read : My Girlfriend is a Gumiho). Musang ekor sembilan sungguhlah mengingatkan aku kepada Naruto. Eh? Tetapi watak lelaki pembantu adalah kacak melebihi watak utama. Aigoo!

http://25.media.tumblr.com/tumblr_l8gwvnAmEw1qd81i6o1_500.jpg
[Gambar : Gila sempurna muka. Kalah pelakon perempuan pula. No Minwoo]

Zara : Si dia kata aku seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula yang merajuk apabila keinginan tidak dipenuhi. Balik rumah, muka muncung, mogok lapar dan buat kerja gila apabila apa yang aku hajatkan tidak dapat dipenuhi walaupun aku berusaha sedaya upaya. Ah, kamu baca aku walaupun duduk jauh beribu batu!

43 Ulasan:

  1. adiah semurah penyangkut baju pn aku tak kisah sebab korang datang dari jauh kenduri aku pn aku dh syukur..

    kenduri kawin aku nnt datang tau

    ReplyDelete
  2. boleh je bagi buku motivasi tentang perkahwinan kan? kakak saya dapat dulu~

    ReplyDelete
  3. HEMY:

    Berapa kali kau nak kahwin ni bro?
    (ketuk2 meja)

    g0m0k9enDek:

    kadangkala orang tak suka membaca.
    itu masalahnya.

    ReplyDelete
  4. hahaha ..nak laptop or hp pun dah okey pe...
    kelakar lah zara ni

    ReplyDelete
  5. better bg adiah set sejadah..:))

    ReplyDelete
  6. tura hepy:

    itu dah selalu dapat dalam dulang hantaran kan?

    ReplyDelete
  7. masih muda.
    jadi tak perlu pikirkan soal ini lagi.

    hahahahahahha~~
    XD

    ReplyDelete
  8. bagi lingerie. semalam kawan kita kawen kita bagi..hahahah terbaik dan terseksi..hahahah seronok...mesti dia sengih2 malu tapi mahu masa buka hadiah

    ReplyDelete
  9. Hanie:

    ini bukan suruh kahwin pun~
    jangan salah faham ya?

    Cikbelog:

    katil mau?
    XD

    suffer8zine:
    tu selalu bagi~
    XD

    Eri-chan"
    kalau perempuan takpe.
    kalu lelaki, bagi boxer boleh?
    XD

    ReplyDelete
  10. GUMIHO! tu lah, asal naruto dari situ mungkin. pengaruh myth korea bercampur dalam myth jepun. serumpun.


    hadiah, erm. =.=' aku bagi duit.

    ReplyDelete
  11. zara, kamu nak set cadar MU?? pastikan pasangan ama team.. kalau dia team chelsea.. malam pertama kamu mungkin jadi mimpi ngeri... haha..

    ReplyDelete
  12. suka jalan2 kat sini... buleh dapat idea juga untuk kasi hadiah pelik2 kat kengkawan... hadiah kahwin dulu masih ada yang tak diguna lagi... walau dah berusia hampir 17 tahun.. ??? bukan tak tau guna tapi sayang nak guna takut pecah atau rosak... heheh

    ReplyDelete
  13. zara; lelaki juga kena pandai bergaya seksi untuk isterinya, jangan hanya berkain pelikat dan tak pakai baju..kena tahu ilmu pikat isteri. eh tiba2.

    ReplyDelete
  14. hehehhe..terima jek adiah dengan hati terbuka kan,hehehe...pernah beli satu set pakaian baby utk kawan, beli yang set kembar plak tu,gelak giler,hahaha

    ReplyDelete
  15. saya layan cerita korea tu..berkali-kali pulak..best and memang pelakon pembantu dy ensem..watak utama comel la.. paling suka part dy kata saya rindu awak sangat sangat232 sangat tu..huhu..

    balik pada topik di atas..hadiah yg diuarkan relevan.. orang bagi duit je tapi tu biasa parent mempelai dapat..

    ye kadang2 tak perlu jarak yg dekat pun orang mampu mengenal isi hati,peribadi kita

    ReplyDelete
  16. dari cuti sem haritu tengok my gf is a gumiho tapi tak habis lagi huhu~

    beri lah apa saja, yang penting ikhlas.
    :)

    ReplyDelete
  17. MATAHARI:

    tetiba ku nak jadi gumiho. bulih tak?

    duit~ hehehe~

    Cik Nad:

    LOL!
    Nanti akan ku pastikan dear~
    XD

    yangbaik:

    Woot!
    Lamanya simpan!
    XD

    Eri-chan :
    Baiklah!
    Boxer!
    Boxer!
    Here I come!

    XD

    ijatnuar87:

    aaaa...
    lelaki lagi keji kalau beli hadiah untuk kawan2~
    XD

    Mainur Hasnah :

    hahaha~
    layan kan?
    XD

    syarifah radiah ibrahim:

    yup!
    keikhlasan paling penting~

    ReplyDelete
  18. saya pernah hadiahkan buku kat kawan saya masa majlis kahwin dia...haha.. buku tentang isteri solehah..tu je yang saya mampu untuk diberikan memandangkan saya ni pelajar lagi so tak mampu la nak belikan satu set bilik tido MU..hehe ;)

    ReplyDelete
  19. Jejentik :

    hehehe.
    aigoo~
    sengaja je kata nak~

    ReplyDelete
  20. saya suka hadiahkan buku..buku motivasi tentang alam rumahtangga..boleh share pahala bila dibaca oleh penerima..^_^

    ReplyDelete
  21. bagi jam loceng...
    siap2 set jam pukul brape nk bunyi(afdal waktu malam)...
    bru betul adiah kawin...
    hihihhihii
    ^^

    ReplyDelete
  22. i bg lesung batu..haha walaupun murah, buruk n berat, its meaningful~

    ReplyDelete
  23. ♥CIK SHA♥ :

    Nak gak buku nanti aaa~
    XD

    takky :

    WOot!
    Bijak2~
    XD

    mizz nanas:

    Seriously sangat berguna.
    XD

    ReplyDelete
  24. dah abes aku baca aku sokong boxer..^^

    ReplyDelete
  25. hehe.. bagi set2 pinggan or cawan slalunya.. XD

    ReplyDelete
  26. hai cikgu. saya pun bakal cikgu gak. hihi. suka lah blog awak. my 1st hadiah kahwin adalah set mangkuk. tak tau sebab apa pilih tu, mungkin dengan tanggapan newlywed bakal duduk rumah sendiri kot. hahaha

    ReplyDelete
  27. APi :

    Boxer yang kau sokong?
    XD

    Mra Mastura:

    kan?
    selalu bagi benda gitu gak~

    ReplyDelete
  28. bagi kipas angin/aircond/tower fan..
    malam pertama panas sangat..

    ReplyDelete
  29. jadi lah GUMIHO, musang berekor 9

    ReplyDelete
  30. aik. sudah mintak hadiah kawin walaupun masih tidak diberikan permit? haha.

    ReplyDelete
  31. hahaha...x habis2 dengan No Min Woo dia.

    kalau saya, lebih prefer gadget yang boleh digunakan sebagai platform membaca buku2 berbentuk pdf dan itu sudah tentulah... iPad!!!!

    ReplyDelete
  32. Pernah bagi buku sebagai hadiah perkahwinan kakak..tp buku resepi la yg ada set utk memasak sekali sambil diselitkan nota "kalau memasak tu, ingat la kat org yg bagi hadiah ni..hulur2 la skit"..hehe nak menyibuk juga

    Ada kawan pernah ckp dia nk mintak gadget sbgai hantaran dia nanti..psp la, ipod la..dan harry potter punya box set juga..

    ReplyDelete
  33. bagi frem gambar la. so jimat sikit nk letak gmbr kawen.hehe

    ReplyDelete
  34. zara...

    masa majlis kawin sya dulu semua yang disebut saya dpt... kecuali gajet...

    hadiah yang bermakna sekali dr kawan sekolah " buku motivasi Dr Tuah Membina Cinta Sayang...

    ReplyDelete
  35. bagi gambar dya yg plh cun/hensem dlm frame gmba.. hehehe..
    ouh, besh3x!!! domo domo domo chuaeii~

    http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/119-mari-manjakan-diri-dengan-mary-kay.html

    ReplyDelete
  36. saya beli buku!

    mcm buku motivasi untuk alam perkahwinan. contohnya... lupe pulak. =)

    ReplyDelete
  37. saya dengan kengkawan dulu pernak tong -tong duit beli baju tidur yang paling seksi habuan hadiah ubtuk bestie kawen.jadahnya, malam itu dapat mesej dr bestie marah marah manja malu keluarga gelak dapat baju tidur seksi.kelakar dan benda itu yang mengamit memori antara kawan-kawan.hasilnya,bestie mendahului rakan-rakan yang lain dengan dua orang anak. mungkin penangan baju tidur seksi itu kot.

    ReplyDelete
  38. suka nyer cadar MU tu..cantekk nyer smua MU!! hihi :P

    im following u :)

    Meh singgah: Fasha & Jejai Putus Cinta!

    ReplyDelete
  39. betol.. bila tgk gumiho mst igt naruto.. ok... ini dah lari tajuk, kekeke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template