Sunday, January 09, 2011

Kalau Kau Tak Percaya Pasangan Kau, Jangan Ada Laman Sosial


Salam hujung minggu semua.
Semalam seharian aku disantak dengan timbunan surat elektronik, pesanan di Mukabuku dan entah apa-apa lagi disebabkan aku meletakkan gambar baju dalam penulisan sebelum ini. Seperti yang aku sudah jelaskan, aku bukan penjual, aku hanya pembeli dan kalaupun ada yang boleh aku jual, aku akan beritahu di blog nanti. Buat masa sekarang, baju itu hanya untuk kegunaan peribadi.
Senyum.

Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan oleh mereka yang menyayangi aku di alam maya ini (dan moga sayang itu dipanjangkan di dunia realiti juga). Nasihat dan teguran yang diberikan membuatkan aku menyanjung insan-insan kental ini. Mereka memerhatikan dari jauh dan memberikan nasihat agar aku tidak lari atau terlalu hanyut dengan jiwa muda yang kadangkala sukar berfikir dengan jelas. Terima kasih kepada yang berkenaan. Anda tahu siapa anda wahai kakak-kakak dan abang sekalian.
Senyum.


Satu dinding, dua jam, dua waktu.
Ini dinding biru milik manusia beku. Benar, mata kau tidak silap. Ada dua jam di dinding yang sering menjadi saksi dia melepaskan emosi yang kadangkala bercelaru.

Laman Sosial.
Setiap hari pengguna laman sosial meningkat dengan pantasnya dan kebanyakan manusia yang aku kenali menggunakan lama sosial mengikut kemudahan masing-masing. Oh, Bonda tiada laman sosial - dia tidak suka Internet kecuali untuk urusan rasmi, mencari bahan pengajaran (yang dibuat oleh aku) ataupun sesi kemasukan belajar anak-anak dia. Yang lain pada dia, Internet adalah mengarut. Ada baiknya juga sebab dia tidak mengintai kegiatan anak-anak dia.
Ketawa.

Laman sosial juga mencatatkan peningkatan punca hubungan terlerai apabila salah digunapakai. Ini direkodkan dan ada dicatatkan dalam media massa dan juga elektronik. Aku terlupa bila tetapi hujung tahun lepas dan awal tahun ini, ia menjadi catatan yang kononnya perlu diingati oleh semua orang.

Ada benarnya perkara itu.
Fikir dalam-dalam sampai mata jadi biru.
Kelabu?

http://farm4.static.flickr.com/3447/3252295385_dbe743de64.jpg
[Gambar : Laman sosial yang kadangkala boleh membawa sial - itu ayat remaja, aku pinjam guna]

Disebabkan mempunyai pengalaman (yang pastinya ada baik dan buruk dalam hubungan serta laman sosial), aku tidak terkejut apabila seorang kawan mengadu betapa hubungan dia semakin hari semakin keliru dan celaru serta dihiasi bunga dan duri cemburu apabila laman sosial menjadi tempat dia mengintai pemilik taman hati yang kononnya sebuah pasu.

Kawan : Aku geram betul.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku baca garis masa Twitter pasangan aku, mesti dia ada berbual dengan perempuan lain.
Aku : Ada masalah ke?
Kawan : Berbual bukan main mesra lagi.
Aku : Macam mana dengan garis masa Twitter kau?
Kawan : Kenapa?
Aku : Bersih dari perbualan dengan lelaki ke?
Kawan : Tidaklah, cuma lelaki tu semua kawan aku.
Aku : Tidak bolehkah kau anggap benda yang sama pada pasangan kau?
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa senyap?
Kawan : Kau baca garis masa pasangan kau?
Aku : Baca bila aku rasa perlu sebab aku rasa benda sebegini bukan satu masalah kalau aku tidak buat masalah.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Dia ada berbual dengan kawan-kawan perempuan dia, aku pun ada berbual dengan kawan-kawan lelaki aku. Selagi benda itu tidak melanggar batasan kesabaran dan apa yang sepatutnya dalam hubungan, tidaklah perlu diperbesarkan.
Kawan : Nanti lelaki akan ambil kesempatan!
Aku : Dan adakah perempuan tidak pernah ambil kesempatan juga?
Kawan : Kenapa kau kata macam tu?
Aku : Sebab masing-masing manusia, masing-masing ada kelemahan tersendiri. Lelaki dan perempuan akan sama-sama tamak dalam hidup mereka.
Kawan : Jadi?
Aku : Siapa yang tidak ambil kesempatan dalam hidup? Semua orang akan dan pernah. Jadi, sebab itu kepercayaan penting. Sikap berjaga-jaga juga tapi jangan sampai membuta tuli dan terlampau cemburu.
Kawan : Kau belum kena, kau boleh cakap begitu.
Aku : (ketawa) Aku manusia yang bercakap menerusi pengalaman. Hubungan yang musnah disebabkan laman sosial, aku dah pernah lalui. Jadi, ini zon berhati-hati dengan pemikiran dan akal, bukan terlampau mengikut nafsu diri dan kata hati.
Kawan : Tak boleh baik sangat dalam dunia.
Aku : Bukanlah aku baik sangat, cuma aku tak mahu kau cemburu buta sampai merosakkan benda yang tidak sepatutnya.
Kawan : Cinta itu sememangnya buta.
Aku : Mungkin, tetapi perlu ke sampai membutakan hingga tidak membenarkan diri menilai kaca mana permata atau mana Habib Jewels mana Poh Kong?
Kawan : (ketawa) Kau dah mula dah bermadah.
Aku : Sudah aku nyatakan, jangan jadikan aku gila.

http://farm5.static.flickr.com/4099/4864085488_bf0880ccaa.jpg
[Gambar : Kebanyakan manusia akan mula menjadi tamak bila dia mula rasa bahagia dan sangat selesa]

Mukabuku (baca : Facebook)
Apa yang kau cuba sembunyikan kadangkala akan terbuka tanpa sengaja apabila ada pihak lain yang tidak tahu apa-apa menandakan kau dengan perkara yang pada kau sesuatu yang rahsia. Contohnya, gambar kau dengan sesiapa yang pada zahirnya kau tidak mahu dilihat oleh pasangan yang mungkin akan cemburu buta. Benda begini kadangkala kita tidak dapat kekang daripada terjadinya.

Twitter.
Burung biru yang kuat berkicau hingga kadangkala ikan paus muncul akibat lambakan kicauan yang tidak dapat ditanggung menyebabkan aksara-aksara yang kau taburkan menambah beban hingga muncul paus biru bila kau gunakan laman sesawang (baca : web). Kalau guna 'client', mungkin akaun Twitter kau akan beku sekejap (seperti yang selalu berlaku pada aku).

Kau berkicau dengan sesiapa sahaja sehingga tidak menyedari pasangan kau sedang makan hati. Ah, bukankah ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja (kecuali kau menjadi akaun itu sebagai rahsia peribadi dan meletakkan kunci privasi - macamlah tiada cara benda ini akan dapat dibaca juga kan?)
Ketawa.

Senyum.
Hidup ditentukan oleh diri sendiri.
Kalau kau bising menjerit tanpa ada siapa yang peduli sekalipun, itu tetap kehidupan yang perlu kau jalani.
Itu udara yang perlu kau hirup setiap hari.
Itu tenaga yang kau gunakan untuk kekal berdiri.
Berjalan atau berlari.
Senyum sekali.
Ketawa lagi.

[Gambar : Jam terus berdetik, apa yang kau sedang fikirkan dan menungkan bila tengok waktu?]

Kalau kau rasa kau tak mampu tanggung lihat laman sosial pasangan kau, jangan tengok.
Itu sahaja aku boleh katakan.

Dan yang punya laman sosial, peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan juga, janganlah sampai menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Biarlah benda itu menjadi talian penghubung jika jauh (atau dekat sekalipun). Bukanlah ia menjadi penyebab dan penambah statistik bilangan benda negatif untuk tahun dua kosong satu satu.

Salam hujung minggu.

Nota Kaki :
1. Masih menunggu jawapan kawan yang pendiam itu. Alahai, pastinya sibuk bergelumang buku.
2. Si dia masih dalam musim peperiksaan, maka aku kuat membebel suruh dia belajar. Ah, seperti biasa pastinya hidup kami penuh warna dan graf telekomunikasi juga naik turun rendah tinggi ikut suka.
3. Tadi mengambil adik di MRSM Muar. Eh, ramai pula murid-murid lelaki yang kacak. Menyesal pula tidak mengisi borang mengajar di MRSM. Eh? Ketawa.

Zara : Kau tanya aku bagaimana menghirup udara yang kadangkala menyesakkan nafas dan menendang nyawa? Jawapannya mudah sahaja. Kau lebih tahu apa penapis untuk membiarkan kau terus bernyawa dan menikmati bahagia.

30 comments:

mcjust.lol said...

nasib baik fb dah nak tutup. bebas aku dari belenggu fb. haha!

haryani said...

saya sokong kak zara :D

Encik Tikus said...

dengar cerita facebook akan di tutup 15 march, aish

UmAiRA mAiSAra said...

mrsm muar..my old skool.. mang slalu rmai bdak ensem..haha

.lutazzihayadih.nurizzatulhidayah. said...

Salam aleik k zara..

eh, mcm kenal jam yang di sebelah itu. tepat jam di sini. cairo egypt bukan? :8

senior mana la di laman hati kamu =.=' bertuah sungguh C:
btw, suka kamu sentiasa senyum !

Mra Mastura said...

haha. sudah deactivate fb sendiri .. twitter masih lagi teguh.. dan ya, agak membuat hilang percaya, tapi kalau masing2 memahami, ianya tidak menimbulkan masalah pun. =)

::nuRuLaDHar:: said...

wahhh..sangat suke cikgu zara bagi nasihat. sangat beguna! =)

puteri ain said...

kena la saling percaya..kalau tak..memang la abis..hehe

~naddy~ said...

hehe~ kamoo mmg hebat bermadah cekgu. tp begitulah, stiap manusia itu tidak sempurna,ye la asik mmuaskan kepuasan hati. bnda yg ada d dpn mata dibiarkan sj, bnda yg xnmkp tu yg slalu diada2kan.kata kunci d sini ialah...kita kna ber...syukur! yup, bersyukur!

cerita-gadis-ini said...

i suke dgn cara u tulis..matured..anyway..i follow...

Miss Izah Mohamed said...

laman sosial ni sumtimes byk bg kesan -ve pd org. pandai2 lah guna..

shazmonaz said...

salam persinggahan dari rakan blogger baru..

NuR 'aQiLaH said...

baca entry ni macam baca novel :D

aLoNg.... said...

sungguh sastera sekali ayat anda...
hahaha...
btul juga kata anda...
tidak payah bermain api klau takut melecur or terbakar...
(eh...ade kena mengena ke??hehehe)
along ske entry ni..

isephia said...

memang betul la tu kadang-kala laman sosial boleh memusnahkan hubungan. sya pernah terkena huuu.. dan memang tak perlu ada laman sosial kalu tak percaya pasangan ahahaha...

MATAHARI said...

i like. the strength. of ur writings.

cik ciput said...

mana sosaial ada baik dan buruknya..semuanya terletak atas diri sendiri, mahu menggunakan ke arah kebaikan ataupun keburukan..

shaerin said...

betol !

neyra shazeyra said...

fistly, awww so sweet ada dua jam. cairo pulak tu. dulu, aku pernah buat mcm tu masa couple dengan budak malaysia yg belajar di azhar. ehem.

second, phewwww mmg makan dalam hati ku baca entry ni. 2 weeks ago baru saja gaduh dengan enchek kongkang bout this. aku jeles dia unmention tweet dgn 1 girl kat twitter. and bila aku follow girl tu dia marah2. last2 kami ok sbb lepas discuss elok2, slow talk dia kata dia pn jeles kdg2 aku tweet dgn mcm2 org. fesbuk lg lah. habis semua dia check dia jeles (kami masing2 tahu password masing2). then resultnya, kami tolak ansur. kawal diri masing-masing dan paham masing2. percaya pada dia dan diri sendiri. itu penting.

kdg2 mmg betul laman sosial ni sllu merosakkan hubungan. ada yg cerai, ada yg putus tunang sbb Fb. contoh2 terdekat, kawan2 blogger..makcik pakcik aku, and kakak angkat aku yg ade masalah ni. dari diorg, aku belajar utk kawal diri di laman sosial. mcm la kau tatau aku tweet mcm gila kan? hahahaha

so konklusinya, kepercayaan dan kejujuran tu penting. *eh sorry taip panjang mcm tulis entry* HAHAHA

Anem arnamee said...

Terasa! Hihi. Tapi sekarang lebih memahami kerana mahu difahami , insyaallah dipermudahkan buat kita semua:)

Anonymous said...

honestly ak ckp,ak pon ade menerime nasib same mcm saudari yg di dlm dialog 2...memg la kite manusia biase,tk lari la dri rase cemburu,tmbh2 lgk kalo da syg...tp kalo takat si lelaki 2 juz member & bebual biase 2 tkpe..kalo mesra pon tgk keadaan jge,maybe org 2 memg kwn dgn dye da lame ke kn...len la kalo kwn prmpn 2 memg ayat2 si lelaki ala2 nk mgode...sape tk pns kn...

neyra shazeyra said...

and.... last2 aku gaduh juga lagi sekali hari ini. Gtalk dan Whatsapp aku tidak berfungsi gara-gara internet mcm hampeh...tp aku boleh tweet2 dengan kau. sbb twitter pn lembab tp aku boleh tekan refresh banyak kali. gtalk dan whatsapp takde refresh mana aku tahu dia tak dapat msg aku =.= last2 gaduh lg... again and again,, laman sosial mmg agak sial bikin gaduh :(

samanosuke_04 said...

ngohohoho, dunia bermasalah bila ader gf.. untung gak jd aku.. wahhaha

Nadzirah said...

betul tuh kak zara ;)
kadang-kadang laman sosial tuh bukan setakat bawak huru hara pada hubungan dengan jantina lain. dengan kawan sendiri pon boleh gaduh besar...
kesimpulannya, gunakan laman sosial dengan berhemah

zubir othman said...

yup...sometimes not all the things is gud for us.....maksudnyer gunakanlah ianya dengan yang terbaik jika ia memudaratkan diri kita....jika ianya digunakan secara negatif pasti negatif juga kesannnya....segalanya terletak pada diri kita....hanya kita manusia yang diberikan akal untuk memikirkan yang mana terbaik dan yang mana buruk untuk diambil dan diguna pakai.....peace

takky said...

stuju dgn kate2 nadzirah 2...
kdg2 kwn yg tgh fedup dgn kwn lain akan buat status 'unmature'...
pas2 status 2 boleh bikin 1 klas gaduh....
huhhuuhuhu....
jgn guna perasaan shj bila lakukan sesuatu yg slalu bikin hati panas....

Eri-chan said...

fb nak tutup dah?
heheh baca status yg gaduh2 ni mmg lucu gak...kdg2 fikir diorang ni nak share satu dunia ke?

Eri-chan said...

fb nak tutup dah?
heheh baca status yg gaduh2 ni mmg lucu gak...kdg2 fikir diorang ni nak share satu dunia ke?

ijatnuar87 said...

hubungan ini adalah satu perkongsian dan apabila kiter berkongsi,kiter kena saling mempercayai...kalu tak leh mempercayai,jangan berkongsi,jangan membuat sbarang perhubungan...sekadar secebis coretan...

Tyra_Halil said...

btol la kak zara.. ms awl2 ada FB mcm2 hal jad. skrng bl dia dh bg guideline apa bley tulis, letak & buat kt fb, baru xhuru-hara relationship nie.
:)