Wednesday, January 05, 2011

Kau Tahu Erti Ditinggalkan Sendirian?


Detikan jam satu demi satu.
Sakit, perlahan, beku.

[Gambar : Sepi sendirian]

Sebuah kotak dibuka setelah dipilin tanpa kesan.
Mentari mencuri, menyelinap masuk tanpa sebarang tanda memilih insan.
Deruan hembusan bayu mengalunkan ilham puisi ketuhanan.
Dan dia memilih duduk mencari ketenangan.

Birai kotak berdebu diusap perlahan.
Sepi menyelubungi sekeping hati yang dipenuhi kesunyian.
Langit cerah, tapi ada titisan gerimis lembut mula menerjah tangan.
Menelusuri setiap jejak yang ditinggalkan.

Seribu pahlawan.
Helaian manuskrip bukan riwayat dongengan.
Ada bait-bait lusuh kenangan.
Sesuatu mengacau minda, buat dia mengukir senyuman.
Desiran angin buat kepanasan diganti kesejukan.
Mana janji bungkusan manisan?

Satu, dua, tiga, empat sampai lapan.
Kotak terlepas dari jari yang diselimuti sarung tangan.
Goncangan.
Goncangan.
Derakan.

Bangun dari kasur yang menjadi alas punggung seharian.
Pandang ke sudut kanan.
Ada sesuatu dari bungkusan sudah bertaburan.
Ada jejak merah saga yang menarik perhatian.
Bening mata menyoroti tidak terungkapkan.
Mata seorang perempuan.

Ah, itu kenangan.
Itu butiran manisan.
Ornamen bisu sudah dipadamkan.
Bibir merkah dengan secangkir senyuman.
Jari memilih yang mana berkenan.
Larut dalam cinta ciptaan Tuhan.

Satu, dua, tiga empat sampai lapan.
Kira, masuk dan hadam sendirian.
Ada potret beku yang direnung secara berhadapan.
Telan manisan.

Manisan dan senyuman.
Senja turun di ufuk, awan berarak lalu perlahan.
Dia menunggu seorang insan.
Yang bakal muncul dari belakang menghadiahkan pelukan.
Hangat diikuti ciuman.
Suatu kesaksian.

Diam.
Sakit.
Terbiar.
Sendirian.
Tanpa teman.
Tahan.
Paksa senyuman.

[Gambar : Ini bukan sedang bertakbir di atas salji ya? Bukan]

Arnab.
Saya sayang awak.
Saya cinta awak.
Maaf kalau buat awak selalu pening dengan saya.
Maaf kalau saya cepat terasa sejak kebelakangan ini.
Maaf ya sayang?

Nota Kaki :
1. Mengajar Pendidikan Jasmani memang boleh menegangkan seluruh badan waktu malam.
2. Belajar untuk lebih kuat.
3. Sekolah adalah tempat di mana aku menjadi orang yang kamu semua tidak akan kenal. Masalah tidak pernah dibawa ke tempat kerja.

Zara : Sudah tidak boleh berpoya-poya dengan kawan-kawan yang menggila. Semua sudah tahu kewujudan 'penjaga' diri bergelar Arnab. Ketawa.

17 comments:

~fiM-uNdefiNed~ said...

dunia tak selalunye indah~ tetibe jer =="

piNky LuCiA said...

arnab oh arnab.. hehehe.

hafizmohamad said...

selamat bahagia bersama penjaga!:D


masalh tidak dibawa di tempat kerja menjadikan orang tidak kenal.
bgaimana mahu aplikasikan
tidak akan kenal siapa aku di tempat belajar.
masalh itu masih ada:)

APi said...

nukilan kata yang sangat menawan..^^

student said...

cik arnab banyak-banyak sabar ok?

asybedazzle said...

indah. :)

Sachi Asukai said...

touching, yet meaningful words!gambate ne kak zara!

Eila said...

sungguh mengasyikkan... bait kata yang indah.... (^__^)

en arnab... sabar yer... hehehhe

Mais said...

indah....

hanya word itu yg sesuai untuknya..

=)

Yong Sofea said...

:D
cantik puisi tu :)

ashie023 said...

okehhhh aku tergolek dok suke nengok gambo ngan caption ko kat bawah gambo salji tuh...whahahhahahha...ape2 pun,semoga happy sokmo...hwaiting dak zara..

takky said...

gamba bertadbir 2 potong mood....
baru mate nie nak panas tadi...
hahahaahaha
(sambil tepuk2 muka suwuh wake up)

starsyeea said...

siapakah arnab...?

heh!

sharamli said...

masalah ditempat kerja dibawa balik ke rumah?

Hanif said...

nice poetry...

Ali ridha said...

dunia ni kita indah sementara.

1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

samanosuke_04 said...

bila takleh luah masalah kat skolah, luahkan kat blog.. hehe, best kan ade blog? hohohoho