Friday, January 21, 2011

Kenapa Aku Suka Lihat Lalu Lintas Ke Blog?


Salam semua.
Kepada yang sakit punggung bila baca penulisan sebelum ini, aku minta maaf kalau lubang punggung kau melecet. Tulisan manusia yang biasa-biasa ini bukanlah mahu menyokong atau menidakkan sesiapa. Ia tulisan atas dasar memerhati terlampau lama. Ah, lagi pula hari cuti, menulis ambil masa yang lama akibat menjalankan kerja sebagai suri rumah.
Ketawa.

[Gambar : Ramai pula yang tanya kenapa sudah lama tiada penulisan khusus untuk Encik Arnab. Ketawa]

Baiklah.
Mari kita langsung bicara ke arah persoalan yang aku terima petang tadi angkara penulisan yang biasa. Ah, susah juga bila baling sebiji bom, tapi bawa kesakitan melata kan? Macam tindak balas berantai dalam nuklear, benda ini akan merebak macam virus bila ada yang rasa sakitnya.
Senyum.
Sinis.

Soalan #1: Tulis blog sebab nak kejar trafik ke?
Aku : Bukan biasanya polis trafik yang kejar kita?
Soalan #2 : Penting kah trafik?
Aku : Cuba kau sampai simpang empat, tiada lampu isyarat, kau main redah. Ada berani?
Soalan #3 : Apa kegunaan trafik bagi kamu?
Aku : Ini merujuk kepada trafik apakah?

Soalan ketiga agak relevan walaupun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang asing jika orang memahami maksud trafik yang digunakan. Aku lebih suka melihat lalu lintas ke blog aku atas beberapa sebab walaupun ternyata aku bukanlah terkenal seperti sesetengah orang lain tentunya.
Senyum.

1. Pengunjung datang dari pautan mana.
Ini penting bagi aku disebabkan aku sendiri tidak mengetahui di mana orang meletakkan pautan aku di blog mereka. Jadi, bila aku melihat ada pengunjung yang datang dari blog tertentu, aku dapat membuat kunjungan balas dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi meletakkan blog ini dalam senarai blog yang mereka mungkin gemari atau lawati.

[Gambar : Boleh berkenalan kan?]

Aku : Terima kasih sudi letakkan pautan blog saya di blog awak ya?
Dia : Terima kasih sebab sudi baca blog saya. Mana jumpa?
Aku : Sebab saya tengok ada pengunjung dari blog awak. Terima kasih lagi sekali ya?
Dia : Kenapa cakap terima kasih dua kali? Malu saya.
Aku : Eh? Maaf.

Buat yang meletakkan pautan, tapi aku tidak ternampak atau terjumpa atau mungkin juga terlepas pandang, aku mahu ucapkan terima kasih atas kesudian kalian berkongsi dengan pembaca blog kalian laluan ke Dunia Sebelah Zara yang penuh dengan cacat cela. Ah, repekan aku boleh undang padah dan bikin hati parah.
Senyum dan geleng kepala.

Tiba-tiba pengunjung datang dari blog yang agak lucah, boleh gila aku dibuatnya seperti sebelum ini. Terkejut bila dipautkan di blog sedemikian rupad walaupun hanya sebagai senarai pautan yang selalu dibaca. Nah, kan berpeluh kau Zara.
Ketawa.
Gila.

2. Pengunjung datang dari kawasan mana.
Ini juga penting disebabkan aku boleh mengenal pasti corak pembaca yang membaca penulisan aku. Kebanyakannya datang dari tempat yang aku boleh kenal pasti siapa pembacanya. Tidaklah sampai mengesan alamat IP, aku cuma melihat siapa yang datang dan meneka sesuka kati aku. Sekurang-kurangnya orang yang mendakwa dia baca blog aku, bolehlah aku kenal dengan lebih rapat. Oh, dari situ jugalah aku boleh dapat tahu si dia singgah di blog aku atau tidak. 
Sengih.

[Gambar : Kalau dengan logo epal, larian safari dan terjunan dari negara bersalji saat ini, aku tahu kelibat siapa yang melalui. Ketawa geli hati]

Tidaklah terlampau tepat, tetapi bolehlah sekadar suka-suka mengacau kawan-kawan sendiri.
Senyum.

3. Kata carian atau kata kunci (baca : keywords) yang digunakan.
Ini sesuatu yang menyeronokkan. Sungguh buat aku ketawa betapa ramai orang mempunyai kadar imaginasi yang melampau tinggi. Mari kita lihat kata kunci yang aku dapat untuk hari ini. 

  • dunia sebelah zara
  • sweet couple cartoon
  • jalinan sentuh
  • saya cintakan awak
  • gambar ketawa kartun
  • telefon di terowong
  • kekasih gelapku
  • shafaza_zara blogspot
  • rutin guru dan rutin murid
  • ikatan tali
  • love pictures
  • lord zara
  • ikan musim mengawan
  • kenapa mahu menjadi guru
  • la tahzan
  • motor laju
  • saya rindu awak
  • surat untuk bakal ibu mertua
  • aku direbahkan
  • tiub merah

Tarik nafas.
Untuk hari ini, aku rasa yang terakhir itu agak menggusarkan.
Ketawa.

http://farm4.static.flickr.com/3347/3278230147_4a556a1c75.jpg
[Gambar : Benda yang manis itu sering memudaratkan. Adakah konsep yang sama boleh digunapakai pada manusia juga?]

Kata carian yang berubah setiap hari membuatkan aku menulis sambil berfikir, manusia adalah makhluk yang amat sukar dijangka. Apa yang mereka mahu lihat sebenarnya di luar jangkauan kita yang menulis, acapkali begitu sehingga aku menyedari, menulis ini sudah sebati menjadi urat darah.
Sebenarnya, itu sahaja yang aku mahu tulis saat ini. Tenaga aku untuk menggila sudah banyak terbebas pergi. Jumaat akan ada mesyuarat bersama dengan guru-guru sama daerah untuk membincangkan acara merentas desa kerana kami tuan rumah. Sabtu pula kerja seperti biasa dengan ada acara merentas desa peringkat sekolah.

Nota Kaki :
1. Kalau kau suka menabur sampah (baca : Spam) di Borang Musim Bunga (baca : Formspring) aku, jangan terkejut bila aku menjawab dengan tulisan yang sinikal dan sarkastik.
2. (sambil gosok mata) Budak sekarang memang unik bila berjalan pakai mahkota di atas tudung ke sana ke  mari apabila keluar berjalan. Fesyen menarik barangkali?
3. Mengajar diri senyum dengan ceria di hadapan cermin. Bila kali terakhir aku senyum ikhlas ya?

Zara : Cinta yang romatik itu ibarat dadah. Kau tidak percaya? Lihat ini. Dan, bila datang kepada kau satu drama yang sia-sia dan itu hanya menyakitkan hati, tinggalkan sahaja ia. Sungguh. Aku berkongsi sedikit di Tumblr aku.


32 comments:

..hizamirahim.. said...

wah.
keywords tu byk berkaitan dgn hati dan perasaan.

:D

LORD ZARA 札拉 said...

..hizamirahim.. :

XD

Ye ke Zami?

najwa's said...

zara, aku dah lama letak dlm bloglist tau..:P :P suke blog ni :)

LORD ZARA 札拉 said...

najwa's :

Terima kasih banyak2 dear.

<3

Ariffah9 said...

salam,

macam mana nak check klu orang tulis apa2 keyword tu?

:)

sabree hussin said...

saya datang dari innit, nuffnang

aisya sakaria said...

wahh semua nak ada love2 aje kan dekat keyword akak!

Nurul Hani said...

sangt suka belog zara. :)

Alia Azmi ◕‿◕ said...

keywords tiub merah tu , darii dulu lagi kan ? ishh , teruk btol manusia zmn sekarang ni kan , huhu ;D .

btw , alia dh letak blog akk dlm bloglist alia . dh lama dhh , sejak taon lps , so , snang nk keep in tach dgn blog akk :) .

lagi satu , blog ni sgt best ! gaya mcm penulis yg menulis entri , padahal cikgu . HUHU :D

s h a f i q h a s h i m _____ said...

cara menulis, mcm menulis novel je :P

ijatnuar87 said...

hehehe..keyword yang cukup menarik,hehehe....terutama surat untuk bakal mertua, ader gak orang cari ek surat gitu ek...

EmanCloud said...

anda dipilih ke uji bakat penulis novel bergambar. mai2 heheh eman singgah dari twitter! http://bilatergigithalia.com/2011/01/20/sape-buta-twitter-pentingnye-twitter-kepada-blogger/

Mainur Hasnah said...

cuma nak tanya je..kenapa dah x de pic kotak yg cumil2 tu? huhu

Fariq said...

nape keyword nama saya tak kuar kat sini erk?? penat saya blogwalking guna sopware.. :p

Slot AkakSiah DI TV Lama | EP2 - Aku Seorang Blogger

lucifer said...

:P aku wonder kenapa mereka selalu accuse unknown blogger cari trafik? erm.gila publisiti? erm.

kalau betul gila publisiti expose life sana sini, tutorial sana sini. macam2 ada itu baru traffic masyuk.

ada 3 benda aku belajar ketika #troll
aku gelar ia akad #troll.
1. punggung panas
2. penjilat punggung
3. lubang punggung

tenangsudey said...

hehee ske gak tgk traffic... leh tgk keyword.. leh tgk datang dr mana... ske kalau dtg dr macam2 negara


Mari tengok Kedudukan Kelajuan Internet Dunia dan Malaysia

niDa said...

saya suka baca blog zara ni sebab kata-kata zara tu la... bile baca cam best je.. maybe cara penyampaian kot... saya belajar improve blog saya dari cini la..

Pistachio said...

gua apa ada hal.. keh keh keh!

1001 penawar penyakit said...

saya ada banyak blog. salah satunya untuk tatapan peribadi dan tak memerlukan trafik yang banyak. tapi blog saya yang lain pastinya suka kalau ada trafik yang banyak. :)

p/s: alhamdullilah kalau ada pengunjung, kalau ada kunjungan susulan maknanya blog saya ada tarikan yang menarik tumpuan dia. :)

EmanCloud said...

huhuh adoi boleh gak bagi pendapat twitter2. cepat2 hhuh

Eila said...

zara

byk yer keyword... mcm2 ada... hehhehe

(^___^)

CikLilyPutih said...

kelakarlah awak punya keywords tu ek..

ciput said...

saya suka bace belog akak. very nice :)

Farhana Sahri said...

sinikal ...??pe 2 ye??

Cikgu Nurin said...

EmmmZara boleh teka, akak dari mana dan teka samada akak pembaca tegar blog zara atau tidak?- jawapan betul,tiada hadiah...-

AkmaFaizal said...

Lalu Lintas di sini. sian nengok polis trafik keje sampai malam ari thaipusam. kadang2 tak kesian pun, sbb derang tak jaga pun lalu lintas. nak lalu..lalulah..nak lintas..lintaslah..hehe :)

Rina said...

hai, zara..sy terjumpa belog kamu ni bbrp minggu yg lepas n ada tinggalkan komen. Sejujurnya sy tertarik dgn gaya penulisan kamu yg agak lain..rs mcm baca majalah Eh! masa mula2 majalah tu keluar..agak lain dr penulisan belog yg biasa..perbezaan tu yg membuat sy memfollow belog kamu sejak itu..dan sy masukkan ke list yg mesti jengah setiap kali sy membuka belog..teruskan menulis ye..

eiela said...

sama juga, saya pun suka tengok lalu lintas blog. pengguna pakai browser mana, dari mana..best. sikit-sikit je taunya..

Latest Entri :
Iklan Nuffnang Mencantikkan Blog

ming said...

hai hai hai awk..salam perkenalan...singgah cni...=) dan terus follow...hmm even awk nye en3 mostly agak pjng jalan cta nya tapi saya suka bc..coz bersahaja...da memng kija saya suka blogwalking dari bikin en3 sendiri...teheheee...btw salam kenalan ya...=) keep in touch!

piNky LuCiA said...

aku lupa aku dapat mana link zara. tapi sedar2 aku dah suka blog ni. haha.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

biasanya set pinggan mangkuk lah org kasi untuk si pengantin baru.
well, depends on the person. :)

::ienafazlyna:: said...

kdg2 blur jugak nak bg hadiah org kawen nie..kalau boleh nak bg yang lan dr yang lain, tp xtahu apebenda