Sunday, January 16, 2011

Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?


Salam semua.
Oh, ini adalah penulisan bergandingan dengan seorang teman yang pendiam.
Dia menulis tentang - "Kenapa Wanita Patut Menyesal Jika Menolak Lamaran Seorang Jurutera" (Ya, anda bakal jurutera, terima kasih)

Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, suka untuk aku mengingatkan ini adalah penulisan santai. Bukan tidak biasa kena maki dengan pembaca, tapi habiskan baca baru maki aku boleh? Terima kasih sekali lagi sambil tunduk-tunduk kepala macam orang Jepun (jeling-jeling bakal jurutera tu)

[Gambar : Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru ya? Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu jurutera. Eh? Ketawa sambil pusing-pusing anak mata]

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
6.00 petang : Kalau aktiviti sekolah.
Beberapa hari selepas itu : Jika punya aktiviti luar

http://www.qualityprimaryresources.co.uk/WebRoot/StoreLGB/Shops/62030978/470A/6663/E667/BC16/BA85/7F00/0001/A3F7/DAILY_0020_TIMETABLE.jpg
[Gambar : Lebih kurang begini jadual cikgu]

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH). 

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam (kalau tiada aktiviti tambahan di sekolah)
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

[Gambar : Sayang, awak duduk rumah, buatlah apa yang patut. Semuanya saya dah sediakan, tengok tepi dinding, atas meja solek, depan peti ais dan sebagainya. Ketawa]

Boleh diulang tanpa jemu dan membuat penambahbaikan jika perlu.
(Gila skema ayat macam buku pengurusan sekolah)

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. 

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama 
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asal pensel dan pisau di tepi)

http://farm3.static.flickr.com/2766/4327124010_33737c608b.jpg
[Gambar : Gembira sampai begini pun boleh. Tiada masalah]

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

http://farm2.static.flickr.com/1052/553711949_1aadfae1d5.jpg
[Gambar : Apa kau ingat ada mabuk-mabuk? Makan benda ini sudah.]

Buat video sambil terkinja-kinja dikira berpeleseran ke?
Entah.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

[Gambar : Jangan risau. Kamu mungkin tidak akan jumpa isteri kamu dalam keadaan ini sewaktu balik kerja. Sebab apa? Sebab ramai orang guna telefon genggam sekarang. Ketawa]

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. 

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


Tapi itulah.
Bukan hakikat sekarang ini.
Cikgu-cikgu balik lagi lambat dari orang yang masuk jam lapan pagi. pelbagai aktiviti sekolah ada. Hatta hujung minggu pun sibuk, cuti sekolah pun tiada masa dengan keluarga. Mungkin juga sesekali sekala akan kena. Tetapi, malangnya, ini bukan hakikat yang semua orang rasa atau boleh terima. Kalau cuti sekolah, biasanya bawa pulang kertas soalan untuk ditanda dan fail-fail untuk dikemaskini.

Kalau bawa murid ke merata tempat, sukan, permainan --- hmmmm.
Banyak juga tinggal rumah.

http://farm4.static.flickr.com/3380/3217893641_3849796b72.jpg
[Gambar : Kalau nak ajak bercuti ke tempat yang bersalji, cuti hujung tahun adalah masa yang menarik. Ketawa]

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

http://farm3.static.flickr.com/2601/3681348169_7cc40d9d7c.jpg
[Gambar : Tidaklah sampai begini kalau setakat nak pergi mengajar setiap hari. Senyum.]

Tapi, kalau lelaki yang disukai memuji?
Ah, itu kena tengok tuan punya diri sendiri.
Ketawa geli hati.

Oh, aku tulis enam sahaja sebagai jawapan kepada projek kolaborasi aku bersama kawan yang baik itu. Lama juga sudah disimpan benda ini dan akhirnya dapat juga membuat penambahbaikan demi menulis dengan suka-suka begini.

Dan ya, ini bukan penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi.
Oh, siapa yang tidak puas hati, anda dibenarkan untuk memaki.

Nota Kaki :
Akhirnya berjaya juga menulis untuk suatu perkongsian bersama. Kawan, sampai hati betul tidak beritahu yang kamu sudah menyiarkan penulisan kamu itu ya? Sebagai denda, sila berikan ulasan anda kepada penulisan ini. Ketawa.

Zara : Perhatian kepada pencari-pencari jodoh di luar sana, ini bukan suatu garis panduan yang tepat dan jitu. Ini sekadar pandangan peribadi yang suka-suka sahaja. Oh, kalau bakal ibu mertua membaca (eh, sudah ada ke?), saya cuma insan biasa yang suka ketawa gembira. Tidak pasal-pasal pula. Sila abaikan dua baris ayat sebelum ini.

Kamu semua mungkin mahu baca ini juga : Kalau Lelaki Meminang Guru, Perempuan Kena Pilih Siapa?

141 comments:

oranglidi said...

btul tu. kawen ngan cikgu mmg best. kalu cuti skolah boleh luang masa byk dgn ank. hehe.

chekgu Moe said...

zara sayang...

tersenyum kaklisa baca tulisan kamu yang ini. sangat tepat! hehehe..

hanya guru saja tahu cabaran menjadi guru.. =)

anOOan said...

erk. bukan ke kerja cikgu lagi susah sekarang. balek rumah masih memikirkan karenah budak skolah. pikir silibus pembelajaran & aktiviti2 skolah. & cikgu adalah manusia paling banyak ade kedutan di muka.



er tak ke macam tu?



tapi mak2 mertua memang suka lah kalau anak depa dapat calon cikgu. syujud syukur terus

Qarl said...

abe kalau laki tu cikgu lg la sesuai dgn cikgu kan>? hiks

suke entry ni

Haris Khairuddin said...

haha..lawak2. tp mmg betul pon.

n ada 1 lagi, cikgu2 mmg suka pada buku. setiap masa berkepit dgn buku. dari buku nak bawak mengajar sampai ke buku latihan budak2 utk ditanda. ;p

kpd guru2 di luar sana, teruskan usaha mendidik anak bangsa.

Fatin Sakura said...

pempuan nak kene cari jodoh cikgu jgak ke..kekekekeke

Is said...

aku mmg suka cikgu.
harap bakal bini aku cikgu la..
haha..

niDa said...

betul ke fakta ini.. atau kah auta semata-mata....

sape ye pilihan hati... cikgu atau jurutera..

masih memilh kan?
HAHA!

orkedwangi said...

hahhahah...saya suka entry ini..wahai laki2 diluar sana,bertuah la kamu klu dapat berbinikan seorang cikgu....titik...

ticejavascript:void(0)r-ticer said...

saya suke!...agree! saya suke penulisan anda cik zara..

::nuRuLaDHar:: said...

wahhh..sgt bes! eheee btui jge tuh.. =) suke bace hasil tulisan kamu...hihi

forever love said...

ibu sy suke suruh saya jadi cikgu..tp sy xnak..hihi

[:::AFZARA:::] said...

klu sape yg x cikgu...saham kurang sket la..uhukksss...

salam perkenalan zara...

ain fathihah said...

haha. bangga2. tapi sebenarnya cik guru pun ada tekanan tersendiri jugak.

izulman DKDM said...

zara, lepas ni tolong tulis kenapa anda patut kawen seorang pelajar bisnes. hehe~

RMA said...

kalau kahwin dengan penganggur plak mcm mana ek? LOL~

p u t e r i said...

zara,
sudah lama x menyampuk penulisan kamu. seronok bace entri ini, malangnya saya seorang guru kementerian yg di "post"kan di sekolah yang bermula hari2 dari 7.30 pagi hingga 4.30ptg! tidak tmasuk kursus hampir setiap hujung minggu. aduh! mahu jadi bersemangat macam kamu zara.. tetapi selalu tertekan.

khairul farhan said...

Hahaha. Nice one lah. Terbukak dah hati gua sikit nak cari cikgu

saya said...

alamak... aku dah kahwin...

macam mana ni. haha...

pelangi said...

profession kita sebagai guru memang terbaik.....class gitu..thanks dunia sebelah zara!!!!! ni kene praktikkan disekolah ni

nerves said...

haha
nice
menguatkan semangat ku utk cr cal0n dr guru kembali..
haha
=p

ijatnuar87 said...

hehehe..walaupom berat untuk menyatakan,tapi fakta diatas sememangnyer benar,tiada yang lebih benar yang benar2 belaka..dan nasib baik la ambe dah ader calon cikgu,dan ambe sendiri seorang cikgu,jadi cuti memang sama,hehehe

inaks said...

jadi cikgu x best...x leh kaur g setel urusan bank..antar keta g bengkel..hehehe

Siti Sifir said...

hah,
pinang ar aku cpt..
aku cikgu yg masih bujang!
wakakaakkaa
http://bit.ly/fkEUv7

mendatak hijau said...

seyes ZaRa,

aku nak elak jodoh aku sorg cekgu sbb aku mati kebosanan bile 24jam nampak muka lg2 ngajor skolah yg same...cisss,xde trill langsung dan peratus utk kerinduan melayang2 tu amat tipis.

hahaha..ape pun aku harap jodoh aku itu seorg anggota tentera sbb sgt menarik kawen lalu bwh pedang..yEaY!!!

farhah adeli said...

haha... teringat dlu penah wat discussion suka2 dengan member2 lelaki. impian dorang nak wife jadi cikgu.

tapi malangnya... tak semudah itu. cinta tu buta! hahhaa...

::FAIZ FARISH:: said...

mak saya cikgu..hehehe

Saya Kacak said...

Saya nak kahwin artis je. Cikgu2 tak mainlah. Bosan kot?

LORD ZARA 札拉 said...

oranglidi:

ha ha ha.
betul2.
:)

Kak Lisa :
abang 'Adi Putra' tu kerja apa?
he he he.
XD

anOOan :

Zara biasanya akan settle kan benda2 tu semua di sekolah supaya balik hati sudah tenang & boleh buat kerja lain.
:)

Qarl :

err, boleh gak kot?
kan?
XD

alyaaboolat said...

insyaallah nak jdi seorang guru yang bersemangat waja...

fara feroza said...

yg lain2 leh diterima lah...tapi yg berpeleseran tu.....??? hehe

(ramai kenal cikgu(lelaki) yg suke berpeleseran)...




bogelllll !!

LORD ZARA 札拉 said...

Haris Khairuddin:

ku buku2 semua kat sekolah.
buku yang ku kepit balik rumah hanya Mukabuku.
XD

Fatin Sakura :
terpulang.
nak ambil jurutera pun boleh.
eh?
XD

Is :
amin.
aku doakan untuk kau.
XD

niDa :
ha ha ha.
hati dah tetap.
nak engineer!
XD

orkedwangi:
kerja lain pun bertuah juga kot dear.
:)

LORD ZARA 札拉 said...

ticejavascript:void(0)r-ticer:

thanks a lot dear!
:)

::nuRuLaDHar::

hehehe.
maceh dik.
XD

forever love :
takpe dear.
kamu mungkin sesuai kerja lain.
:)

[:::AFZARA:::]
eh tak la dear~
ni personal opinion je~
XD

ain fathihah:
macam yang ku tulis tadi, memang setiap kerja ada tekanan masing2~
:)

ween said...

wah.lps ni makin laris la cikgu2 di malaysia ^^

LORD ZARA 札拉 said...

izulman DKDM:
spesifiknya kamu ke?
XD

RMA :
kalau merangkap surirumah takpe kot?
ha ha ha.

p u t e r i:
kamu boleh dear!
kamu boleh.
=)

khairul farhan:
gigih hang eh?
XD

saya:
ha ha ha.
suruh anak2 nanti~
=p

pelangi:
hehehe.
baik!
thanks pada kamu juga~

nerves :
pergh!
aku dorong kamu kuat2~
XD

ijatnuar87 :
senang nak kawen kan?
kan?
XD

jangan lupa jemput aku tau?

inaks:
boleh je buat.
lepas habis sekolah banyak masa lagi.
orang pejabat dapat buat lama2 ke?
kena kejar lunch semua kan?
XD

Siti Sifir :
boleh2~
XD

mendatak hijau:
janganlah kau cari satu sekolah~
ha ha ha~

farhah adeli:
yup!
cinta buta tapi jangan sampai membutakan~
=)

::FAIZ FARISH::
Seronok tak?
ha ha ha

Saya kacak :
walalala~
ambillah wei~

LORD ZARA 札拉 said...

alyaaboolat :

Good luck!
;)

fara feroza:

jauhi mereka~
hehehe~

ween:
haahha~
dah cam promote lak~
XD

cik nurul said...

kak zara, entry terbaik la!! hehe

lepas baca entry ni, tiba2 bermain di fikiran, sy pula nk cari bakal suami seorg guru la mcm ni...haha

*sedang membayangkan sy engineer, si bakal suami guru.. lalalala XD

Anonymous said...

Dear, kalo jmp cikgu yg baik mcm zara tak pe gak. Ade je cikgu yg kt dpn cigu lain je dia 'nampak' berkeliber. Kalih skit dr cikgu lain, bikin onar.Harass murid2 la, pevert la. Ape citer? Laki ke pompuan ke. Ade je.. I'm sorry to say that, sbb nila setitik rosak rempit sebelanga kata mbr abg nan sempit...huhu... I have bad experienced with my teachers. Only a few names aje yg I bleh remember til now.
Mmg teachers la contoh teladan bebudak skg ni. Nak2 mereka2 yg mengajo smk. So, beware of wut u guys terapkan dlm minda bdak2 tu. They grow up with it. Huhu.. Good luck teachers! Aku teacher gak. Separuh ms. I prefer to teach kiddos la tapi.yg dh besaq ni, kalo kuang hajo je memasing, rs nak penampaw je seko2. Xpasai2 aku cipta malaysia book of rekod cikgu plg byk kena saman ngn mak bapak budak2 tu. Mak bapak la ni, xble kalo anak depa kena jentik skit. Sikit2 nak saman. Huhu.. Depa xtau, sikap membela anak2 mcm gitu la yg membuatkan anak2 depa makin pecah lemakk.. Huhu.. WaAllahua'lam...
@tya_razz_azma

LORD ZARA 札拉 said...

Cik Nurul :

Boleh tak saya bayangkan yang sebaliknya?
Ha ha ha ha.

@tya_razz_azma :
sweetheart, thanks sebab share opinion kamu. totally agree sebab tak semua orang sama kan?
:)

chummy_cliche said...

sy bakal guru...huuhu.. betul lagi 1 kerjaya guru mcabar juga so isteri akan berdikari x kan harap suami sangat.. guru ibarat lilin yg mbakar diri... *cm xde kaitan ngan topik lak

aman said...

wah. menarik. ada cikgu single kat sekolah nun? huhu.

Effa Sahat said...

naik saham cikgi-cikgi bujang selepas ni. Percaya sangat.

:)

ngee... tapi memang betul pun.

Pernah dulu seorang sahabat bertanya saya.

sahabat-nanti nak kawin ko cari lelaki kerja apa?

es- apa-apa kecuali tentera. terutama tentera laut.

sahabat- kenapa?

es- PLAYBOY.

akhirnya Allah Taala menduga.. hahaha. Terima kasih Ya Allah. Terbaik...

kesimpulan.
Padan muka saya! :) tapi Alhamdulillah saya bahagia. (baca:setakat 11.1.2011) :)

selamat berkarya zara!

LORD ZARA 札拉 said...

chummy_cliche:

yup.
kerjaya ni ada cabaran juga.
moga yang terbaik buat kamu.

Aman :
aku ada la.
kau nak?
XD

Effa :
he he he.
kalau engineer?
XD

pearl jade said...

saya selaku seorang cikgu rasa terharu dgn entri ni..hehe
thanx!

lea said...

sy bukan cikgu...
patut la xde org masuk minang..hehe

LORD ZARA 札拉 said...

Pearl Jade :

he he he.
sama2 kita~
XD

lea :
aigoo~
bukan camtu sayang~

pali7x said...

kenapa laki perlu segera meminang andartu :

1) murah. (kos kawin, hantaran per semua)
2) tak byk songeh. (byk songeh kang tak jd kawin)
3) penyayang. (hohoho. sendiri mau fikir)
4) berdikari. (duit makeup tak yah bagi)
5) jimat. (kemungkinan besar ada rumah dan kete sendiri)
6) slot no 2 dapat diisi dengan mudah. (kawin lagi satu daa. kalo bini no 2 muda, susah nak isi no 3)

muahaha~!

TiMmiE said...

tapi cikgu skrg ni tak lekat di rumah. bz memanjang..bisnes tu lah, katalog ni lah, persatuan lagi. Last2 sama je cam org keje opis hour, malah lebih sibuk lg. :)

PinkLuscious said...

haha..cumel2..saye bakal cikgu! ^^

PinkLuscious said...

opsss..saye follower yang ke 2999.. ^^ jemput datang blog saye.. :)

Farah said...

Betul la kak Zara . Ada banyak kawan saya nak jadi cikgu dengan sebab-sebab macam ni .

Ada yang terfikir pasal kahwin pun , nak cikgu juga sebab yang macam kak Zara cakap ni .

LORD ZARA 札拉 said...

pali7x:

Busuk, kau selalu komen dengan kadar hilang arah tujuan kan? Haip! XD

Apa pun, aku ada setuju dengan point2 kau~
:)

TiMmiE:
Depends gak.
Sebab ada cikgu yang memilih untuk hidup dalam zon selesa & tak nak join apa2 aktiviti dengan anggapan kerja cikgu ni mengajar je.

PinkLuscious :
oh, ok~
:)

Farah:
Most people kahwin dengan harapan nak kesenangan je kan?
:)

Salwa Hanim said...

haha.. yeke? ada pro and cons la benda ni..

ahsfantasy24 said...

waduh3..
kmbang kempis idung i..
hehe~

(◕‿◕)

mcjust.lol said...

sebab tu aku nak jadi cikgu! haha!

Aretikz said...

Secara jujur, memang saya cari cikgu juga.. tapi kalau jodoh dgn org lain pun tidak apa.. hehe.. saya memang stuju point di atas.. apatah lagi.. parents sya pun suruh cri cikgu.. wakaka..

Lia3003 said...

n3 y menarik perhatian saya, saya cikgu.. nampak secara kasar macam heaven, hakikat dalamannya.. malam tak rehat..nak cerita pun panjang, tp i tak marah ngan entry u.. lebih senang kawin dengan surirumah, anak terjaga siang malam, syok! saya nak jadi suri rumah...... (T____T)

Faza said...

salam...terdetik lak nk wat bising kat sini...=)

bile bace entry nie...untung spew jd cikgu.. nak sgt jadi cikgu..tp tak dapat..mungkin dpt jadi 'cikgu' ngajar anak2 je la nati...tu pon kalau de orang nak cari cikgu jadian cegitu..mesti rebut2 nak cari cikgu asli..nak2 kalau rmai cikgu cam zara la...=)

LORD ZARA 札拉 said...

Salwa Hanim:

ha ha ha.
semua benda memang ada pro & cons~
no doubt.

ahsfantasy24:
cikgu gak aite?
XD

mcjust.lol:
Woot!
XD

Lia3003:
Takpe.
Mak Zara pun cikgu gak.
:)
Tak nak jadi surirumah sebab Mak dapat buktikan dia boleh besarkan kami semua even tho dia kerja, so that, nak teruskan kerjaya ni~
=)

Faza:
InsyaALLAH, ada rezeki yang baik untuk kamu dear~
:)

Eazy Izzuddin said...

jiran ku seorang guru
memang teratur lah
yg best cikgu nih
kalo budak cuti
cikgu pun cuti
betulx?
:P

iRa~" said...

like..hee
sbb im teacher to be also..haha..
sgt tepat..:)
cayalah.. heee

Nur Amalina said...

Assalamualaikum..
Zara, saya rasa senang sekali bila baca blog Zara. Terhibur pon ada. Alhamdulillah, saya juga merupakan bakal seorang guru tahun depan. InsyaAllah..

yaya said...

like tiz so mucx. imma future teacher btw. now seriously, thers butterflies in my stomach. feelin proud as a teacher :)

saharinasaharudin said...

rin share entry ni kt fb :)
entry yg sgt best !
^__________^

LORD ZARA 札拉 said...

Eazy Izzuddin :

Betul!
tepat sekali dear~
:)

iRa~":
sama2 ya kita?
:)

Nur Amalina :
Moga2 impian tercapai ya dear?
:)

yaya:

It's a noble job kan?
:)

saharinasaharudin:
sure dear~
go on~
:)

maCy said...

wow. hee

ザ-sylver-shooter said...

oit, ape ni? bagi 5 , balas 6..kalah la la cmni..huhu

You hv spoken it loud and its going wisely, well done!!

btw, ini sejak bape lama ni terpendam nk tulis mende2 camnih..??

hahaha..takyah jawap pun takpe, coz i know you deserve better than just a normal cikgu..

Nice n3 again and..













BANGUN! .. terima kasih Cikgu..~

EzzEddin said...

Kawin dengan cikgu tadika lagi best kan :)

LORD ZARA 札拉 said...

maCy :

=)

Sheri :
Ha ha ha.
Mana boleh kalah dengan engineer!
Itu tak boleh kan? Kan?

Apa pun, thanks a lot for gave me some ideas and next time, kita kolaborasi sama2 lagi. XD

Boleh?
Boleh aaa~
=)

EzzEddin:
err..kenapa?

APi said...

kalau pasangan sesuai untuk cekgu lelaki pula bagaimana ya?

hans said...

hohohoho
kalau orang yang tersayang puji memang lain rasanya

P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!

anen said...

like very the mucho!!

Hyp3R said...

wah,engineer laki + cikgu ppuan..
enginneer ppuan??byk lagi kerja tip top..:)

echah_syed said...

comelnya entri ni.i like :)

jatuh cinta dgn anak murid tak bole eh?

LORD ZARA 札拉 said...

APi:

nak suruh aku buat entry gak ke?
XD

Hans :
hahahaha~
XD

anen :
thanks dear~
:)

Hyp3R :
mungkin~
:)

LORD ZARA 札拉 said...

echah_syed:

hehehe~
balik kirim salam anak ya kak?
;)

Hazrey said...

Mak suruh balik cepat ada orang datang merisik. Anak Tok Daud penghulu.

takky said...

keje jadi cikgu senang...
sebab x yah susah2 pk bile nak amek cuti...
num 6 tu sesuai dgn kak zara...
iye la kan sebab bru dpt peminat mintak autograf kt skola ari 2...
kikikikiki.....^^

apezs shah said...

salam

mak suruh saya kawen. saya tak mahu.. habis laa... Zara padat tidaklah sangatkan jadual cikgu erk hehe.. tapi nanti dia lebih suka teratur..;)


*apezs dtg follow sini dah.

Fina Roslan said...

Salam Cikgu,

Saya suka entry anda ini. Memamg terhibur.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Owh Bunny bakal seorang Jurutera rupanya. Hehehe :D

The Red Rambutan said...

Cikgu - sya dah kahwin, tak boleh nak buat apa dah. Kecuali kalau dapat ehem hemmmm ehemmm. Keh keh keh

Dayana said...

haha betul.

my parents both are teachers. sentiasa ada masa untuk family dan anak2. itu yang terbaik :)

rockinsudu said...

yup2. hehe cikgu boleh wat rph keluarga. hehe

LORD ZARA 札拉 said...

Hazrey :

Baik!
Ha ha ha.
=p

takky :

LOL!
Tak sesenang orang fikir~
:)

apezs shah :
kalau teratur tak seronok ke dear?
:)

Fina Roslan:
Salam.
Terima kasih dear~
:)

Hami Asraff هامي أشرف ™:
sama dengan kamu, dengan Shu'bah~
:)

The Red Rambutan:

ehem.
amboi~
hahaha~

Dayana :
samalah kita~
XD

atinmarzuki said...

hehe.best sangat baca posy nie! hehe
so, that mean engineer n teacher bagus tuk jadi pasangan kan? hehe. i like! @_@

duan lang said...

cikgu bizi lah...huhuhu...sape ckap ckgu xbizi?hhuhuhu

♥ AMOYELLA said...

senyum sampai telinga baca entri ni!

hannan nazri said...

nice entry :)
dipersetujui oleh seorg cikgu! ;p

APi said...

yep..
entry please..
^^

Berto said...

Hidup Berjadual??

Kadang2 hidop ni tak perlu dirancang sgt, baru la nmpak dinamiknya..=)

LORD ZARA 札拉 said...

atinmarzuki:

hahaha.
ini zara punya POV.
:)

duan lang :

ada kerja yang tak busy ke?
alahai.

APi :
nak pitam boleh?
XD

Berto:
ada sesetengah perkara itu perlu berjadual. takkan untuk lunch kita makan jam 4 petang?

ha ha ha.

bukan penggoda said...

hai. rasenye second time komen kat sini.

pelik kan bila ramai yg carik cikgu sbnanye utk jdkn isteri. ttbe je market cikgu tinggi.

errrr... hai. saya pon bakal cikgu! kehkeh.

duan lang said...

kalau ade kelas malam lg la~wahaha

Azhar Hafiz said...

suruh orang pikat lah tu?

LORD ZARA 札拉 said...

bukan penggoda :

selamat datang ke alam pekerjaan nanti~

XD

duan lang :
ehem2~
tuisyen kan?
kan?

Azhar Hafiz :
ROFLOL!
Kamu lawak!

Nur said...

betul2..kalo sume nak cikgu habis tuh yang lain mcm mana???tengok mak ayah saya kerja cikgu best je..banyak je masa ngan kami2 nih...cuti je jenjalan...mak bapak yg x keje cikgu jarang nak rasa sme nih....(tiba2 menyokong perguruan)..tapi x dapat nak jadi cikgu sebab tak suka mengajar dan mudah rasa marah kalo orang tak paham...huhu

najwa's said...

cekgu zara! :D :D
jeles sama cekgu oke.
tapi, aku tak reti nak ngajo orang..
:P

LORD ZARA 札拉 said...

Nur :

takpe sayang~
mungkin rezeki kamu di tempat lain ya?

:)

LORD ZARA 札拉 said...

Najwa :

aigoo~
nak jeles apakah dear?

mysweetsayang said...

cikgu ni imej nampak bersih,imej penyayang, pakaian dan tingkahlaku mesti sopan. tu mmg tergambar ciri-ciri sesuai buat isteri. ramai berkenan nk jdkan menantu. tp dari segi penampilan, kerja ofis lebih bergaya dan menarik.

Nur Mudrikah said...

suka2..sebab memang nak jadi cikgu. memang pernah dpat ayat yg macam dialog kat ats tu dr future engineer. dia kata dia nak wife dia ckgu sebab senang nak jaga anak2.. tapi time tu saya masih blurr..haha

lepasni bolehlah share kat org tersayang..haha

dyg said...

like this entry...hehehe...

Luvina said...

waaa.....sy suka.... ^^, sbb sy jg seorang cikgu...tq

~miss nusafara~ said...

sy suke entry nih!!!!!

~US~ said...

suke bace!!! rse beruntung tibe2 jd cikgu ni. muahahaha~

nice! nice! nice! =)

mintk izin share ye =P

single dentist said...

habis tu kalo semua nk wife cikgu, kesian la kami2 yang lain nie,, huhu
tuan pnye blog, buatlah entry "y u should marry dentist?" plak, best tau,, byk advantages jgk, hahaha,,, tlglah naikkan market kami jugak,LOL!

Irwan said...

Saya tak taulah cik ni seorang cikgu ke tidak, tapi point yang dinyatakan sebagai jawapan kepada tajuk entry memang tepat dan jitu dan saya sebagai tah sapasapa ntah menyokong padu 6 pecahan yang telah diberikan.

Lagipun entry ni ada kena mengena dengan perjalanan blog ini sekarang. Berikut adalah 6 point tersebut beserta komennya.

baca komen sampai habis:

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-kenapa-lelaki-patut-segera.html

.chocolatevanilla. said...

Ohh comel .
ahahaha
nak share ~

Anonymous said...

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

yang ni aku x setuju sgt.sbb statement cmni la sume org anggap keje guru remeh. waktu keje guru adalah SEPANJANG TAHUN,guru boleh di panggil bekerja oleh ketua jabatan pada bila-bila masa,tu da termaktub dlm pekeliling. Jadi,x da la suma org ingat keje guru tu separuh hari ke apa. sampaikan mase cuti pun kene pergi kursus,tuisyen dan lain².

along nordin said...

saya sgt suka dgn entri ni,santai tp ada point2 yg harus diambil kira :)
terima kasih krn berkongsi.

Anonymous said...

terbaik!!

Shahir @ Meng said...

jus nk share..
cikgu ni klu wat klu kantoi pun xkne buang keje..
paling teruk kne tukar sek..
hhehehehe...2 yg best 2...

Afiqah Ayob said...

couldnt agree more.

tibe2 rasa nak tulis "kenapa lelaki harus berkahwin dengan doktor" tapi tak banyak idea. sigh

MK Kimi said...

btol gak tu...nnt nak suruh cik rose jd cikgu lah.... ;p

Afendi Othman said...

wah..nak cari cikgu gakla...saya bakal jurutera insyallah..hehe

A'ainAbirah said...

salam..mohon share artikel ini..menarik bg seorg bakal guru=)

Nia Ridzwan said...

Guru dan cabaran semasa. ahaks.
one of my friend pernah cakap, dia memang akan cari seorang cikgu untuk dibuat bini.
"aku nak cari cikgu. gaji dia tetap. nanti kalau aku takda duit, boleh pinjam bini. hahahaha "
>,<

pencintabumi said...

saham ke2 ttinggi nurse kan? tp sy juge seorg bakal guru :)
jd sy suke penulisan ni.

wawa said...

salam..

sk sgt ur entry. most of ur entries besh2. tp ni yg plg besh coz sy pon guru..=) mohon share bole?

tqvm..(^_^)

Tieka Nadira said...

salam... sangat suka entri nih.. terbaca dari facebook.. tumpang share ^.^

kay yea said...

cikgu syida??HAHA~~

ee said...

hurm ble than ang pnya pndangan..tp ada btul gk kn,aku kdg2 sibuk smpai nk mkn pn xdan,kdg2 smpai mlm kna kja klau bnda tu urgent nk kna siap..kdg2 nk main golf lagi,mna nk kna cri cable kuat2 lgi nk bg kukuh kedudukan,tp klau da bini ckgu msti dia ble uruskn smua kn...hurm not bad,nnt aku try cri ckgu yg single2,mna tau kot ada jodoh..tq..ang pnya idea sempoi,mcm tau2 ja..

aizyan said...

zaman2 sek dulu selau membayangkan gabungan cikgu+doc or cikgu+engineer adalah pasangan yang perfect..n x sangka plak skrg bergelar sbgi guru.. n suami seorg technician(hopefully pas abis degree dia leh la bergelar engineer)..heheh.
tp status guru sekarang x lg kerja separuh hari.. saya rasa 24 hr.. balik rumah nk kena siapkan bahan2 utk mengajar..nk2 lg kalo nk wat power point.. hmm kalo awal tahun nk mengira duit, isi maklumat pelajar n sebagainye..cuti sekolah plak kna dtg sekolah utk settelkan kerja2 management yg x sempat nk siap waktu sekolah..apapun sgt enjoy dengan kerja ni.. bukan sebab masa yg dikatakan separuh hari tp kepuasan mengajar n tanggungjawab.. sng cite, keje cikgu ni kite berpeluang jadi macam2.. akauntan, doktor, kaunselor, polis..banyak lagila.. entry yang sangt best utk informasi.. thankss..

Nurul Syahirah said...

very niceeeee :)

The sleeper said...

comel karangan ko zara. haha

siti aishah bt muftar said...

tersenyum bila membaca entry ini...btw i love teaching....yg penting kena pndai arrange masa...bila pndai arrnge masa smua kerja menjadi...jd cikgku xde la tension....senyum selalu..think positif

eJAI said...

wah bestnye pasangan cikgu dan engineer kan..ermmm...sapela cikgu untuk dijadikan pasangan saya ni...hehehe

zatul effa said...

hahaaa..comel je..kata2 zara de kebenaran sbb mak saya cikgu..tapi sygnya takde sorang pun anak dia jadi cikgu..heheee..tapi kn as a pharmacist, mak saya cakap saya takleh kawen dgn cikgu sebab nanti hubby balik tengah hari takde orang nk jaga makan dia..coz pharmacist blk pukul 5pm..heheee...:p

danial said...

haha zaman 80an yela ckgu kje sparuh hari n cuti bnyk

Ila Aqilah said...

kembang kempis hidung baca haha
sebab saya bakal guru..ekeke

nice entri kak zara :)

Anonymous said...

sound like good...and it good to be true as well...

maCy said...

fuhh fuhh. bahgie rase. haha

s..a..y..a... (^_^) said...

sesuwai dibaca utk para guru...slmt mjadi guru sejati...

zu said...

Hihi.. What an awesome entry babe! I liiikeee! ;) nak share lah..

zu said...

Hihi.. What an awesome entry babe! I liiikeee! ;) nak share lah..

Anonymous said...

Hi nice post..

But after all.. Bankers was the best.. Coz kalo takde cane cikgu-cikgi sekalian nak buat personal loan (real big numbers dis profesion)

Hehe..

Anonymous said...

sy xsetuju langsung ngan statement no.6...tp overall jgn la kita compare sume keje2 yg ada kt atas muka bumi ni...sbb sume ada masalah, cabaran n tekanan masing2...so xfair la kl nk compare2 kn keje2 ni...and sume org slalu ckp jd cikgu senang..keje half day...cuti pon byk...tp penah x diorg fikir keje2 pengkeranian yg cikgu2 nk kena buat...msk data murid,isi markah, cek rmt, bt survey murid dpt bantuan, bt fail LINUS, PBS, Pentadbiran, report meeting, report org dtg melawat, report kewangan, minit mesyuarat, update fail panitia, tulis catatan mengajar harian, hias kelas, bt takwim sekolah, kursus.........ect...sume ni agak2 cikgu2 buat bila??? so moral of da story xpayanh nk compare2 keje...bazir masa n tenaga je...

Anonymous said...

ala keje cikgu senang je skrg ni...budak2 zaman skrg dah pandai... pastu, kalau budak tu x bpe pandai, mak bapak diorang trus antar g tuisyen malam2.. keje cikgu senang sgt.. x yh ajar bdk2 pun xpe.. tapi, gaji lebih... ape da kerajaan ni.. belajar nak jadi cikgu senang je... confirm2 dapat pointer 3.5 ke atas punye... gaji nak mahal.. kesian bdk medic n engineering..study mcm nak mati, gaji ciput..

Eyna Ixora said...

yes..aku bakal cikgu..hehe..:D

Aznor said...

Assalamualaikum.
Tapi kena ingat.Ramai penghuni Tanjung Rambutan adalah guru.Kenapa?Fikir-fikirkanlah.Saya seorang guru.Awal tahun ni pun dah ada macam-macam tekanan.Terutama PBS......Wassalam