Wednesday, January 19, 2011

Laman Sosial Penghubung Cinta : Twitter Salah Satu Cara.


Salam semua.
Menulis tatkala emosi sungguh tidak stabil akibat Adam Awraq telah dilanggar oleh seorang guru yang baru sahaja melaporkan diri di sekolah pagi semalam. Kejadian berlaku petang semalam selepas latihan merentas desa diadakan. Menangis di sekolah dan sepanjang jalan hampir satu jam membuatkan air mata aku sudah kering tetapi kesakitannya membunuh.
Senyum kelat.
Zara, sila tabah.
Nati aku bawa ke Perodua, tahulah bagaimana nanti mereka selesaikannya.
(kesat air mata)

Baiklah.
Mari kita menulis sesuatu yang menggembirakan, boleh? (Boleh ke tak engkau ni Zara?)
Ada sesiapa rasa lapar lepas memandang gambar di bawah?
Senyum (masih kelat)

[Gambar : Macam logo Twitter pula rasanya. Ketawa]

Mari kita lihat apa yang Twitter sajikan untuk semua penggunanya.
Sebelum itu, aku pernah bicara tentang pasangan yang terlampau cemburu tidak perlu ada laman sosial bukan? Cuma kali ini kita lihat bagaimana teknologi yang mudah itu sebenarnya memberikan impak kepada kehidupan.

1. Fungsi "All Friends"
Di sini kita akan dapat lihat status yang dikemaskini oleh setiap orang yang kita ikut (baca : follow). Sesetengahnya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan perasaan (macam aku), berkongsi fakta-fakta menarik, tempat menghentam orang lain yang tidak punya akaun Twitter serta banyak lagi. Kadangkala ada yang meletakkan status penuh bunga dan sebagainya, tidak mustahil ada yang akan jatuh cinta. (Tapi kalau dia tujukan pada pasangan dia secara terbuka, jangan pula kau jatuh cinta secara tiba-tiba)

Oh, penulis blog sukakan bahagian ini kerana dapat mempromosi penulisan mereka juga.
Eh, macam biasa buat kan?
Ketawa (pahit)

2. Fungsi "Mentions"
Ini biasanya kita akan tujukan kepada sesiapa sahaja yang kita mahukan. Jika garis masa terlampau laju, kadangkala kita boleh tersalah "mention" - biasa kena pada aku, sebab itu tersangatlah perlu berhati-hati memandangkan setiap kali aku guna Twitter, ia melibatkan beberapa golongan yang berbeza.

Kawan : Kau tulis apa tadi Zara?
Aku : Eh?
Kawan : Kau salah tulis ni.
Aku : (ketawa) Nanti aku padam. Laju betul garis masa gerak.
Kawan : (ketawa)

Di sini juga, kau boleh lihat ada pasangan yang mengungkapkan kata cinta (dan mungkin juga nista) kepada pasangan masing-masing jika kebetulan kamu ikut kedua-dua mereka ataupun membaca profil peribadi mereka. Rahsia yang terbongkar juga kerap berlaku di bahagian fungsi ini.

Kawan #1 : Bunny kau duduk mana?
Kawan #2 : Dah tahu, dah tahu.
Kawan #3 : @Kawan#2 Siapa? Siapa?

[Gambar : Jangan malu-malu eh? Ketawa]

Oh, akibat perbualan di sini jugalah, ramai teman-teman wanita kawan aku di Twitter mula menjadikan aktiviti mengintai sebagai salah satu kegiatan rasmi mereka. Kakak-kakak, adik-adik, saya sudah punya Encik Arnab. Walaupun dia jauh, dia tetap sentiasa ada dengan saya. Kemalangan yang menimpa saya semalam, dia antara yang terawal membuat panggilan kepada saya walaupun saya tahu ia melibatkan kos yang banyak ya? Terima kasih.

3. Fungsi "Direct Message"
Ini yang menyeronokkan. Aku berkenalan dengan Arnab dan berbual dengan dia lebih setengah tahun hanya di Twitter. Gila bukan? Tapi sesungguhnya ia sesuatu yang mencabar sebenarnya buat orang macam aku yang banyak bercakap, aksara 140 adalah mencabar kreativiti untuk menulis dan lebih-lebih lagi kami berdua menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris yang sempurna ketika menulis. Senang kata, tiada singkatan. Ketawa.

http://farm5.static.flickr.com/4051/4655301937_48b88dfdd5.jpg
[Gambar : Kalau kau boleh baca tulisan itu]

Oh, DM juga dijadikan tempat bergosip yang agak peribadi jika tidak mahu semua orang baca di garis masa.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Tulisan aku sumpah bercelaru saat ini.
2. Demam panas secara tiba-tiba : mungkin akibat kemalangan kecil semalam.
3. Kaki bengkak akibat jatuh di laluan merentas desa semalam. 
4. Petang ini ada latihan merentas desa lagi.

Zara : Sedang mengajar diri sendiri untuk lebih tabah atas apa sahaja yang menimpa.

21 comments:

Nur said...

alahh..sweetnya..percintaan cyber la nih..erm...nice2

takky said...

lor, adam eksiden?!!!
nak p keje nek ape nty?

takky said...

n gamba 2 betul2 buat perut den lapo...
dh masuk 2 hari x mkn nasi....
huhuhhuh
=,=.....

niDa said...

saya? masih belum ade akaun twitter. mungkin tunggu facebook ditutup kan? (ketawa) HAHA!

Amira Amair The Poyos said...

Kecian..
Dilanggar...
Mira aku tu boleh kata setiap tahun berlanggar dan dilanggar..sekarang aku dah tabah..
hahahhaha

cik nurul said...

kesian kt adam awraq tp lg kesian kt tuan adam awraq...sabar ye kak..sy rasa kamu sgt tabah..

p/s: kalau boleh share la gmbar adam awraq yg kena langgar tu..

1001 penawar penyakit said...

tak pasti apa kegunaan twitter. lebih baik dari facebook kah atau lebih kurang macam frienster?

*ada YM pon tunggang langgang.. alahai!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

<------ selalu juge berg0sip dgn zara bukan :)

Hazzy Ishak said...

lama gila tak bertwitter
=(

Eila said...

sian dia.... sabar yer...

cikpepel said...

aku takde nafsu dgn twitter..ntah nape..


aku penah rs perasaan si putih SX4 dlanggar oleh rakan guru..bengang oh.

APi said...

baru berjinak jinak dengan twitter ni..
*senyum*

semoga cepat sembuh..

ijatnuar87 said...

wahwahwah...siannyer kat adam....dah anto baiki lom?dalam jaminan lagi kan...

Lucifer said...

masih demam lagi ya?

shasshaDanial said...

kakak! rawat adam cepat2.. kesian dia.. :(

ouh~~ dalam hati ada taman la nie.. :D

::nuRuLaDHar:: said...

muga cikgu zara akan lebeh tabah untk hadapi cabaran yg mndatg.. :)

neyra shazeyra said...

cinta twitter. <3

aLya said...

get well soon k.zara..
sabar yek, nanti perodua tolong rawat Adam Awraq :)

fatinAfi said...

sweet22..:D

..hizamirahim.. said...

hehe.
cerita cinta yang menarik.
mungkin akan dikomersialkan?
hehe.
XD

Ikhwan said...

Twitter memang tempat yang best dari Facebook (byk spam di wall).
Di Twitter, macam-macam jenis orang boleh kita jumpa :)