Monday, January 24, 2011

Maaf Mak, Hari Ini Tiada Suntikan Ekstasi.


Puan Mulia antara orang yang paling pandai membaca aku.
Sekilas apa yang terpancar di wajah aku, sudah dapat ditebak apa yang bersarang di minda sehingga perubahan kurang beberapa nano-saat sudah dapat diterjemah. Pembaca paling menakutkan, pembaca yang mengerti air muka puteri sulung yang dilahirkan hampir dua puluh empat tahun yang lepas.

Mak : Kenapa kau nampak penat sangat?
Aku : Kelas penuh pagi tadi, petang pergi mesyuarat.
Mak : Dari pagi tadi muka kau tak ceria, kenapa?
Aku : Letih agaknya, sebab minggu ini cuti Ahad sahaja kan? Sabtu sekolah.
Mak : Selalu pun kau tak rehat sebab pergi kem.
Aku : Tiada ekstasi hari ini.
Mak : Yang kau dah ambil setiap pagi itu apa?
Aku : Itu kafein.
Mak : Dah, jangan mengarut. Kalau letih sangat, nanti rehat lepas masak.
Aku : Ceh! Kena masak juga eh?

[Gambar : Mak, adakah Mak tahu yang Mak akan tengok muka sebegini setiap hari untuk beberapa ketika? Muka yang tiada sebarang riak perasaan ceria]

Sudah terdidik sejak azali, bahawa setiap kali aku menghadapi masalah, kesakitan itu akan aku alirkan kepada diri sendiri. Tidak sesekali kemarahan itu aku hamburkan kepada manusia yang menghiris setiap inci urat dan kapilari jantung serta hati aku. Di saat darah membuak panas, kemarahan, kesakitan, bahkan ada lagi yang datang mencurahkan asid masam, menitiskan perahan limau bagi membiarkan ia membengkak dan tidak mengerti erti kemaafan kepada diri sendiri.
Itu aku.

Tanggung kesakitan sendirian walaupun itu kesalahan orang lain lukakan.
Mengomel perlahan menghadap dinding biru walaupun aku tahu tiada jawapan kedengaran.
Menulis penuh emosi di buku lakaran sambil warnakan hujung setiap catatan.
Manusia kosong seperti aku yang hanya bisa menulis, bait aksara dibaca dalam bisu oleh kalian.
Mungkin tanpa perasaan.
Mungkin punya belas kasihan.
Bahkan, kononnya ada yang ihsan.
Tapi aku, tetap begini sejak sekian.

[Gambar : Ada sebab mengapa gelaran aku selama ini berubah dan diketahui oleh beberapa orang sahaja. Kau tidak boleh baca sakit yang aku rasa]

Kawan : Kenapa setiap kali kau senyum, mata berkaca?
Aku : Terlampau gembira.
Kawan : Betulkah?
Aku : Apa kau fikir aku akan menitiskan air mata?
Kawan : Simboliknya manusia semacam kau?
Aku : Kenapa?
Kawan : Terlampau banyak cerita dan kisah dalam satu wajah.
Aku : Sebab aku masih seorang manusia.

Diam, tahan.
Menunggu penuh diam dan berusaha menjadi budak baik hampir setiap hari aku lakukan.
Ah, sakit menunggu dan mengharapkan sesuatu yang tidak akan jadi kenyataan.
Hakikatnya, aku bukan gadis yang dikurniakan kecantikan.
Menjadi manusia yang cukup sifat sudah buat aku sujud kesyukuran.
Cantik, menarik pastinya jauh dari jangkauan.
Tidak pernah aku idamkan.
Impian?

Ketawa perlahan.
Manusia beku ini selalu lepaskan ketawa dan sembunyikan tangisan.
Makanan dihadam mencari gurauan.
Senda dan tingkah menjadi satu santapan.
Tinggalkan kesakitan.
Paksa diri ukir senyuman.
Walaupun terpaksa berpaut di dahan.
Meskipun perlu tegakkan diri dan dongak ke hadapan.
Aku tetap manusia penuh empati pada perasaan.
Tidak mahu ia terkilan.
Hati tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.
Apabila aku selalu tipu dunia dengan kepura-puraan.
Sebuah senyuman penuh kepayahan.

[Gambar : Bila kali terakhir aku menikmati benda sebegini dan mengukirkan senyuman penuh kegembiraan? Bila kali terakhir aku menikmati tidur di atas ranjang penuh nyaman?]

Ah!
Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka kecapi bukan?
Nah! 
Sebab itu manusia ada yang layak digelar bajingan.
Hah!
Aku cakap ini (kau baca sendiri Zara!) sebagai suatu peringatan.
Jadah!
Jangan sampai diri sendiri menjadi syaitan.

Nota Kaki :
1. Jangan tanya kenapa gelung di bawah mata semakin tebal sehingga layak digelar panda.
2. Jadual baru dibekalkan dengan aku sudah kurang 2 waktu melompat di padang bola.
3. Ujian kecil bakal bermula - tabahkah aku sebagai seorang manusia dan wanita?
4. Diam aku bukan beerti aku terlampau rela.

Zara : Kadangkala membiarkan perkara berlalu dengan senyap mungkin boleh membuatkan diri menanggung kesakitan yang bukan kepalang. Tapi, biarlah kepayahan itu ditanggung sendirian tatkala kebisingan hanya mampu menambah kecederaan.

16 comments:

Mainur Hasnah said...

setiap insan ada cara sendiri merawat luka di hati..pilihan ditangan masing2 mahu bentuk yg bagaimana

Johari Hamzah said...

sabar yea cik zara...


semoga tabah menghadapi hari-hari yang penuh cabaran. cabaran dalam hidup sebenarnya untuk menguatkan diri kita dan mengingatkan kita dari mana asal usul kita.. :)


smile always yea cikgu.. :)

LORD ZARA 札拉 said...

Mainur Hasnah:

ah, terima kasih~
:)

Johari :

Sedang berusaha untuk kuat.
Ini ujian kecil.
Ujian kecil sangat.

♥..cik_mas..♥ said...

zara.. kau kan manusia tabah.. jangan cepat mengalah ok.. kuatkan semangat.. ALlah kan ada disamping kita.. disamping kau juga.. sudah, jgn kau makan kefin itu. kelak sakit merana diri... jaga diri jaga hati ..moga kau ceria selalu ya. aku doakan kau

MATAHARI said...

Gumiho!

convertkan kesakitan pada rasa paling indah =)

LORD ZARA 札拉 said...

♥..cik_mas..♥ :

Nah!
aku takkan mengalah.
sungguh bukan aku~

:)

MATAHARI :

Selagi Lucifer bangun temankan Helios setiap hari, pastinya si gumiho tidak akan duduk diam dan meratapi nasib diri?

:)

Tina Johari said...

kuatkan semangat! (^^)v

gaung said...

sabar itu adalah kekuatan wanita.
sabar.

kami tag zara untuk contest

ENTRY TERBARU: contest 'When Raining Day'

Artoone said...

hanya sujud dan doa sahaja bisa mengubati hati yang tertusuk dan kelam.

aku sendiri masih sesat mencari pintu kecemasan itu, sedangkan api semakin marak menghanguskan jiwa.

dem. Jom Makan Eskrem Zara!!

ijatnuar87 said...

heheheh...penat2 pom masak tetap menjadi satu kewajipan ek,hehehe...nasib badan la,hehehe

suffer8zine said...

menelan air air liur tgk air tu

Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

miss aisya said...

be strong ok..kadang2 pengorbanan kita boleh buat org lain gembira..tak perlu rasa rendah diri sbb tak cantik or wutever sbb akak ade X-FACTOR!

Nur said...

alaa..sian kena masak jugak..be strong ya..x nak sedih2

Eazy Izzuddin said...

kuatkan semangat..
n cukup2 kan lah tido...
nk terlebih jadi mata panda ni
hehe
xD

Fina Roslan said...

Itulah insan yang bergelar 'Mak'.walau pun bukan berada di depan mata, masih boleh menghidu susah senang anak-anak:)

Semoga tabah Cikgu;)

[z@ck] said...

jgn overload sangat dgn kerja weh..slow down beb, slow down.