Wednesday, January 26, 2011

Semalam iPhone Dalam Seluar Dalam, Hari Ini Macbook Jadi Kek Busuk.


Busuk.
Adakah legasi kita masih berterusan?
Aku percaya legasi kita sedang diperjuangkan.

Aku tahu kau tak akan jawab telefon.
Aku tahu kalau aku hantar pesanan ringkas pun tidak akan berjawab.
Aku tahu kalau aku kirim Twitter berjuta kali pun pasti tiada balasan.
Sebab kau ada pesan - di ulang tahun kau, kau tidak perlukan itu semua.
Tapi aku tetap mahu mengucapkan selamat ulang tahun buat kamu sahabat.
Senyum.

[Gambar : Selamat ulang tahun ke-24 Busuk. Kek ini sungguh sesuai dengan kau. Sumpah.]

Terima kasih sebab hadir sebagai teman terbaik aku sepanjang kita kenal antara satu sama lain. Hari ini (26 Januari) adalah ulang tahun kelahiran kau yang ketiga sepanjang aku kenal kau. Dah lama rupanya kita kawan kan Busuk?

Busuk.
Kau sahabat terbaik aku.
Walaupun macam-macam peristiwa yang aku lalui, kau tetap ada bersama aku.
Kekal berikan aku semangat, dan tarik aku bila aku jatuh.
Senyum.

Hidup kita unik kan?
Ya.
Itu sahaja.

Macam biasa, aku doakan yang terbaik untuk kau. Sentiasa.
Sebab apa?
Sebab kau manusia yang signifikan dalam hidup aku.
Ingat bicara kita?

Kau : Kalau kau kira yang itu, aku kira juga kau punya yang itu.
Aku : Mana boleh?
Kau : Kenapa?
Aku : Sebab aku langsung tak ingat apa-apa pasal dia.
Kau : Maksud kau?
Aku : Selalunya kalau orang itu ada nilai signifikan dengan aku, pasti aku ingat sesuatu pasal dia. Tapi ini tak, langsung takde.
Kau : Dah kau kawan dengan orang dalam hutan.
Aku : (ketawa) Sumpah keji.

[Gambar : Persahabatan kita yang unik. Kau sahabat aku, aku sahabat kau. Kita nampak garis yang merentangi dan tidak akan melintasi.]

Oh ya.
Kalau kita tengok semula dari tahun dua kosong kosong lapan sehingga ke hari ini, kita berdua sudah terlampau banyak berubah. Dari saat aku bergelar mahasiswi tahun akhir pengajian sarjana muda sehingga aku sudah mula mempunyai pekerjaan tetap, kau antara tulang belakang yang langsung tidak pernah memperlekehkan aku. Terima kasih sahabat.

Dan, aku harap aku jumpa butang ini untuk diberikan kepada teman wanita kau.
Kalaulah aku dapat cari ini untuk diberi pada kalian berdua.
Ketawa.

[Gambar : Baiklah, ini akan mengundang kutukan dari kau. Ketawa]

Selamat ulang tahun sahabat.
Kau masih yang terhebat.

Nota Kaki :
Tulisan aku mungkin kurang sempurna akibat ditimpa hujan tanpa henti, tapi aku mahu kau tahu wahai sahabat, aku sentiasa berharap kau akan dapat menjalani kehidupan yang kau idamkan. Semoga segala impian kau bakal tercapai.

Zara : Kalau ada sesiapa yang menyatakan lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat, kami dengan senyum simpul akan menyatakan kalian tidak melihat dunia dengan tepat lagi. Bukankah bumi ini sfera, bukan bulat?

12 comments:

Anem arnamee said...

Indahnya persahabatan kamu, zara, selamat hari lahir juga buat sahabat zara yg baik itu :)

Syafiq Rosli said...

nice entri ya..:)

haryani said...

hee sweet lah kak zara (=
happy birthday sahabat kak zara :D

cikpepel said...

boley aje jd kawan.... tp kena tau batasan...supaya tak terbabas dr landasan sahabat..

MATAHARI said...

siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? meh aku pancarkan bola-bola api. :P

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

Aku tak pernah percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dan perempuan..kerana apa yg aku lalui akhirnya semua mengharapkan balasan..tapi aku tak nafikan bersahabat baik dgn kaum bukan sejenis kadangkala lebih menyenangkan..

suffer8zine said...

selamat bertambah usia

Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak

najwa's said...

hehe ye, semoga persahabatan korang last forever! :)

~naddy~ said...

tetiba rasa perlu utk jd sahabat sejati supaya ada signifikan dlm persahatan...hmmm

takky said...

jelez wit ur fwendship...
susah nk cari kwn mcm 2 skunk...
kim salam kt busuk ye nty...^^
dh makin tua dh die....c(;

Eila said...

best yer... dulu pun ada b.friend dr kaum bukan sejenis... tp x leh nk kwn lama. bila awek dia x suka.. lepas peristiwa tu mmg x der dh b.friend lelaki...

selamat hari lahir buat kawan zara.. busuk...

piNky LuCiA said...

lelaki dan perempuan boleh je berkawan. aku setuju. 203%.