Thursday, February 24, 2011

Gambar Berdua Maksudnya Ada Hubungan?


Gila.
Jangan buat lawak sendu kononnya bagi mencari gaduh dengan pasangan masing-masing hanya disebabkan ternampak gambar berdua yang entah tahun bila pun sudah terlupa. Kalau teman lelaki kau jenis baik dan penyayang, tidak perlulah menguji dengan benda-benda begini yang boleh membuatkan dia makan hati. Apa kau ingat makan hati sendiri sama macam makan hati ayam, hati lembu? Boleh tambah zat besi? Alih-alih, kau yang makan besi guna gigi.

Aku memang benci pengintip perempuan.
Aku rasa keselamatan aku tergugat sebab segala benda orang nak laungkan.
Ketawa riang aku dengan manusia penuh perasan sedemikian.
Sudahlah perempuan.
Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan.
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan.
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan.
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian.
Ludah dan diam, aku kulum sendirian.
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan.
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan.
Ah, aku bukan syaitan.
http://farm1.static.flickr.com/213/457490052_c064715cf8.jpg
 [Gambar : Kalau gambar begini bolehlah kau nak tuduh sebarangan kan?]

Rasa kurang selamat.
Curiga tidak bertempat.
Seriau dan mudah fikir yang bukan-bukan.
Aku nak tanya kau satu benda, apa yang menyebabkan kalian memulakan hubungan ya?
Bukan asasnya adalah dasar percaya?
Ke aku salah?

Kawan : Beb, siapa yang kata teman wanita dia tengok kau punya blog?
Aku : Adalah. Kenapa?
Kawan : (ketawa) Aku nak buat permintaan sedikit.
Aku : Apa dia?
Kawan : Teman wanita aku ada tengok FB aku. Dia ada ternampak gambar kita dulu-dulu.
Aku : Gambar apa?
Kawan : Gambar berdua.
Aku : Bukan banyak ke gambar berdua? Zaman belajar dulu kan macam-macam program.
Kawan : Itulah masalahnya, dia boleh kata kita ni kekasih lama, padahal kau kawan baik aku.
Aku : Jadi, kau nak suruh aku buat apa?
Kawan : Dalam akaun aku, aku dah halang (baca : block) dia dari tengok gambar-gambar tu.
Aku : Jadi?
Kawan : Boleh tak kau buat yang sama pada gambar kita yang lain?
Aku : Nanti aku padam semua.
Kawan : Janganlah!
Aku : Biar puas hati dia, aku tak nak ada masalah.
Kawan : Kau kecil hati ke apa?
Aku : Satu perkara yang aku jaki adalah perempuan rasa tak selamat bila teman lelaki dia kawan dengan aku, jadi, sebelum dia rasa pelik dan fikir bukan-bukan lagi, aku baik jauhkan diri.
Kawan : Bukan dengan kau seorang, dengan kawan-kawan aku yang lain pun macam tu.
Aku : Jadi, dia nak kau bergambar dengan lelaki sahaja?
Kawan : Mungkin kot?
Aku : (ketawa) Kalau aku, baik pasangan aku ada gambar dengan semua orang.
Kawan : Kenapa?
Aku : Mana tahu kau boleh dikatakan homoseksual pula kan?
Kawan : Tak macam celaka ayat kan?
Aku : (ketawa) Kenapa teman wanita kau ni?
Kawan : Kami dah merancang nak bertunang. Jadi, dia nak imej aku bersih.
Aku : Jadi, gambar-gambar kau dengan perempuan lain macam najislah?
Kawan : Eh, jangan fikir macam tu?
Aku : Dia tak pernah gambar dengan lelaki?
Kawan : Siapa?
Aku : Teman wanita kau.
Kawan : Ada, tapi aku tak kisah.
Aku : Oh, dia ada padam tak?
Kawan : Tiada.
Aku : Mari sini aku lanyak dia di blog.
Kawan : Janganlah.
Aku : Identiti dirahsiakan.
Kawan : Sadis kau.
Aku : Lantak.

Lawak.
Itu memang sesuatu yang kelakar.
Kau boleh buat, tetapi pasangan kau jangan.
Kau bebas buat ikut kesukaan, tetapi pasangan kau perlu jaga hati kau demi jangan ada tunjuk perasaan?
Begitu?
Enak.
Bergambar berdua sahaja sudah ditebak ada hubungan istimewa.
Jadi, kalau si dia kau bergambar dengan pensyarah, dengan rakan sekerja, berdua pun kau akan kata ada hubungan cinta? Setakat berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku tanpa ada sebarang aksi mesra pun sudah dikatakan punya hubungan mesra?

Wah!
Begitu aku mahu ambil gambar dengan sesiapa sahaja.
Nanti boleh dilaungkan punya hubungan istimewa.
Teman tapi mesra.
Macam gampang sahaja.

http://farm4.static.flickr.com/3543/3682281370_4d33d0950e.jpg
[Gambar : Sekarang kita tak main lagi kunci hati, kita guna kata laluan. Canggih sedikit. Ketawa. Gila]

Satu benda ya, aku nak beritahu sahaja.
Benda yang dinamakan Internet ini mampu buat kau ketawa. Kau boleh cari apa sahaja, dan kawal pasangan kau seperti seorang raja memiliki takhta. Kawasan dia, empayar kau juga. Segala tindak tanduk dia, kononnya kau boleh hidu dan cium sama. Pergerakan dia, kau boleh lihat dan perangkap bila-bila masa.

Tapi, kau juga lupa satu perkara.
Bukan kau sahaja yang boleh buat benda gila. Masih ramai lagi tenaga kerja di belakang alam maya. Kalau rasa panas secara tiba-tiba, bukanlah bermakna kipas rosak atau penghawa dingin tiba-tiba bikin celaka. Mana tahu hati panas akibat perbuatan timbal balik secara tidak sengaja kan?
Nah, itu bukan ugutan.
Itu sedikit pesan.
Kata (kononnya) kawan.
Pengsan.

[Gambar : Adakah kau mahu pengakhiran sebegini? Bolehlah kalau kau suka]

Tulisan aku bukan untuk mencari pujian.
Perkongsian aku bukan untuk menunjuk jagoan.
Cuma aku ingin berkongsi satu perasaan.
Manusia ini ada had dan batasan.
Bukan kau sewenangnya langgar garisan.
Dan mengharapkan selamat sejahtera tanpa balasan.
Malangnya satu perkara teman.
Dunia ini pasti ada balasan.
Sama ada cepat, lambat atau kemudian.
Sebab itu aku selalu kata, hidup kita, kita tentukan.

Kau boleh kata aku apa sahaja.
Aku cuma pandai ketawa.
Nah, bukankah kau sudah lihat dalam video aku punya?

Nota Kaki :
1. Tugasan pertama sudah dilangsaikan.
2. Panggilan telefon bertanyakan tugas sampingan membuatkan aku melonjak naik tapi ada sesuatu yang aku simpan kemas dalam lubuk perasaan.
3. Berkejar menyusun atur hidup kembali dengan bekerja yang ternyata memberikan kepuasan hakiki.
4. Belajar dengan tekun sendirian, untuk menghadapi peperiksaan dalam masa sebulan.

Zara : Sekali lagi ada tawaran gila yang buat aku ketawa berdekah. Niat untuk berbesan? Pakcik, adakah sudah memikirkan sepuasnya sebelum membuka tawaran sedemikian? Apa yang dilihat kepada manusia beku yang tidak pandai dalam menguruskan hatta sebuah dirinya sendiri? Nantilah dulu ya? Tidak mahu terburu-buru menempah maut lagi.

26 comments:

Mra Mastura said...

sis!nak sokong,same goes la dgn mra. skarang semua kwn2 yang ade gf, kalau nak call ke msg ke nak cakap kt wall fb pn xleh. alasan : gf dorg mrh. so kdg2 aje br ckp dgn bestie tu. uhuk.. susah ke nak faham hanya kawan. mcm mra pn, kalau bf da kate tu kwn, cam xkesah la.len la mmg pic dgn ex kot.. huhu.. b4 pape, tanye dl.. >.<
sakit je hati ble ade org xsuke kte kwn dgn kwn kte.. huhuk..

suke n3 ni! senang cte,semua la! hehe

ria said...

huhuhuhu. . biasa la tu zara. .

kaizen said...

sgt sokong

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/02/dari-mana-datangnya.html

ishiko said...

huhu.. saya juga akn bertindak sedemikian..

redbean said...

pandai kau bersajak. ke syair?

Amoi said...

aku juga ada stalker wanita.

dia stalk twitter aku. tengok apa aku tulis. tengok aku mensi siapa.

seronok. ada stalker wanita.

MATAHARI said...

Gumiho!



kejap. lepas ni aku baca.

sakit perut.

zey said...

heee...aq pernah setelkan menda ni dulu...the prob is depa 3 org tuh member aq. nak tak-nak aq kena setelkan dgn cara berhemah.

si makwe jgnlah duk cemburu tak tentu pasal, mesti ada ketika si pakwe perlukan 'kawan', bukan kekasih.

si member p tu jgnlah duk meghela sgt ngn member laki dia yang sememangnya sudah ada kekasih.

si lelaki.lu lelaki, takkan tak reti beza member ngn gf kaw?

sekian~

MATAHARI said...

susah2. lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik dan terus disalah anggap oleh pencemburu buta.walang otaknya.





n baju bawah sekali yang married
aku ada.

Gumiho!

Salimah Alias said...

luv this entry..~wink

Nwx said...

hehe.. aku mcm that bf tapi awek aku xmcm that gf. :D

tapi kan, bukan nk salahkan perempuan sgt la, sometimes mmg kami2 bf ni nk sgt jaga hati gf. so sblm gf marah, kena la amik langkah yg sepatutnya.

juz nk suh block, delete gambar dari member, pada aku sgt kejam kot.. sgt xpatut itu orang.. >.<

Dark Half said...

aku bersimpati pada kawan lelaki kau tu..

gua tak rela di'queencontrol'kan..huhu

En iLham said...

sangat menyokong apa yang akak tulis
kalau jadik mcm ni pada saya, memang cepat2 ucap selamat tingggal lah
berlambak kot gambar berdua yang semuanya diambil atas dasar sahabat ataupun upacara tertentu
memang bengong sangatlah kalau tu pun nak cemburu
baik sembunyi bawah tempurung je mcm katak

Mainur Hasnah said...

heheh selalu sangat jadi ni..
mungkin girl tu takut segan nanti orang kata dia sayang laki lebih tapi laki tu boleh je dengan girl lain bergambar.. pelik betul orang yang suka tembak macam-macam ni

takky said...

gamba mcm 2 pun nk marah ke???
law si laki 2 bergamba dgn adik pompuan @ kazen die berdua-duaan...
x kn nk jelez jugak???
x layak jdi kakak ipar law cm nie....
manusia2...

miss aisya said...

ewww ngade nyer pompuan tu!
kalau asyik nak jeles je, sorok je BF dia tu dlm gua. xde sape kacau kan?haha

mamai said...

kena buka kertas siasatan dulu sebelum buat tuduhan

Eri-chan said...

stalker ke perempuan tu? laaa...dia ingat dia cantek sgt ker sampai dia boleh bergambar dgn lelaki lain, tapi bf dia tak boleh bergambar dengan perempuan lain. apa bf dia hensem sgt sampai org terhegeh2 nak rampas? please la...
lelaki kwn Zara; hidup bersatu anda satu masa nanti mungkin sengsara. macam metro hari ni..lelaki kena belasah dgn isteri yg kuat cemburu. baru kawin 11 bulan..siap kena pisau...nak ke?

suffer8zine said...

heheh x tau nk ckp ape, blurrr

Terkini : Pesta Kaut Beras Di Highway

cik ciput said...

ternyata perempuan tu tak ada keyakinan terhadap kekasihnya..lebih baik tak bercinta kalau begitu

Azrul Hisham said...

perempuan kuat jeles dan jeles tak bertempat boleh blah...geram sgt2 dengan perempuan camtu...

najwa's said...

ala, biasa la tu. pompuan. kadang2 emosi mengatasi akal fikiran. peace. :P

Yong Sofea said...

http://yayayong.blogspot.com/2011/02/blog-putih.html

kak saya tag akak :D

DiNa-DiaNa said...

ZARA...nak sokong dgn entry ne...
bz body mereka buat kita tak senang duduk ek..

asal r byk sgt masa nak amek tau segala macam yang bf die buat dan tuduh kita bukan2??

metal sungguh manusia mcm tu kn??

dina pun sakit jiwa kalo pk2 balik..

~nsar~ said...

ada sorang kawan baik... baik gileerrrr.. slalu tolong belikan kfc time diploma dulu... then bila dia ada makwe... asal ckp ngan dia... tetiba member baik makwe dia dtng... "nsar... tett kim salam".. haila.. aku ckp ja ngan dia.. n dia bes frend aku.. aku knal dia lebih dr hang kenal dia la... serabut pala betoi....

Anonymous said...

zaman skolah dulu slalu lh mcm ne..tp skng mcm makin menjadi2 pulak..tah pa2 la..