Saturday, February 05, 2011

Kami Bersama Hanya Untuk Hilangkan Kesunyian Dia.


Diam.
Cemuhan manusia menjadi makanan ruji yang acapkali berlaukkan iblis, syaitan dan pelbagai sumber keji penuh busuk dan tiada langsung istilah simpati. Menyedihkan, memualkan dengan renjisan nanah, luka dan busungan benda kotor yang tidak pernah termimpi.
Jaga.

Kalau kau kata keseorangan bermakna kehilangan alasan untuk terus senyum, kau silap.
Kalau kau menyangka kau tahu apa itu kesunyian, kau juga mungkin salah.
Apa yang kau tahu tentang kehidupan?
Madah pujangga.
Itu bukan satu rahsia.

http://farm4.static.flickr.com/3660/3637716327_b830b74753.jpg
[Gambar : Orang yang termenung bukan bermaksud pemikiran dia sentiasa kosong.]

Diam.
Manusia itu lebih gemar menghabiskan masa melihat dunia yang entah bagaimana terlampau pantas pergerakannya. Membisu tanpa bahasa sambil melihatkan orang melaungkan rasa gembira ataupun semangat yang dia sendiri tidak mengerti. Ah, barangkali emosi bukan alat untuk kau mengukur siapa yang lebih layak untuk bertendang, sepak terajang dalam dunia ini.

Kawan : Sakit tak bila hidup seorang?
Aku : Tak.
Kawan : Berapa banyak air mata terbuang?
Aku : Tiada.
Kawan : Ada turun berat badan?
Aku : Ada sedikit sebab mengayuh basikal.
Kawan : Selera makan macam mana?
Aku : Lebihkan banyak makanan yang sihat sebab kena jaga stamina.
Kawan : Tidur cukup?
Aku : Tengah betulkan semula otak.
Kawan : Rasa sunyi?
Aku : Internet aku sentiasa berfungsi, tiada masa nak duduk menyendiri.
Kawan : Ada rasa nak menangis?
Aku : Ada juga.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab penat mengayuh, tapi aku termakan nasi.
Kawan : Ingatkan nak menangis sebab kecewa atau makan hati.
Aku : Hati ayam goreng berempah sangat sedap.
Kawan : Nak lari dari realiti?
Aku : Bahkan aku mengejar apa itu realiti.

[Gambar : Dah lama tak duduk sendirian di hujung bilik di penjuru katil]

Sekurang-kurangnya bahagia itu bukan satu benda ghaib yang mustahil untuk dikecapi.
Tidak, itu rahsia hati.
Kau kena cari.
Mungkin perlu digali.
Sendiri.

Kawan : Rasa nak terajang kawan kau yang mengata kau tu.
Aku : (ketawa) Biarlah dia.
Kawan : Kau pernah bahagia, itu lebih penting.
Aku : Bahkan aku sentiasa bahagia.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Aku bahagia dengan kehidupan aku, itu lebih penting bagi aku.
Kawan : Ternyata nasib kau lebih baik dari aku.
Aku : Kenapa? Kau pun tengah gembira.
Kawan : Ya, mungkin. Aku dengan yang sekarang ini bersama untuk hilangkan rasa sunyi dia.
Aku : Maksud kau?
Kawan : Kekasih dia sentiasa sibuk dengan kerja, tiada masa untuk dia. Aku ada kelapangan, maka dia pilih aku untuk habiskan masa.
Aku : Kau gila ke apa?
Kawan : Aku suka dia, tapi biarlah. Bila-bila masa aku kena pulangkan dia pada kekasih dia walaupun dia kata dia cinta aku juga.
Aku : Dah tu, kenapa begini?
Kawan : Aku tahu dalam hati dia sentiasa ada wanita itu. Kalau dia kata dia cinta aku sekalipun, mesti bayangan wanita itu masih dalam mata dia.
Aku : Sudahnya kau nak redha sahaja?
Kawan : Kau boleh kuat, kenapa aku tak boleh?
Aku : Benda yang berlaku pada aku lain.
Kawan : Apa sebabnya? Kau tak pernah mahu cakap.
Aku : Biarlah rahsia. 
Kawan : Kau sembunyikan dari dunia, biar semua orang mengata kau dan Arnab selamat?
Aku : Tiada orang yang tahu sebab sebenarnya, maka kau juga tak boleh menebak sesuka hati sahaja.
Kawan : Kau tengok diri sendiri, macam mana aku tak boleh jadikan kau inspirasi?
Aku : Kalau aku jadi inspirasi kau, kau akan gemuk.
Kawan : (ketawa) Gila betul mulut.
Aku : (ketawa) Kau lagi gila. Pertaruhkan perasaan sendiri sebab nak bersama dengan orang yang kau suka.
Kawan : Aku tahu nanti aku bakal ditinggalkan.
Aku : Dah cukup bersedia bila dia hilang dari genggaman?
Kawan : Bahkan aku sedang bermimpi. Dia ada dengan aku sentiasa, tapi jiwa dia pada wanita lain.
Aku : Entah aku patut puji kau atau keji.
Kawan : Aku perampas ke?
Aku : Tak boleh nak kata apa sebab aku sendiri tak jelas dengan situasi.
Kawan : (ketawa) Ini baru Zara yang aku kenal, tidak akan menebak sesuka hati.
Aku : (ketawa) Salah tebak akan ditembak.
Kawan : Ouch!

http://farm5.static.flickr.com/4100/4748749181_83036ba167.jpg
[Gambar : Kau tahu apa yang aku suka tentang diri aku? Aku sudah dapat buang rasa sakit dan hanya tahu tersenyum walaupun tiada siapa mengerti]

Teruskan tersenyum.
Kalau kau tertanya-tanya apakah sakit bila tiada cinta, kau tidak akan jumpa jawapan daripada aku yang memegang utuh sebuah marga.
Ya, milik aku sahaja.
Sebab aku masih bernyawa.

Nota Kaki :
1. Hari ini perlu ke majlis perkahwinan. Dua sahaja yang aku dapat hadiri daripada tujuh undangan.
2. Terima kasih atas doa yang sering dititipkan.
3. Senyum buat yang menyatakan Tumblr aku sering kosong tanpa perasaan.

Zara : Susah bila orang fikir kita menulis ni sebab nak duit, sebab nak kejar iklan. Padahal, kita menulis untuk kepuasan. Dapat kepuasan menulis, baca balasan orang, dapat lihat semula apa yang kita tulis, itu yang lebih bermakna.

22 comments:

Fara said...

senang hati bace coretan zara ;) mmg macam baca novel cinta gitu hehe

shaliza khairi said...

suka sangat2 bce sgala pnulisan kak zara. superb n pnuh motivate gtu. hee~

Ginger said...

btl tu fara, mcm novel.. kisah benar ke zara?

Dark Half said...

bagi aku, sakit sebenarnya bila menyayangi sesorang bila kita tau kita takkan dapat jalinkan cinta itu dgn ikatan yg sah

some people are enjoying the dead end ride to the ravine. a few fall down and crushed into pieces with still a smile on the face. yet many fall and die with eternal sadness

miss aisya said...

tengs sbb rajin update kak zara. suka blog akak ni..:p

akak dah hepi kan ramai orang tau..hope akak hepi jugak.

~Ati_Hime~ said...

suka lah..orang luar setiasa ingat kalau kita kecewa mesti menangis..hello? There is more to life rather than wasting time crying..kalau saya kecewa saya blogging,tidur,makan,baca buku,window shopping(ini betul!),kacau mak..tak ada masa untuk menangis pada benda yang tak pasti..hehehe..

cerita-gadis-ini said...

saya suka penulisan kamu zara...tiap hari tggu kamu nye entry

Mrs.Sheikh said...

salam..
sy dpt link ni dr kwan yg mengerti gundah hati saya. dan bila saya baca coretan zara, saya rasa terkesan dan eh..terkena hidung sendiri :)
terima kasih atas coretan indah.
luahan jujur dan ingatan...:)

-husna-

ashie023 said...

maafkan aku...
kat atas tu aku terbaca 'berlaukkan bilis'...errr..maaf....

"Susah bila orang fikir kita menulis ni sebab nak duit, sebab nak kejar iklan. Padahal, kita menulis untuk kepuasan. Dapat kepuasan menulis, baca balasan orang, dapat lihat semula apa yang kita tulis, itu yang lebih bermakna"

mulut org camtulah, xleh nk tutup...ader je nk mengata...nk mengkritik,padahal diri sendiri belum tengok tuan empunya diri camane..

sabo jelah ..aku duduk jelah kat tumblr kalu camni...forever alone...lol

takky said...

nampak x???
tulisan kak zara mmg memberi kekuatan pada org lain..
u r GTZ...
yup, GTZ kak zara....
:)

Miss Shizu said...

situasi aku sama dengan kawan kau.masih bersama dengan org yang aku suka walau hati dia milik org lain.

Raouf Sora said...

time x tau nk buat ape lg best bc blog akak..klu x pn tgk drama korea..huhuhu..*my gf is a gumiho best!!*
:D

Bo0lat's Heart said...

nicely written.. sgt sronok bc hasil nukilan Zara.. =)

MATAHARI said...

aku tau kau menulis bukan kerana duit. kerana keikhlasan itu akan kita dapat hadam sama dalam memahami perkataan yang tertera di skrin. yang penting hati kita tahu. lebih tahu daripada orang yang hanya mengata.

APi said...

sentiasalah bahagia dengan kehidupan yang ada..

naz said...

ah zara makin hari makin berkocak darah kamu :)

aimi nadiah said...

menulis utk dijadikan kenangan..

cikpepel said...

sakitlah bcinta ngn org yg kita tau xleh bsama...utk apa? klu bleh biarlah smpi ke anak cucu

Anonymous said...

sincerely....dats da best best i can describe while reading zara blog...nway i'm enjoying reading diz blog...there were some advise we can takes...good job zara

Anonymous said...

kwn cik zara leh nyanyi lagu irwansyah camelia yg mdayu2 konon2nye tu;p

Kopi Susu said...

thanks zara..got something from ur writing...

SHIE XD said...

sama. tak ingin mengejar benda yang tak pasti.
Dulu ya, masih bersama sebab berasa suatu ari nanti dy akan pergi.
Tapi memikirkan bakal suami pasti kecewa bila mengetahui semua ini di papan skrin akhirat nanti, aku putus utk jauhkan diri.
Kerana untuk yang bakal menjadi halal, aku ingin menjaga nya stulus hatiku. Bukan kerana bahagia, kerana hati ini milik Allah dan pada yang sepatutnya.

Untuk insan tersebut, saya dah tak kisah awak pentingkan diri awak.
Saya da xkisah awak nak bersama siapa. Saya da tak kisah awak dah ada pengganti. Tapi kehidupan awak tak akan berubah kalau perempuan itu hanya sayang awak kerana susah mendapat lelaki baik hati & rupa paras. Saya hanya mampu melihat awak dimanjakan (spoil) dengan prempuan itu. Segala yang perempuan itu bagi kemewahan dunia, awak terima tapi awak sendiri tiada masa hadapan. Di samping pergi ke masjid, tapi hati awak sendiri kosong. Awak cari perempuan untuk isi kosong awak tu. Menyedihkan. Awak impikan perempuan sempurna tapi awak sendiri bengkok.