Tuesday, February 01, 2011

Lebih Baik Dia Pilih Perempuan Berbanding Lelaki Tahu?


Sukar sebenarnya memberitahu Mak benda yang aku rancang ke hadapan perlu ditukar semula. Pertanyaan dia hanya aku jawab dengan gelengan kepala dan ketawa riang yang dibuat-buat tentunya. Ah, wanita yang bakal menginjak usia setengah abad itu sudah masak dengan air muka anak gadisnya yang beku ini.
Senyum.

Seperti biasa, menjalani hidup yang berkala dan berjadual gila seperti aku, mengundang kata marah dari keluarga yang sudah tidak sanggup melihat aku mengangkut segala macam keperluan dan basikal untuk menghadiri program dan aktiviti luar. Itu sudah jadi suatu rutin aku sejak tahun lepas kan? Keluarga, sila berikan kebenaran kepada anakmu ini memandangkan penjaga dirinya versi cinta sudah tiada.
Ketawa.

Itu bukan satu masalah.
Sumpah.
Panggilan telefon yang aku terima menimbun memberikan semangat supaya aku terus bernyawa. Kawan-kawan, jangan risau. Manusia beku ini tidak langsung mengalirkan air mata. Betul.
Sila percaya.

[Gambar : Tiga perkataan ini sentiasa dalam ingatan aku sejak empat tahun lepas. Kalau kurang salah satu, ia tidak akan melengkapkan apa yang sepatutnya.]

Walau apa sekalipun dugaan, perkara cinta adalah benda yang kecil dan mudah sebenarnya bila kena dengan cara mengatasinya. Panggilan telefon kawan pagi tadi buat aku terfikir, siapa yang patut beri semangat pada siapa ya?
Senyum.
Lemah.
Dia Gadis dari tulisan aku [Bila Kekasih Bertemu Bekas Kekasih]

Gadis : Kau sihat?
Aku : Sihat, kenapa?
Gadis : Aku baca blog kau. Apa jadi dengan hubungan kau?
Aku : (ketawa) Benda mudah, aku kembali sendiri.
Gadis : Boleh lagi kau ketawa kan?
Aku : Perlukah aku menangis?
Gadis : Mungkin perlu untuk elakkan tekanan.
Aku : Aku langsung tidak tertekan. Aku macam biasa.
Gadis : Memang kau gila. Hilang cinta tapi tiada rasa.
Aku : Itu cinta manusia, bukan cinta agama, bukan cinta Maha Pencipta. Buat biasa sudah.
Gadis : Aku dan si dia juga dah berpisah.
Aku : Eh, kenapa?
Gadis : Si dia sudah kembali kepada bekas kekasih dia.
Aku : (ketawa) Jadi kau relakan?
Gadis : Kau pernah kata, kalau kau sayangkan orang, kau akan lepaskan bila dia temu bahagia kan?
Aku : (ketawa) Ya, jadi kau guna teori aku?
Gadis : Betul, tapi aku kalah, aku menangis.
Aku : Kenapa pula?
Gadis : Aku kalah dengan perempuan lain.
Aku : Anggap sahaja kau beri perempuan lain bahagia atas air mata kau. Senang.
Gadis : Mudahnya kau kata.
Aku : Kau fikir baik-baik. Kalau bekas teman lelaki kau, aku sebut bekas sebab dia dah bukan teman lelaki kau lagi, boleh?
Gadis : Boleh. 
Aku : Cuba yang dia pilih adalah lelaki berbanding bekas teman wanita dia, apa kau rasa?
Gadis : Terhina betul aku kalau dia pilih lelaki.
Aku : Ha! Macam itulah. Dia pilih perempuan lain, maksudnya dia normal. Dia balik pada kekasih lama dia, itu normal sebab mungkin kekasih lama dia lebih memahami dia, berbanding kau. Itu contohnya.
Gadis : Apa punya pemikiran kau ni, boleh pula fikir positif macam tu.
Aku : (ketawa) Kita kena rasional, itu sahaja.
Gadis : Tapi siap dah janji nak kahwin dah, aku dah mula kumpul duit dah.
Aku : Kalau aku janji nak kahwin dengan kau boleh?
Gadis : Kau gila apa?
Aku : (ketawa) Janji bukan satu masalahnya kalau takdir dah tentukan tak boleh ditunaikan.
Gadis : Sekarang ni macam mana nak beritahu keluarga aku?
Aku : Ambil masa kau sendiri.
Gadis : Aku patut tenangkan kau, tapi kau pula yang tenangkan aku.
Aku : (ketawa) Aku tiada masalah, kau jangan risaulah.
Gadis : Ketawa riang kau tu pura-pura kan?
Aku : (ketawa) Dunia ini pentas lakonan, tapi tak semua yang kau lihat itu pura-pura. Aku bahagia dengan hidup aku yang milik aku sepenuhnya.
Gadis : Hilang cinta bukan satu masalah?
Aku : Bukan. Itu satu proses pembelajaran.
Gadis : Aku dah tak percaya cinta.
Aku : (ketawa) Itu ayat melarikan diri dari masalah. 
Gadis : Itu lebih baik dari dikecewakan.
Aku : Kau akan cari cinta juga nanti, percayalah.
Gadis : Kau pula macam mana?
Aku : (ketawa) Hidup aku, aku yang tentukan.

[Gambar : Kau nak larikan diri Gadis? Jangan.]

Senyum.
Hidup perlu diteruskan walaupun apa yang kau dapat adalah tersasar daripada yang kau rancang dan mahukan. Bukankah ada pepatah yang menyatakan, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan? Senyum.
Hidup kena bahagia kawan.

Nota Kaki :
1. Sekali lagi menjadi sasaran wanita yang menghendap aku dan meninggalkan komentar penuh marah dan benci. Aduhai, jangan bersikap tidak matang boleh? Itu langsung tidak merangsang adrenalin aku untuk mulakan sikap kelahi.
2. Maaf kepada makcik-makcik yang aku tolak tawaran mereka untuk menjadi bakal menantu sebelum ini. Saya suka sesuatu yang berbentuk asli dan kalau makcik-makcik masih mahu buka peluang, sila hubungi keluarga saya terus. Ketawa geli hati.
3. Keluarga kecil memberikan motivasi tinggi yang tidak bertepi. Ternyata, hidup ini bukan bermakna kau hidup sendiri.

Zara : Minggu depan bakal bepergian lagi. Kesibukan membuatkan nyawa masih mahu kuat dan tidak pernah mendengar bisikan letih dan penat dari tubuh yang semakin hari semakin tua umurnya. Senyum. Kau tipu aku bila kau kata senyuman aku penuh keletihan tahu?

46 comments:

LittLeMyRsHMaLLoW said...

senyum (^____^) ~

izulman said...

keep being strong :)

Anonymous said...

Thumbs up! Suka sangat post n. sangat positif. :)
Btw, hi sebab sy pembaca baru blog ni.
Sentiasa ingat, what meant to be will always find its way. Good thing ends, so better thing can come to you :D

-Hasni.

LORD ZARA 札拉 said...

LittLeMyRsHMaLLoW:

Yup.
Senyum.
:)

Izulman :

I will dear.
I will.
=)

Hasni :

Thanks sebab sudi baca blog ni.
=)

Yong Sofea said...

like like! bermakna sangat kak zara. rasa nak nangis je baca. hee~

nama.aku.lynn said...

kakak,sila kuat.sila senyum.
'senyum,tak perlu kata apa2'

p/s:honestly,lynn dah tlps bynk post.so,sgt tkejut with this entri.and,when i read this,i have to flash back ur entri until where i stop!*smgt tak?hahah~

LORD ZARA 札拉 said...

Yong :

Sila jangan nangis.
Kak Zara selamba je.
=)

nama.aku.lynn:

gila gigih kamu~
XD

Lee Zha said...

1 day, dia akan datang balik. masa tu, sila buat muka blagak hot!


hahaha teruskn percaya diri tu kuat sis, at least kau cuba lawan dari biarkan diri lemah, kan? :)

Jiwa Chenta said...

semangat kak! :)

shaliza khairi said...

be strong sis. ^^

LORD ZARA 札拉 said...

Lee Zha :

Kalau dia datang balik sekalipun, akan terima dia sebagai kawan, bukan lebih dari tu~

Jiwa Chenta :

hahaha~
yup~

Mra Mastura said...

suke semangat akak =)

ArtForAuction said...

Dah lama tak masuk blog ni.
alih2 masuk ada cerita sedih pulak.
T_T

takpa zara, febuari 14 adalah SINGLE APPRECIATION DAY.

mari kita raikan keadaan kita yang keseorangan tapi masih punya hati yang dingin (kool, not frozen-beku).

Miss Shizu said...

zara,aku dah agak dah after tengok post kau sebelum2 ni.

sori sebab aku takde dengan kau waktu kau sedih.=(

aku taw kau kuat.aku taw bahagia kau pasti tiba.aku taw ini semua ada hikmah.tabah tabah tabah dan tabah zara.sayang kau.

aniza said...

bagusnye kalau saya dapat jd kuat n berfikiran positif jugak..huhu

Azrul Hisham said...

adikku syg...muah2 skit..haha

senyum sokmo k...abang tahu kamu kuat hadapi semua ni...kitorang akan sentiasa sokong kamu (^_^)

yang tersebot said...

"putus cinta bukan masalah tapi pembelajaran"
hmmm menarik ayat tu, sukee..
frst time komen sni.. sblm ni silent rader je..
suke gaye penulisan anda.. :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bagus² kuat semangat..kalau si dia bukan milik kita maknanya Tuhan nak temukan kita dengan org yg lebih baik dari dia nanti..

LORD ZARA 札拉 said...

@Mra Mastura:

Hidup kena keep on smiling~
:)

@ArtForAuction:

hahaha.
ouch!
I'll join U later dear!
XD

@Miss Shizu :

Relax dear.
Thanks atas doa kau~
XD
Sayang kau gak!

@aniza:
anda boleh juga~
XD

@Abang Azrul Hisham :

hahahaha~
kamu memang abang terbaikku bang!
XD

@yang tersebot:

aaa...
terima kasih banyak2~
XD

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:

Moga2 aih~
XD

cerita-gadis-ini said...

hai zara..be strong dear

ladolce khairina said...

thanks..pengisian y sgt berguna~~

LORD ZARA 札拉 said...

cerita-gadis-ini:

hehehe~
thanks dear!

ladolce :

no worries~

mendatak hijau said...

zara,
aku suke ayat ko ini :

Aku : Anggap sahaja kau beri perempuan lain bahagia atas air mata kau. Senang.

dan aku ckp pd diri aku begini :

kau bina kebahagiaan dr airmata aku

adil bukan??

mintk shared n3 ini di fb dan blog aku ye!

arnab bukan sekor..aku ade arnab kelahiran Pakistan..mau??? (gelak guling2)

mR.sYaH said...

cikgu mmg gadi yg kuat.. keep it up cikgu..

LORD ZARA 札拉 said...

@mendatak hijau:

silakan share.

ouch!

arnab oversea lagi ke?

LOL!

@mR.sYaH:

hey, thanks!
XD

Rerama said...

xtau nape.kembali bertenaga bile bace entry ni..=) much love..saye followw...:)

paan said...

pergh , sungguh positif kamu.

Suka dengan perempuan positif seperti kamu .

ijatnuar87 said...

tabahkan hati...mungkin dier bukan yg terbaik utk anda...lelaki baik utk pompuan baik...

LORD ZARA 札拉 said...

Rerama:

terima kasih dear~
XD

@Paan :

terima kasih Paan~
:)

@ijatnuar87 :

XD
kamu pun sama~

takky said...

"aku rehat sebentar di kaki lima,
yang jadi riba melayan minda,
aku sedar kota sekadar latar,
untuk opera hidup yang bermain di layar lara"

harap akak mengerti maksud yg saye cube sampaikan...
^^

ayin~weeweet said...

same goes to me.Bila mama tanya pasal dia,mula2 bolehla jawab dia bz,dia bz,dia bz.Tapi bila dia tgk anak dia dah xseceria dulu,dia jadi faham.Ayat lain pulak yang keluar.'Mama terkenang2 dia.' Kalau mak sndiri terkenang dia,anak dia apatah lagi :(

Eri-chan said...

zara, u still young what..haha cycling best gak kan..macam nak beli satu..yeay..
anyway, Allah telah sediakan jodoh yang lebih baik untuk kau berbanding yang lepas..
itulah yang selalu berlaku pada aku setiap kali jumpa orang baru..hehe

syAfA said...

kuatkan kaki yg melangkah ye ^_^

ahsfantasy24 said...

stuju..!
alhamdulillah die plih pmpuan :)

miss aisya said...

xpe, dia bukan yg terbaik tuk akak. be strong k.

Cikgu Nizam said...

Blogwalking hehehe... Adekah dia??

juliam said...

"Dunia ini pentas lakonan, tapi tak semua yang kau lihat itu pura-pura"
#ayat ni, somethingg

SUKA. kak zara boleh buat satu novel. sure ramai suka baca.

aimi nadiah said...

cinta itu indah.. bkn utk ditangisi.. mgkin belum jumpa yg sesuai..

eiela said...

setuju dengan zara, hidup kena diteruskan walau apa yang terjadi. walaupun kita manusia biasa yang lemah tapi jangan mudah mengalah. lebih baik dia hilang sebelum ia jadi milik kita sepenuhnya, kalau jadi sebaliknya lagi perit rasanya. be strong.

MATAHARI said...

kunci hati yang kau bawa tak sesuai dengan lubang pintu bilik itu, tak pa, masih ada bilik untuk dicuba. tertutupnya satu pintu, Dia dah bukakan satu pintu yang lain.


sibukkan diri, macam aku :P
sibuk je duk atas langit.

APi said...

cinta manusia datang dan pergi..
cinta hakiki cinta Illahi..^^

niDa said...

sungguh positive kamu.. ingin jadi seperti anda... masih perlu belajar kan...

anda pasti boleh walaupun ada yang kata tidak..

c Semut said...

ur n inspiring character.keep it up.u'll find one.
P/s=i see a novelist in yu.hu2

Raouf Sora said...

sorry kak zara!! sy dh lame x jenguk kt sini..bila bc blog ni terkejut pn ade gak...haiyaaa...jgn risau..kak zara popular..~;D

miss kazumi said...

zara:sorry ye baru follow this blog..
blh pinjam ur strength ke??
thanks for the motivation..
kdg2 x sngka kn kita akn jatuh,tp entry2 awk byk menaikkan sy..thanks a lot...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM ADIK ADIK SEMUA
SAYA ORANG LAMA UMOR 55 TAHUN.SAYA SERONOK MELIHAT CORETAN ADIK ADIK SEMUA.KITARAN HIDUP SELALUNYA BEREDAR PADA PERASAAN.GAMITAN PERISTIWA LAMA MEMANG MENIMBULKAN SEMULA PERASAAN BARU.SAYA PERNAH BERJUMPA BEKAS TUNANG LAMA (TAHUN 80AN)DULU.MULA MULA BERSELISIH.LAMA LAMA SAYA CUBA BERSELISIH DI TEMPAT YANG AGAK PRIVACY.SEPERTI JANGKAAN SAYA DIA MENYAPA DAN KAMI BERBUAL.DIAKHIR BUALAN DIA MOHON TEMUJANJI DAN NO H.PHONE.TETAPI SAYA BERI NO H.PHONE PALSU.SAYA LAKUKAN INI KERANA SAYA TAHU DIA MENGAJAK SAYA SKANDAL SEMULA.PERANGAI DIALAH YANG BUAT KAMI PUTUS TUNANG MASA DAHULU.SEKARANG DIA DAH NAMPAK KEREPOT TETAPI SAYA MASIH SIHAT LAGI.KALAU ORANG TERJUMPA SAYA BERJALAN DENGAN DIA PASTI ORANG AKAN KATA SAYA BERJALAN DENGAN KAK LONG SAYA ATAU EMAK SAYA.