Wednesday, February 02, 2011

Sarkastik Dan Cinta : Ye La Tu Kan?


Perbualan pagi yang ditembak cahaya matahari.
"Kalaulah kau bersikap sopan santun masa ada orang datang tengok kau hari tu, tak adalah benda begini jadi pada kau tahu? Ni tak, masa ada orang datang, masa itulah kau tengah angkat barang nak pergi kem la, basikal la"

Senyum.
Ye la tu Puan Mulia. Siapa suruh orang datang masa aku tengah sibuk berkemas di kereta aku. Orang kena terima aku seadanya dengan cara aku kalau dia kononnya minat pada aku. Dan ya, Puan Mulia sendiri pasti ke orang tu datang nak tengok aku? Entah-entah dia sengaja nak melawat Puan Mulia.
Sengih.
Kan dah terbunyi sarkastik di awal ayat.
Eh?

[Gambar : Betul juga benda ini sebenarnya. Sama juga kalau kita yang bertutur bahasa Malaysia ini cakap, "Ye la tu", memang tidak akan dapat lari dari berbunyi sarkastik kan?]

Laman Sosial.
Sesuatu yang menarik - biasanya di Twitter, orang yang tidak dikenali tiba-tiba bersikap sarkastik atas status yang kita tulis. Ini biasanya dilakukan oleh golongan yang mencelah secara tiba-tiba tanpa mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Piang kata orang-orang tua. Eh?

Contoh :

"Rasa nak makan nasi ayam hari ini"

Penyemak yang konon-konon sarkastik akan balas begini :

"Malas nak masak la tu, mesti nak beli kan?"
"Nasi yang bagi ayam makan kat reban tu ke? Mesti kebulur gila kau ni"
"Anak ayam? Kau mak/bapak ayam ke?"

Piang amat.
Kau nak bergurau kena tengok tempat.
Bukan main terjah macam merempat.
Kalau bagi penampar, mesti mencungap cari nafas sangat.
Tenat.

"Ye la tu" atau "Ye la kan?".
Oh, aku suka guna ayat ini bila penyemak yang konon-kononnya mahu bergurau tapi tidak kena gaya dan situasi selalunya. Memang akan sakit hati bila ayat ini digunakan dengan intonasi yang membuatkan kau jeling orang macam nak makan. 

Awak : Kau nak tahu, si M dah nak kahwin. Bakal suami dia kaya kalah anak raja.
Dia : Eh, ooo.
Awak : Hantaran dia sampai lima puluh ribu kau.
Dia : Ye la tu.
Awak : Betul kau. Siap tempah dari Madagascar lagi set katil dia. Mesti kaya kan?
Dia : Ye la kan?
Awak : Itu je aku nak cakap.
Dia : Oh, baik.

[Gambar : Biasanya ia akan berkesan kecuali orang itu tiada perasaan]

Mesti lepas tu tiada orang nak buat mulut kepoh ala-ala tercabut ekor di hadapan manusia begitu. 
Ketawa.

Perbezaan antara sarkastik dan cinta?
Aku bukan manusia yang arif tentang benda begini. Yang aku kongsi adalah pengalaman hidup aku sendiri. Kalau ada yang rasa mahu meluahkan juga rasa sakit berkenaan dengan cinta dan diri, aku sedia membaca, mendengar atau apa sahaja sebagaimana pertanyaan yang aku terima sejak kebelakangan ini.
Senyum.

Cuma aku mohon, kalau kau tinggalkan komentar penuh benci, aku baca dengan ketawa senang hati kerana kesedihan aku jadi kebencian kau yang entah kenapa mungkin rosak neuron yang litar pintas seluruhnya. Ketawa.

Jangan sampai diri sendiri hilang pertimbangan.
Kau tidak akan suka jadi manusia tanpa perasaan.
Lebih-lebih lagi kalau orang layan kau macam haiwan.
Sungguh kasihan.
Aku suka untuk ingatkan.
Hidup ini kau yang tentukan.
Ukir senyuman.

http://farm6.static.flickr.com/5284/5279283296_3f6ef8a689.jpg
[Gambar : Menariknya benda ini. Boleh aku kongsi di Tumblr aku nanti]

Kalau kau sangka kau menang apabila kau fikir aku kalah, kau silap.
Dunia masih belum gelap.
Peluh kau, tolong lap.

Nota Kaki :
1. Esok mungkin akan ke rumah teman-teman yang menyambut Tahun Baru Cina.
2. Cubaan untuk menyamar sebagai seorang surirumah tatkala mahu membeli barang runcit adalah gagal tadi.
3. Hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana cukup tidur yang lena.

Zara : Ada orang menyatakan pada aku, jumlah air mata yang dikeluarkan akan menjadikan kita kuat. Tapi kalau tiada langsung air mata yang menitis, apa maksudnya? Cuba kau jelaskan. [Tekan]

17 comments:

HEMY said...

twitter pn ada org semak?nmpk sangat ko makin popular..ahaha

niDa said...

bila tiada air mata yang dikeluarkan mungkin itu perkara terbaik apa yang kamu lakukan... betulkah?

LORD ZARA 札拉 said...

@HEMY :

hish bang.
aku tak popular pun.
:)

@niDa:

aku sendiri tak pasti dear~

MATAHARI said...

maksud emosi yang tepu menjadi dinding air mata. sukar aku nak describe sebab tu lah aku rasa bila hari2 gaduh pasal benda remeh,pung pang. at last. aku kehilang emosi yang sepatutnya wujud. tapi numb, kebas.

nama.aku.lynn said...

semak?sy tak semakkan twitter ckgu kan?hahahha~;p

Nailah Azman said...

As'salam Zara.

Pelikkan dengan dunia tanpa sempadan ni.
Kalau tak suka dengan cara kita, apa kita cakap, apa kita tulis, apa status kita...
Tak payah lah nak sibuk kan?
Tak payah baca, tak payah add kita. Ye dok?
Ni tak ...
Datang komen keja nak sakitkan hati orang je.
Haih. =_=

Nurul Hani said...

hani rasa kalau kita menangis seperti kita lemah.

so.,
TAK SUKA MENANGIS.

z said...

cikgu, kalau sy semak kat twitter cikgu, rotan saya..hehe

cerita-gadis-ini said...

xde airmata sbb mgkin kamu seorg yg tabah!

PointBlankShot said...

malangnya masih ramai yang kurang faham maksud sarkastik.

penyudahnya, ramai yang sakit bontot ; bebal tak tentu arah.

hahaha

PointBlankShot said...

malangnya masih ramai yang kurang faham maksud sarkastik.

penyudahnya, ramai yang sakit bontot ; bebal tak tentu arah.

hahaha

~Ati_Hime~ said...

oh! terima kasih..saya ingatkan saya sorang saja yang rasa nak makan orang bila ada orang mencelah/melawak pada masa yang tak berapa sesuai..bodoh piang! hehehe :)

ijatnuar87 said...

heheheh...mendalam maksud nih...memang agak terkena la,hehehhe

..hizamirahim.. said...

haha.
zami tukar sikit.
zami guna

YE LA KOT

XD

takky said...

jumpe entry yg menyatakan sebab mengapa kite sukar utk menangis...
(but entry nie more 2 men)
rase ye x pe kan law kak zara bace??
http://blogbungahananordin.blogspot.com/2011/01/lelaki-air-mata-dan-hingusnya.html

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

biasalah org penyemak ni dik zara..kakak suka baca tulisan kamu..cerita simple aje tapi pandai diolah jadi cerita menraik..memang sentiasa tunggu entri terbaru kamu..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

just because of paras rupa, harga diri dipermainkan?

ini dh kira keterlampuan tanpa keterbatasan!