Friday, February 04, 2011

Toleransi Dan Terima : Bujang Tak Laku?


Makin lama tajuk makin pendek.
Kot?

Entah apa yang berlaku pada dunia sekarang ini agaknya. Kejadian buruk orang lain jadi bahan lawak spastik yang patutnya kita berak dalam plastik dan lemparkan tahi ke muka android bertopengkan manusia atau tembak guna lastik. Apa kau ingat kena lastik dengan tahi kau tak mati tercekik?
Nak cuba?
Aku rela.

Ya, sebab kau sedang bercinta, kau perlekehkan orang yang putus cinta.
Ya, sebab kau sudah bertunang, kau perlekehkan orang yang putus tunang.
Ya, sebab kau dah berkahwin, kau perlekehkan orang yang belum kahwin.
Ya, sebab kau dah kahwin dan bahagia, kau perlekehkan orang yang bercerai.
Ya, sebab kau dah jadi milik orang, kau pandang hina pada orang yang sendirian.
Bahagia eh buat begitu?
Ketawa kuat.
Ludah.

[Gambar : Kau pernah baca buku Salji Putih? Epal beracun? Bagus kalau kau tahu]

Kau kata orang yang putus cinta, putus tunang dan sebagainya adalah orang yang tak toleransi dalam hubungan mereka. Orang itu orang yang tidak toleransi dengan pasangan masing-masing. Sekejap, kau tahu maksud toleransi? 

Jadi selama ini kau toleransi sahaja dengan pasangan kau?
Kau tak terima dia?
Begitu?
Senyum sinis.

Ah, bila kau guna lisan basah dengan ayat berbisa pinjaman syaitan dan iblis, aku hanya mampu ketawa melihatkan kau jumud begitu sekali. Nah, jangan buatkan diri kau ditimpa kecelakaan yang bukan mainan tatkala kau jadikan kisah malang orang lain sebagai jenaka yang langsung tidak menggelikan hati, tapi mencederakan hati dan jiwa.
Kan itu bahaya?

Kau main dengan emosi manusia.
Kau sentuh jiwa.
Kau pukul marga.
Awas sahaja.

[Gambar : Adakah kau tahu mencederakan segumpal darah bernama hati adalah paling bahaya untuk manusia?]

Kau : Dah tiada Encik Arnab mesti lagi lambat kau kahwin kan?
Aku : Mungkinlah.
Kau : Kesian betul. Mesti kau jadi bujang tak laku.
Aku : Oh, ya?
Kau : Lambat betul jodoh kau, tengok aku dah kahwin dah.
Aku : Jodoh kau cepat, alhamdulillah.
Kau : Sekali bercinta dah dapat kahwin, kau dah dua kali bercinta, jangan kata kahwin, orang datang merisik pun belum pernah kan?
Aku : Belum.
Kau : Menyedihkan betul.
Aku : Sedih ke? Tak tahu pula aku.
Kau : Kau nak nafikan kau sedih ke?
Aku : Aku nak sedih kenapa?
Kau : Jadi bujang tak laku tak sedih ke? Pelik kau ni.
Aku : Oh, nak kena sedih? Perlu aku menangis ke?
Kau : Manusia takde perasaan macam kau ni memang tak layak bercinta, patutlah gagal sahaja.
Aku : Oh, begitu.
Kau : Belajar tinggi, kerja bagus, tapi kalau takde rupa, orang memang tak mahu.
Aku : Kalau kau kata begitu.
Kau : Lain kali bercinta, kena toleransi, bertolak ansur dengan pasangan.
Aku : Oh, ye ke?
Kau : Ye la, macam aku dengan suami aku. Dia suka buat sepah ke apa, aku toleransi dengan apa dia buat. Dalam hidup nak jalinkan hubungan kena sentiasa toleransi.
Aku : Bukan kau patut terima suami kau ke?
Kau : Ada beza ke?
Aku : Kalau suami kau ada perempuan lain?
Kau : Apa maksud kau?
Aku : Kau boleh toleransi kalau dia ada perempuan lain?
Kau : Mana boleh!
Aku : Jadi jangan salah guna perkataan toleransi macam kau faham sangat.
Kau : Eleh, macam kau ada sesiapa sekarang ni.
Aku : Sekurang-kurangnya aku terima pasangan aku sebelum ini, bukan sekadar toleransi.
Kau : Yang penting, kau tak laku.
Aku : Oh, terima kasih.
Kau : Mesti hidup kau akan berakhir dengan gelaran andartu.
Aku : (ketawa) Kalau itu yang kau mahu.

[Gambar : Cakaplah apa kau nak cakap. Macam kau cakap dengan kaki aku. Eh?]

Macam aku kata sebelum ini, kalau kau nak hamburkan kata-kata nista seperti kau boleh meramal kejadian yang akan berlaku selepas ini, bolehkah kau beritahu aku, apakah aku akan menang dalam perlumbaan basikal seterusnya? Apakah kau tahu bila kau boleh mengandung selepas dua tahun menunggu sperma dan ovum bercantum walaupun puas bekerja?
Kau ada jawapannya?
Ada?
Tiada?
Ketawa.

Kalau kau rasa mengata aku membuatkan aku lemah, kau silap besar.
Kau umpama menambah bahan api ke dalam jiwa dan semangat aku yang membara.
Semakin marak dan cergas reaksinya.
Aku kan budak Kimia?

Nota Kaki :
1. Lemah aku kalau musim banjir adalah apabila bekalan air bersih dipotong. Alahai.
2. Kau mengata aku tanpa lihat diri sendiri dahulu? Senyum sinis dari aku.

Zara : Mak aku kata nasib baik aku tak buat video macam Cikgu Shida sebab aku tidak bercinta lagi. Ceh! Mak, anakmu yang kacak ini tidak akan buat begitu, insyaALLAH. Nah, tiada sekelumit rasa kecewa dalam hati aku pun, apa mungkin mahu tertekan? Sengih.

45 comments:

mira said...

toleransi dan menerima tu perlu ada rasanya :)

tapi kejam gile dialog tu!

ape2pon, jodoh tu rahsia tuhan :)

MK Kimi said...

Be strong girl!

nak aku sepak terajang "kau" tu?

geram aku baca dialog tu. bajet harmonilah perkahwinan dia? huh!

MATAHARI said...

mereka itu bangau-bangau. yang membangau orang lain. esok rahsia tuhan. menyembah tanah jua bila hidup diterbalikkan.

Cik Nad said...

kawan kamu nape perangai aeerkk sangat ek?

farhana zainal said...

orang tu tak sedar diri ke ?
sape dia nak tentukan nasib masa hadapan orang. haihh ;p

cik QasehThya said...

jdoh semua ditgn tuhan kn..
bkn kite y tentukan..
"kau" tu bangga sgt dgn ap y ada..
klu tetibe Allah tarik semua..
bru terduduk dia..

marina anakcikbob said...

oh,aku da lali dengan perasaan direndahkan begitu.

Nurul Hani said...

rasa nak cincang budak kata zara mcm tu boleh? :)

g0m0k9enDek said...

perasaan dan perasan. huh!

Anonymous said...

argh manusia kalau dapat lidah nipis macam ni lah.. sesuka hati hamburkan perasaan pelik pada orang lain..

takut kata2 dy makan diri.. masa tu mesti call zara nk mintak ampun..haha..

Lala said...

Zara, awak seorang yang kuat jiwa dan perasaan. Sentiasa jadi kuat ye.. Awak kena ingat Allah bg Ujian pd hamba yg disayangi-nya... "kau" tu belum diuji lagi. Nanti bila dia diuji baru dia tahu langit tinggi rendah..

Rahika Wahidah said...

la, cepat atau lambat kan itu ditentukan Allah.Mesti tuhan ada perancangan yang baik untuk setiap hambanya.

qaseh said...

be strong girl!!! saya pn prnh d perlekehkan mcm tu... wat pekak jer... sambil tu "senyum sinis" jer kat "kau" tu... biar Tuhan jer balas... Tuhan itu Maha Adil...

takky said...

mulut cabul betul...
p amek mercun n campak dlm mulut die...
skunk raye cina byk mercun....
x susah pun nk cari....

Anonymous said...

Laa..aku x kawen lagi ni pun..relek je..br je pas putus cinta.. xdak hal la..kawen awal x semestinya menjanjikan sebuah perkahwinan yang berkekalan dan bahagia.. biar aku kahwin lambat, asalkan aku x kawen dgn org yg salah..then menyesal di kemudian hari~ skarang zaman moden.. makin ramai ompuan x nak kawen.. :)

Si Gadis Marhaen said...

Berurusan dengan orang yang macam kak Zara ceritakan ni memang menyakitkan hati. Saya pun bukannya tak pernah kena. Biarlah kak Zara, banyak lagi cara nak cari kebahagiaan kan?

wie said...

dear zara,
biar lambat asal selamat.

:)

Wanita Mutalib said...

adik, macam mana kamu boleh bersabar dengan orang begini.
owh kuat kamoo dik.
kalau kakak dah tak terkata apa.

gile kentang punye kawan.
macam ni ke kawan.

owh akak emo dik emo hee.

cerita-gadis-ini said...

SUNGGUH KEJAM DIALOG ITU..anyway...sesungguhnya Allah nk bagi yg terbaik utk kamu zara...

TheBentPencil said...

whaowhoa...

budak mulut direct.

pergh.

(no komen)

Artoone said...

orang tak berpelajaran memang cakap macam tu Zara. tak berbaloi pun layan.

sbb tak sekolah jadi,

dia x yang bumi ni bulat. sekejap kita kat atas, sekejap kita di bawah.

dia x belajar yang jodoh tu Rahsia Allah. takde kene mengena dengan sikap, wajah, cinta, perilaku segala.

lebih baik lambat tapi dapat yang terbaik dari cepat tapi dapat yg macam tahi ;)

cheers!

Raouf Sora said...

org yg meluat ni sebenanye hipokrit..diorg xnak ngaku yg kita ni lg bagos diorg..Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu..Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu..~:)

http://callmeamusician.blogspot.com/2011/01/tempat-asal-cinta.html

Anonymous said...

haha..cg shida..

paan said...

serius , gila kejam dialog tue.

manusia tu xpaham erti bersyukur ker ?? xpaham setiap yg berlaku tu ada hikmahnya ke ??

Agaknya , dia xperasan yg dia sedang diuji oleh Allah dengan kebahagian yg Allah berikan itu..

Sungguh mudah dia mengeluarkan kata2 sombong tue..

Dark Half said...

makin banyak 'kau' bercakap, dengar makin kurang bijak pulak dia..hehe

Anonymous said...

Gila kejam "kau" tuh, hebat sgt ke kawin? adik sy slalu panggil sy "anak dara tua gila" tiap kali sy usik anak dia..bangga sgt ke bila Allah cptkn jodoh dia? tp xpenah rasa terhina bila jodoh sy lmbt..dan xpenah anggap 26thn tuh tua utk org yg belum kawin! nasha aziz yg cun, manja..ayu tuh pun xtemu jodoh lg, jd, apa ada pd angka?

Nailah Azman said...

Zara, jangan layan kawan Zara tu.

Sis sendiri yang dah kahwin tak pernah nak bangga sebab dah kahwin.
Ini semua kerja Allah SWT.
Dia yang Maha Mengetahui.

kaizen said...

sy skong lord zara...

~Ati_Hime~ said...

orang yang kononnya ada kelebihan daripada orang lain sebenarnya hidup dia lah yang paling kosong..kenapa? sebab hidup dia selalunya ingin memuaskan hati ORANG LAIN..orang lain kahwin,kita pun kena kahwin..untuk apa? to get other people's validation? Sebab tak mau kena cop andalusia? Sudahlah..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..bukan kita yang tentukan..suruh kawan tu main jauh2..memang susah nak tolak peer pressure..kena asah hati jadi kebal..fuh! panjang betul ye komen saya..hahaha

miss aisya said...

ntah2 kan kak zara, kawan akak tu pura2 bahagia..dia dengki kan kak zara..hahha smpai hati dia ckp mcm tu kan..

Effa Sahat said...

tak apa zara. hari ni hari dia, nak bilang apa dia suka.

mulut dia tak berfikir bila bercakap. sudah tentu mulut itu tidak berotak. :)

dialog org itu sangat kejam.

APi said...

mungkin sendiri lebih bahagia..

Cik Kamoo said...

Entri nie best dan menarik!! Saya suka sgt....

cikpepel said...

biar ajo dia dgn mulutnya,.. bila kena atas batang idung sniri..ms tu dia tau kt mana dia bdiri...

stakat nk blagak kau dah kawin dan bahagia...ahh...rahsia tuhan..sapa tau... org kawen puluh tahun blh cerai..

kalau ada jodoh ada,...xsemestinya bcinta pat lima tahun br leh kawen....

Eima Jer said...

yang aku paham.
dia bukan mahu bercerita tentang kebahagian sangat
dia cuma mahu berasa lebih hebat dari kamu
benci dengan hidup yg kamu punya skrg ni
bait-bait ayat dia penuh dengan DENGKI
sangat penuh dan membuk
sebab tu she's out of he ming bila mengeluarkan kata
oh nampak sungguh bodoh di situ


jangan dilayan orang yg penuh hasad dengki ni

Adziim said...

hahaha~
xleh imagine Cikgu Zara buat video klip...

Cikgu Nizam said...

Rileks lar cikgu Zara oi... samalah kita.. hahaha

Mari kita try applykan Law of Attraction dalam hidup kita ni...
Law of Attraction

Lee Zha said...

pelik bila ada manusia rasa hidup dia lagi bagus dari orang lain. siapa kawan kau tu sis? Tuhan ke? sampai bangga dan seolah2 hidup takkan ada ujian lagi hari esok?

rasanya manusia macam tu makan sepak baru sesuai.

shaliza khairi said...

ish xbaiknye 'kau' dlm dialog tuh.
dia jeles ngn kak zara kot sbnrnye. hee~

Jard The Great said...

aku pon BUJANG TAK LAKU!! hehehe..

ada aku kesah! rilek la kawan si zara yg mulut tempayan itu.. ramai je bujang 30 an tak kawen2..

tahu2 jodoh smpi tika umur 38 tahun

*senyum

Mainur Hasnah said...

tak pelah.. biasa hati akan lagi kuat bila diduga allah.. mungkin jodoh belum sampai.. redha jela..
saya pun macamtu juga..

PointBlankShot said...

karma is a bitch.

si mulut longkang pasti terima bahagiannya.

relaks sudeh sis :)

umaira said...

keraskn hati tnp sebarang perasaan itu lebih bagus drp membiarkn kata2 busuk seperti itu mempengaruhi pemikiran kita...dia manusia yg berbangga dgn kehidupannye yg mungkin tidak merasa nikmat susah mengecap sst yg lebih bernilai...
..buat kamu zara, sya sokong...ape sendirian menunjukkn kita tdk bahagia???jawapannya adalah TIDAK...sendiri itu lebih INDAH...

Anonymous said...

sy bangge jike jadi cik zara:)
cik zara ni bebakat besa
org tu jeles dg cik zara sb cik zara single lg,die dok uma masak nasi, tuka diaper baby hihi

S.R.S.B said...

Ya ampun...
jahatnya mulut...
sabar k zara..biarkan lah dia tu
satu je dia kene ingat..
kebahagiaan itu pinjaman sahaja..
bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik.
chill n ignore k..
ramai lagi kat luar ni yg akn sentiasa sokong awk ^^,