Sunday, February 27, 2011

Tolonglah, Dia Sangat Perlukan Susu Gantung.


Kau pacat?
Atau ketuat?
Entah-entah ketupat.
Ataupun lepat.
Ah, mungkin juga palat.
Ketawa jahat.

Susah sebenarnya apabila ramai orang yang dahagakan perhatian ini. Macam-macam cara dia akan buat asalkan cahaya dan tumpuan mata serta segala deria tertumpu hanya pada dia.Tidak, manusia yang dahagakan perhatian tidak semestinya kanak-kanak. Kalau kanak-kanak, senang kita mahu hiburkan. Ini lebih kepada orang dewasa. Ya, orang dewasa yang terdapat kemungkinan kekurangan susu cap gantung semasa kecil.

http://farm3.static.flickr.com/2193/2116890673_fa02abe445.jpg
[Gambar : Dalam sesetengah kes, tak payah tekan butang ini. Kau  hentam orang terus, contohnya di Twitter ataupun Mukabuku. Hebatkan kau?]

Seperti yang kita tahu, kalau mahu menembak, memerlukan sasaran yang jelas. Peluru perlu cukup, kemahiran perlu tinggi dan rasa malu itu sudah ditolak ke tepi bagi mencari kepuasan mendapatkan tumpuan yang tidak berbelah bagi. Badan pun entah sempat basuh ke tidak, mana tahu berdaki tetapi itu tidak penting seperti mahu mencari sesuap nasi. Yang menjadi keutamaan adalah perhatian serta pakej caci maki akibat perbuatan sendiri. Mari kita lihat, sasaran orang yang terlampau perlukan perhatian di mana.

(Bunyi lagu Bunga Api oleh Katy Perry yang seksi)

1. Laman sosial.
Di sini memang ramai. Terlampau ramai sebenarnya, tetapi jika tidak terlalu ketara, biarkan sahaja. Malangnya, orang yang suka dapatkan perhatian adalah orang lain yang mahu menunjukkan jagoan tidak kena tempat dan masa. Rasa macam dunia (dan lama sosial itu) dia yang punya apabila hampir semua benda ada nama dia. 

Contoh : Mukabuku (FB)
Orang yang komen tak kena dengan gaya tiba-tiba meracau tidak tentu hala. Dia tinggalkan komen, tapi tak kena dengan status, gambar, pautan ataupun apa sahaja yang penuh di dinding putih itu. Kalau status, dia akan SUKA dan tinggalkan komentar yang menyimpang jauh dari apa yang ditulis oleh pemilik dinding. 

Sebagai contoh, orang tanya "Bila agaknya nak dapat menunaikan umrah?" - Dia akan jawab, "Kau pergilah umrah, nanti mati tak boleh mengucap". Ni siapa ajar otak sengal sangat ni? Akal letak di patela ke? Mari sini aku tolong gerudikan atau tolong ketuk dengan tukul besi macam dalam eksperimen Sains Tingkatan 4.

Setiap apa yang ada di dinding orang semuanya dia komen yang mengarut - mangsanya bukan seorang dua, tetapi setiap apa yang muncul di hadapannya, semua dibalun dengan rasa bangga. Memang rasa nak lempang serta tinju dengan sepenuh hati supaya nafas lega dapat dilepaskan seperti perasaan baru keluar buang air besar, nikmat dunia. Ah.

[Gambar : Superman mungkin contoh sesuai. Dia sengaja pakai seluar dalam merah menyala yang menonjol di luar kan? Ketawa.]

Contoh : Twitter.
Setiap apa yang kita tulis, dia sudah menunggu di garis masa untuk menembak konon-konon penuh gaya. Soalan yang dia akan tanyakan adalah sungguh luar biasa bebalnya.  Sebagai contoh, entah dari mana muncul beberapa orang yang akan cuba untuk sarkastik dengan aku secara tiba-tiba dan entah menjelma dari mana setiap kali aku tulis sesuatu di Twitter. 

Hidup kau, kau yang tentukan. Bukan menyalak macam bajingan. Dan ya, kalau kau tak kenal erti sarkastik dan sebagainya, jangan bikin hidup orang lain celaka dengan kebodohan kau memahami sesuatu perkara. Mengkritik setiap status aku di Twitter tanpa alasan atau sebab munasabah hanya menunjukkan kau manusia yang tiada apa-apa. Sekadar menjadikan hidup orang lain sebagai satu kepuasan kau untuk kau terus hidup dalam dunia?

2. Hidup atas dunia.
Orang yang agak lunatik (bukan keluaran Apple - itu LunaTik) itu wujud dalam pelbagai keadaan serta tidak mengira kedudukan ataupun latar belakang seseorang. Kebanyakannya adalah orang yang bahaya, ya, bahaya dari segi mental dia sendiri. Perhatian yang dia dapat akan membuatkan dia bangga meluap seperti lahar gunung berapi mencurah.

Contoh : Pemandu kenderaan.
Setiap hari aku akan jumpa orang begini. Dia mungkin tidak mahu perhatian, tetapi sedar atau tidak (aku pasti dia sedar sebenarnya), kelakuan dia menarik perhatian yang bukan sedikit. Di atas jalan raya yang sibuk, di mana trafik bergerak lancar, tiba-tiba ada kereta memandu 30 km/j. Semua orang berebut mahu ke tempat kerja, tapi dia senang hati bawa perlahan sedemikian rupa. Bila kita tekan hon berulang kali, tiada reaksi. Seronok betul jumpa orang sebegini atas jalan raya, rasa nak maki. Sudahlah bawa kenderaan di tengah jalan raya, mahu memotong pun tiada ruang diberi. 

http://farm6.static.flickr.com/5211/5385539824_cc0ba353a3.jpg
[Gambar : Kalaulah permainan Marah Burung (baca : Angry Birds) ni boleh dimainkan di luar, aku dah gunakan untuk pecahkan cermin tingkap kenderaan sedemikian rupa. Terasa kalau tak dapat, benda hijau sedang gelak terkekeh-kekeh]

Banyak lagi sebenarnya.
Itu sekadar contoh sahaja.
Maaflah, aku sedang sibuk membaca.

Malas aku mahu layan.
Ada jasad yang aku ingin dodoikan.
Kalau kamu keluar seluar dalam, biar aku tolong sunatkan.
Kalau kamu tiada identiti, sila tengok kad pengenalan.
Kalau tiada telur dua biji di bawah atau gunung ganang di dada, aku boleh hantar ke Thailand

Sepatutnya aku tak tulis benda ini sebab dia akan jadi satu kepuasan kepada golongan ini. Tetapi tak mengapa. Biarlah kalau mereka mahu masturbasi dengan perkara begini. Kita tak boleh halang manusia yang perlukan perhatian seperti itu bekalan tenaga nyawa kan?

Nota Kaki :
Malam tadi terbuat satu kesilapan yang nyata. Lepas tersedar, rasa nak lempang diri sendiri guna kasut bola dan mandi di bawah pancuran.

Zara : Sedang seronok menggunakan bahasa atau loghat dan dialek negeri lain di halaman blog aku serta Twitter. Ada sesiapa yang mahu bergembira bersama?

15 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

kalau dah nama manusia . ade jep yg tak kene .

cik ciput said...

golongan yang menyakitkan hati ini ada di mana2 sja..kadang2 terfikir, adakah mereka mmg berperangai speperti itu, atau sekadar suka2?

**zara, kembalikan template lama!tpi ini blog kamu, jadi kamu punya suka...tpi sy ttp suka template lma.. =)

LORD ZARA 札拉 said...

@Shafika Syuhada Rosli

kalau tak, tak nama manusia plak kan?
LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

@cik ciput

mereka ada sakit jiwa. bukan gila. tapi jiwa mereka sakit. kesenangan orang lain buat mereka kecewa.

>> kenapa suka template lama?

M. Faiz Syahmi said...

"aku orang indonesial. kalau tak penuh ilmu di dada., takkan sampei ke puncak gunung everest."

kalau nak tarik perhatian orang., haruslah gunakan cara orang-orang bijak pandai. bukan cara orang-orang scarecrow. bodoh., hodoh., mengkayukan diri sendiri di khalayak umum.

bodoh., kan.?

itulah manusia.

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

kita tak boleh kata berhenti pada orang macam ni..
nanti lagi menjadi...
kesian kamu...

kamarukom said...

kerana susu cap teko setitik, rosak susu cap gantung sebelanga...
kekekekeke

Hafriz Mohamad said...

nice!
sy suka baca citer2 dr otai blogger mcm ni..
isi padat, susunan kemas dan tembakannya mndalam...

bleh bri tnjuk ajar?
nk sangat2 jd pnulis..tp xprnah mnjadi..sbb xtau apa yg nk dtulis. huhu~

g0m0k9enDek said...

ko mmg ada perisai kata2! hak3.. :))

sicomot-comel said...

haha..

ade aje gelarannye ye cikgu..keh3..

miss u lah cikgu,,nnt kenduri kawen abg saye,cikgu dtg x???

suffer8zine said...

heheh nama superman naik kat entri ni

Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia

mamafarhan said...

zara...

contoh yg terakhir lebih menyakitkan hati... kalu la bawak kereta kebal askar rasa2 mmg dh lama orang mcm ni kena langgar... huhuhuhu...

Didyajustsaytht said...

orang kereta lambat itu.
saya pernah tumpang beliau.

*tekup muka malu*

p.s. breast cancer skizo? kau jahat...pastikan anakmu mendapat cukup susu gantung atau nanti dia akan membesar lebih kejam daripada anda. sekian terima kasih.

MATAHARI said...

aku pun baca twit breast cancer tu.



hailaa, sungguh tak matang, gelar orang budak2 tp dia lagi budak2.

AlexiaAqram said...

ahaha. aku rasa aku tahu siapa yang tak cukup susu gantung tu.

tak heran perangai macam budak2..... walau dah besar ada anak.

haihh.