Tuesday, March 08, 2011

Apa Hubungan Kita Sebenarnya?


Salam semua.
Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kebahagiaan yang dibajai dengan perlahan, menempuhi segala kepayahan, insyaALLAH akan berkekalan. Ah, tidak mustahil juga kegembiraan yang dibajai lama akan musnah begitu sahaja. Segala yang berlaku dan akan berlaku adalah urusan Maha Pencipta. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?
Senyum.

Tapi, adakah mahu duduk diam dan menunggu sahaja? Menerima beberapa pesanan dan komentar dalam tulisan sebelum ini membuatkan aku membiarkan sahaja beberapa persoalan terjawab dengan sendirinya. Tunggulah bila aku punya kesempatan untuk membalas segala yang perlu. Saat ini lebih kepada urusan diri yang ternyata menguji kekuatan mental dan fizikal. 

[Gambar : Ini memanglah bukan aku, cuma perasaannya sama. Penat.]

Panggilan telefon sewaktu mulut dipenuhi dengan air kelapa ketika memandu dalam cuaca terik membuatkan aku endah tidak endah dengan bunyi telefon. Ah, keluar membeli belah seorang diri memang gaya aku. Sukar berjalan bersama dengan orang lain kecuali orang itu sama rentak dan gaya dengan aku pada dasarnya. Deringan berhenti di lampu isyarat membolehkan aku menyambungkan telefon ke sistem audio Adam Awraq. Lagu Grenade muncul lagi dan dengan pantas talian aku jawab.

Kawan : Kenapa tak jawab tadi?
Aku : Sedang memandu.
Kawan : Ni dah tak memandu ke?
Aku : Sedang juga, cuma aku dah sambungkan pada audio kereta.
Kawan : Patutlah macam bergema. Gila kuat audio.
Aku : (ketawa) Kenapa telefon?
Kawan : Aku tertanya-tanya, kenapa dengan diri aku ni.
Aku : Eh, kenapa?
Kawan : Aku bercinta serupa tak bercinta.
Aku : Apahal?
Kawan : Bila aku tanya apa hubungan kami, dia kata lebih dari kawan. Tapi bila kawan-kawan dia tanya, dia kata kawan sahaja. 
Aku : (ketawa) Itu sahaja ke?
Kawan : Kenapa kau ketawa?
Aku : Sebab kalau lebih dari kawan, ada pelbagai maksud. Mana tahu sahabat ke, teman baik ke, atau mungkin juga kekasih kan? Banyak boleh ditafsir.
Kawan : Tapi, dia panggil aku sayang dan sebagainya. Dah lama kami begini.
Aku : Satu, sesiapa pun boleh dipanggil sayang. Dua, tempoh masa bukan pengukur hubungan. Kau pernah tahu apa Kahlil Gibran cakap?
Kawan : Siapa tu?
Aku : Seorang pemuisi.
Kawan : Dia cakap apa?
Aku : Kahlil Gibran pernah menyatakan, "Jangan kau kira cinta itu datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah anak kecocokan jiwa, dan jika itu tak pernah ada,cinta tak pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad" . Jadi, kalau kau kata kau kenal lama pun, itu tak bermakna dia adalah jodoh kau. 
Kawan : Jadi, apa aku nak buat?
Aku : Buat macam biasa. Tak perlu nak terburu-buru dalam hubungan.
Kawan : Tapi, bila di belakang orang ramai, lain macam pula.
Aku : Mungkin dia tak suka hebahkan hubungan kot?
Kawan : Entahlah.
Aku : Kenapa kau suka dia?
Kawan : Sebab dia baik. 
Aku : Kalau dia tiba-tiba jahat?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Kalau kau boleh jawab ni, kau akan nampak jelas ke mana hubungan kau ni.

[Gambar : Ini dia kata, bukan aku. Ketawa]

Pernahkah di antara kamu melalui situasi sebegini? Rasa suka yang mendalam kepada seseorang tapi ternyata, kasih sayang yang kamu berikan sebenarnya adalah biasa sahaja bagi pihak dia. Kamu memberikan terlampau banyak, dan akhirnya kamu sendiri yang rugi. Pihak dia? Merasai kemenangan mutlak yang dia banggakan sehingga hidung menyentuh langit ketujuh.

Kawan : Kau kawan lagi dengan lelaki-lelaki yang kau pernah berkongsi rasa?
Aku : Perlukah aku jawab?
Kawan : Perlu sebab aku nak tahu.
Aku : Kawan dalam erti kata, kalau kau perlukan aku, aku akan sedia mendengar.
Kawan : Ada yang pertama datang cari kau?
Aku : Maksud kau?
Kawan : Berbual, berkongsi masalah.
Aku : Sekarang dah tiada.
Kawan : Yang kedua?
Aku : (diam)
Kawan : Ada ke tidak?
Aku : Tak nak jawab boleh?
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab dia kawan aku lagi.
Kawan : Baiklah. Jadi kalau aku tiada apa-apa dengan lelaki itu, aku tetap boleh kawan dengan dia kan?
Aku : Boleh.

[Gambar : Bagaimana kau menafsirkan sesuatu hubungan?]

Nota Kaki :
Kepenatan.
Masih dalam keadaan kurang stabil.

Zara : Kau mengata Sean sama seperti kau mengata aku. Bagaimana aku boleh kenal dan bersama kau hampir lebih setahun ini yanpa ada Sean?

27 comments:

Raouf Sora said...

mak sy pnah speaking, "If she’s amazing, she won’t be easy..if she’s easy, she won’t be amazing..if she’s worth it, you won’t give up..if you give up, you’re not worthy.." mula2 sy kurang faham..tp Alhamdulillah dh mula nmpk cahaya sikit..mcm yg kak zara ckp..jgn terburu-buru..kne sabo..~:)

strawberrycincau said...

saye sangat teramat suka entri nih...errm, mungkin sebab pernah jugak sutu ketik dulu alami peristiwa mcm kwn kamu tuh...huhu.. nk nasihat sikit kat sini, dlm nk jalinkan sesuatu hubungan, komitmen sngt penting....bkn sekadar syg dimulut, tapi hati pun mestilah sedia menyayangi si dia dgn spenuh hati...

Shairazi Saidin said...

WEHH!!! Kecewa gila. Tapi bila kita express rasa suka kita, then dia x suka kita, malu la pulak. Tp better dari terus diam. Anyway, sabar je la, jodoh kita dah ada cuma kita je yg kena berusaha cari yg terbaik. CHILL YA!

new update: http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/03/oh-crazy-myr-200-wasted.html

Lucifer said...

macam hubungan bermain layang-layang, talinya nipis...

1 sided car crash kalau terputus tali layang-layang ni.

Nur said...

nice one la..i like..then macam mana nak tahu sesuatu perhubungan tuh...citer nih mmg sebijik my story..huhu

Th0uGhTleSS said...

Pernah lalui ini..
kate2 dier..
Lbih dr kwan tp bkn kekasih..

Solution:
B'kwan saje n at last dier melamar juge akhirnyer..
Tak perlu t'bru2..
It will come to us if it really mean for us..

cik ciput said...

once again, situasi yg hampir sama dengan sy..tapi itu dulu..sekarang?tiada lagi smua itu..dan saya bahagia begini..sendiri..jangan terlalu berharap pada cinta yang tidak pasti.. =)

*rindu tulisan kami wahai cik zara :D

redbean said...

go go dr loooove~

aku pun ade masalah cinta ni, nk tny camne, e-mel?

ok, gurau saja, nnt kau ckp aku xbole bergurau pula :)

miss kazumi said...

zara:sy suka entry nie...sbb sy dlm situasi yg sama..tertanya2 mna arah hubungan kami...

nasworld said...

salam kenal..
lwt2 la blog sy..

Eri-chan said...

kawan dgn exbf paling letih dan melemaskan.

kawan dgn lelaki yg buat2 mcm kekasih dpn kita tapi blkg tidak memang menyedihkan je. tinggalkan je org mcm tu..bukan rugi pun. dia nak jaga saham kot.

suffer8zine said...

erkkk x stabil?

Terkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru

tira azhar said...

ohh kak zara, seriously this is what i'm waiting for! :D

i've been in this kinda thing for almost two years and a half. tell you, it isn't nice at all. been through a lot in that two years. but i choose not to give up. maybe God will give us a chance. :)

abdul azim b mohamad isa said...

aku tak pasti apa yang pompuan and laki tu rasa.

laki suka tunggu, pompuan tak suka menungga.

sudahnya jadilah begitu..

Miss Complicated said...

suka entry ni dan pernah lalui sama seperti situadi kawan awk. bukan kawan, tp bkn jg gf, tp masih bersayang2. itu namanya its complicated (kalau sy tidak slh). tp mmg kena byk sbar. biasanya lelaki yg byk main trk begini sbb dia byk pilihan dan dia confused. im talking based on my experience la..org lain sy tak tau.

tp sabar mmg perlu byk... :)

Niza said...

salam..erk nk tnya, cam mn nk sambung fon ke audio kete...

mamafarhan said...

kwn dgn ex-bf... larikkkkk.... tp bukan sy.. ex-bf tu yg lari...huhuhuhuuhu...

jodoh pertemuan ajal maut rezeki semua Allah SWT yang tentukan... InsyaAllah sampai masa muncul la dia...

chill zara!!! (^____^)

eiffel said...

x ker lelaki itu spti bermain tarik tali?

dn prempun itu bermain dgn api?

cinta itu terlalu rumit~

nad said...

owh situasi ini same macam saye..penah luahkan rase suke tuh tp at last dpt tau dia biase2 je...tp kami still berkawan lagi sampai sekarang and now tengah cube berkawan tanpe ade perasaan 'tuh' lagi...

shaerin said...

Sebab tu bila berkwan better jangan ade perasaan . perasaan untuk ade hubungan yang lebih dari kawan .

i think ?

Cik Jari said...

yesza....rasa suka yang mendalam kepada seseorang tapi ternyata, kasih sayang yang kamu berikan sebenarnya adalah biasa sahaja bagi pihak dia. Kamu memberikan terlampau banyak, dan akhirnya kamu sendiri yang rugi.<--pernah rasa


akhirnya,tetap kawan hingga kini n mostly,diri ini dicari bila perlu bantuan n tak pernah denga khabar berita sewaktu die sedang bhgia...betapa kejamnya sang kawan itu...

violetless said...

napa saya tengah alami benda yang sama?hurm...

but i love the way it is now..

- - said...

aku ditempeleng laju-laju baca setiap patah kata kamu.

kamu, antara fragmen aku yang dulu.

Mr K said...

Love is not like kita perlu sms si dia all day long, calling every night end or saying i miss you all the time.

Love is more to.. errr.. understand and trust each other. Tak perlu declare apa-apa pun tak apa, sebab kita tahu love tu memang wujud dan dia still akan setia kat kita.

Good luck guys.

efa fairuz said...

nice entry..
i like your writings.. ayat yang memukul, realistik


n blog ni juga cantik..

elyana said...

mengalami benda yg sama. sakit. bila perlu kita dia dtg cari. bila x dia hilang tanpa dikesan. harus ke menanti dgn penuh kesabaran :X

♥c!k Ann♥ said...

if u love someone..
like really love dat person...
go n try the best...

tapi sememangnay tepuk sebelah tangan xkan berbunyi kan?