Friday, March 25, 2011

Kita Kan Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Keluarga


Salam.
Mata mengantuk tahap yang sudah tidak mampu dicerna lagi. Lapar semua ditolak ke tepi memandangkan selepas ini serta hujung minggu bakal dihabiskan di sekolah. Ada program dan pelbagai lagi. Ya, siapa yang kata hujung minggu cikgu boleh cuti, anda silap ya? Kami bertugas sudah tidak mengira waktu sekarang ini.

[Gambar : Waktu pantas berlari sampai aku sudah tidak mampu mengejar lagi sepantas ia pergi. Mengekori sahaja sudah cukup baik barangkali]

Perbualan singkat awal pagi tadi yang aku jawab sewaktu memandu ke sekolah membuatkan aku mahu ketawa sendiri. Bukanlah erti kata ketawa mengejek, tapi ketawa geli hati dengan telatah seorang kawan yang dikenali. Ah, pertemuan kami bukanlah dalam keadaan istimewa, cuma keseronokan dan kegembiraan dengan mengenali siapa dia adalah bikin hidup ceria. 

Kawan : Semalam pergi UTM kan?
Aku : Eh, mana tahu?
Kawan : Tengok gambar kau di FB.
Aku : Oh.
Kawan : Esok ada waktu lapang?
Aku : Sekolah ada program dari pagi sampai petang. Kenapa?
Kawan : Ingat nak ajak jumpa.
Aku : Tak boleh. Ahad mungkin boleh.
Kawan : Tak boleh. 
Aku : Kenapa?
Kawan : Ada orang nak datang.
Aku : Masuk meminang?
Kawan : Merisik.
Aku : Tahniah!
Kawan : Terima kasih.
Alu : Jadi kau nak cakap apa tadi?
Kawan : Keluarga dia dengan keluarga aku tak rapat sangat. Macam ada jurang sebab dia kan macam kaya sedikit. Kami ni hidup sederhana sahaja, jadi keluarga aku sentiasa merendah diri.
Aku : Baguslah merendah diri, nak sombong buat apa?
Kawan : Keluarga dia macam memandang hina kami. Memanglah dia tak cakap kan? Cuma dari gerak cara dia, kita boleh tahu. Bijak-bijak, kaya-kaya. Kami ini apalah ada.
Aku : Bukannya keluarga kau tak bijak.
Kawan : Tidaklah sebagus dia.
Aku : Habis tu apa masalah kau?
Kawan : Aku takut kalau keadaan ini berlarutan, ia akan menjejaskan hubungan kami.
Aku : Bincang elok-elok.
Kawan : Aku dengan dia tiada masalah, cuma kami tak boleh masuk.
Aku : Lah, apa masalahnya?
Kawan : Keluarga masing-masing sekarang ni macam bagi bersama sebab kami saling menyintai sahaja. Restu entah ada ke tidak.
Aku : Dah bagi tu kira restu lah.
Kawan : Kita kan nak kahwin dengan dia, bukan keluarga dia.
Aku : Kahwin dengan dia maksudnya kau kahwin dengan keluarga dia sekali. Datang secara pakej. Cubalah berbaik ke macam mana, ambil hati.
Kawan : Dah lebih empat tahun kami masing-masing cuba, tapi begini juga.
Aku : Mana tahu tahun ke lima membuahkan hasil kan?
Kawan : Hish.

[Gambar : Adakah mahu melarikan diri jika apa yang dimahukan sukar didapati?]

Senyum.
Kadangkala kita kena lalui hidup kita dengan mengetapkan gigi dan ukir senyuman sedaya upaya. Bukan itu menjadikan kita lebih manusia, cuma, hidup dalam dunia ini bukan ada kita sahaja. Mengerti bukan?

Nota Kaki :
1. Mengajar kelas tambahan Kemahiran Hidup.
2. Suka sebab cap jari sudah boleh digunakan.
3. Letih tidak habis lagi.

Zara : Jika kau kembali berpaling dan merasai sesuatu yang kau sendiri tidak mampu terjemah, marilah kita duduk berbincang supaya ada jalan penyelesaian dan bukan semakin jauh meninggalkan.

19 comments:

Ayin Masliza said...

Setuju... semua termasuk dalam pakej.... :)

ayin said...

setuju!!! semua termasuk dalam pakej :)

nama.aku.lynn said...

betul jgk kan..mn tau tahun ke 5 hasilnya positif..nobody knows..
yg ptgnya.doa doa n doa..huhu~:D

Cik TTK said...

kak zara saya setuju dengan akak. Kahwin kalau setakat cinta dekat pasangan je tak kan kemana. susah nak bahagia tau. Family main peranan penting dalam kehidupan kita lepas kahwin nanti.

eiffel said...

lor..bila masok bab2 fmily..memg susah nk setle kn :(

nur anis said...

takutnya kalau jadi kes macam tu..

Raouf Sora said...

Indah bukan pada zahir, tapi terletak pada tutur, terhampar pada pekerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati, yang indah itu sukar dicari, tanpa menilai dari mata dan hati..

kepada kawan kak zara: bincanglah bersama pasangan..sama2 cuba cari penyelesaian..jangan lupa bermohon kepada Allah..percayalah kekuatan cinta anda berdua itu berada didalam genggaman Allah..jika Allah mengkehendaki, cinta itu akan berputik dan berakhir ke jinjang pelamin atau sebaliknya ia akan dicantas sebelum berkembang..maka kuranglah rasa kecewa jika dilukai, & juga tidak terlalu yakin dan sombong dengan pasti, diri akan memiliki lelaki itu hingga mati..usahalah mencari kebahagiaan bersama ke arah Allah..~:)

kak zara: sy nnt InsyaAllah akan ke parit jawa nk berjumpa dengan kawan di sana..klu tibe2 ade org tego akak tu jgnla lari ye..hehe..~:D

mendatak hijau said...

betul tu..ngat kawen ngan anak aje ke??padahal kawen ngan 1 keluarga..besar lak tu..haiyoooo

Izyan Masri said...

ni mesti cikgu sporting kat sekolah ni :D

cik chinta said...

salam, btul r..saye cam mengalami mende yg sama je..huhu..nk bincang pon susah

lynna said...

yup betul tu, kahwin dgn si dia, means kahwin dgn keluarga dia juga.. paling siok kalau kedua keluarga tu saling menerima, tapi kalau jadi mcm kes ni..hurmm byk2la bersabar, mungkin esok2 dorg sedar.. yang penting kwn tu kena optimis, dan bkn jenis cpat sebab kahwin bukan senang, bkn libat 2org saja tapi libat keseluruhannya, jd pandai2lah jaga hubungan dan tindakan..
Xda yang mudah, apatah lagi dlm hubungan perkahwinan :)

kaizen said...

Insya-Allah...kalo bf dia tu tetap pendirian xkn jadi ape....

redbean said...

macam cite dulu2. ibu mertuaku

tp x dinafikan, skang pun masih ade lagi

haishh

Adziim said...

kawin je..buat anak..kot2 dpt cucu nnti ok skit dua2. lau tak ok buat2 merajuk ok jgk..xyah blik kmpung kedua2 org tua..

naz said...

hakikat nya begitu. tapi berkat datang dari restu

/Dayah/nurul/dayak said...

amik masa sebaik mungkin nk amik hati keluarga org, betulla kalo kawin org tu sama aja ngan kawen sama semua kluarga tu la kan ;)

Raouf Sora said...

i don't know how to reach you laa akak..lg pn kak zara pn tgh bz ni..takot akak akan bc komen yg menyatakan sy kt muar time sy dh balik kampus..silalah akak post komen on my blog and please include your skype id..~:)

shaerin said...

betol . the whole family semua terlibat .

but , tak salah berusaha lebih sikit :)

myra anne said...

nak share petikan ayat kt bawah senyum tu ye. suka sgt!