Saturday, March 05, 2011

Lelaki Pun Tahu Kecil Hati Tau.


Salam semua.
Sebelum meneruskan tulisan pada kali ini, perlu diingatkan bahawa ia tidak ditujukan kepada sesiapa yang masih hidup, sedang hidup, sudah tidak hidup ataupun belum hidup lagi. Sebarang sakit punggung (baca : butthurt) secara berlebihan, bolehlah diutarakan (kenapa bukan diselatankan?) permasalahan jiwa anda itu ke tandas atau ke pusat kesihatan berhampiran.
Senyum.

[Gambar : Kita kena berani untuk lihat apa di dalam diri kita sendiri]

Sengaja nak tulis tentang lelaki sebab semalam, seperti yang diingatkan oleh seorang kawan, hormon lelaki dalam badan aku seperti sudah makin berkurang apabila aku dikatakan sudah lebih keperempuanan. Ketawa sinis aku apabila mendengarkan komentar sedemikian. Sejak bila kromosom aku mengkhianati aku kan? Ternyata, aku menang dalam berlakon di atas pentas dunia yang semakin hari semakin mengecil ini. Lampu limpah bukan untuk aku, itu sesiapa sahaja pun tahu.

Kawan : Salahkah aku terasa kalau orang mengata yang buruk tentang aku?
Aku : Tak salah, itu kan perasaan kau sendiri.
Kawan : Tapi, orang kata aku hati ayam bila aku terasa dengan kutukan orang lain.
Aku : Mungkin sebab mereka anggap itu gurauan.
Kawan : Tapi berpadalah kan? Setiap gurauan ada batasan.
Aku : Faham. Kau beritahulah pada kawan-kawan kau dengan jelas.
Kawan : Bila aku cakap, mereka kata aku macam perempuan. Benda kecil pun nak terasa.
Aku : Mereka cakap kau apa?
Kawan : Mereka cakap yang aku ni mungkin homoseksual sebab tak pernah ada teman wanita, apa la, macam-macam lagi. Tapi kau pun tahu kan? Aku pernah ada teman wanita, cuma baru-baru ini sahaja dah tiada apa-apa.
Aku : (ketawa) Benda begitu pun boleh jadi hal ke?
Kawan : Bengang betul aku. Aku tak kisah orang nak kata aku bercinta ke tak bercinta sebab aku memang tak pernah kecoh-kecoh, orang terdekat sahaja pun tahu. Tapi cakap aku homoseksual itu melampaulah.
Aku : Sekarang aku keliru. Bengang ke kecil hati ni?
Kawan : Dua-dua boleh?
Aku : Faham kalau kau bengang, nak kecil hati sebab apa?
Kawan : Kecil hati sebab mereka rasa aku mudah dibuli kot?
Aku : (ketawa) Kau cuma tak pandai nak marah orang balik, bukan kau mudah dibuli.
Kawan : Kang aku guna ayat kurang ajar, nampak bukan aku nanti.
Aku : (ketawa) Nanti aku ajar kau macam mana nak guna ayat sarkastik bagi manusia begitu.
Kawan : Tak pasal-pasal aku mengadu pada jantan celup macam kau ni.
Aku : (ketawa) Jantan celup? 
Kawan : Aku takkan pernah lupa.
Aku : Syaitan sungguh ni.

[Gambar : Adakah anda bersedia?]

Lelaki pun sama seperti perempuan, masih lagi manusia. Masih lagi punya perasaan. Tiada istilah diskriminasi dalam hidup aku lebih-lebih lagi bila aku sudah memasuki alam pekerjaan. Jaki sungguh bila alasan yang diberikan adalah berkaitan dengan jantina. Kalau ia ternyata adalah dari segi biologinya, lelaki mengeluarkan sperma dan perempuan menghasilkan ovum yang ternyata tidak boleh diubah, ia bukan apa-apa. Sudah tentulah boleh diterima. Perempuan mengandung, lelaki tolong mengandungkan. Ya, masih lagi jelas. 

Tapi kalau kerja memotong kayu untuk projek - perempuan tak boleh buat sebab lemah, lelaki boleh sebab mereka kuat - itu alasan yang tidak munasabah. Habis, buat apa mesin gergaji automatik dibina? Sebagai perhiasan disebabkan lelaki yang kuat boleh lagi guna gergaji tangan dan perempuan berdiri sahaja di tepi, hulurkan kayu untuk dipotong mereka? Nak berikan penampar sedas boleh?
Pang!

Itu cuma sebahagian daripada contoh yang relevan, aku rasa. Sekarang, mari kita tengok, apa antara perkara yang boleh membuatkan lelaki juga berkecil hati dengan keadaan sekeliling mereka. Mahu diingatkan, berkecil hati bukan petanda mereka pondan atau apa. Habis kalau perempuan tabah hati kau nak kata dia jantan? 
(sambil pusing-pusingkan mata)

1. Fizikal diri.
Baik lelaki atau perempuan, siapa yang tahan kalau orang mengutuk fizikal diri mereka secara berlebihan. Bila tiada janggut dan misai, orang kata mahu perasan jambu. Bila ada, orang kata benda lain pula. Memang boleh berbulu telinga bila orang mengutuk sedemikian. Sebagai contoh, sebelum kahwin, lelaki itu kurus sahaja tetapi bila dah kahwin, ada sesetengah lelaki mula mempunyai lebihan lemak di perut.

Kawan-kawan : (usap-usap perut) Hati bahagia ke sampai perut naik ni?
Lelaki : Aku kurang senamlah.
Kawan-kawan : Bini belum mengandung, kau dah mengandung dulu.
Lelaki : Kan aku dah kata, aku kurang senam.
Kawan-kawan : Tu lah kau, senam atas katil sahaja.
Lelaki : (ketawa sambil menyumpah dalam hati)

Padahal yang cakap lebih tu, belum tentu dah kahwin. Terasa, kecil hati kawan tu. Mungkin betul dia kurang bersenam sebab sibuk menguruskan keluarga dan kerja dalam masa yang sama. Salahkah dia kalau kecil hati sedikit? Kalau berlebihan sampai nak menangis itu adalah mustahil. Silap-silap, kecil hati akan membawa bengang. Orang lain minum air guna gelas, kau minum air guna tiub. Siapa susah?

http://farm1.static.flickr.com/227/509201377_25c7b1bf71.jpg
[Gambar : Minum susu penuh krim sambil belajar memang mengasyikkan. Tapi kalau kau minum susu penuh krim menggunakan tiub, itu adalah menyakitkan]

2. Orientasi diri.
Apa salah ke kalau lelaki memang kawan lelaki? Itu tidak bermakna dia homoseksual. Main suka hati kan nak tuduh orang? Kalau persekitaran dia memang ramai lelaki, sebagai contoh, budak kejuruteraan memang penuh dengan lelaki, itulah kawan-kawan dia, kau tuduh dia tak suka atau tak campur budak perempuan. Dah kalau dalam kelas dia langsung tiada perempuan, kau nak kata apa?

Kalau dia jenis kemas, menjaga penampilan diri, gaya lelaki metroseksual - janganlah kau kata dia nak menyerupai perempuan pula. Benganglah hati kawan tu. Berhabis dia nak menjaga kebersihan dan kekemasan diri, kau cakap yang bukan-bukan pula. Bila dia selekeh kau kutuk, dia kemas kau kutuk juga. Ada akal? Kalau ada, tolong jangan letak di patela. Bukan apa, takut nanti jatuh, patela luka, akal tu mengalir keluar lalu luka. Oh, tolong jangan letak akal di punggung juga. Bukan apa, kalau kau kentut nanti, akal keluar sekali.

Tapi, kalau dah berlebihan sampai menggunakan alat solek seperti wanita, bolehlah ditegur secara berhemah. Bukan apa, nanti makin kau perlekeh dia, makin menjadi-jadi pula kan? Siapa yang susah? Jangan pula kau menggalakkan - sampai kau ajak dia berpacaran dengan kau, susah pula. 

[Gambar : Bertukar! Eh?]

3. Kewangan - status ekonomi.
Ini pantang. Pantang disebut. Benda begini kan peribadi. Tidak perlulah ditanya berapa gaji kawan kamu itu. Kalau dah teringin sangat nak suruh dia belanja, cakap sahaja. Ini tidak, ditanya sampai kalau boleh nak tengok slip gaji sebagai bukti. Lelaki atau perempuan memang pantang orang sebut bab gaji, macamlah duit itu Tuhan, nak disebut sentiasa. Lebih baik berzikir kepadaNya, untuk lebih mendapatkan pahala. Eh, tak nak pula kau.

Kawan-kawan : Eh, gaji kau berapa?
Lelaki : Biasa-biasa.
Kawan-kawan : Ada sampai empat angka?
Lelaki : Bolehlah. Nak tampung hidup, nak berbelanja.
Kawan-kawan : Ye la kan. Keluar dari universiti, gaji mesti riban-riban.
Lelaki : Rezeki untuk keluarga juga.
Kawan-kawan : Kalau nak kahwin cukup tak tu?
Lelaki : Kalau nak kahwin empat sekaligus pun boleh.
Kawan-kawan : (terdiam)

Bagi jawapan sarkastik sebegitu pun boleh juga.
Ketawa.

Tapi, yang menjadi masalah sekarang ini, ada SEBILANGAN kecil lelaki yang terlampau berkecil hati sehingga memudaratkan diri sendiri. Dengan erti kata yang lain, mereka termasuk dalam golongan yang kerap sakit punggung akibat kekurangan susu gantung. Janganlah begitu ya? Keinginan untuk menampar orang adalah tinggi apabila ada lelaki yang berkelakuan begini.

A : (sambil belai-belai rambut) Kau tahu? Aku bengan tau dengan Zara yang hodoh tu.
B : Kenapa?
A : Sebab dia kata aku kurang susu cap gantung tau.
B : Ye ke kurang susu?
A : Benci tau gaya gini. Ni yang nak sembamkan muka di bantal ni.
B : Pergilah. Tapi jangan sampai habis nafas pula tau.
A : Kita pergi dulu tau? (sambil berlari-lari anak masuk ke bilik)
B : Jangan tulis di Twitter pula yang kau tengah menangis.
A : Kita dah tulis dah. Kita benci Zara tu tau. Tak macam cikgu pun (jerit dari dalam bilik)

Ah, sederhana sahaja dalam semua perkara apa salahnya? Tidak perlu untuk mendabik dada dan menyatakan mahu menunjukkan kejantanan dalam semua perkara. Tengok muka pun sudah tahu anda adalah lelaki ya? Tidak tahulah kalau ada buat pembedahan plastik bagi mengubah rupa.
Senyum.

Baiklah. Itu sahaja.

Nota Kaki :
Bila sudah lama tidak belajar untuk diri sendiri (mengambil peperiksaan), boleh mabuk aku melihat nota yang menimbun yang perlu dibaca serta dihafal dari CD dan entah apa-apa lagi catatan ringkas yang berwarna warni. Mata mula menjadi jahat dan syaitan bergayut kencang (sambil tangan halau-halau syaitan). Sesiapa tolong ketuk aku suruh belajar fokus semula.

Zara : Kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka. Bukan sebaliknya kita menjadi kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka. Itu celaka.

31 comments:

PointBlankShot said...

tak mengapa kalau kecil hati, cara menzahirkannya sihat.

ni jadik lagi annoying apa cerita?

kahkahkah

in b4 butthurts comments

KuKuMALu said...

haha.KELAKAR la..

Eri-chan said...

lelaki sentap paling bencila. dia ketawakan orang dan malukan orang takpe..dia ditanya kasar sikit, sentap. hati macam kapas.. aku randam dalam iodin baru tahu.

takky said...

pantang bila org ckp kite ni homo sebab x de teman wanita...
dah hati nie tak terbuka lagi utk sape2 masuk...
nk buat mcm mane....

plus nk cari teman wanita bukan ye mcm cari baju...
boleh tuka2 je...
kalau boleh tuka2...
dah lame penuh satu kabinet dekat umah.....
huhuhuhuhu

LORD ZARA 札拉 said...

@PointBlankShot

ha ha ha ha.

yang butthurt tu boleh terberak keluar cili. eh?

LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

@KuKuMALu

ha ha ha.

Ye ke?

Bagus. :)

LORD ZARA 札拉 said...

@Eri-chan

Rendam dalam iodin bubuh bagi luka eh?

ha ha ha~

LORD ZARA 札拉 said...

@takky

ha ha ha.
kalau boleh buat camtu, dah lama ramai yang kena baling masuk gaung~ hahaha~

Raouf Sora said...

haha..sy ske style kak zara..skang ni pn sy dh pndi start gne ayat sarkastik..thnx to kak zara..ape kate nnt akak post cara2 nk menangani manusia2 yg jenis slalu butthurt menggunakan kata2 sarkastik..gerenti best pnye laa..haha..~xD

redbean said...

situasi dialog 1st tu, aku selalu kena. sbb aku xpenah ada marka. tp tgk nada mmbe aku y mahu bergurau senda, aku cool saja. =)

KAMIHIDUP said...

gigih KAMI baca smpai abis, nice, hehehe. :)

Mainur Hasnah said...

laki lagi sensitif dari girl sebenarnya.. ego yang buat dorang nampak cool

mameramni said...

tgh nyanyi lagu anuar zain "lelaki ini"

DuniakuAbstrak said...

Ada spesis yang kuat sentap ni kuat jugak mengutuk orang lain..hahaha

LeLaki yang berjiwa sensitif dan sopan, tahap sentapnya agak tinggi, tidak sesuai bergauL dengan LeLaki bermuLut puaka macam aku

puaka dengan puaka kaLau bergurau orang Lain nampak kasar tapi bagi mereka rasa biasa je

kepada LeLaki yang bermuLut puaka jangan gurau kasar secara rawak, tengok jenis orang dan keadaan sekeLiLing

-sebagai manusia biasa rasa sentap itu adaLah normaL-

miss aisya said...

wahh nice entry..again..:p

laki pon manusia jugak kan, still ada hati perasaan..kalau gurau kasar, mmg patut pon kecik hati..

kak, lawa header! saya minta izin copy nak letak lam blog tuk my new entry yah..(new entry story pasal header blog yg lawa2)

Fina Roslan said...

terbaikla cikgu;)

ppp hidayat said...

lelaki pun ada perasaan...LIKE2 =)

LORD ZARA 札拉 said...

@Raouf Sora

Hahaha.
Jangan ada yang bengang dengan kamu sudahlah ya dik?
:)

LORD ZARA 札拉 said...

@redbean

kalau boleh cool takpe.
ni kalau jenis cepat sentap, mengada~

XD

LORD ZARA 札拉 said...

@KAMIHIDUP

Thanks dear~

LORD ZARA 札拉 said...

@Mainur Hasnah

aaa...
betul gak tu~

LORD ZARA 札拉 said...

@mameramni

eceh~
XD

LORD ZARA 札拉 said...

@DuniakuAbstrak

Mana LIKE button untuk komen kau ni~
Haish~

LORD ZARA 札拉 said...

@miss aisya

aaa..silakan~

LORD ZARA 札拉 said...

@Fina Roslan

makasih~

LORD ZARA 札拉 said...

@ppp hidayat

eh. mesti ada~

Raouf Sora said...

haha..sy akan tujukan ayat2 sarkastik tu kpd yg berkenaan sahaja..dan stakat ni yg kne tu sume yg jnis butthurt..huhu..Alhamdulillah setakat sume kwn dpt terima cara baru sy bg pesanan atau nasihat..dlm gelak tu pn ade pengajarannya..thanx again to kak zara..~

eiffel said...

'Kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka. Bukan sebaliknya kita menjadi kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka. Itu celaka.
' suka qoute tuuu~

amier azrul alias said...

ishh..
mestilah..
lelaki pon ade perasaan jgk..hoho

srina amilia said...

yang cerita last tu tersangat la kelakar...huhu...mcm boleh masuk raja lawak je....terbayang gaya raja lawak kalau buat aksi gitu...(lari2 anak sambil selak anak rambut)

NaNa said...

Salam cik zara...nak pinjam kata2 kamu yg bhgn last skali tu boleh..best sangat..nanti i creditkan utk u ye...thanks