Wednesday, March 09, 2011

Mana Ada Orang Lain Lemah Macam Kau?


Salam sayang semua.
Sean belum sihat sepenuhnya. Ah, maaf. Siapa yang kecil hati, nak marah, aku macam biasa, tidak peduli satu apa pun. Sakit punggung melecet bila membaca, aku persilakan ke pusat kesihatan berhampiran. Nanti aku suruh setong arsenik disimpan. Bukan apa, jangan biarkan sakit itu berlarutan. Biar terus dikapankan. Eh?
Senyum.

Ketawa.
Punya masalah bukan bermaksud kau lemah. Punya masalah itu tanda kau masih seorang manusia yang meladeni hidup di atas dunia. Hatta ia cuma masalah gigi sakit dan menghadapi kesukaran untuk menggosok gigi, ia masih satu masalah yang manusia hadapi. Betul kan?
Senyum.

[Gambar : Apa yang kau dapat baca di sini?]

Kawan : Kau tulis blog macam orang lain dan kau asyik punya masalah dalam hidup.
Aku : (ketawa) Ye ke?
Kawan : Kenapa kau tak tulis perkara yang menggembirakan?
Aku : Ada tulis. Kau yang tak baca.
Kawan : Setiap hari aku baca, belum pernah aku jumpa yang gembira.
Aku : Ada.
Kawan : Kenapa mesti nak ketengahkan manusia yang lemah dalam hidup?
Aku : Apa maksud kau?
Kawan : Kau tulis tentang masalah manusia. Masalah kau. Macam manusia tak boleh rasa gembira.
Aku : (ketawa) Mesti kau tak tengok Vlog #4 aku kan?
Kawan : Kenapa?
Aku : Soalan dan pernyataan kau tu aku dah jawab dalam tu. Manusia adalah fokus utama aku, sebab aku seorang manusia.
Kawan : Orang lain tak macam kau.
Aku : Biarlah tak sama dengan orang lain. Aku panggil itu unik.
Kawan : Mana ada orang lain lemah macam kau?
Aku : Mungkin. Kelemahan aku, aku tahu bagaimana nak stabilkan dengan kelebihan yang aku ada. Sedikit kelebihan sahaja tapi aku berusaha untuk tutup cacat cela.
Kawan : Bicara kau hebat, tapi kau seorang yang tahan sakit dan ketawa tersekat.
Aku : (ketawa) Satu perkara, jangan tiru gaya aku menulis dalam atur bicara. Kau nak biarkan aku gila dan mencerca ikut suka?
Kawan : (diam)
Aku : Kau kata orang lain lemah bila ada masalah. Tapi aku nak tanya kau sesuatu.
Kawan : Apa?
Aku : Mana ada orang lain lemah macam kau?
Kawan : Siapa kata aku lemah?
Aku : kau gunakan kelemahan orang lain untuk tutup kelemahan kau. Itu yang paling lemah.

http://farm3.static.flickr.com/2725/4417930628_e6ec13b093.jpg
[Gambar : Kalau kau maksudkan lebih rela tengok diri kau begini, aku tak kisah]

Senyum.
Aku cuba asingkan bahagian diri aku yang sarkastik dari alam nyata. Tidak mahu membiarkan orang lain terluka dengan kata-kata aku yang mungkin tidak kena gaya hingga membuatkan ada manusia yang terluka. Tinggal sendirian dengan sebaris ayat yang aku sering percaya - manusia yang meninggalkan atau ditinggalkan adalah manusia yang mencari bahagia dan menemuinya.

Kenalan : Nak pinjam bahu.
Aku : Kenapa?
Kenalan : Nak pinjam kekuatan.
Aku : Apa jadi?
Kenalan : Putus hati.
Aku : Ambil benang dan jarum boleh?
Kenalan : Lebih baik berikan aku pisau.
Aku : Arsenik satu sudu nak?
Kenalan : Itu bukan mati serta merta ke?
Aku : Ya.

Sekejap.
Tulisan ini mungkin agak celaru.
Tapi aku tak nak kalian keliru.
Kalau tersilap tafsir, jangan malu.
Aku tidak akan buat tuduhan melulu.
Ah, lidah kelu.
 
Nota Kaki :
1. Menahan rasa mengantuk dengan cuba untuk belajar.
2. Pertemuan dengan seorang sahabat tadi buat aku terfikirkan sesuatu.

Zara : Sukan sekolah pada 10 Mac 2011.

19 comments:

MATAHARI said...

sarkastik aku wujud di dunia nyata, maka kawan2 aku yang tegar dengan bicara aku, hanya membakar aku balik.

ha ha ha

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

setiap orang memang tak sama dalam apa jua benda yang dia lakukan...
seseorang tu mungkin nampak lemah pada mata kita tapi tak pada individu itu sendiri..

kita hidup saling bergantung antara satu sama lain, bukan saling melingkup antara satu sama lain...
bukan begitu...
ehheh...
(n_n)

hazwani said...

sebenarnya tulisan awak mengenai masalah manusia membuatkan orang yang mempunyai masalah serupa mendapat lebih kekuatan.bukan melemahkan...teruskan menulis.saya suka penulisan awak...

KAMIHIDUP said...

ayat xmenahan. :)

suffer8zine said...

wahhh ayat mmg best

Terkini : Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Dibatalkan

ardz said...

bukan ka masalah itu menjadikan kita lebih kuat... menjadikan kita lebih matang? x tau mana di lihatnya kalau masalah itu dilihat kelemahan:)

ehm manusia mcm2

Raouf Sora said...

sori komen sy ni lari sket dr tajuk kak zara..hehe..sy bru je bkak blog sy n tgk kak zara komen kt situ last week..sori sgt2 kak zara..agak sibuk dgn asgmnt dan latihan..x de mase n idea nk update segala bagai..hehe..n credit to u for the words..~:]

APi said...

masalah itu perlu..
untuk diuji kekuatan kamu..
bukan dinilai kelemahan itu..
tapi cara mengatasi lebih perlu..
kerna jika pasif saja di situ..
hidup ini akan jemu..^^

mameramni said...

kata-kata anda susah difahami sesusah memahami hubungan smua unsur dlm chart yg ak guna kt metrik... -_-"

shaerin said...

dari kelemahan kamu kuat .

Tapi , saya suka penulisan cik zara . Suka suka .

p/s : but saya xrasa you lemah lah cikgu :)

/Dayah/nurul/dayak said...

ayat "kau gunakan kelemahan orang lain untuk tutup kelemahan kau. Itu yang paling lemah." best mcm drama pulak huhu

Mutiara Bernilai said...

Salam Zara,

ingat saye tak? :P

wah, akhirnye sy berjumpa juga blog kamu.. teringat perkongsian kite dulu2 ..

moga Allah sentiase merahmati kamu sis :)

Dark Half said...

aku suka baca tulisan kau yang penuh sarkastik...
tidak seperti penulisan sesetengah orang yg ingin menjadi sarkastik tapi kedengaran seperti badut sarkas

sugar*spice*salt said...

kawan zara itu mungkin ada masalah lain yang tak dapat dirungkai dengan akal manusia biasa.

"Stingky Heart" maybe...orang ni wujud dimana-mana..tak senang tengok orang senang..itu kelemahan dia..

hoho!

mamafarhan said...

setiap org ada masalah yer sendiri... hanya perlu pandai atasi...
jadi diri sendiri itu lebih baik... (^__^)

cik ciput said...

kalau hidup tiada masalah, bukan hidup namanya.

dari masalah kita belajar..

belajar untuk menghadapi masalah..

**biar apa org kata tentang tulisan kamu, kamu ada pembaca yang setia, termasuk saya. =)

najwa's said...

sungguh sarkastik. :))

TheBentPencil said...

here's a funny thing

even though your writing are about sad people,
you always managed to make you readers feel good afterwards.

not sure why, but it's probably from your style of writing.

cheerios babe.

and sarcastic people are born sarcastic. you can't change them in a day.

Miss Mong said...

hahaha suka entry yang ini...betul tu...manusia suka menggunakan kelemahan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri..cara kak zara menulis..memang..UNIK..i like :P