Wednesday, March 16, 2011

Nyawa Itu Tiada Nilai Sebenarnya.


Diam.
Semalam hari penuh ujian. Ujian dengan perangai manusia dan bagaimana aku menanganinya. Ternyata, aku masih lemah lagi apabila berhadapan dengan manusia yang aku kenal selama bertahun-tahun. Terbawa-bawa dengan emosi marah, tambahan lagi dengan kerja yang menimbun serta kesihatan tidak menentu. Pengakhirannya, tiada apa penyelesaian dan aku mungkin kalah dengan perasaan dan nafsu amarah. Tidak, bukan pada manusia itu, tetapi kepada diri sendiri. 

Pagi.
Langit cerah dan matahari memancah. Sebelum sempat sinar itu menembak tajam, aku sorong keluar Iman Kenzo dari ruang khas dia di dalam teratak tempat berlindung. Belum punya kewangan kukuh demi membolehkan aku mendapatkan satu buat diri sendiri. Mungkin selepas aku selesai melunaskan Adam Awraq. Masih berbaki hampir enam tahun lebih lagi, insyaALLAH, kalau punya umur dan rezeki, aku mahu cari tempat berlindung sendiri.

[Gambar : Aku belum sampai tahap ketagih sebegini lagi kot? Tapi dah menggigil bila tak dapat, itu bukan petanda baik sejak dahulu lagi. Senyum.]

Senyum.
Panggilan telefon dari sekolah membuatkan aku semakin gelisah untuk membuat persiapan menghadapi ujian lebih besar minggu hadapan. Buat teman-teman di kampus selatan, adik-adik kesayangan, insyaALLAH, jika punya kesempatan, minggu depan akan menjengukkan diri berjumpa kalian. Tidak boleh dinyatakan dengan tempat bila masanya, cuma akan disampaikan menggunakan kicauan burung biru. Mungkin sebelum atau selepas habis pencaturan masa depan di sana. Doakan sahaja ya?

Nyawa.
Ada orang kata mahal harga serta pertukaran yang didagangkan. Tapi pada aku, nyawa itu tiada nilai sebenarnya. Mana bisa kita beli sesuatu yang sungguh berharga sedemikian rupa? Tiada nilai yang boleh kita letakkan untuk sesuatu yang diberikan pinjaman oleh Yang Maha Esa. Ya, pinjaman. Sebab itu bila-bila boleh ditarik semula, sama ada kita rela ataupun tidak. Betulkan? Cuma, aku tertarik dengan perbualan aku dengan seorang pembaca yang minta mahu berbicara menggunakan Skype pagi tadi. Kebetulan memang rejim aku adalah bangun jam 5 pagi setiap hari, aku balas kata pengguna aku dan dia dengan pantas masuk menegur.

G : Selamat pagi.
Aku : Pagi. Maaf lambat balas sebab malam tadi tertidur depan komputer.
G : Takpe. Awal-awal pagi dah kacau.
Aku : Dah memang biasa bangun awal. Jadi nak cakap apa ya?
G : Apa nak buat ya kalau orang asyik cakap nak bunuh diri?
Aku : Eh? Apa maksudnya?
G : Kalau dia tak dapat apa dia nak, dia ugut nak bunuh diri, nak mati. 
Aku : Er, suruh sahajalah dia bunuh diri betul-betul.
G : Kalau bunuh betul-betul, susah juga.
Aku : Apa yang biasanya buat orang tu boleh kata nak bunuh diri?
G : Bila nak berpisah sebagai contohnya.
Aku : Sekejap. Ni kekasih awak ke?
G : Lebih kurang begitulah. Dah banyak kali bermasalah, dah tak boleh bersama sebenarnya tapi masalah tetap tak selesai sebab bila merancang nak bina hidup baru, berpisah dengan dia, dia akan kata nak bunuh diri kalau saya lepaskan dia.
Aku : Bahaya tu.
G : Memanglah bahaya. Pernah tinggalkan dia sekali sebab ada masalah antara kami, dia boleh masuk hospital sebab menangis tak henti dan tak makan berhari-hari.
Aku : (guna simbol mulut terlopong dan geleng-geleng kepala)
G : Apa saya nak buat?
Aku : Cubalah berbincang elok-elok. Kalau boleh selesaikan masalah itu. Mana tahu awak berdua boleh bersama lagi kan?
G : Bila berbincang elok-elok, cakap baik-baik, itu yang dia kata nak bunuh diri. Bila tinggalkan macam itu sahaja, dia jatuh sakit dan masuk hospital. Pening kepala.
Aku : Beritahu keluarga dia. Mungkin keluarga dia boleh tolong awak.
G : Keluarga dia salahkan saya bila dia masuk hospital hari tu. Macam mana nak buat kalau sesiapa pun tak boleh tolong saya ni?
Aku : Saya takkan tanya kenapa awak nak berpisah atau apa masalah awak dengan dia, cuma, pendapat peribadi saya, selesaikan elok-elok. Kalau betul sebab yang kukuh nak berpisah dengan dia dan dia masih begitu, mungkin perlu bawa kaunselor jumpa dia. Takut ada kaitan dengan tekanan perasaan atau psikologi. Masuk hospital bila berpisah itu dah perkara menakutkan.
G : Jumpa pakar kaunseling?
Aku : Itu cara terbaik yang saya boleh fikir. Takkan nak bawa pakar psikiatri pula kan? Kalau bawa ustaz atau ustazah pun boleh juga.
G : Baik. Terima kasih sebab beri saya alternatif lain. Dah tak boleh fikir apa dah. Tanya kawan-kawan semua pun suruh kekal sahaja di sisi dia tanpa mereka semua tahu apa yang saya tanggung.
Aku : Tiada masalah. Cuma kalau boleh, selesaikan dengan cara baik. Tak mahulah ada kaitan dengan nyawa semua ni.
G : Kalau boleh, awak tulis di blog, saya nak tahu pendapat orang lain juga. 
Aku : Tiada masalah ke?
G : Boleh, saya nak baca pandangan kalau ada. Nak bersiap ke tempat kerja. Terima kasih lagi sekali ya Cik Zara? Jangan lupa minum kopi supaya kekal berjaga.
Aku : Baik. Itu memang tidak akan lupa.

[Gambar : Ada sesuatu yang indah terselit dalam gambar ini.]

Termenung.
Semasa mengayuh tadi, aku terfikirkan sesuatu. Apakah cinta itu akan kekal dengan ugutan, kemarahan dan dendam sepanjang hayat? Mungkinkah kita bersama seseorang atas dasar terpaksa memikul beban yang kita bayar atas kesilapan lalu kita sendiri atau menanggung kesalahan orang lain? Semua perkara berlaku ada sebab, dan hikmahnya. Aku faham itu, aku mengerti tetapi apalah ertinya kalau hanya sebelah pihak sahaja bahagia, sebelah pihak lagi memendam rasa?

Batuk.
Seperti aku pernah nyatakan, dan sering kali titipkan. Hidup ini, kita yang tentukan arah tujunya. Kapal yang besar dan kita nakhoda. Bawa ia belayar, halakan ke arah tempat tujuan kita. Kalau dalam perjalanan, terjumpa penjenayah lautan luas, jika boleh, hindarinya. Jika terpaksa juga melaluinya, hadapi dengan tabah dan perlu berusaha. Jika berjaya, kita akan menang bermaruah. Jika gagal, sekurang-kurangnya kita pernah berusaha, bukan sebab mengalah dan putus asa.

Nota Kaki :
1. Masih kecewa dengan hal semalam. Sungguh kecewa dengan diri sendiri. Peribadi. Persahabatan.
2. Buat yang meniru hasil tulisan di blog aku, aku akui aku kecewa bila hasil tulisan peribadi aku kau tukar dan mengaku itu suatu perubahan dalam cara kau menulis. Walaupun ejaan kau tukar sehingga jadi tulisan seperti rempit, tapi aku tahu itu tulisan aku. Pagi ini kau dah tutup blog kau. Aneh. Tiada kata maaf?

Zara : Ketawa dalam menahan tangisan apabila kau kata aku punya banyak kawan. Memang aku punya banyak kawan, tapi yang boleh aku sandarkan kesakitan dan kebahagiaan? Hanya beberapa kerat sahaja. Ternyata, kata-kata kau buat tembok terakhir pertahanan diri aku yang sedang lemah, terjejas teruk seperti ditimpa hakisan.

43 comments:

MATAHARI said...

ada yang meniru penulisan kau?

peh.


(baru ketahuan ni.)

Miss Ran said...

erm tula
susa bercinta..
cdgn anda bernas..mmg patot g jmpe pakar...ni bkaitan mental emosi..

kalau tak jalan tak tahu nk kate pe da

eh ade org tiru means anda tulis dgn baik=)

Mutiara Bernilai said...

nape ni zara..

hope kamu kuat dsana..

masih ingat ena?

Utm skudai?

huhu..klu ade mase..maybe kite leh bjumpa..ena skang kije kat KL..

LORD ZARA 札拉 said...

@MATAHARI

selalunya yang meniru akan tulis bulat2 serupa, tapi semalam dia tiru dan ubah struktur ejaan jadi tulisan mual.

ah.

LORD ZARA 札拉 said...

@Miss Ran

sebab bila berkaitan jiwa, aku memang tak boleh kata apa2. lebih2 lagi nyawa, aduh, takut aku.

hahaha.
tapi itu bukan boleh dijadikan lesen meniru apa aku buat kan?

takky said...

ade g ye yg tiru hasil nukilan akak...
org yg same ke???

LORD ZARA 札拉 said...

@Mutiara Bernilai

Ah.
Aku acapkali lupa dengan apa yang aku tinggalkan dulu. Maaf dear.

Eh, kerja di KL sudah?

InsyaALLAH, moga ada rezeki XD

LORD ZARA 札拉 said...

@takky

orang yang lain pula :'(

takky said...

kalau tiru tyme xm...
mungkin masih boleh nampak sebab dia tiru...
tapi tiru entry org len, ape motip ye???
manusia2...

about ur friend problem....
betul jugak ape yg kak zara ckp 2...
n at d same tyme...
try slowtalk with her family...
mintak family 2 backup dia...
i mean x kan nk sebelah pihak je berusaha....
family pompuan 2 marah kat dia sebab dorg anggap anak dorg masuk hospital kerana laki 2...
if they don't want the same thing happen twice...
they should help laki 2...
if family 2 sygkan anak pompuan dia...
this just my opinion je...

Mutiara Bernilai said...

tak pe dear..

kdg2 ade byk benda yg kite tlupe..

:)

lynna said...

aku punya kwn2 yang pernah kata ingin bunuh diri sebabkan lelaki.
Alasan? memang ada alasan yang berat, tapi ada juga yang merapu saja.
Tapi yang aku dpt simpulkan, mereka ini takutkan sesuatu yang pernah terjadi atau akan terjadi.. kurang keyakinan diri dlm diri, mengganggap itu satu-satunya harapan utk mereka terus bahagia..
kaunseling amat perlu bg org2 mcm ni, utk mencari masalah utama yang membuatkan mereka ambik keputusan begitu.
kepada lelaki tu, jika sudah tidak dpt teruskan hubungan, maka tamatkan saja hubungan tu. tapi dgn cara yang baik. apa2pun hanya Allah penolong kita, mohonlah agar dipermudahkan segala jalan..
tapi memang pening juga berjumpa dgn org suka bermain dgn nyawa ni..

oreo oreo said...

kak zara super girl. silakan jangan besedih serta beduka lara. saye tak suka sebab nanti saye juga emosi. moga kak zara kuat dalam harungi permasalahan bersama sahabat itu okay.

tentang awak yang mempunya masalah itu, semoga diberi kekuatan untuk melalu permasalahn itu juga,

maaf tiada bantuan atau solution yang dapat diberi. hanya mampu doa kalian dapat menyelesaikan dengan cara yang terbaik okay! best pray for you and may ALLAH bless! =] barakallah.

Raouf Sora said...

ilmu tanpa memberi kredit kepada si penemu ilmu itu adalah fitnah..at least die patut la bg kredit or pautkan link blog akak ni..haish..~

utk kes G: family si perempuan tu pn spttnye x bole nk salahkan die..we ought to know..Wanita yg benar tulus cintanya pada lelaki akan sentiasa memegang 1 prinsip dlm percintaanya... “Bertemu kerana Allah.. berpisah juga kerana Allah..” Dia percaya kekuatan cintanya itu berada didalam genggaman Allah. Jika Allah mengkehendaki, cinta itu akan berputik atau sebaliknya ia akan layu sebelum berkembang... Maka kuranglah rasa kecewa jika dilukai, & juga tidak terlalu yakin & sombong dengan pasti, diri akan memiliki lelaki itu hingga mati..~

Republic Aku said...

CINTA itu indah sangat,macam bulan bintang ...tapi jika pasangan kita asik ugut nak bunuh diri...biarkan ,tunggu dan lihat dan jangan banyak cakap...lihat apa yang dia nak lakukan .Jika dia bunuh diri dan kita tak dapat selamatkan dia,itu sudah ajal dia.Kita tak perlu risau apa2 ,harus sayang diri sendiri,dan itu pilihan dia.Dia masih ada keluarga ,biar keluarga dia yang uruskan dia.
Dan jika tulisan kita di copycat...jangan gusar tak rugi apa2...itu maknanya tulisan kita bagus.

Vamp Mary said...

hidup ini benarnya tentang membuat pilihan

yang memilih dan akan nafas seumur hidup dengan pilihan yang dipilih adalah kita yg membuat pilihan.

:)

hey Zara :D
selama nie aku jadi silent reader. baru hari nie mahu menempek di sini.

the girl who shall remain nameless said...

hi zara,
tak pernah comment blog ni tapi hari ni terasa nak comment pula.
tentang masalah gf kawan awak tu, kalau dah smpai masuk hospital sbb menangis dan tak makan berhari2, selalunya, doktor di wad akan merujuk pakar psikiatri. dan kalau dia selalu ada 'suicidal ideation', itu dah dikira 'depression'. lagi teruk jika dia pernah buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. jumpa pakar psikiatri adalah lebih baik sebab mereka lebih arif tentang masalah emosi sebegini. cuma kadang2, disebabkan oleh stigma, orang berasa tidak senang untuk berjumpa pakar psikiatri. selalunya di klinik pakar psikiatri, akan ada pakar kaunseling juga.

sy cuma berkongsi apa yg sy tahu (^_^)

HEMY said...

kalau nk teruskan gak kang bukan dasar cinta pulak..

bgtu je la elok2 ngn mak ayah..yang nk berpisah ni pn sbb tknak depa terus slahkan dia kalau jadi pape kat anak dia

bukan taknak..dh cuba byk kali kan...

Qaseh dalia adelia said...

byk terjumpa penulisan seakan2 zara hehe.. tapi diam kan je ...

redbean said...

member aku ade amsalah cmni. dh 3 taun. ak pun xsure status diorang.

cinta berdasarkan ugutan, itu ungkapan paling tepat.

:)

Mainur Hasnah said...

buat kawan tu.. mungkin benar dia rasa sekarang ni kau je tempat dia bergantung.. bila kau mula tinggalkan dia.. kejap jatuh tapi nanti dia akan bangkit.. biarkan dia berdikari.. kerana aku pun mcam tu dulu.. cuma tak sampai nak bunuh diri la.. just rasa macam tak semanggat je

LORD ZARA 札拉 said...

@takky

Time exam pun tak boleh meniru ya Takky?
haip!

hahaha~

dan ya, itulah. benda begini kena betul2 duduk berbincang. ajak family is a good thing gak ;)

LORD ZARA 札拉 said...

@Mutiara Bernilai

kelemahan aku tu.

:(

LORD ZARA 札拉 said...

@lynna

sebab itu aku tak tanya apa alasan dia. sebab mungkin dia ada alasan juga tak nak beritahu dan aku tak nak tahu gak.

bila nyawa jadi mainan, aku rasa sapa2 pun akan tersepit. itulah, moga2 laluan dia dipermudahkan :)

Thanks dear.

LORD ZARA 札拉 said...

@oreo oreo

Still nak tahu siapa kamu dear. Tapi takpe, kak Zara suka makan oreo XD

eh, janganlah camtu. next time kalau kak zara sedih, kak zara tak nak tulis entry, sebab tak nak kamu sedih gak.

dan ya, terima kasih atas doa itu dear~

LORD ZARA 札拉 said...

@Raouf Sora

Kakak bukan kedekut untuk berkongsi, just at least kalau copy, janganlah buat macam hak sendiri. itu kan dah macam mencuri kan?

Terima kasih atas pandangan tu dik. Ya, kamu benar, kena terbuka dalam menerima apa yang ditentukan dan ditakdirkan. :)

LORD ZARA 札拉 said...

@Republic Aku

Ya, dia masih punya keluarga. Keluarga dia boleh uruskan dia. Dengan harapan, lelaki itu tidak lagi dipersalahkan semata2. kasihan aku lihatnya.

memang.
tak rugi apa2. cuma, bila diubah dan dikatakan hak milik sendiri, aku agak sedikit berkecil hati. ah, macam kanak2 pula kan?

LORD ZARA 札拉 said...

@Vamp Mary

Ya.
Hidup kita, kita yang tentukan. Bukan orang lain yang buat pilihan.

:)

Thanks sayang!
:)

LORD ZARA 札拉 said...

@the girl who shall remain nameless

Bagus pendapat kamu tu. aku pun tak terfikir yang pakar psikiatri ada kaunseling juga. ah, boleh aku suruh G tengok kan benda ni sekali.

Thanks again dear!

LORD ZARA 札拉 said...

@HEMY

bahaya seh ada main2 nyawa plak ni. sadis. =_=

kalau teruskan, dan ada masalah juga, payah gak kan?

LORD ZARA 札拉 said...

@Qaseh dalia adelia

hehehe.
kenapa diam?

LORD ZARA 札拉 said...

@redbean

kalaulah ada orang ugut aku untuk sayang dia gak. eh?

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

@Mainur Hasnah

Jadi, patut lepaskan sahaja?
dan berlalu pergi?

APi said...

aku sudi untuk jadi yang beberapa kerat tu..^^

Raouf Sora said...

btol tu kak..sy stuju sgt..ustaz sy pn pnah pesan..kte amek contoh yg plg senang..klu hadith yg dirawayatkan tu x jelas sanatnya, maka ilmu atau hadith tu adalah fitnah dan berdosa..dlm perlembagaan pendidikan pn x bg kte amek kje org laen dan jadikan hak milik kte utk buat asgmnt dan kte bole dibuang university klu kantoi..jadi kepada si pengambil idea*klu die bc ni*, ape yg awak buat tu dh dikira mencuri..plg kurang bg la kredit pd kak zara..die perah otak nk buat entry snang2 je ko copy..

same2 kak..~ :)

KAMIHIDUP said...

gila sampai nk bunuh diri, kalau die jadi hantu dtg kacau2 lagi parah, heee.

anak aLi said...

pendapat saya lah kan, sebab saya penuh ugut2 gak nak bunuh diri and tak makan selama beberapa hari bila bf nak berpisah:

1)mintak perempuan tu dekatkan diri dengan Tuhan, membunuh diri tu DOSA besar.

2)G perlu bagi penjelasan yang tulus dan jujur kenapa hendak berpisah pada perempuan tu dan kalau boleh bagitahu family dia juga.

3)teruskan seberapa lama yang boleh, cuba ubah perempuan tu jadi seorang perempuan yang tabah dan hidup bergantung kpd Tuhan semata-mata. katakan bahawa tanpa G, dia boleh hidup sbb Tuhan ada disamping dia, keluarga dia ada untuk dia. jadikan dia insan yang +ve.(yg ni memang makan masa yang lama tp berbaloi sbb saya berubah kerana ini)

4) apa-apa pun, jadikan agama sebagai tiang kita. berpegang padaNya, insyaallah hidup kita lebih tenang

Zara: maaf ye, tumpang meluahkan buah fikiran =)

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

parahlah kalau nak bunuh diri demi cinta..mmg dia sgt perlukan pertolongan pakar..

lama suda x jalan ke belog kamu..

rupanya ada yg tiru penulisan kamu..tak heran..sbb gaya penulisan kamu best..

apik pehe said...

isk3..naper la ader blogger wat gitu gak

misz aisya said...

kak, saya rasa G perlu lepaskan diri dari lelaki tu. Kalau dia tak bahagia, baik berpisah. Itu bukan masalah dia kalau lelaki tu nak bunuh diri. G berhak buat keputusan terbaik utk diri sdiri. Saya yakin, mesti ada sifat buruk lelaki tu yg G tak boleh terima sehingga G amek keputusan utk berpisah..

Ye, lelaki tu perlukan kaunseling selain jumpa ustaz. Dia seolah2 hilang iman bila asyik menyebut nak bunuh diri. NAuzubillah..

nurayunni said...

maslh yg tidak dijangka...dekatkan diri dgn ALLAH..insyallah dpt petunjuk....

♥CIK SHA♥ said...

hmm..kes G tu sebijik macam kes kawan saya..tapi kawan saya ni girl la..bf die yg ugut nak bunuh diri sebab taknak lepaskn girl ni..siap buat2 kelar tgn dgn buh pencelup byk2 seakan darah dan snap gmbr hntr kt kwn saye..ugut kawan saye ni yg die boleh buat mcm tu betul2..



sian kat kawan saye ni..die nak berpisah sebab dah tak tahan dengan sikap lelaki tu yg terlalu mengongkong hidup die smpai tak boleh nak kerja..setiap minit mesej dan kol..check talian fon berhubung dgn siapa..tak bagi berkawan dengan lelaki2 lain..



hmm..memang betul bila hubungan dah diketahui famili ni agak rumit sket..takut diri yg buat keputusan untuk berpisah tu yg dipersalahkan..walaupun hakikatnya bukan salah si pembuat keputusan itu..



apa2pun, saya syorkan G bawak kekasih dia berjumpa pakar psikiatri..kekasih dia mungkin ada masalah jiwa..saya syorkan jugak G berbincang dgn famili kekasih dia dan ceritakan hal yg sebenar..lebih elok minta famili G bantu sama..G jugak boleh nasihatkan kekasih dia supaya mendalami agama..



hanya orang yang tiada iman dan tidak menjaga solat yg akan berfikiran dastrik seperti itu..mengambil keputusan untuk membunuh diri adalah perbuatan yang sangat bodoh..sudah jelas membunuh diri adalah dosa besar..hanya sekadar niat pun dah boleh dapat dosa besar itu..jangan melebihkan cinta manusia dari cinta yg Maha Esa..semoga G tabah dan dapat selesaikan masalah ini dengan baik..

Qaseh dalia adelia said...

nanti dia kata ..tuduh pulak hik2..xpe dear ..yg penting u r the bez... maybe org boleh meniru tapi tak sama rite ...

ardz said...

cinta sehingga ingin bunuh diri? :) bahagia ke dgn adanya cinta sebegitu atau unsecure? fobia?obsesi?

cinta bukan utk menyeksakan hati sendiri or org lain tp utk membahagiakan org lain. mungkin ada seksanya, tp seksanya akan ada bahagia. so bila dia dah boleh mengatakan utk bunuh diri maknanya mungkin ada gangguan emosi yg dia alami, cuba bwk pada yg pakar, mungkin dia boleh tlg. pakar kaunselor ke, psikologi ke, mungkin itu boleh membantu dia:)

ini cara yg terbaik, x pun bincang ngan family dia:)pk yg terbaik supaya dua2 x terluka