Monday, March 28, 2011

Tak Nak Sambung Belajar, Nak Kahwin


Salam semua.
Minggu yang sibuk akan bermula lagi. Kenapa kata sibuk? Petang ini sahaja sudah pergi ke klinik untuk ambil surat temujanji Abah. Tak termasuk ada jiran telefon minta tolong hantar dia ke balai polis. Baiklah, itu pengalaman pertama pergi balai polis. Walaupun tak sama macam CSI, tapi sekurang-kurangnya tidaklah sama macam yang digambarkan dalam GK yang, baiklah tak nak mula mengutuk. 

Keputusan STPM sudah diumumkan, keputusan SPM juga dah keluar.Begitu juga dengan majlis graduasi kecil bagi yang menamatkan pengajian pada penghujung November. Selain kampus selatan, aku difahamkan ada beberapa universiti lain turut meraikan graduan mereka. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan pengajian dan tentunya, jangan dilupakan kepada mereka yang berjasa membawa anda sehingga ke tahap anda hari ini.

http://farm3.static.flickr.com/2499/4141677144_b103438aa0.jpg
Gambar : Kalau kopi adalah faktor kejayaan juga, bolehlah cakap terima kasih kalau kamu mahu.

Dalam kesibukan semua orang mengejar pendidikan dan sebagainya, seseorang menghubungi aku dengan menyatakan bahawa dia sudah tidak punya rasa mahu belajar lagi hanya disebabkan oleh keinginan untuk berkahwin. Jujurnya, bercakap dengan aku yang merupakan seorang guru apabila datang bahagian begini, sudah tentu aku akan melebihkan pendidikan. Tetapi, sebagaimana biasanya aku, berikan sahaja pendapat dan selebihnya biarlah orang itu menentukan sendiri.

MD : Salam Kak Zara. Terima kasih sebab bagi Skype.
Aku : Salam. Tak ada masalah. Nak cerita apa?
MD : Nak tanya pendapat sedikit.
Aku : Tentang apa?
MD : Saya baru habis diploma tapi saya tak nak sambung belajar. Semua orang sekeliling saya marah sebab kata saya muda lagi. Baru 21 tahun tapi dah tak nak belajar lagi.
Aku : Tak nak sambung belajar, nak kerja ke?
MD : Tak. Nak kahwin.
Aku : Oh. Nak kahwin?
MD : Ya.
Aku : Teman lelaki dah kerja ya?
MD : Tengah belajar lagi. Belum habis lagi sarjana muda.
Aku : Er, bila nak kahwin tu?
MD : Tunggu teman lelaki habis belajar.
Aku : Bila habisnya?
MD : Dalam dua tahun lagi.
Aku : Oh, teman lelaki sebaya?
MD : Ya.
Aku : Dalam masa dua tahun nak tunggu dia habis belajar ini, awak nak buat apa?
MD : Duduk rumah, belajar cara nak uruskan rumah ke apa ke yang patut. Malas nak kerja, nanti penat. Lagipun, kalau guna diploma, kerja apa sahaja yang dapat?
Aku : Tapi, kamu pun tak tahu nak kahwin bila kan?
MD : Lepas teman lelaki habis belajar, kami akan kahwin.
Aku : Keluarga setuju ke?
MD : Mestilah tak. Tapi saya memang dah tiada rasa nak belajar, saya cuma fikir nak kahwin, hidup berkeluarga ini nampak seronok.
Aku : Ni kalau Kak Zara cakap sedikit jangan marah ya? Cuma pendapat dari sudut seorang perempuan.
MD : Cakaplah kak.
Aku : Apa jaminan yang dia akan betul-betul bersama awak?
MD : Dia cintakan saya, saya cintakan dia.
Aku : Tapi kalau setakat cinta sahaja, tak membawa erti apa-apa. Cinta tanpa duit juga tidak akan membawa ke mana.
MD : Itu cinta materialistik.
Aku : Bukan bermaksud materialistik. Cuma katakanlah kamu nak telefon atau SMS dia, mesti perlukan duit kan? Kalau keluar bersama dan sebagainya, masih perlukan duit. Kalau kamu tak minat nak belajar, tak minat nak kerja, macam mana nak dapatkan duit untuk itu semua?
MD : Duit simpanan ada.
Aku : Bukit dan gunung pun boleh rata orang tarah setiap hari, inikan pula duit. Kalau nak kahwin, lagi banyak perlukan duit. Dengan bersandarkan cinta semata-mata, duit tidak akan masuk.
MD : Tapi saya percayakan dia kak. Dia tidak akan sia-siakan saya. Kami akan berkahwin.
Aku : Baiklah. Awak akan berkahwin dengan dia. Katakanlah berlakunya masalah sehingga berlaku penceraian. Apa awak nak buat?
MD : Tak mungkin akan berpisah sebab kami cinta sesama kami.
Aku : Katakanlah berlaku. Kalau awak tiada kerja, tiada pekerjaan, bagaimana nak menampung hidup selepas itu?
MD : Masa berkahwin, wujudkan harta penceraian ataupun tetapkan syarat tidak boleh bercerai.
Aku : Mana datang harta sepencarian kalau dia seorang sahaja yang bekerja? Dan katakanlah dia tidak dapat kerja walaupun dah habis belajar, bagaimana?
MD : Dia akan dapat kerja, dia pandai.
Aku : Moga-moga dia dapat sebab kursus yang dia ambil sudah terdapat lambakan.
MD : Kalau dia lambat dapat kerja sekalipun, saya tetap akan tunggu dia.
Aku : Baguslah kalau awak yakin begini.
MD : Jadi, kalau saya tak sambung belajar pun tak mengapa kan kak?
Aku : Terpulang pada awak sendiri. Sebab kak yang dah kerja, yang tamat belajar dengan setakat sarjana muda ini pun menyimpan keinginan untuk sambung belajar demi masa depan sendiri, tapi terpulanglah. Setiap orang tidak sama kan?
MD : Kan bagus kalau saya boleh cakap camni dengan keluarga saya.
Aku : Agak-agak awak berapa lama awak boleh bertahan tak kerja dan harapkan cinta?
MD : Selama yang diperlukan.

Gambar : Kalau dalam Forest Gump, hidup dikatakan seperti sebuah kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa yang kita akan dapat didalamnya. Dan pada aku, begitu juga dengan segelas kopi. Kita tidak akan dapat menelah apa yang kita rasa akan sama atau tidak.

Aku tak menghalang orang yang mahu melunaskan impian perkahwinan dan bersama dengan orang yang mereka cintai. Itu sesuatu yang baik dan tentunya dapat mempunyai hubungan yang sah. Cuma, kalau kamu masih punya keluarga, fikirkanlah perasaan mereka. Jika mereka merestui, sujud syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut. Jika tidak, mungkin mereka masih mahu lihat kejayaan yang boleh kamu dapatkan dalam hidup. Tidak salah jika berkahwin semasa belajar, bahkan ada sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawan aku sendiri, bahkan lebih berjaya dari aku.

Cuma, kalau tidak mahu menyambung impian hanya disebabkan oleh cinta, aku sebagai seorang yang sangat dahagakan ilmu agak merasakan itu bukan suatu keputusan yang tepat sebab kita tidak dapat meramal masa depan kita. Kalau bahagia dan gembira di hujung cerita, baguslah. Kalaulah cerita dongeng impian kita tidak mempunyai penghujung yang menggembirakan? 

Sebelum fikirkan orang lain, fikirkan natijah kepada diri sendiri.
Memang benar, mencari kegembiraan sendiri adalah penting. Tetapi, fikirkan juga orang disekeliling kita yang tidak pernah meninggalkan kita sewaktu kita susah, sentiasa menyayangi kita, sentiasa menyokong kita. Kalau kita mengecewakan mereka, apakah kita mampu untuk mengukir senyuman bahagia bila ada mata yang redup dan menakung air jernih di tubir mata?

Tapi, sekali lagi.
Terpulanglah.

Nota Kaki :
1. Rabu hingga Sabtu akan berada di Padang Kolej Matrikulasi Johor.
2. Senyuman dan sapaan dari anak-anak kecil yang merindukan kehadiran suara jantan ini di dalam ruang berbentuk empat persegi menyentuh rasa.
3. Mempersembahkan sesuatu dari hati membuatkan aku lebih menyayangi perjalanan hidup ini.

Zara : Semakin menghampiri penghujung bulan tiga. Apakah sebaris ayat yang ditaip oleh seorang teman akan menjadi kenyataan? Moga deruman enjin akan kedengaran, moga akan ada hangatnya sebuah pelukan dan titisan air mata mengiring pulang sujud kesyukuran membawa kejayaan.

44 Ulasan:

  1. kita boleh bagi pendapat..tapi terpulang orang nak terima atau tak..saya setuju dengan pandangan cikgu zara..sebab ayah saya selalu nasihatkan benda sama..:)

    ReplyDelete
  2. hmm bukan nk condemn..tp rasa nk ketawa kuat2 bila bce ada jgk pmpn yg berfkiran mcm ni..owh..bukan semua sy yakin..tp sbg pmpn sy seru la pd pmpn2 yg rasa desperate nk kawin..fkr la pnjg2..jgn dibutakan dgn 'cinta' semata-mata..kata2 cinta mudah sj diungkapkan..tp soal tggjwb x semua org bnr2 sggup nk menanggung hgga ke hjungnya..mudahnya dia prcy pd lelaki tu...mudahnya dia buat kptsn utk bergntung sepenuhnya pd lelaki tu..wnta zmn skrg seharusnya lbh bijak dan independent..x perlu nk bergntung sepenuhnya pd lelaki..ye wajib bg kita mentaati mereka..tp x slh kalo kita punya hasil ttik peluh sndr..impian sndr utk memenuhi segala keperluan hidup yg mendtg..sekurangnya gmbrakan ibu bapa..owh wanita tlg la berfkr skt...

    ReplyDelete
  3. 100kaliii setuju dgn atiqah..since dia da komen panjang2 and da amik point2 sy,so..tade ape lagi la nak dikomen..semua complete!hihihi
    yg pastinya,sila pfikir pjg wahai kaum hawa..:D

    ReplyDelete
  4. MD: hmm..skarang ni mmg la kamu bole bercakap mcm tu..sbb bg org yg bcinta semuanya indah..hatta kentut pun bau wangi..tp hidup berkeluarga laen..nk kate lebih x bole sbb sy sndri masih belajar dan belom kawen..bagoslaa kalau awak yakin pasangan awak tu setia..tp fikirla skali mak dan ayah awak..itu saja..~

    kak zara: cmne paper akak?? senang x?? huhu..

    ReplyDelete
  5. mungkin dia tak fikir panjang tu . or maybe dia tengah tensen . cinta tak semestinya akan kahwin . what if umur tak panjang ke , bukan doa laa , tapi kalau ? macam mana dengan masa depan dia . kita memang boleh plan . tapi segalanya Allah yang tentukan .

    ReplyDelete
  6. setuju sangat dgn kak zara, cinta xkan boleh bawak sampai ke mana2. masa boleh ubah semua :)

    ReplyDelete
  7. ish. sedih betol orang yg berfikiran macamni. perempuan walau macamane pon kene keje. xkesah lah suami die menteri ke ape. ni belum kawen dah pk macam tu...ntah kan jadi ntah kan tidak...

    ReplyDelete
  8. suatu perkara itu hanya boleh dirancang..
    yang menentukan hanyalah Dia..
    tak salah percayakan cinta..
    tapi alangkah elok jika ada persediaan awal..
    tak nak belajar tak mengapa..
    tapi sekurang-kurangnya kerja..
    selama 2 tahun macam pengalaman boleh dapat dan perkara akan terjadi..

    walau apa pun..
    terpulanglah..

    ReplyDelete
  9. semoga perempuan tu sedar lah, cinta bukan segalanya..lebih baik kerja, ada jaminan .sekarang , apa pun boleh berlaku, lebih baik sediakan payung sebelum hujan...

    ReplyDelete
  10. Jelas si gadis masih mentah. Kabur tentang masa depan dan cabaran mendatang. Setakat cinta takkan ke mana. Nak-nak pulak si lelaki melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sekurang-kurangnya si gadis perlu menyimpan sedikit perasaan cemburu kalau-kalau ada gadis lain setaraf si lelaki yang kacau daun.

    Sekiranya si gadis tak berminat belajar sekalipun, tolongla bekerja. Sekurang-kurangnya beri ibu bapa merasa duit si gadis selepas susah-payah membesarkan. Berjaya memperoleh diploma, insyaallah mampu memperoleh pekerjaan. Si gadis perlu menyimpan untuk masa depan yang belum pasti. Walaupun si lelaki kononnya pandai, zaman sekarang peluang pekerjaan terhad. Belum lagi kalau ditakdirkan si lelaki memilih kerja, makin lewat la perancangan untuk berkahwin.

    Banyak lagi yang perlu difikirkan. Janganla berfikiran sempit sangat buat si gadis.

    ReplyDelete
  11. alahai...ingatkan kat drama je ada orang camni..

    untuk adik tu..dengar la nasihat kak zara..sy yg laki ni..2 tahun tu macam2 leh jadi..dia leh jatuh cinta ngn org lain..cinta tu leh pudar..

    bukak la mata..tgok kawin artis yg hot bercinta pn banyak bercerai kan..takkan takleh nak tgok lagi dik..

    bangun2 dari mimpi yang indah tu yee..utk kebaikan adik juga

    ReplyDelete
  12. sebagai lelaki...
    saya harap MD fikirkan baik2...
    hidup berumah tangga nie pun penat ape...
    nak kene jaga umah, masak, sidai baju, mop umah, lipat baju dan sewaktu dgn nya...
    semuanya nk kene buat sendiri...
    tak termasuk lagi nk jage budak2 kecil yg nakal2...
    x kan nk mintak suami tolong sekali selepas dia dah berpenat lelah kerja satu hari???

    ya, saya belum lagi berkahwin tapi saya byk la juga merasa pengalaman nie sendiri dekat rumah sebab x sampai ati tgk parentz wat keje umah pas balik dari keje xcept masak....^^

    jika MD x nk sambung belajar, itz ok coz it ur choice but at least keje la...
    leh tolong suami sikit2 dari segi ekonomi rumah tangga nanti...
    suami pun senyum lebar coz x pening nk pk psal mas kawin...(b4 kawin)
    dan x pening dgn perbelanjaan dapur yg semakin naik harga di pasaran...(after kawin)

    jadi, saya sebagai pembaca setia Kak Zara berharap yg MD dapat keje...
    MD nak belajar cara urus rumah tangga rite??
    my suggestion is kerja yg berkaitan dgn kerjaya rumah tangga such as babysitter or maid...
    bukan nak sindir @ ape but this 2 kerjaya can teach u how to managed ur life after married n at the same time u can help ur husband in ur economy....

    apa2 pun, ini hanya pendapat saya...
    terpulang kepada MD sama ada sudi terima atau tidak...
    i just want u 2 make a good choice...
    that all...^o^

    ReplyDelete
  13. yakin nya jak dia yg cinta dia akan kekal tapi tak p pula masa depannya macam mana kan.. 100& berharap dgn bf dia.. hurm harap dia dah menilai dgn baik n fikir masak2..

    ReplyDelete
  14. adeh..budak tu tak kenal realiti dunie ke?? 2 thun tuh..kalo bf die dok berepeat2?? die kne tggu lg..

    ape salah die smbung degree..

    kalo bf die jmpe awek len time study? aaaa...sia2 la die tggu bf dia smpai berthun2 tu. nti nk cakap padan muke boleh? hehe

    jahat mulut ku

    yayik baby yg magik

    ReplyDelete
  15. huih. determination dia kuat, tapi salah tempat. >.<

    ReplyDelete
  16. sangat2 setuju ngan kak zara.

    Takdir pertemuan semuanya di tangan Allah. Jangan terlalu yakin, tapi tetap perlu berusaha..Kita tak tahu apa yang akan yang bakal menimpa dikemudian hari..

    Kita tak tahu sebesar mana atau sekecil manapun ujian yang Allah akan bagi kat kita kelak.

    Ape apepon, eloklah persiapkan diri dengan ilmu di dada. At least ada jaminan jika ada apa-apa berlaku sebab kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan:)

    ReplyDelete
  17. uiks..ada jugak orang fikir macam nih..kalo lah lelkai tuh tinggal dia..takke naya...narrow minded betul..kalo taknak kerja pon at least have something to be proud of.Bukannya harapkan sesuatu from others

    ReplyDelete
  18. sekarang cintanya masih menyala2...dia blm tau godaan di universiti apatah lagi diyempat bekerja yang "bakal" suaminya akan hadapi.

    perempuan, jangan terlalu bergantung kepada lelaki. perkahwinan memang mulia. materialistik? sangat berguna demi menjamin isi perut, nafsu kita juga...

    ReplyDelete
  19. MD :
    Awak terlalu muda untuk bergelumang dengan nikmat cinta dan janji-janji manis lelaki. Tempoh dua tahun itu terlalu lama.

    Perkara terbaik yang awak patut lakukan untuk bercinta sebenarnya adalah dengan mencintai diri awak terlebih dahulu dan salah satu cara adalah kukuhkan diri dengan pelajaran iaitu sambung belajar.

    Hidup berkeluarga nampak seronok tapi tidak pernah seronok itu datang dengan mudah. Kena usaha untuk mengekalkan bahagia itu dan zaman sekarang yang diperlukan adalah duit.

    MD dah buat solat Istikharah? Kurang-kurang buat 7 hari berturut-turut.

    Sebab jawapan MD sekarang benar-benar jawapan seorang yang terlalu mabuk cinta,terlalu cair dengan janji-janji manis dan terlalu percayakan cinta yang belum ada pengakhiran yang pasti ini.

    Ayat mudah, pilihan adik untuk bersenang-lenang sekadar duduk rumah, kahwin sahaja seolah-olah bukan pilihan seorang Muslimah yang baik.

    Lebih baik sambung belajar dulu, kalau benar ada jodoh boleh sahaja dua-dua kahwin.

    ReplyDelete
  20. sebagai seorang yang pernah berkahwin dan kemudiannya bercerai, saya berani cakap cinta bukanlah segalanya. walaupun pada asalnya saling mencintai, tetapi perkahwinan adalah hal yang lebih besar daripada itu.
    masalah kewangan terutamanya boleh menyumbang kepada penceraian,
    zaman sekarang kalau seorang pasangan je yang bekerja susah nak cukup.
    nak dapat kerja pun sukar kan sekarang.
    jadi, MD tolonglah fikir nasihat Zara ni.

    ReplyDelete
  21. tanya pada diri apa mahu hati,
    tanya pada diri apa mana mampu diri,
    tanya pada diri apa yang kita cari,
    tanya pada diri jujur dari dalam hati....

    ReplyDelete
  22. tabik dgn sume entri2 cinta kau tulis. byk aku belajar.

    betol la org ckp, xperlu byk bercinta untuk faham tentang cinta :)

    *tangan masih di dahi. tabik*

    ReplyDelete
  23. Haih. Baik belajar dulu. Kata la, kata la dia hidup bersama pun. Ajal maut dia tak include lagi. Kalau dia dah kahwin, beranak. Bkn ke terjejas ke plak masa dpn anak-anak? Tak kesian? Zaman sekarang ni nak hidup ala kadar pun kadang-kadang dua-dua bekerja pun cukup-cukup mkn ja. Apatah lagi kalau sorang ja kerja. Hoping for the best for her. May she make a good decision. :)

    ReplyDelete
  24. pada saya MD seorang yang agak keras kepala. kalau tak nak sambung belajar, atleast kerja lah, if tak fikirkan keluarga pon fikirlah untuk diri sendiri..untuk masa depan. memang tak mintak perkara buruk terjadi tapi, tak salah kalau bersiap sedia.

    ReplyDelete
  25. bdk pompuan ni too naive...older should lead her in her own path. one day she will regret. bf dia kat university anytime leh jmp new girl. lgpon skrg pompuan kene kehja molek n pendidikan baik antara syarat utk dijadikan isteri. she being blind by love.help her please.

    ReplyDelete
  26. salam zara,

    sedih bila fikir masih ada lagi orang yang berfikiran sebegini. namun siapalah kita untuk memaksa. akak sendiri pun masih mengejar ilmu walaupun sudah berkawin dan punya seorang cahaya mata. dengan segulung diploma tak mampu nak menempuh cabar di masa akan datang. ini pun rasa nk cepat habis kerana ingin memberi lalui pada hubby utk sambung pengajian.. beginilah kami dari mula kenal sehingga sekarang masih punya sifat sama2 ingin berjaya.walaupun kami berdua bekerja namun maih perlu perbaiki taraf hidup untuk melihat anak2 senang. zaman sekarang tidak boleh bergantung sepenuhnya pada suami. kita tak tahu apakan jadi dikemudian hari. banyak contoh2 dalam segmen bersamamu dijadikan iktibar. langit tidak selalu yer cerah.. kadang2 mendung dan hujan di tengahari..


    buat MD:
    tanya diri betulkah keputusan yang kamu lakukan. cuba duduk diam dan letak ketepi cinta yang mendalam itu. cuba fikir sedalam2nya apa yang kamu mahu. kaji buruk dan baik. kadang2 pemikiran kita ini terlalu di pengaruhi dengan cinta sehingga kita tidak mampu berfikir dengan waras.

    ReplyDelete
  27. ingatkan dah takde orang pk camni... rupanya ada lagi...

    setiap budak yang masuk praktikal kat tempat saya tak kira lelaki ke pompuan semua kami 'basuh'

    "korang2 ni sume keje dulu, kumpul duit dulu.. bagi mak bapak senang dulu.. baru pk pasal kawen... kalau tak takut kemuadian hari korang yang menyesal"

    boleh bagi nasihat gitu??

    ReplyDelete
  28. Aku : Mana datang harta sepencarian kalau dia seorang sahaja yang bekerja?
    ...................................
    setahu saya boleh tuntut.nak puas hati naik court syariah.memang la laki dia je yang kerja.habis tu siapa yg uruskan rumah,memasak,jaga anak(kalau ada la)membasuh,buat air dan...dan...banyak lagi lah.ingat free ke.itulah kerja dia ataupun "khidmat" dia kepada suami.tak caya?tak caya tanya ustaz amirul!
    mr.fizi

    ReplyDelete
  29. kawan saya semalam menangis dan luahkan segala yang terbuku dalam hati sampai terdetik untuk berhenti belajar atas alasan yang tidak munasabah. kalau dalam kes cerita akk diatas tu, masih boleh diterima akal walaupun saya tak setuju, tapi dalam kes kawan saya, teman lelaki dia sekadar membantu ibu bapa dia menguruskan kedai makan di kampung.. kawan saya dari keluarga yang agak berpendidikan.. takkan nak bermenantukan orang yang tidak tahu hala hidupnya.. yang tidak tahu bagaimana nak menyara anaknya nanti. kan? saya cakap pada dia, jangan korbankan diri, masa depan kau hanya kerana cinta, cinta tanpa duit, tak kemana. macam mana dia nak tanggung kau sedangkan diri sendiri pun dia tak mampu.. salah ke kalau saya bagi pendapat macam ni?

    ReplyDelete
  30. baik smbg stdy..tkut lelaki tue berubah ati..skrg nie semua perlukan duit...

    ReplyDelete
  31. saya setuju dengan kak zara.

    saya ada contoh iaitu ibu saya sendiri. walaupun ayah pergi awal dipanggil Ilahi, tapi hidup kami tidak susah kerana ibu seorang wanita bekerjaya. walaupun hidup kami tidak sesenang dahulu masa ayah hidup, tapi sekurang-kurangnya kami tidak hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.

    ajal maut tu ditangan Allah. bila-bila je DIA boleh tarik nyawa hambanya. andai kata suami dijemput lebih awal dan kita takde kerja, mesti hidup kita akan susah, anak-anak nak belajar dan nak makan lagi..dengan apa kita nak sara kalau tak kerja. zaman sekarang dah berubah. tanpa wang kita tak boleh nak survive. kalau nak bercucuk tanam untuk makan kat kampung pun, kita perlu tanah, baja, air dan perkakas untuk tanaman. dari mana nak dapat wang?

    jadi, pikir-pikirlah. :)

    ReplyDelete
  32. MD ; awak nie terlalu ghairah dengan cinta. maaf cakap begini. tapi itulah hakikatnya. saya rasa kita hampir sebaya, mempunyai diploma. dan sapa xnak kahwin beb? tapi tolonglah pikir, dr dok uma, baik keje. ke ko mmg nak bergantung arap kat org je? maaf dipinta jika terkasar bahasa. orang yang bertahun2 berkahwin pun boleh cerai? inikan couple yang hanya janji untuk kahwin dalam tempoh 2 tahun? *sigh

    ReplyDelete
  33. bergantung pada individu, tak semestinya sambung belajar itu satu kemestian.

    berjaya dalam akademik belum tentu lagi berjaya dalam kehidupan, tp berjaya dalam kehidupan memerlukan sesuatu yang lebih dari akademik. this is reality, face it. life isn't as easy belajar tinggi, expect dapat keje baik2.

    kalau rasa nak berkahwin, silakan. berlainan dari lelaki, perempuan aku tak rasa terikat sangat dengan hukum wajib, harus, sunnat, makruh, haram. itu lebih terikat dengan lelaki. sapa2 yg nak mengikut sunah nabi, kalau dah baligh, kita nak nafikan benda tu sebagai dosa? come on la beb.

    cuma aku rasa for specific reasons, jangan menunggu bodoh. duduk rumah, belajar masak, itu jenis anak dara gila bercinta jer. tanggungjawab seorang isteri lebih dari sekadar jadi teman tempat tidur dan dalam kehidupan seharian. kalau dah decide macam tu, sila2 kerja. tak perlu aim kerja tinggi2, just kerja yang mampu dengan diri. think kfc, watson or salesgirl. tak salahkan? lagipun kenduri belah kaum perempuan, bkn tanggungjawab lelaki.

    diam ubi diam berisi, diam manusia jarang bererti.

    ReplyDelete
  34. kesisn jugs dengan perempuan ni sebenarnya. cetek pemikiran. if only there's a person who will give her a shocking bitter truth bout love in reality. Dengan keadaan ekonomi sekarang sya rasa para suami akan lebih menghargai isteri yg independent dan boleh membantu suami mencari pendapatan keluarga.

    ReplyDelete
  35. better dia carik pengalaman selain daripada menghrp nk kawen, apala salahnya kerja pastu berdikari, sy berdoa agar dia mndpt petunjuk Nya, dan berhrp utk xmngikut jejak perangai tersebut

    ReplyDelete
  36. ni memang betul2 nak kawin la ni...kalau dia desperate sgt, better go on la...kalau boleh membawa kepada kemaksiatan, biarkanlah dia..

    perkahwinan ni pun ada byk jenis kn..yang wajib, sunat...

    senang kata, buatlah solat istikharah...

    http://amirabdaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  37. pmpuan ni x matang lagi... hampeh tol.. sian sape yg dpt die.

    ReplyDelete
  38. pmpuan ni x matang lagi... hampeh tol.. sian sape yg dpt die.

    ReplyDelete
  39. adik saya baru pas SPM nak kahwen dah! macam mana nak cakap? keputusan dia pun ok. boleh dan layak sambung blaja. bila suh sambung blaja, de kata de dah boleh kawen dah.. macam mana nak cakap??

    ReplyDelete
  40. bg sy kalu die xnk smbg blaja,die pny pasal la sbb mungkin da xminat nk smbg...tp kn bgs kalu die g cr keje...ngn diploma, mcm2 keje bleh wat cuma samada nk atau x je....naif btul die ni...lgpun die ingt, pas bf die abes blaja trus nk kawen ke...mestila kene cr keje dulu, yelah mane dtg duit nk kawen nye...so smbil2 tggu bf die abes blaja, baik g keje, kumpul duit utk kawen dan paling penting, bg la duit kt parents...b'bakti pd parents dulu...nk mpersiapkn diri utk jd wife, xpyhla korbankn seluruh masa...lgpun xkn la xbiasa wat keje2 umah ni dr kecik lg kn...keje pun rsnye still bleh jd a good wife kn??semoga MD ni fikir msk2 dan fikir pjg la...kite pun nye hidup zmn batu dan xdinafikan duit itu penting...mmg duit xdpt mbeli kebahagiaan tp dgn duit kite dpt mcipta kegembiraan...MD MD!!!!

    ReplyDelete
  41. Bahaya jugak kalau kita meletakkan kepercayaan 100% kat seseorang. Sekarang memang la cinta, cuba tunggu 2,3 tahun lagi. Macam mana kalau perasaan cinta tu bertukar jadi bosan, jemu, muak? Hati manusia bukannya fixed. Boleh berubah2 ikut perubahan sekeliling. Apa jaminan dia lelaki tu setia kat dia kan?

    Better sambung belajar la. Bukan lama pun degree tu. Umur baru 21 kot. Muda lagi. Nanti tua2 menyesal. Kalau malas sekalipun, pergi la kerja. Xkan nak harap duit suami je. Kalau gaji suami ciput je, camne? Kan? Lagi satu, katakanlah lelaki tu x jadi kahwin dengan dia. Lelaki mana nakkan dia kalau dia x bekerja? Sebab sekarang zaman org tak boleh hidup tanpa duit. kalau zaman2 dulu boleh la.

    ReplyDelete
  42. derr.

    si cik adik ni tak teringin ke nak pegang, rasa duit sendiri?? penat2 blaja dapat diploma segala, tapi tak nak rasa hasilnya??

    adehh..

    walau kaya mana sekalipun seseorang tu, walau sesenang mana hidup sebelum kawen, sure akan ter-efek selepas kawen. yelah, mesti lari sket duit nak sumbang ke belanja untuk rumah nanti.

    hidup dalam pengharapan, rasanya lagi seriau si boifren nanti memikirkan income mungkin tak cukup nak menyara hidup lepas berkawen.. takkan la cik adik nak beli pakaian dalam pun harap kat duit husband nanti?? kalau takder duit, takkan berganti la sampai bila2 nampaknyer??

    oh yer. another thing. mungkin sekarang si cik adik nampak sumanyer indah n senang. tapi cik adik tak tau lagi kan, kehidupan selepas berkawen?? we never know, mungkin ur parents takmo support u in terms of money dah after berkawen sebab dah ada parent?? keputusan duit, setakat 2-3 bulan masih boleh bertahan. tapi kalau 2-3 tahun?? sanggup ke??

    grow up. berdikarilah. tak rugi kalau equip diri sendiri untuk bersedia di masa akan datang. jangan nangis tak berlagu nanti bila tak sampai 2 tahun tempoh yang dicadangkan tu, si boifren datang umah nak minta clash. hati orang, kita tak tau. environment baru, kita tak tau. cabaran mendatang, kita tak tau.

    think wisely. beristikharah lah. i guess kita di sebelah zara ni dah tunjukkan ke arah jalan yang betul, yang patut dipertimbangkan dalam kehidupan baru cik adik ni. tinggal cik adik nak ikut nasihat yang lebih banyak pengalaman ni, ataupun masih nak ikut kata hati sendiri. kehidupan kita, bukanlah drama di tv yang selalu indah2. our lives is full of surprises and shocking adventures bagi mereka yang membuka hati.

    ReplyDelete
  43. ilmu x memerlukn mnusia..tp mnusia yg mmerlukan ilmu.. sklipun xnk smbg blaja, bole cri keje.. dlm b'keje akn dpt pglmn..pglmn 2 jga 1 ilmu.. jgnlah mletakkan ilmu ni ketepi hnya dsbbkan cnta yg x pasti..

    aku pun b'cnta..tp ak xdela smpi thp cnta 100%.. n ak x ksh sklipon dia cari yg len.. sbb ak lbh b'syukur kmi b'psah awl sblm kmi b'psah slps b'nikah nnt.. :)

    _nak cnta yg 'high' dgn suami kna ada ilmu..bkn suami je syg..Allah pon syg org b'ilmu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template