Sunday, April 24, 2011

Belum Kahwin Tapi Tangan Dan Kaki Dah Naik?


Salam.
Tentang penulisan sebelum ini, aku jujurnya mendapat jawapan serta komentar yang baik. Buat yang terasa dan makan dalam, maaf sahaja kalau terkena batang hidung kamu. Jangan sampai patah pula. Maklumlah, di Malaysia masih mahal nak buat pembedahan plastik. Tapi kalau kamu redha dengan orang yang kurang mahir buat, dipersilakan dengan segala hormatnya. Tapi kalau hidung kamu cair dan meleleh, tolong tadah dengan tangan tahu?
Sengih.

Gambar : Perempuan ada tabiat buruk untuk memegang sesuatu dan mengingati dengan begitu lama. Manakala, tabiat buruk lelaki adalah melepaskan terlampau cepat.

Usai menyelesaikan tugasan untuk sekolah tadi, aku menerima panggilan dari seorang rakan. Seorang kenalan yang boleh aku sifatkan seorang yang baik serta pendiam, cuma dia jarang muncul kecuali dia memerlukan orang lain dalam hidup dia. Kalau tidak, dia lebih senang duduk dan menyelesaikan tugasan dia sendiri tanpa mahu bercampur dengan orang lain. Itulah dia sejak dahulu. Sudah lama tidak bertemu tentunya disebabkan masing-masing sudah punya kerjaya dan haluan sendiri.

D : Kau tengah buat apa?
Aku : Baru lepas isi markah ujian kecergasan budak. Kenapa?
D : Maaf ganggu kau petang-petang begini.
Aku : Kenapa?
D : Aku tak tahu nak buat apa ni Zara. Tak tahu nak cakap dengan siapa pun.
Aku : Cakap dengan aku kalau kau nak.
D : Sebab itu aku telefon kau.
Aku : Oh, baiklah. Cakaplah.
D : Kau kan tahu umur dah banyak kan?
Aku : Kenapa tiba-tiba cakap benda ni?
D : Kau tahu aku ada teman lelaki?
Aku : Er, lebih kuranglah. Kenapa?
D : Kau tahu dia lagi muda dari aku.
Aku : Tahu.
D : Aku tak pernah cerita pada kau pun kau tahu kan?
Aku : Kawan-kawan ada cakap. Tapi sebab kau tak pernah buka mulut, maka aku tak tanya.
D : Mesti semua orang kutuk aku.
Aku : Tidaklah. Jadi D, apa kau nak cakap dengan aku?
D : Kau boleh beritahu aku macam mana nak putuskan hubungan?
Aku : Eh? Nak putuskan hubungan dengan teman lelaki kau?
D : Ya.
Aku : Tapi kenapa?
D : Aku dah penat kena pukul dengan dia. Dia kuat cemburu, tak boleh aku ada kawan mana-mana lelaki. Kalau dia dapat tahu, mesti dia marah aku, pukul aku siap dan cari maklumat lelaki tu. Hari itu dia siap hantar SMS pada ketua aku supaya jangan rapat sangat dengan aku.
Aku : Mak ai. Kenapa ganas sampai macam tu?
D : Itu memang dia. Jenis macam tu.
Aku : Tapi masa mula-mula dah macam itu ke?
D : Tidaklah, tapi makin lama, dia makin menakutkan.
Aku : Selalunya dia buat apa pada kau?
D : Kalau silap, kadangkala dia tampar aku. Hari tu dia tampar aku di tepi jalan sebab aku tolong orang. Barang orang tu jatuh, aku kutipkan dan beri pada orang tu. Jadi aku lambat melintas jalan, dia dah jalan dulu, bila dia tengok aku tiada, dia mengamuk.
Aku : Biar aku teka, orang tu lelaki?
D : Ya.
Aku : Takkanlah sampai tolong orang lain pun tak boleh?
D : Entahlah. Macam mana nak lari dari dia ni?
Aku : Dah berapa lama kau dengan dia?
D : Dah lebih dari tiga tahun.
Aku : Boleh katakan lama juga tu. Apa kata kau tukar nombor telefon ataupun mula senyapkan diri?
D : Nanti dia datang cari aku di rumah, lagi aku takut.
Aku : Dia sekarang baru nak masuk kolej kan?
D : Ya.
Aku : Masa dia di sana nanti, dia dah jauh dari kau, ambil kesempatan itu untuk larikan diri. Kalau dia hubungi kau ke apa, cubalah jangan jawab.
D : Aku takut kena pukul lagi.
Aku : Buat laporan polis kalau dia cuba bertindak ganas lagi. Lagipun, aku rasa kau boleh buat laporan polis sebab dia pukul kau. Alangkah kalau suami pukul isteri pun boleh kena penjara, inikan pula dia yang tiada apa-apa.
D : Kesian pula kalau kena tangkap dengan polis. Dia baru nak mulakan hidup.
Aku : Kesian dan keselamatan kau mana lagi utama? Kalau aku, aku akan pilih keselamatan diri.
D : Nanti aku fikirkan semula.
Aku : Kau betul-betul nak biarkan diri kau kena sepak terajang lagi ya?
D : Mungkinkah dia akan berubah?
Aku : Kau lebih kenal dia. Kalau kau nak bertahan, terpulanglah, tapi sebab kau yang kata nak pergi tadi, aku cuma berikan cadangan.
D : Aku betul-betul nak putuskan hubungan ini. Aku tak sanggup dah.
Aku : Kau fikir masak-masak.
D : Itulah. Nanti aku fikir lagi.
Aku : Hati-hati. Itu sahaja.

Gambar : Cakaplah apa yang kau mahu. Buatlah apa sahaja yang kau suka. Tapi dia telah berjanji, bila melaluinya semua sekali dan pergi, kau akan menyesal kerana tidak melayan dia dengan baik dan seperti seorang manusia.

Jujurnya aku bukanlah manusia yang layak untuk menghukum orang. Apatah lagi memberikan keputusan dalam hidup orang lain. Sekadar memberikan pandangan yang aku rasa kena dengan situasi sebagai seorang manusia dan rakan. Ah, tapi benda sebegini sudah acap kali berlaku dalam masyarakat secara umumnya. Isteri dipukul suami, suami dipukul isteri, tunang dipukul tunang dan sebagainya. Kita semua bahkan hidup dalam lingkungan manusia yang bahaya.

Tetapi aku rasa memukul pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan disebabkan sekadar benda yang remeh temeh seperti cemburu adalah sesuatu yang keji dan tidak boleh diterima sama sekali. Mengikut nafsu amarah semata-mata dan memuaskan diri dengan memukul orang? Alahai, sudah serupa dengan samseng. Samseng pun kadangkala tak pukul orang kalau marah (sebab dia terus bunuh. Eh?).
Sengih sambil kesat peluh.

Dan ya, cinta itu mungkin rasa yang paling dalam dan tidak mampu disentuh oleh sesiapa.
Cuma, berikan peluang kepada diri sendiri untuk duduk diam dan berfikir apa yang perlu dalam hidup ini. Apakah memberikan kesempatan kepada golongan sedemikian kau akan bahagia walaupun hakikatnya fizikal kau tercedera?
Itu sahaja.
Noktah.

Nota Kaki :
1. Terima kasih yang sudi membaca Tumblr aku yang biasa-biasa sahaja. Dapat maklum balas penuh ketawa dengan paparannya. Ah, itu yang terbaik aku jumpa tahu?
2. Kalau kalian dapat lihat dibawah blog ini ada logo Digi, bolehkan kalian tekan untuk mengundi blog ini? Kalau kalian sudi, silakan ya? Oh, serta boleh gunakan pautan ini juga. Terima kasih. Sehari boleh mengundi sekali sahaja.
3. Separuh daripada tulisan aku sebelum ini aku kongsikan di Terfaktab. Ketawa besar baca komentar mereka semua. 

Zara : Kau tahu kau mempunyai kawan yang hebat dan terbaik apabila mereka membuatkan kau menitiskan air mata adalah saat mereka membuatkan kau ketawa, dan bukannya kecewa akibat ditikam dari belakang oleh sebab yang entah apa-apa.

36 comments:

LuLuLaLaLengLeng said...

huhuhuh.. dulu my xbf pown mcm tu.. dah angkat tgn.. sya lariii. cri yg baru. tak mau laki mcm tue..:) skg alhamdulillah..

Johan "Champ" Radzi said...

Zara, ini kali pertama aku komen. Dan sungguh, aku kagum dengan kau. Siang-siang ajar kimia dan malam-malam mengulas tentang emosi dan perasaan manusiawi.

Kau memang ada kimia dengan psychology juga mungkin.

Terima kasih.

Nailah Azman said...

Akak pernah bercinta dengan lelaki panas baran. Memang baran habis. Kekadang, sampai tak terkawal. Kesudahannya, sebelum dia baran dan naik tangan kaki, akak cabut dulu!

Alhamdulillah sekarang dia dah berubah. ;)

Artoone said...

oh, sila belajar seni mempertahankan diri. dan tinggalkan dia segera...

Fara said...

cinta itu membuatkan manusia lupa. kadang2 dah sampai bengkak, lebam, berparut sana sini masih lagi nak mengharap si dia berubah. ini blom kahwin, esok dah kahwin? dengan anak pun disepak terajang sekali. hopefully ur friend buat keputusan bijak :)

LuthfiMY said...

sincerely, aku tak hormat lelaki yang jenis pukul memukul nih. tak kira la sapa sekalipon, adik ke kakak ke sebagai lelaki kita ada maruah. tak boleh nak cederakan perempuan. tapi bila dah jadi macam ni, dah dia memukul, jangan teruskan bersama jantan nih. tak guna.

aku pon lebih kurang macam lelaki tu, tapi tak la se agresif nak pukul pukul. gf aku ada la buat perangai dan aku memang kuat cemburu. tak perlu la sampai nak ugut macam tu.

kena ingat kot, lelaki takkan jadi macam tu kalau pompuan tak buat TAIK. If you hormat bf u and tak lebih2 ngn laki lain, shouldn't be a problem.

yang jantan tu pon satu hal, kita dua manusia. me and you. kau ada hidup kau dan aku ada hidup aku. walaubagaimana kau besar dan suami sekalipon, kau tak boleh nak kontrol gf/tunang/isteri 100%. dia ada hak dan ada hidup dia sendiri. tak bole nak ikut cakap kau saja.

senang cerita, give and take. u'll get it.

nama.aku.lynn said...

naik kaki tangan segalaa..ini mmg paling tak boleh terima nihh..
baru bercinta dah berani,kalau dah kawen,agak2 jadi kain buruk la gamaknya..haih!
and to ur friend;kalau dah betul2 nak putuskan,tak yah la nak pkir2 kesian lagi dah..pikir utk diri sndri yg penting..

p/s:like komen "Johan "Champ" Radzi"..chem+psycology.. ;))

redbean said...

lelaki camtu jenis ade sejarah hitam mse kecik2 dulu. selalu kene buli. pastu nk lepas baran kt gf.

bajet tegas? *carutan*

oranglidi said...

ini sudah lebih! kalau aku, aku tolong repotkan terus. apa ke jenis manusia belasah pompuan.. dayus2.. yang pmpuan tu plak ak rasa kena berani dan tak teragak agak. cara kwn ko menjawap pun mcm masih ada perasaan yg disimpan.

tu belum kawen lagi.. silap aribulan dia simbah cuka mcm kes2 yg trjadi semenjak dua ni.

Pijahh' de-Arr said...

banyak lelaki kejam..
huh

Adziim said...

Psiko.

Dia boleh buat laporan polis. Tak semestinya tangkap terus masuk penjara. Pihak makhamah boleh kenakan perintah larangan menghampiri perempuan itu dalam jarak tertentu.
Tapi kira ada rekod jenayah juga.

Takut juga lelaki itu simbah asid, kalau dia tak dapat,biar orang lain tak dapat juga perempuan itu.

fadhdeela said...

blum kawen lg dah naik tangan xmustahil kalo kawen nnt..pernah tgk cite kat tv ari tu dia pukul awek dia smpai mati syco punye pasal..huhu bahaya nyer..report jer la polis kalo takut keselamatan diri..

Meh sini: Siaran Langsung Wedding Prince William

sini jugak: Comey Giler bile Siti Nurhaliza Berjoget!

cik ciput said...

Gila agaknya. Belum ada ikatan, tapi dah berani angkat tangan sepak terjang sana sini.

Sudahlah D, jangan jadi hamba lelaki lagi. Banyak lagi lelaki yang bukan jenis kaki pukul macam ni. Selamatkan diri, dan awak takkan makan hati lagi.

**zara, sungguh comel ayat "Samseng pun kadangkala tak pukul orang kalau marah (sebab dia terus bunuh. Eh?).Sengih sambil kesat peluh." =))

Cik Nad said...

jangan berkahin dgn lelaki panas baran. itu pesan nenek saya dulu. sebab org panas baran sama macam org menagih.

Raouf Sora said...

Ehem..mula sekali ingin memohon maaf pd kak zara sbb dh lama x singgah kt sini..baru saja selesai final xm yg menyakitkan jiwa sanubari..hehe..tp blog ini tetap sempat sy bc wlupn sdang menghafal nota2 yg mampu memutuskan fius otak kepala..~:D

sy bole saja bercakap ttg hukum memukul wanita yg baru saja sy dpt drpd seorang ustaz selepas sy bc entry kak zara di sini..tp x pe laa..sy bg pendek je..hukum sentuh kulit lelaki dan wanita bukan muhrim haram..memukul wanita di muka juga haram..jd bole fikir sendiri..~:)


‎kepada D: yang penting bukan siapa suamimu semasa kamu nikahinya,tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan,tetapi di pertengahannya,penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga..janji Allah pada hamba-Nya ialah janji teragung..~

apisv2 said...

salam, dtg usha2 ;p

apisv2.com go>>

Anonymous said...

suka entry ni..as it ade sangkut paut dgn my life too.pnah kene dgn org cmni,dek krn cemburu..hot-temper..slh-fhm,tkt dgn byg2@kesilapan sdri..(berskandal),niat sis nak spy on him mlalui kwn dia yg slalu hang out wif him disalahertikan.previously,he's a playboy actually.siap pnah confessed brp ramai dh aweks/janda yg dia 'main' ms 1st weols jumpe. WTF..sgp buka pekung sdri..dats y sis tak caye at him n psg spy.tp silap langkah,kantoi..kena makan pelempang dia pulak..(he tot sis scandal wif his fren..jumpe pun xpnah..nikan nk scandal) & it made my cheeks bruised. He's my ex fiance. Now,dh broke up tp still nak mta peluang utk balik n betulkan keadaan.. don't think i can accept him again. Hopefully ur fren,think wisely. xde makne syg,kl org treat us like an animal or worse than animals.

Regards..
BitterHeart

Schubert Serenade said...

Tanpa entry2 Zara...kami semua takkan buka mata..thanks to u..:))

Raouf Sora said...

sy dh reply komen akak..hehe..~xD

Raouf Sora said...

saya dan syafiq ada rekod something..akak bole tgk kt siaran youtube kami..dan video terbaru blom upload lg..~:)

http://www.youtube.com/user/syaforce91?feature=mhum

Hazrey said...

Tokeh rempah dan kerepek - lama tak datang sini. Rempah ada lagi? Eh salah blog ke?

a kl citizen said...

Bertindak sebelum terlambat.... Buat teman zara itu. Kalau dah beranak pinak nanti lagi payah...

cuncute said...

td bf sy naik tangan kat sy sbb sy ckp sy xnk bsame die lg,die trus lempang sy..sy trus tmbuk muka die..die dh jd xtentu arah drive mase tu...sape suruh die suke2 lempang sy,sy suruh die benti tepi coz sy nk turun,die xnk benti..smpi rumah sy,sy pgil mak sy kuar,die dh xtentu arah nk blik coz mak sy baik dgn die..sy trik baju kat leher die suruh kuar dri kreta..die cpt2 nk start enjen..sy amik kunci kreta die n sy campak kluar,tbe2 bpk sy kuar,die nk xnk tpakse kuar jgk..and sy wat kputusan putus and die pon ckp die syg sgt n cinta kat sy,die ckp hanya die je bleh thn dgn sy slame 2 tahun..sy malas nk layan n trus bla..sy mmg pantang klu laki2 naik tgn coz sy dr keturunan panas baran..sy ckp klu ade jodoh ade,klu xde sy xnk bhrap dri die coz sy nk die brubah.

esempoi said...

aku yang dah kawin ni pun tak pernah naik tangan lagi..
marah dan gaduh tu biasa la
tapi belum kawin dah naik tangan, tak payah la, cari lain je dik

Amalina said...

Pompuan kan slalu mcm ni,,,x salahkn dia jugak,,nk tgl sayang, x tgl mrana seumur idop,,huwuwuuw nasib badan kita,,sabo je la,,

Jiha said...

like ur blog so much..so zara,ada ym x?

Hasrol Nizam said...

aku pun ada kawan, dia pernah cerita yang dia tampar kekasih dia sebab mulut celupar sangat. Tapi dia cakap dengan nada bangga bila dia dapat tampar tu.

"aku memang, kalau dia buat hal memang aku naik tangan je"

Anonymous said...

assalammualaikum...

does anyone know cara yang terbaik untuk memutuskan pertunangan?? hmmm petang tadi saye kena pukul oleh tunang saye... :'( saye tak tahan dengan mulut dia yg suka bercakap kasar..tak boleh silap sedikit dah kena pukul...dia tdak pernah merasa bersalah sedikitpun (sedangkan dia memang buat salah tapi dia merasa apa yang dia buat semuanya betul)....please help me...

-Zahrah-

Anonymous said...

Sy pernah bercinta dgn lelaki panas baran,gila macam syaitan sy tengok die menyampah dan sangat menyesal sangat-sangat boleh kenal lelaki syaitan mcm die,salah xsalah sy tetap di terajang mcm bola oleh die,sy di kurung di bilik sewa die selama 1thn xleh gi mana-mana,susah hati sy di buatnya xtau ape yg perlu sy buat masa tu,sy sangat lemah sangat ..
Tp sy sangat bershukur bahwa allah masih sygkan sy,masa mlm minggu die kuar jumpa mangsa lain dan balik dengan keadaan mabuk,die xsedarkan diri,pintu peluang untuk sy kuar tu memang mengijinkan sy untuk berpeluang larikan diri,sebelum melarikan diri sy ternampak kunci motor,pon,dan dompet die,sy teringat masa die naik gila,pon sy di ambi dan di jual.. sy ambi kesempatan untuk ambi duit dan pon dia untuk sy jual dan buat tambang dan jg mkn sy,sy balik kampung sy dan berniat untuk xkan pegi balik KL lg,ahirnya sy bebas ..

Nasib baik die xtau kampung sy .. lega rasanya boleh hidup normal kembali dan bahkan sy xkan ulangi kesilapan sy dalam memilih pasangan ..

Nama lelaki tu : mike joseph
Berasal dari : sabah

Anonymous said...

hm...kalu baran tak tentu hala tu memanglah x patut... cemburu terus pukul... itu memang xde tamadun punya orang. but.. yang perempuan pun kenalah tahu hormat orang jugak. kalau tahu perempuan perlu dilindungi, amek tahu laki perlu dihormati. yes certain case sang gagah memang pemarah. but sorry to say, selalunya yang mkan penampar tu mulut celupar. x kurang jugak yang pukul tunang laki boyfriend seniri. terkenala reflexnya :P. hm.. papepun pk gini dahle.. kalau korang taknak ape pasangan korang buat. korang pun jangan buat. jagan fikir hati seniri jek. baik laki baik perempuan. taknak pakwe rapat ngan pompuan lain, korang xyah rapat ngan laki lain. jangan bila pakwe korang rapat ngan pompuan lain korang menyinga, bila korang rapat ngan laki lain korang jawab " ala kitorang kawan jek". itu realiti. kalau rasa "ala perempuan memang macam tu". sedialah terima " laki memang macam ni". give and take. kalau tak boleh korang pkla seniri..

Anonymous said...

wife pernah naik tangan tak?

Anonymous said...

yang tu bukan baran. tapi bangang

Anonymous said...

etter confront dulu Zahrah. itu patut didulukan :)
Kalau nak putus jugak. confront jugak dulu. kalau dia marah, just senyap jek. esok cakap nak putus. jagan jumpa. just 1 sms jek. then senyap seminggu.tengok ape respon, then awak fikirlah balik. kalau terpaksa putus, putus jela. maybe memang x kena pasangan kot. Sometimes people just never learn.

Anonymous said...

etter confront dulu Zahrah. itu patut didulukan :)
Kalau nak putus jugak. confront jugak dulu. kalau dia marah, just senyap jek. esok cakap nak putus. jagan jumpa. just 1 sms jek. then senyap seminggu.tengok ape respon, then awak fikirlah balik. kalau terpaksa putus, putus jela. maybe memang x kena pasangan kot. Sometimes people just never learn.

Anonymous said...

Kalau gaduh then pompuan maki n pukul laki bertubi-tubi plak macam mana? laki patut buat apa? perempuan rasa laki patut buat apa?

shahrin aida said...

huhuhu