Thursday, March 31, 2011

Bila Duit Bukan Segalanya Tetapi Cinta


Aku sudah hitam dari biasa.
Kulit kering dan garing dibakar terik mentari di tengah padang. Memang topi bukan penyelamat terbaik tapi percayalah aku cakap, siapa yang bawa payung lagi tak guna. Nasib baik tiada orang bawa payung sebab aku sendiri berpendapat, kalau bawa payung, nampak sangat tak biasa dengan cuaca panas padang dan bukan cikgu sukan. Lagi satu, ikut etika, bawa payung ke atas padang adalah bahaya. Bila-bila masa sahaja boleh mengakibatkan kecederaan kepada budak-budak. Awas cikgu-cikgu, ingat ya?
Senyum.

http://farm3.static.flickr.com/2764/4236127236_0b37829bdf.jpg
Gambar : Ada sesiapa mahu menunggu aku begini? Tiada. Tiada. Mustahil kecuali ada orang yang tiba-tiba kata dia sukakan manusia beku ini.

Masih ingat lagi tentang MD? Ya, adik yang tidak mahu sambung belajar tetapi mahu kahwin itu. Aku bangun seawal pagi disebabkan kepenatan tidur awal dan semasa membalas segala Twitter dan pesanan di Mukabuku, dia menegur di Skype. Pandai ya kamu dik. Kak Zara letak Berpergian (baca : Away) pun kamu tetap gigih menegur.

MD : Kak Zara, saya dah baca di blog akak dan di blog Terfaktab.
Aku : Baca apa?
MD : Tentang saya yang akak tulis tu.
Aku : Oh, jadi?
MD : Banyak pendapat tapi cuma satu dua yang sokong saya kan? Ikut sunnah nak kahwin bila rasa nak kahwin kan?
Aku : Tapi lebih banyak yang tak berapa nak setuju kan?
MD : Saya pernah dengar orang kata, kalau rasa nak kahwin, kita kahwin lah kan? Jangan halang naluri tu.
Aku : Kak Zara pernah ada rasa begitu. Sekali sahaja pernah rasa begitu. Tapi bila benda itu kelihatan mustahil, Kak Zara pernah baca, kita digalakkan berpuasa, sebab dengan berpuasa, kita boleh melemahkan sesuatu keinginan itu. Cubalah.
MD : Nak kena puasa sebab nak kurangkan rasa nak kahwin? Tak naklah saya. Saya memang nak kahwin.
Aku : Dah ada duit nak kahwin?
MD : Bukan sekarang, lagi dua tahun kan.
Aku : Memanglah. Tapi duit tu nak datang dari mana?
MD : Kalau anak perempuan nak kahwin, keluarga yang kena keluar duit kan? Lagipun, pihak lelaki akan bagi duit hantaran bagai.
Aku : Agak-agak berapa duit hantaran? Lagi satu, duit hantaran dapat lepas majlis, bukan sebelum.
MD : Tak minta banyak. Rancang nak minta sepuluh ribu ke lima belas ribu je kot?
Aku : Oh, sepuluh atau lima belas ribu.
MD : Kenapa kak? Sikit sangat ke?
Aku : Eh, tak lah. Akak yang keluar universiti pun mungkin tak berani minta banyak tu. Mungkin paling tinggi pun sepuluh ribu, tapi macam banyak sangat.
MD : Biasalah harga macam tu. Sekarang ni lagi banyak pun orang selalu bagi.
Aku : Awak memang tak nak kerja langsung?
MD : Kerja penat kak. Saya dah tengok keluarga saya kerja, memang penat. Nak jumpa dengan anak pun susah. Tak nak saya. Saya kalau boleh, suami balik kerja, terus jumpa saya di rumah. Bukan kena tunggu saya balik.
Aku : Tapi lelaki sekarang suka perempuan yang boleh berdikari.
MD : Ramai je orang yang jadi surirumah.
Aku : Ya, tapi yang jadi surirumah pun tak duduk diam sahaja. Ada surirumah yang kak kenal, masih pergi belajar macam-macam, ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang menulis blog untuk jana pendapatan dan macam-macam lagi. 
MD : Kalau buat begitu, terabai anak-anak nanti.
Aku : Siapa kata? Anak-anak mereka lebih baik sebenarnya sebab emak-emak mereka jenis yang terbuka mindanya. Setiap hari belajar, setiap hari kenal dengan orang lain dan boleh berkomunikasi dengan bijak.
MD : Harapan untuk curang juga tinggi kan?
Aku : Itu terpulang kepada diri masing-masing. Kepercayaan kan penting. Lagi pula, iman dan kesedaran diri sebagai seorang isteri kepada seorang suami perlu ada. 
MD : Duduk rumah, belajar nak mengurus rumah pun dah cukup baik. Benda tu semua dah ramai orang buat kan? Jadi saya tak perlu buat lagi.
Aku : Duit belanja awak sekarang siapa bagi?
MD : Keluarga saya.
Aku : Keluarga awak ada perniagaan sendiri?
MD : Ya.
Aku : Besar?
MD : Besar jugalah.
Aku : Sebab itu awak tak nak kerja?
MD : Duit banyak kak. Bukan boleh bawa mati semua tu.
Aku : Katakanlah perniagaan keluarga awak jatuh, sumber pendapatan lain?
MD : Susah nak jatuh kak.
Aku : Katakanlah jatuh.
MD : Simpanan melambak.
Aku : Itu sebab yang menguruskannya adalah keluarga awak yang mahir. Mesti dah bertahun-tahun. Tapi kalaulah keluarga awak tiada, awak boleh uruskan?
MD : Masih banyak lagi pekerja boleh uruskan.
Aku : Sampai bila?
MD : Biarlah yang terlatih dan pakar uruskan.
Aku : Oh, senangnya hati.
MD : Benda begini tak ada masalah kak. Duit bukan segalanya bagi saya, yang penting kasih sayang dan cinta yang saya ada. Benda begitu saya tak dapat di rumah.
Aku : Terpulang pada awak.
MD : Kalaupun cinta itu boleh dibeli dengan duit, saya tak nak beli kak. Saya nak dapatkan yang ada sekarang ini juga.
Aku : Yakinnya awak.
MD : Saya tahu dia tidak akan lari dari saya.
Aku : Moga-moga.

http://farm5.static.flickr.com/4059/5137713976_4a5ba74193.jpg
Gambar : Kalau dia berkeyakinan tinggi sedemikian rupa, nak kata banyak pun rasa kurang berguna kan?

Aku mudah sahaja.
Kalau ada yang minta pendapat tapi sudah tetap pendirian sedemikian rupa, aku tak mampu buat apa-apa kan? Cuma, aku doakan agar dia hidup bahagia selepas ini. Itu sahaja. Sebab kadangkala kalau kita terlampau yakin, akan mengundang bahaya juga.

Nota Kaki :
1. Hari ketiga MSSD.
2. Jadual tidur aku sudah gila akibat keletihan bermaharajalela.

Zara : Tersenyum sahaja dan ya, aku akui, sampai satu tahap, aku sudah hampir kejang rahang dibuatnya.

34 comments:

McCat said...

bdk pompuan ini terlalu naif dlm kehidupan realiti duniawi. Jamin suatu hari nnt dia kesal. dgnnya peredaran zmn yg semakin serba maju, dia akn tertinggal dibelakang sekiranya masih berpendirian sebegini.

Jard The Great said...

kehidupan "sebenar" dia blom rasa lagi. biarlah dia alami sendiri.


hehe

solo molo said...

bukan nak mendoakan tapi mungkin perkahwinan itu takkan kekal lama...


entry terbaru > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/bila-semua-bercerita-tentang-april-fool.html

nusrah said...

kalau sudah bulat hati begitu, kenapa masih mahu minta pendapat?huhu. Kalau sudah keras semacam itu, tidak perlu lagi minta perkongsian ilmu dan nasihat.

Konsep ni sama dalam istikharah, kalau kita dah memang bulat hati dalam sesuatu pilihan, kenapa kita nak meminta-minta lagi dengan Allah pilihan yang terbaik? tentu sahaja hati sudah bulat dengan pilihan A, jika buat istikharah juga nampak jalan A.

p/s : agak kecewa bila berhadapan dgn insan sebegini.minta org beri pendapat, tapi seolah tidak menerima soal berbeza pendapat. wallahua'lam

fadh ^_^ said...

pergh memang susah cakap ngan orang camni. mintak pendapat orang tapi keras kepala xnak denga langsong. baek xyah mintk pendapat. rase macam nk gantung je pompuan camni kat siling pastu cekik.
cess

ima said...

kurang kasih sayang mungkin.

semoga MD dan juga kak zara dan saya dan semua menemui kebahagiaan. :)

icebreaker said...

Adik,
Matlamat sebuah kehidupan bukanlah perkahwinan. Perkahwinan adalah satu perjalanan dalam menuju matlamat kepada Tuhan. Ia adalah satu sunnah. Antara banyak lain-lain sunnah.
Menuntut ilmu adalah sunnah. Berbakti pada ibu ayah adalah sunnah. Memenuhi keperluan jiran adalah sunnah. Sederhana dalam makan juga sunnah. Wanita berdiam dirumah bila tiada urusan penting diluar juga adalah sunnah. Agama bukan untuk kepentingan diri dan nafsu. Ingat ini selalu.
Ya, dalam agama memang wanita itu tidak berkewajipan untuk mencari nafkah untuk keluarga. Kalau belum berkahwin ditanggung oleh bapanya. Kalau sudah berkahwin ditanggung oleh suaminya. Kalau suami dan bapanya tiada, ditanggung pula oleh anak lelakinya. Dan seterusnya sehingga tiada lagi saudara yang boleh menanggungnya, wanita itu menjadi tanggungjawab negara.
Memang bukan sedikit yang memilih untuk meninggalkan kerjaya dan menumpukan diri kepada keluarga. Tapi perlulah faham kenapa. Tentunya bukan kerana cinta semata-mata atau malas bekerja.
Cuba buka minda. Jangan sempitkan pemikiran dengan natijah cinta. Ajal datang menjemput tak kira usia. Kalau tak sempat kahwin macamana pula ya. Adakah bekal amal cukup untuk kehidupan kita di sana?
Maksud akak begini. Jangan hanya tunggu. Buatlah sesuatu . Bila ada matlamat yang tepat, inshaAllah selamatlah dunia akhirat.
P/s: Zara, bila selalu membaca tulisan kamu, jadi terikut2 pulak aku. Maaf lah ya!

clumzycaffein said...

Hamagad!
Mahu kahwin tapi tak mahu kerja?
Mahu kebahagiaan tapi tak mahu usaha?
Mahu hantaran tinggi tapi tak mahu membantu meringankan tanggungan suami?
Mahu berumahtangga tapi tak mahu berdikari?

Apa dah jadi sekarang ini?
Kalau semua macam ni, tak kahwin lelaki nanti.
Bukan mengherdik atau mencaci.
Hanya sekadar monolog diri.

Anyway sekarang hantaran biasanya berapa ea Zara?

cj'alhafiz said...

nak kahwin tapi duit tak ada.
nak kahwin tapi calon tak ada...
hold dulu..hold dulu...nak bela anak orang bukan senang...

Amrul Azmi Mohd Mizan said...

kalau dah ada keputusan, buat apa mintak pendapat. bikin sakit hati orang je.

tinggi betul keyakinan dia, harta keluarga boleh tahan sampai mati. itu pun kalau pekerja2 dia tak songlap semua duit tu.

zulaikha said...

confident level yang saaaangat tinggi. bahaya dik. Mungkin sekarang dan dalam tempoh 3 4 tahun lepas kahwin sidia masih setia. Kalau tiba2, pada tahun ke-5 dia mula buat hal, dia piih perempuan lain pula. Masa tu pasti adik akan menyesal sebab tidak ada kerja @ ilmu.


memandangkan adik ni naaaakk sangat jadi suri rumah, saya cadangkan belajarlah menjahit. Nanti boleh menjahit dirumah. Sekurang2nya, boleh jana pendapatan sendiri & banyak masa bersama keluarga.

NurLailatul said...

pada aku...dia lansung tak bersalah mahu kahwin..lebih baik dia kahwin.tapi, mungkin dia tak boleh bergantung sepenuhnya pada orang lain...

mamafarhan said...

zara:

akak tak ada nasihat yang nak diberi...cuma hanya mampu berdoa,

si lelaki akan setia pada nya.. tapi kalau sesuatu yang buruk berlaku harap MD tu tabah...?

IIUM Angklung Club said...

hye zara,kekasih lama

aku nak ajak kau baca and follow blog kami :)

http://iiumangklungclub.blogspot.com/

mesti kau tahu kan siapa aku hehe

c.i.k.a.m.i.e.a said...

degil sungguh budak ni.. kalau tak nak terima pendapat orang.. kenapa bertanya, arrgghhhh.. saya pulak rasa nak marah...

suffer8zine said...

nk bercinta pun kena ade duit juga kan

Terkini : Apa Itu April Fool?

takky said...

rase ye MD nie dahagakan kasih sayang sgt lor kak zara...
dia sudah bosan tgk duit agaknya....
harap dia kenal erti dunia yg sebenar....

caHaYaKuntuM said...

kakzara.. adik tu berani ambil risiko. betul jugak. kita kembali pada kedudukan dan fitrah yang asal.. dunie dah tak lame kalau kite nak kejar duit semata-mata.. doakan semoga die bahagia ..;p

iza said...

Salam perkenalan Kak Iza untuk Zara. Sebelum ni,Kak Iza silent reader aje. Rasa nak bg komen bila baca entry di atas. Bila cinta mengabui mata,segala apa yang dikata tidak akan didengari. Bila terjatuh,barulah tersedar dari mimpi yang panjang. Cinta sekarang perlu selari dengan kehendak semasa bukan bermaksud mementingkan kebendaan. Realiti dan mimpi adalah dua perkara yang tak sama. Mimpi memang indah,namun berpijak dunia realiti baru tersedar. Cthnya: bila kita buat loan,bank akan col kita tanya bila nak bayar duit ansuran loan. Takkan lah kita nak jawab,biarlah cinta hati saya yang membayarnya sedangkan si dia bukan ada duit nak bayar untuk kita. End of the date kita sendiri terkial-kial cari sumber duit.
Kita hidup kena makan nasi juga,takkan nak makan cinta sepanjang hayat. Bila dah berkahwin ada anak lain pula belanjanya. Susu anak,pampers dan sebagainya kena beli dengan duit bukan dengan cinta. Tapi jika sudah terpukau dengan rasa cinta itu,terpulang. Tepuk dada,tanya selera. Cinta sesama manusia tak dijamin kekal,cinta kepada Allah adalah abadi. Jangan mudah terpengaruh dengan emosi. Berfikir menggunakan akal

Schubert Serenade said...

yup betul tu kak zara...kalau kte da nasihat tp die ttp dgn cara dia..just let it be..biarkn je..kte just sokong n doakn yg terbaik untuk dia kn:))

Cik TTK said...

MD:pada akak awak bukan nak mintak nasihat kak zara, awak lebih kepada nak kak zara ni sokong keputusan awak sebab keluarga awak tak sokong awak. awak tetap dengan keputusan awak tapi dalam masa yang sama awak nak ada orang yang sokong awak supaya awak lebih yakin.

Keputusan awak buat tak boleh diubah oleh kami yang bagi pandangan ni, tapi awak kena ingat kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan segalanya. Bila kita merancang buat sesuatu sepatutnya kita kena merancang dan mencongak kemungkinan gagal tu memang ada. Awak kena ada backup plan kalau andaikata jodoh awak dengan si dia tak ada.

Tak salah merancang untuk bangun semula sebelun jatuh supaya awak tak tersungkur bila benda ni benar-benar terjadi.

kaizen said...

ni pandangan sy....

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/02/dari-mana-datangnya.html

Erillia itu akU said...

Apa gune die belajar ade diploma tapi nak duduk umah?

wahi said...

errrr ade lg pmpuan mcm ni zaman skang kan.. huhuuu...

Jgn buta kerna cinta dik oii...

yaya said...

biarkan dia dgn keptsn dia. baek buruk di tgn sndr. sy suka penulisan awk. ade cube mau jadi penulis? :)

una berry said...

kalau dah cam tu, kenapa nak tunggu lagi 2 tahun? kawen je la, xpayah tunggu si dia abes blaja.
yela, katanya duit bkn masalah kan?
well, org dah bg pendapat. tak nak terima terpulang la

Mutiara Bernilai said...

susah gak kalu bgini ni syg..
kdg2 terlalu berat sebelah dan terlalu 'kemaruk' pun xleh..

adik MD, jum same2 kite pijak bumi..

grow up sis!~

~~faizatul akma~~ said...

kalo laki tu nk duit je camne lak? hurm..ssh nk percaya dunia zaman skrg ni..mcm2x leh berlaku..baik belajar dulu cara hidup berdikari dan cara2x nk menangani masalah sbb kehidupan masih panajng lagi dan byk lagi liku-liku hidup yg harus diharungi..sblm kawen mmg la sume sng..lps kawen? camne? adekah segalanya akan semudah ABC? fikir2x kan lah yg mana terbaik buat diri kamu sendiri..think wat the best but there is the risk from what you are chossing..dpt ke tangani risiko tu? fikir2 kanlah...kehidupan ni bkn diri kita sendiri sahaja...byk hati yg perlu dijaga...sekian~

APi said...

kehkehkeh..
senak usus kiri aku bace..

Raouf Sora said...

MD: kalau sudah bulat hati, tak perlulah bertanyakan pendapat peribadi..takut nanti ada yang kena maki..saya yang membaca ni pun dah panas hati..apa lg yang nak dicari kalau sudah bersungguh bagai nak mati?? teruskan saja dengan niat hati..semoga pilihan kamu mendapat restu keluarga dan Illahi..

kak zara: org cmni sy pn rase pelik, kak..mula2 minta pendapat..lpas betah pendapat kita dan degil plak..haiyo..akak bile nk buat vlog lg?? buat vlog psl MSSD bole??

IIUM Angklung Club: hahaha..ni sape yg jd penulis blog Angklung ni?? klu cmni IIUM Acoustic Band pun nk buat blog lah..hehehe...

shaerin said...

hehe . kerja dulu , then you akan kenal dunia mungkin .

anyway , dua tahun akan datang ? MD pasti ke akan bersatu ? bukan nak doa yang bukan-bukan . but sebagai langkah berhati-hati .

Yang kawen pun bercerai , yang bertunang pun putus , apetah lagi couple .

"kata-kata lelaki itu satu jerat and lelaki hanya pandai bermain kata-kata and perempuan akan terpedaya ", ni bf saya yang cakap .

.waniey jamaludin. said...

erm...degilnye~haha..
yakin betol die kan..

ardz said...

ehm bg dia cinta segalanya, tp dia lupa cinta juga boleh meyebabkan derita, perniagaan yg ada skrg pun bukan dia punya tp hak mak dan ayah dia, kalau apa2 jadi? atleast la kalau x nak keje lepas kawen x pe, tp berkerja la sebelum kawen, pengalaman skrg pun menjadi salah satu faktor utk meminta kerja. sungguh dia x pernah kenal erti hidup, dia x tau apa ranjau yg ada di kehidupan, dia x sedar betapa dunia ni memerlukan ketabahan dan kekuatan sedang kan dia terlalu simple:) jgn nanti menyesal x sudah pula:) biar pun katanya duit bukan segalanya, pk la beras boleh ke di beli ngan cinta? :)

Eyzan Encha said...

just nak tau, family sblah laki pun kaya jugak ke? konfiden nk mintak sampai 15k.

mungkin MD ni tak biasa susah, dah biasa dimanjakan dgn wang ringgit.jadi soal duit, dia dh x heran. bagi yg biasa susah (cam aku), cube sedaya upaya taknak harapkan duit mak ayah.

satu pesan jer lah..dalam masa 2 tahun tunggu BF abis bljar, sambil2 bljar selok belok rumah tangga, bljar la jugak ilmu agama. mungkin MD dh taknak amik tau ilmu dunia, tapi ilmu akhirat jgn dilupa. dan jangan pentingkan diri sangat ye nanti. harap lebih pandai berdikari. isteri nabi pun bukan yg duduk rumah shja. (^_^)