Saturday, April 09, 2011

Cemburu Buta Itu Kanser Pembunuh Jiwa.


Cemburu.
Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa. Oh, dan ya, cemburu bukan dengki, lain maknanya ya?
Senyum.

Cemburu.
Ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan. Tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri. Cemburu memang wujud, sama ada sedikit, sederhana, ataupun banyak sehingga dikatakan membabi buta (oh, kasihan dengan haiwan itu, manusia yang buta mata hati, nama ia digunakan. Ha ha ha)

Gambar : Buka penutup sifat cemburu dan lepaskan ia pergi daripada hati kita. Boleh begitu? Terpulang kepada setiap individu.

Cemburu.
Dalam kuantiti yang sedikit.
Biasanya begini boleh melancarkan hubungan. Sebagai contoh, jika ada pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut. Cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama. Cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan.

Cemburu.
Dalam nisbah yang sederhana.
Pertengkaran sudah tidak dapat dielakkan. Ada sahaja yang mahu dicetuskan. walaupun ternyata timbul dari salah faham. Tercuit sedikit, hati sudah terguris tetapi tidak disimpan lama. Segala permasalahan mahu diselesaikan dengan secepat mungkin bila punya ruang dan peluang. Aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari walaupun ternyata, cetusan unsur luar dengan kehadiran elemen ketiga menggoyahkan ibarat angin sepoi-sepoi bahasa.

Cemburu buta.
Dalam skala yang besar.
Kebiasaannya mengikut nafsu amarah, terlindung segala kebenaran dan masing-masing mahu menegakkan pendirian walaupun ternyata ada sahaja kesalahan, tetapi tegar mahu terus diabaikan kerana diri merasakan kesalahan itu bukan berpunca daripada mereka. Silap sedikit, retak yang muncul akibat cemburu tahap sederhana hanya menunggu masa yang sesuai untuk terbelah dan musnah dalam peringkat seterusnya. Membiarkan unsur luar menguasai tanpa mahu duduk berdiskusi lebih memudaratkan situasi.

Gambar : Nah, mahu menghukum mereka yang cemburu dengan sewenangnya? Ah! Jangan!

Perbualan dengan seorang yang aku hanya kenal nama dan wajah tanpa pernah bertegur sapa semalam, walaupun hanya catatan maya sahaja berlaku, membuatkan aku sendiri sudah tidak mampu memberikan apa-apa pandangan. Maaflah, beberapa minggu kebelakangan ini aku sendiri sibuk benar dengan urusan kerja dan tugasan yang mengkehendaki aku menggunakan segala kudrat dan tenaga aku sebagai seorang manusia berkerjaya.

CB : Kenal aku tak?
Aku : Kenal rasanya.
CB : Aku dah tak tahu nak tanya siapa, aku nak minta pendapat kau.
Aku : Kenapa eh?
CB : Macam ni, aku sekarang dalam proses tak berapa baik dengan teman wanita aku. Dia ni baik sebenarnya, mungkin jenis kuat cemburu. Normal untuk orang perempuan kan?
Aku : Lelaki pun ramai yang kuat cemburu.
CB : Dengan kau memang tak ada mana-mana pihak menang.
Aku : Tak boleh bezakan jantina dalam memberi pendapat. Jadi, apa masalahnya?
CB : Dia tak beri aku bercakap dengan perempuan lain. 
Aku : Dia takut kau menggatal eh?
CB : Bukannya aku pandang perempuan lain pun. Aku memang cinta dia seorang. Bukan baru kenal, dah lama kawan, kalau kahwin anak dah lima agaknya.
Aku : Dah tu, apa jadi?
CB : Mula-mula aku ikutkan jugalah, nak jaga hati dia. Lama-lama tak boleh. Aku kena berkomunikasi dengan orang di pejabat aku. Lagipun, bukannya aku sembang, bergurau senda dengan kawan-kawan pejabat lain, cuma, bertegur sapa dengan mereka. Tanya khabar anak ke, lebih kurang begitulah.
Aku : Itu perkara biasa. Aku pun selalu tanya kawan-kawan di sekolah benda begitu. Sekadar orang kata, berbahasa, nanti kalau senyap macam tunggul mati, susah juga. Orang boleh kata sombong.
CB : Itulah pasal. Yang tak sedapnya, ada orang sampaikan pada si dia. Beritahu yang aku ada berbual dengan perempuan di pejabat, padahal semua pun dah kahwin perempuan dalam pejabat aku tu. Aku terangkan pada dia, lepas tu dia kata aku keji sebab nak bercakap juga dengan perempuan walaupun dia kata jangan.
Aku : Ni, kenapa nak dengar kata dia?
CB : Bunyi macam penakut kan? Tapi aku cuba hormati apa permintaan dia sebab dia pun kata dia tak bercakap dengan lelaki lain di pejabat kecuali dengan ketua dia sebab ketua dia lelaki. Itu pun untuk urusan rasmi.
Aku : Kau bercinta dengan manusia ke robot?
CB : Manusia. Kenapa?
Aku : Pelik sebab dia tak ada langsung komunikasi dengan orang dalam pejabat dia. Pejabat dia semua perempuan yang kerja?
CB : Ada lelaki. Kalau ada urusan dengan lelaki, dia akan suruh kawan dia tolong sampaikan maklumat. Senang kata, dia akan guna medium.
Aku : Gila betul. 
CB : Aku tahu niat dia baik, nak jaga aku tak jatuh hati dengan orang lain, cuma aku pun panas hati juga kena tuduh keji, padahal aku pun cakap dengan orang pejabat aku benda berkaitan kerja dan sekadar bertegur sapa. Takkan tanya dah makan ke belum pun dah kira keji kot?
Aku : Teman wanita kau ada perasaan kurang selamat.
CB : Aku tak pernah ada skandal dengan mana-mana perempuan.
Aku : Ni dengan aku kira berbual juga walaupun guna Skype ni.
CB : Aku dah tak kira, aku nak selesaikan perkara ini. Memang aku kena cakap juga dengan orang, kalau tak, aku jadi gila. Sekarang ini kami masih berhubung dan walaupun berjuta kali aku cakap aku minta maaf, dia tetap kata aku keji sebab bercakap dengan perempuan.
Aku : Dia kena jumpa pakar sakit jiwa ni.
CB : Kau biar betul?
Aku : Sampai hak peribadi nak bercakap dengan orang pun dilarang, aku rasa kau patut laporkan pada Suhakam sekali. 
CB : Oi, aku serius.
Aku : Serius aku rasa dia ada tekanan. Cubalah bincang elok-elok. Tunggu dia sejuk dulu.

Gambar : Sebenarnya kita ada terlampau banyak pilihan dalam hidup ini. Apakah kita mahu memilih untuk ditinggalkan, dilupakan dan segalanya adalah berpunca dengan diri sendiri yang tidak mampu mengekang sifat buruk diri?

Macam yang aku pernah tulis sebelum ini, kepada siapa kita buka hati kita, kita juga punya kuasa untuk menutup dan mengambilnya kembali. Cemburu ini ada sedikit persamaannya dengan cinta secara literasinya. Benda yang baik, dalam kuantiti sedikit akan memberikan kesan baik, tetapi jika terlampau banyak, ia akan menyeksakan.

Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.

Itu sahaja.
Fikirkan yang terbaik buat diri sendiri dan manusia di sekeliling kamu.
Apakah mahu kebahagiaan dikorbankan berpunca daripada nafsu sendiri?
Itu, sila jawab sendiri.

Nota Kaki :
1. Pulang-pulang sahaja sudah dihidangkan drama. Aneh manusia.
2. Memandu sendirian dengan ditemani oleh pesanan ringkas aneh. Ah, apa yang ditagih manusia?
3. Menghabiskan masa menelaah sesuatu walaupun entah apa lagi dicari manusia beku.

Zara : Jika ada sesiapa yang cuba menjatuhkan kita, menikam kita dari belakang dan memusnahkan kita, jangan risau. Itu sebenarnya telah membuktikan satu perkara lain iaitu kita lebih hebat, lebih bagus dan berada di atas mereka. Kan?

12 comments:

Hafriz Mohamad said...

wah! pnjang ceritanya..
tp bnyak input yg brguna..

mekaseh brkongsi yer.. sy like!! ^_^

Shairazi Saidin said...

Haish! Susah betol la bercinta. Trust is the main crust that can cover the whole story! :D

ishiko said...

sis zara, u mmg selalu jadi rujukan teman-teman untuk masalah eh?
bagusnyaaa....

miss zizie said...

thanks zara. puzzle solved. hihu :)
saya seorang yg sgt cemburu, tp saya sedar saya tak sepatutnya cemburu buta :P

Nadya said...

Semua perempuan ada rasa cemburu..
Tapi tolong laaaa kawal..
Jangan buat lelaki rasa rimas & lemas..

Latifah said...

tak mahu komen, tapi mahu menyemak. boleh? ^_^
saya cemburu kamu pandai menulis. hehe.
*okay, out of topic*

takky said...

just want 2 ask, suhakam 2 sape??

Mra Mastura said...

suka kate2 last ..

shout kuat kuat said...

OH GOD memang lumrah hidup kan :)

NaNa said...

salam....kamu mmg pandai tulisla...enjoy baca entry2 u...sooooo nice...jeles ni..huhuuuu

Anonymous said...

baru baca posting nih...

OMG...that story sama mcm kes aku...

tp aku pompuan....

kadang2 rasa nk lari masuk utan...

kawan dengan binatang jek...

baru dia xcemburu agaknye....

tersiksa jiwa dan raga... ="(

aku sayang gila kat die..

tapi rimas dengan cemburu tahap gaban nya...

huwaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

that's story same with me..aku pn pompuan jgk.thp cmburu dia membabi buta smpai blh bt aku jd gila..kalau aku mental pn lepas ni blh jd dsbbkn dia..aku xtau nk xplain cmna, tp smua mmbr n adk brdk pn prasan yg dia ni ada mental disorder, hmm mybe..smpaikn di hari pertunagan pn blh jd konflik dsbbkn rasa cmburu dgn abg ipar dia sdgkn aku lgsg x berckp apa pn..dunia2, pyh sgt bercinta.