Tuesday, April 05, 2011

Cinta : Perlukah Diberikan Peluang Kedua?


Epik.
Seseorang pernah menyatakan, sukar untuk memberikan peluang kedua apabila kita sudah punya satu sebab kukuh untuk tidak mempercayai mereka sama sekali sewaktu peluang pertama diberikan. Dipersiakan, dikhianati dan entah apa lagi membuatkan peluang kedua adalah sesuatu yang mustahil walaupun ternyata ada orang yang mampu untuk memberikan sehingga peluang ke tiga puluh dua.

Cinta.
Kasih sayang sesama manusia.
Itu semuanya hanyalah bait-bait perkataan yang tidak membawa sebarang erti sehinggalah datang seseorang yang memberikan makna tersendiri kepada kamu. Setiap orang bahkan merasakan perasaan yang berbeza walaupun mereka mengakui dilamun rasa cinta yang bahagia. Ah, bahagia itu bahkan tidak dapat disukat dan penimbangnya pastilah berbeza berdasarkan insan yang merasainya.
Benar bukan?

Gambar : Ada orang kata cinta sejati tidak akan mempunyai pengakhiran bahagia selamanya sebaliknya, bahagia itu sebenarnya tidak akan berakhir. Kekal.

Senyum.
Kadangkala betapa beratnya sesuatu kesalahan itu, seseorang itu perlu diberikan peluang seterusnya agar dia dapat memperbaiki kesilapan kali pertama yang mungkin terjadi akibat diri yang tidak matang dalam membuat keputusan ataupun pengaruh unsur luar. Tidak semestinya kita mahu terus menghukum mandatori kepada mereka yang menyakitkan itu. Peluang mungkin wajar diberikan agar dalam kesesatan mencari kebahagiaan, ada jalan yang terang dan bersuluh dalam menempuh hidup penuh warna.

Senyum lagi.
Peluang yang entah kali keberapa juga boleh diberikan sesuka hati kita memandangkan kita yang lebih kenal dengan situasi yang berlaku dalam hidup sendiri. Seringkali aku percaya sehingga aku punya kehidupan sendiri dan dapat menentukan apa yang terbaik dalam hidup aku, aku mungkin tidak layak berada dalam lingkungan mereka yang mempunyai hubungan istimewa. Sekali lagi, itu mungkin hanya terbatas kepada aku sahaja. Aku yang masih mencari apakah yang sebenarnya aku mahukan sebagai manusia beku yang acapkali hilang perasaan.

http://farm5.static.flickr.com/4135/4875230470_ed876db54c.jpg
Gambar : Cinta itu sebenarnya tidak buta. Ia hanya membenarkan seseorang melihat sesuatu benda yang orang lain gagal lihat hakikat yang indah. Cuma, janganlah sehingga ia melalaikan serta membutakan kita dari melihat kebenaran. [Kaca mata ini mengingatkan aku kepada seorang teman]

Hubungan istimewa.
Tidak kira ia cinta ataupun sekadar sebuah persahabatan, ia sesuatu yang mustahil akan terjadi begitu sahaja. Ia bahkan mengambil masa, kesabaran, ruang dan manusia yang betul-betul mahu bersama di dalamnya. Yang pastinya, pasti akan berlaku komunikasi dalam sesebuah hubungan kerana tanpa elemen tersebut, ia membenarkan perkongsian pendapat serta menghalang sebarang keraguan ataupun anggapan liar berlaku. Walaupun sedemikian, jika komunikasi berkesan berlaku, kesilapan dalam hubungan kadangkala berlaku apabila hati manusia di dalam hubungan tersebut berubah. Itu sesuatu yang kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Ada sesiapa yang dapat mengawal hati manusia?
Kalau ada, beritahu aku boleh?
Ketawa.

Kita hanya mampu beusaha dan berdoa agar hubungan yang dibina akan menemui kebahagiaan yang dicari. Mungkin setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi dengan hati terbuka dan tidak menyesakkan pemikiran dengan benda lain yang menghalang kita daripada bergerak ke hadapan - meneruskan hidup yang dipersiakan sehingga ada yang terkorban dan dikorbankan. Ia mengingatkan aku kepada seorang teman yang pernah aku hidup bersama pada suatu ketika.

Teman : Kalaulah bahagia itu boleh dibeli pada kali pertama bercinta.
Aku : Kenapa nak beli sedangkan bahagia itu perlu dicari?
Teman : Bahagia itu tidak pernah bersama aku. 
Aku : Jangan cakap begitu.
Teman : Kalaulah cinta itu betul-betul wujud sewaktu aku mula berikan hati.
Aku : Bukankah kau benar-benar dilamun cinta?
Teman : Bahkan aku tidak pernah bersua muka. Aku bercinta hanya dengan gambar serta suara dan kata-kata tanpa melihat wajah penutur bicara.
Aku : Tapi kau bahagia kan?
Teman : Memang. Cuma, kalau dia datang kembali, apakah aku mampu beri peluang lagi?
Aku : Pada siapa? Kau atau dia?
Teman : Pada diri sendiri. Apakah aku mampu berikan ruang pada orang yang melukakan hati aku?
Aku : Mungkin. Terpulang pada kau sendiri.
Teman : Kalaulah dia betul-betul wujud.
Aku : Pastinya dia wujud.
Teman : Aku pernah mahu menangis tatkala peluang pertama musnah begitu sahaja.
Aku : Ah, jangan begitu.
Teman : Pernahkah kau menunggu orang yang kau cinta sehingga lupa rutin biasa?
Aku : Pernah.
Teman : Berapa lama? Ada sampai terpaksa koyakkan kalendar?
Aku : Tidaklah begitu sekali aku rasa.
Teman : Aku pernah dan aku takut kalau dia datang dan muncul kembali, aku tak mampu berlagak sebagaimana biasa.
Aku : Bukankah kau sudah melupakan?
Teman : Kalaulah semudah yang semua orang sangkakan.
Aku : Faham.

Gambar : Kalau ada seseorang dapat menyenaraikan seberapa banyak sebab mengapa mereka mencintai kamu, sebenarnya mereka hanya menyukai kamu, bukan mencintai kamu. Cinta adalah berdasarkan emosi, bukannya definisi.

"Sayangku Shafaza. Kalau kamu semakin hilang diri, aku dan dia mungkin bakal kehilangan matahari kami. Kami tidak pernah melupakan apa yang telah kamu usahakan sehingga kami mampu menjadi suami isteri. Satu sahaja aku pohon dari kau, pulangkan balik matahari kami walaupun sejauh mana kamu lari"

Pesanan yang cukup istimewa itu membuatkan aku senyum dan ketawa hingga mengalirkan air mata. Indahnya hidup sehingga aku tidak punya ruang untuk membencinya. Aneh kerana sejak dua tiga hari ini ada sesuatu yang pernah hilang tiba-tiba kembali muncul semula walaupun keanehannya sudah aku tidak hiraukan dengan sebarang kata-kata tetapi hanya gelak ketawa sendirian cuma.

"Rindu. Rindu nak tengok kamu senyum, rindu nak tengok kamu kepenatan, sibuk dengan kerja, rindu nak tengok kamu tersengih riang setiap kali terpandang wajah-wajah yang memerhatikan kamu. Rindu dengan Zara yang begitu. Tapi tak rindu kena pukul dengan kamu sebab sakit"

Perlukah ada peluang lagi?
Senyum.
Aku sendiri tidak mengerti apakah peluang yang perlu diberikan.

Nota Kaki :
1. Perlu menyiapkan dengan tugasan dan seragam lengkap disebabkan bekerja luar.
2. Panggilan mesyuarat penyelarasan sudah aku terima. Ternyata bakal berpergian lagi.
3. Pastinya gurauan seorang makcik yang aku kenal sejak di bangku sekolah tadi membuatkan aku ketawa riang bila dia menyatakan ramai bujang-bujang di kawasan kerja dia. Ah, petanda nakal kah makcik?
4. Pandangan yang menyatakan bahawa tulisan aku mirip ke arah jiran serumpun kita, aku hanya tersenyum sahaja. Pernahkah kalian baca karya sasterawan Negara?
5. Penulisan kali ini adalah umum ya? Tidak tertumpu kepada sesiapa :)

Zara : Jika seseorang bertanya kepada kita, kita mempunyai dua pilihan sebenarnya. Berkata benar atau menipu dia yang bertanya. Keputusan kita akan menunjukkan sejauh mana kita menghormati orang yang bertanya itu. Jadi, apa pilihan kamu?

24 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

kawan kite pernah bercinta banyak kali. pernah memberi peluang kedua dan ketiga dan seterusnya. kerana hatinya sayang. tapi putus. dan sekarang ntah cinta yang ke berapa belas kali, akhirnya dia berkahwin. dah ade anak dah pun.

miss zizie said...

wah, mendalam. tapi memang adaptasi dari realiti. :) entry ni berjaya membuatkan saya terfikir sejenak. yg pasti hati manusia tak dapat di kawal oleh sesiapa. ;p

Mra Mastura said...

peluang kedua.. mungkin boleh, tapi jangan diulang kesilapan kesalahan.jika masih ad cinta boleh la. tapi jika perasaan tiada, tak perlu menyiksa sama2.. >__<

Raouf Sora said...

kak zara: Ehem...akak ni mcm tau la plak situasi terkini sy..haha..baeklah..meh sy kupaskan sedikit kisah sy ni..hehe..pertamanya sy yg bersalah, kemudian sy x diberi peluang dan ditinggalkan..tetapi kini, tiba2 plak si dia dtg dan meminta peluang kedua drpd sy..ikutkan hati mmg nk jadi kejam dan balas semula..tetapi xpe la..entry kali ni buatkan sy fikir sehinggakan bermonolog sendirian:-
"Tak habis pun madu, tak garit pun sepah untuk aku buang..aku simpan, aku sisipkan..bukan untung disedih kenang, tapi untuk aku ulas, ulas jadi pedoman.."

bergantunglah pd individu utk memberikan atau x peluang yg seterusnya itu..but bare in mind that revenge is not worth it..~:)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Cinta itu akan hadir bila-bila masa. Kadangkala tak perlu tunggu peluang kedua. Ramai manusia fobia akan penantian yang langsung tidak kunjung tiba. Masa silam terus menghantui menyebabkan terlalu sukar mahu melepaskan diri. Dipujuk juga hati.

Kadangkala apabila peluang sudah diberi, masih rasa dikhianati. Rasa tak adil bukan? Ah bukan hak kita untuk bercakap perihal keadilan. Kebahagian itu sentiasa ada. Yang belum dapat mungkin masanya masih belum tiba. Akhirnya, kesabaran itu menjadi penawar.

Aku suka ayat kamu yang ni Zara:

"Kita hanya mampu beusaha dan berdoa agar hubungan yang dibina akan menemui kebahagiaan yang dicari. Mungkin setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi dengan hati terbuka dan tidak menyesakkan pemikiran dengan benda lain yang menghalang kita daripada bergerak ke hadapan"

Begitulah. Jangan putus asa ya. Masih ada sinar menunggu kamu di hadapan :)

niesa said...

Bukan mudah nak mengukur keikhlasan hati seseorang. Sekali teruji susah nak percaya kembali. Biarpun diberi peluang sekali lagi, adakah keadaannya sama seperti yang pertama kali?tak kan..
Bahagia pasti menanti kerana Dia pasti memberi. Berdoa yang pasti. Agar hati tak terselingkuh lagi.

Chill up girl!

ym.ardz said...

memberi peluang ke dua dan mendapat peluang kedua sesuatu yg berbeza, ak sendiri pernah memberi peluang kedua dan entah berapa kali peluang sehingga akhirnya ak menjadi manusia tidak berperasaan, mungkin bukan jodoh ak dan dia jadi peluang2 itu berlalu pergi sebegitu sahaja. tidak salah memberi peluang pada org lain kerna mungkin dgn peluang itu dia mampu membaiki diri nya:)
di beri peluang kedua membuat diri lebih dihargai, jaga dan semai la perasaan itu dan akan berubah agar kesilapan sama tidak berulang lagi, :) apa pun zara ak yakin kau mampu menempuhinya,

Nailah Azman said...

Oh adik beku sayang ..

Dulu akak pernah bercinta sampai 7 tahun with this one guy. Kenal since form 3. Bercinta sampai 7 tahun tahun tahu? Tapi sudahnya? Akak tinggalkan dia sebab akak dah tak larat nak keep giving him chances. Letih. Yang peliknya, lepas tinggalkan dia, it seems like my life much more better.

Now, akak pun dah kahwin and dia pun dah kahwin. We remain friends. ;)

lynna said...

hurmm depend kot kat org tu dan keadaan..
Ada kwn2 yang bercinta, putus, kembali bercinta dan berkahwin..
bukan mudah utk beri peluang kedua kalau hati disakiti, tapi jika peluang itu mampu mengubati hati yang pedih, mungkin boleh cuba dgn peluang kedua :)...

yaya said...

zara. sy keliru. peluang kedua dah habis, terlalu banyak peluang yang sy beri utk dia. hidup sy spt biasa wlpn tanpa dia. tapi kenapa datang lg dlm idup sy? minta peluang, kisah mereka dah habis, dia spt menagih kasih sy kembali. utk apa? syg ttp ada, tipu kalau sy ckp semua tu dh hilang. tapi kepercayaan boleh ke dibina semula? bagaimana? apa akibatnya nanti. sy sgt tertekan.

nama.aku.lynn said...

"Sayangku Shafaza. Kalau kamu semakin hilang diri, aku dan dia mungkin bakal kehilangan matahari kami. Kami tidak pernah melupakan apa yang telah kamu usahakan sehingga kami mampu menjadi suami isteri. Satu sahaja aku pohon dari kau, pulangkan balik matahari kami walaupun sejauh mana kamu lari"


-sangat mendalam ini..tacingsss..
smoga bahagia itu sntiasa utk kamu cikgu ZARA.. :D

misz aisya said...

hye kak!lama betul tak singgah cni..miss u! :p

1. setiap insan berhak dapat peluang kedua kan??

2. berkata benarlah wlau pahit untuk diterima..

MATAHARI said...

aku akan bagi peluang, selagi aku masih sayang dengan dia dan dapat menerima dia seadanya.

dan dia turut mampu meyayangi aku dan dapat menerima aku seadanya.

shafinaz (: said...

Ahah , entry kali nie betul2 buat shaf trsentuh .

Shaf still tunggu untuk dpat peluang kedua dari dia , walaupun dah ad orang lain yang syangkan shaf . Bodohkan ? :')

Puteri Ketenangan^^ said...

peluang kedua? erm, dalam pengertiannya. tidak semua mampu utk lakukan kecuali dengan sayang. dan kata tak semudah rasa, hanya yg mghadapinya tahu erti sebenar peluang kedua itu perlu atau tidak~

tersentuh ngn entry ni~ make me wanna cry !_!

Orked said...

cinta bkn saja memerlukan peluang ke dua, tapi ketiga, keempat dan kesepuluh.

aku pernah memberi peluang dan aku juga pernah diberi peluang. dan kemudian nilaikan bagaimana perasaan memberi peluang dan diberi peluang.

kalau kau bersalah dan kemudian di beri peluang, kau akan merasa semakin bersalah kerana dia terlalu baik shigga sggup memberi peluang kedua.

tp kalau kau benar dan kau memberi peluang, kau meragukan yg mungkin kau membuat pilihan yg slh.

kdgkala kita tahu kita silap, tp kita ttp tdk mahu belajar dr kesilapan.

Firdaus Kasim said...

semua org berhak dapat peluang ke dua.. fullstop!

Entri Terbaru Saya :
Video Seks Anwar : Permainan Politik yang Jijik dan Memalukan!

Fina Roslan said...

terbaik as usual Cikgu.
suka dengan entry ni.
yer, hati apa la kudrat manusia untuk mengawalnya. doa je la yang mampu.

K2r~90 said...

guwa hanye mampu menantikan juduh y hakiki keh2x

Anonymous said...

peluang hanya datang sekali,dan kalau ada kali keduanya pun takkan sama dgn yg pertama...jd hargailah kalau dpt peluang ke 2.

Liza @ Adzriel AB said...

adakala bukan tidak mahu memaafkan tetapi muak bila peluang yg berulang kali diberikan telah dipersiakan.

♫ManB0yz™♪ said...

sy se7 dgn apa yg an0nym0us post. . .peluang kedua xsama dgn yg ptama. . . . .bila tbc entri dlm blog nie. . . .sy tkenang dgn kekhilafan sy yg lalu. . . .sy myesal. . . .smasa bsamanya sy langsung xbfungsi utknya. . .sy tlupa akn janji sy pd dy. . . .tp sy dah jg dy elok2x, tp sy lupa dgn janji sy dkt dy yg sy akn mjaga dy,dan memahami dy,tp waktu sy lupa segalanya. . . .sy xfaham knp sy jd spt itu, sy tlalu ikutkan kt hati, xpcayakn dy dan xbfikir ketika itu. . . .sy mgaku time tu sy xpasti sngt dgn perasaan sy, jujur sy katakan sy xmatang lg ktika itu,sy ego,selfish. . .dan sampai akhirnya sy kehilangan dy. Sy kehilangan cinta sy. . .kiteorg clash, dan dy ckp dkt sy. . .sy sengsara dgn awk. .kita puts sjalah. . . .padan dgn muka sy. . .:c .selepas dy pg tinggalkan sy,sy rasa sy kehilangan sesuatu yg sngt bmakna dlm idup sy. . . .bru sy faham erti memiliki dan kehilangan. . . .sy tahu sy silap mmg patut dy tinggalkn sy. . . .selepas kehilangannya sy bnyk belajar. . . .dr kesilapan lalu. . . .sy cuba nk jd matang bkali2x,sy cuba buang ego sy. . . .rupanya susah. . . .tp akhirnya sy bjaya mjdi manusia yg xego lg,yg xselfish lg. . . . .bnyk. . . . .sejak hr tu sy cuba nk dptkn blik cinta sy. . . .gagal, gagal, gagal dan gagal, bnyk benda sy try utk dpt dy blik. . . .tetap shj gagal,sy menantikn dy slama 4tahun sehingga skrg,ntah dy ingt lg ke x msg trakhir sy,yg sy akn tunggu dy. . . . .. . . . . .sampai skrg tiada jawapan. . . . .dan skrg dia pun dah berubah dah xspt dulu lg. . . . .dy dah jd spt sy yg dulu. . . . .setiap malam,setiap saat slepas solat 5waktu, sy bdoa agar sy dberikan peluang kedua sebelum sy menutup mata. . . .sy sngt perlukan dy ketika ini. . . . . . .dan skrg bru sy sedar rupanya. . .
.sy tlalu mcintai dia. . . . . . . .tp syg semuanya sudah tlmbt. . . .dy skrg xspt yg dulu lg. . . .dy xnmpk betapa sy sngt mcintai dy. . . . .sy slalu mengikuti pkembangan dy sama ada dr fb atw tempat kerja dy. . . . .sy tahu sy xkn dpt peluang utk yg kedua lg. . . . . .tp sy cuma nk dy tahu. . . .sy dah berubah. . . . .dan sy sngt mcintai dy. . .sy sedia korbnkn idup sy bsama dy. . . . . . .maafkn sy. . . . .mungkin sy xsempurna utk awk yg sempurna dmata hati sy. . . . .''hasmiati al hasim''. . . . .

Anonymous said...

mohon share untuk disisipkan kepada orang yang telah berulangkali diberi peluang tapi mensia-siakan..

Anonymous said...

Macam mana Kalau suka sama suka tapi masing-masing ada partner yg da bersama lebih 5 tahun ?