Friday, April 22, 2011

Kau Dan Dia - Akuilah Manusia Aneh.


Aneh-aneh sahaja manusia yang melata atas Bumi ini.
Apa yang ditutur di bibir yang mungil, basah dan berminyak (?), tidaklah sama dengan hati yang mendesak dan bagaikan mahu melompat keluar menyatakan kebenaran. Ah! Mengakulah yang apa yang terkeluar dari mulut itu, kalau dapat lima puluh peratus tepat pun dah boleh gantung orang.
Katanya.

Gambar : Dengan satu sentuhan, semua orang mampu menjadi pemuisi. Mereka tidak gemar untuk tidak menunjukkan kecintaan mereka. Punca sebenar cinta tidak pernah berjalan lancar. Cinta sesuatu yang mudah. Cinta sendiri jahat. Tiada pari-pari yang jahat, tetapi itulah cinta itu sendiri. - (terjemahan William Shakespeare)

Kau kata kau cinta dia.
Dia tanya balik pada kau, kenapa kau cinta dia.
Kau kata cinta tidak perlukan sebarang alasan.
Dia kata, cinta mesti ada penyebabnya.
Akhir sekali, kau pandang kanan, dia pandang kiri, penuh rasa tidak puas hati.
Ah! Soalan keanak-anakan pun mahu jadi bahan gaduh.
Gila.

Dia kata dia sayang kau.
Kau pula kata, sayang itu semua orang pun boleh.
Dia tanya, apa maksud kau.
Kau nyatakan sayang itu macam sayang makcik sebelah rumah, jiran tetangga dan mungkin juga kucing.
Dia kata dia sayang kau lebih dari semua itu.
Bila kau tanya dia, dia sayang kau lebih dari Tuhan juga ke?
Dia diam.
Kau diam.
Dia tenung kau dan keluar sepatah perkataan, "Celaka!"

Kau hantar pesanan pada dia, "Awak, saya rindu".
Dia balas, "Tadi baru bertemu".
Kau kata lagi yang rindu itu tidak pernah berakhir.
Dia tanya, masa tidur pun kau teringat dia?
Kau kata, mestilah ingat orang yang paling kau sayang, paling kau cinta.
Dia ajukan lagi soalan, "Awak memang ingat saya setiap masa?"
Kau dengan tegas menyatakan, "Mestilah! Setiap detik pun saya rindu awak sahaja"
Dia balas dengan tulisan besar - "KALAU MASA SOLAT PUN AWAK RINDU SAYA, JAHANAM HIDUP KITA NANTI"

Gambar : Kita boleh lihat dengan jelas yang manusia akan berubah. Ya, dalam masa kurang seminit pun manusia boleh berubah, apatah lagi dalam masa 24 jam, seminggu, sebulan, setahun, dan sebagainya. Kau, dia, aku dan sesiapa sahaja - sama ada kita memilihnya, atau kita terpilih.

Dia suka senyum-senyum pada kau.
Kau buat muka pelik.
Dia tanya kenapa.
Kau kata tiada apa-apa.
Dia senyum lagi.
Kau mula bengang.
Dia buat muka penuh tanda tanya.
Kau kata, "Saya tahulah saya lupa mandi masa nak jumpa awak"

Kau kata kau perlukan dia.
Dia kata, itu cuma kehendak kau sahaja.
Kau kata lagi, "Saya perlukan awak macam saya perlukan makanan"
Dia lari dari kau jauh-jauh.
Kau kejar dan tanya kenapa.
Dia kata, setakat makanan, mesti nanti kau akan berakkan dia keluar macam makanan jadi tahi.
Kau ketawa.
Dia masam muka.
Kau diam.
Dia sudah jadi cuka.

Tapi itulah.
Kau dan dia memang aneh.
manusia kan pelik?
Kau berdua cuma sebahagian dari keanehan manusia.
Noktah.

Nota Kaki :
Sibuk sepanjang hari lagi.

Zara : Aku bakal hilang lagi minggu hadapan. Jaga diri semua.

21 comments:

syAzAnA said...

aneh. memang pasangan yang aneh. wujud keh pasangan nie?

hana devushka said...

penuh makna puisi ni..i like~
^_^

b a m b a m ' s said...

Kau kata kau perlukan dia.
Dia kata, itu cuma kehendak kau sahaja.
Kau kata lagi, "Saya perlukan awak macam saya perlukan makanan"
Dia lari dari kau jauh-jauh.
Kau kejar dan tanya kenapa.
Dia kata, setakat makanan, mesti nanti kau akan berakkan dia keluar macam makanan jadi tahi.
Kau ketawa.
Dia masam muka.
Kau diam.
Dia sudah jadi cuka.



hahahah!nice one! :P

dindingkosong said...

hehe!terbaik...

hazwani said...

makin lama saya makin xpaham dengan penulisan akak....cara yang lama lg baik rasanya....

LORD ZARA 札拉 said...

@syAzAnA

wujud.
dan ramai.

LORD ZARA 札拉 said...

@hana devushka

err..
ni consider as puisi ke?

LORD ZARA 札拉 said...

@b a m b a m ' s

ha ha ha.
ouch!

LORD ZARA 札拉 said...

@dindingkosong

thanks dear!

LORD ZARA 札拉 said...

@hazwani

salam.
awak mungkin baru baca blog ni kot?
Ni cara lama yang kak tulis.
bukan cara baru~

:)

LORD ZARA 札拉 said...

@hazwani

Plus.
ID awak tak available :)
Thanks.

Tunjukkanlah profile yang available ya?

ticnube said...

alololo cam sweet jerk.. tp jd taik tuh lagi sweet hahha..comel jerk kan

b a m b a m ' s said...

zara.. cik bambam nak share yer.. :)

credit kat kamu nanti!

Panglima Muda said...

aku dah hilang rindu

tasekM said...

salam zara.

selalu x bole bukak blog yu nih.
pehal yek..?






z168

cikmimmie said...

zara, sy sangat suka denga tulisan awak..penuh dengn maksud tersirat.. =)

APi said...

puisi itu datang dari kotak hati yang ingin meluahkan rasa diri..
pandangan dari insan kerdil ini..

cinta..
macam macam kerenahnya..
kerana ianya melibatkan manusia..
kerana manusia itu aneh sifatnya..
kerana itu kita bergelar manusia..

redbean said...

yeah.

byk bertanya itu dan ini, banyak membuat tanggapan sendiri

itu punca air tenang menjadi ombak tsunami :)

gadismu said...

terkena.sayang mengatasi segalanya. :)

Amni said...

memang tak la ingat pasangan kita 24 hours,,, juga takkan rindu sentiasa.... juga... tak kan perlu pasangan kita sentiasa.. itu aku dan tunang aku.. tunang alu siap cakap lagi... ada benda kena handle sendiri..

tp.. tak dinafikan.. ada saatnya, sangat rindukan dia, sangat perlukan dia... huhu... itu aku rasa normal... especially bila stress... hoho...

rindu nak jumpa ko shafaza...

nurbalqis yusoff said...

huhu..macam kisah saya dan dia...