Friday, April 01, 2011

Kenapa Membenci Bila Kasih Sayang Ada Lagi?


Manusia memang pelik.
Begitu banyak kasih sayang di atas dunia ini, mereka masih memilih perasaan benci sebagai kekuatan dan sumber tenaga untuk hidup. Bila kebencian adalah sumber tenaga terbaik mereka, kasih sayang dan perasaan yang menggembirakan bukan lagi satu benda yang menjadi nikmat. Benci, muka bengis, bibir melengkung dan dahi berkerut adalah satu kebanggaan.
Aneh.

http://farm5.static.flickr.com/4086/4969156817_c9b827c64e.jpg
Gambar : Mungkin dengan menjadi diri sendiri adalah penyebab kenapa ramai orang menjadikan sifat membenci itu adalah makanan ruji bernutrisi tinggi bagi mereka.

Dengan semua benda baik yang pernah terjadi dalam hidup aku, aku berusaha jadi manusia yang tahu bersyukur. Dengan semua benda yang kurang baik, aku berusaha untuk jadi manusia yang lebih kuat. Apakah itu juga merupakan satu kesalahan? 
Senyum nipis.

Bila manusia beku ini sudah melepaskan semua kasih sayang yang ada dalam diri, membiarkan kebahagiaan diri sendiri dirampas, menahan air mata tidak mengalir dengan mendongakkan kepala ke atas langit, apakah lagi yang kamu mahu cederakan dia ini? Pertahanan terakhir juga mahu dirobohkan dengan kata nista walaupun dia ketawa?

Ah, anjing tidak akan menggigit manusia yang dia kenal, jadi setakat kata nista mereka yang tidak kenal itu, umpama anjing yang menyalak, tidak meninggalkan kesan kecuali bingit sahaja. Tiada luka. Tiada nestapa, cuma bila terlampau lama menyalak, gatal juga telinga mendengar. Penat juga mata memandang. Kendatipun, hati sendiri bagaikan dilarang melarang dari menjengukkan kepala, tetapi kasihan juga. Apakah perlu membaling tulang biar tersengkang supaya senyap dan bergolek manja?

http://farm5.static.flickr.com/4060/4479788375_9daa4e82a4.jpg
Gambar : Sedangkan begini sekalipun, ada manusia yang tidak mahu kenal erti kasih sayang dan hidup. Anehnya manusia.

Kawan : Dia rasa marah lagi pada kau.
Aku : Marah kenapa? 
Kawan : Sebab dalam mata seseorang itu mungkin ada kau lagi.
Aku : (ketawa) Itu benda paling mustahil pernah aku dengar.
Kawan : Entahlah.
Aku : Kegembiraan aku, senyuman aku semua dah dibawa pergi. Apa lagi yang dia nak supaya dia boleh gembira dan bahagia? Nyawa aku pula?
Kawan : Ini bukan benda main-main.
Aku : Siapa kata hidup satu permainan? Hidup juga bukan satu perjudian. 
Kawan : Kenapa bukan perjudian?
Aku : Sebab kalau perjudian, aku pernah kalah besar. Dua kali aku kalah besar.
Kawan : Tapi akhirnya kau untung semula kan?
Aku : Untung aku pun aku tak dapat benda yang sama.
Kawan : Itu lebih baik kan?
Aku : Taruhannya hidup aku sendiri. Kesenangan aku sendiri.
Kawan : Sakitnya sendiri juga.
Aku : Tahu pun kau. Jadi dia nak apa lagi? Nak ajak aku berjudikan nasib aku pula? Nak dapatkan apa lagi dari aku? Aku dah beri semua.
Kawan : Mungkinkah ada lagi sisa perasaan tu?
Aku : Maksud kau cinta?
Kawan : Ya.
Aku : (ketawa) Kau tahu kenapa aku jadi lebih beku dari dua bulan terakhir tahun lalu?
Kawan : Kenapa? Salju yang diukir dalam hati kau tak dicairkan?
Aku : Bukan. 
Kawan : Habis tu?
Aku : Segala kasih sayang dalam hati aku, aku dah lepaskan. Manusia macam aku yang kau lihat sekarang ini sudah hampir tiada perasaan. Apa lagi yang mahu diperah dari sisa tenaga terakhir aku?
Kawan : Kebencian mungkin yang ditagih.
Aku : Maaflah. Manusia macam aku tak pandai benci orang.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau aku mula membenci orang, aku tidak akan berpaling lagi tengok siapa dia.
Kawan : Jadi, itu mungkin yang dia mahukan.
Aku : Benci orang?
Kawan : Ya.
Aku : Maaf. Aku memang tidak berpaling lagi. Bukan sebab aku benci, cuma aku tidak tegar dikhianati sekali lagi. Cukup sudah apa yang aku lalui.

Gambar : Hidup ini perlukan kegembiraan tahu? Senyumlah.

Adakah aku perlu melukakan hati orang yang pernah melukai aku supaya dia tahu betapa sakitnya hati apabila dilukai? Kadangkala perlu, tetapi aku memilih untuk terus hidup dengan gembira tanpa perlu membiarkan hati aku menjadi tanah yang subur buat iblis dan syaitan menanam rasa benci yang tidak bertepi. Hidup baik-baik sahaja semua. [Boleh baca Tumblr aku]

Nota Kaki :
1. Hari terakhir MSSD.
2. Mahu berkayuh atau tidak esok? Kena tengok kekuatan badan aku malam nanti.
3. Rindu kawan-kawan jurulatih koko.

Zara : Aku tidak tegar memuaskan hati semua orang. Maaf.

10 comments:

Shairazi Saidin said...

Tapi kalau tiada perasaan benci, tidak indah dunia ni. Benci ada sisi baiknya seperti, bencia akan perkara yang dimurkai Allah. Tapi benci dalam bersilaturrahim akan membawa petaka. SENYUM satu cara menghapus benci. Setuju??

Latest carut: http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/04/webcam-dengan-bruno-mars-ko-mampu.html

Mra Mastura said...

akak mcm sedih. xmahu lah. take care ye. tp betul lah. x elok kan nak benci org.mra pn tarik balek kate2 nak benci someone tu. biarlah dye hidup dgn cara dye and such. jage diri, penat, sile rehat :)

oreo oreo said...

kak zara sayang, be strong. always okay!iloveyou.

entry ni sangat ada maksud tersirat.

take care kak zara.

they will be someone for you. =]

fatt said...

hi zara,
i suka entry ni..dan setuju dgn apa yg ditulis. myself penah rasa nak benci dan sakiti org tu tp lastly i rasa lantak dia la...i percaya hidup ni karma dan kita tak payah susah2 nak buat dia sakit hati coz itu sume kerja Tuhan. we must let go the anger and hatred to become a happy person. somehow, org yg buat salah tu akan sendiri rasa bersalah at the end. dan dia pasti akan dtg balik utk minta maaf..by that time, tpulang la nak buat apa.

misz molecule said...

kak zara...


kdg2 sy pun cuba utk mmbenci org yg tlah byk kli lukakan hati ni..


tp mmg sy ni bkn jnis mncri solution dgn mmbnci org..


tp sy mudah mmbuka hati balik..


pdhl luka ni dah byk kli bnanah..


siyezly sy jealous org lain nmpk lembut tp dlm kental..tp sy luar nmpk tabah, dalam mcm hampeh..


pe2 pun, sy cuba mmtgkan dri..think positive

Raouf Sora said...

kak zara: kami tau akak mampu terus berdiri lagi..senyum ni umpama satu magis yang penuh dengan keajaiban..keajaiban yang bagaimana kita mahukan, itu kita sendiri yang tentukan..~:)

p/s: kalau ada kesempatan, sy nk buat 1st vlog dan akan menyentuh tentang blog akak ni..hehe..dan akan diselitkan juga lagu 'Senyum'..~;D

Raouf Sora said...

kak zara: kami tau akak mampu terus berdiri lagi..senyum ni umpama satu magis yang penuh dengan keajaiban..keajaiban yang bagaimana kita mahukan, itu kita sendiri yang tentukan..~:)

p/s: kalau ada kesempatan, sy nk buat 1st vlog dan akan menyentuh tentang blog akak ni..hehe..dan akan diselitkan juga lagu 'Senyum'..~;D

cEro said...

kenapa membenci bila kasih sayang ada lagi?
sebab membenci lagi mudah, kerana ianya penolakan..
penolakan mencetuskan ruang kosong.
ruang kosong bermakna tidak rumit..

tapi mereka yang membenci rugi..
kerana kasih sayang itu lagi bererti..

ishiko said...

sis zara memnang seorang yg kuat..
ai salute u lah.. >_<

nur sharfatin che abdullah said...

sebab hanya perasaan benci mampu memadamkn perasaan cinta yang amat !