Friday, April 08, 2011

Orang Yang Tidak Setia Itu Bodoh Katanya.


Setia.
Kata orang, itu antara inti pati penting dalam suatu perhubungan. Antara faktor yang memungkinkan suatu hubungan itu menjadi istimewa, menjadi lebih bermakna apabila dua hati yang saling memerlukan, diikat sentiasa tanpa mahu menoleh ke arah unsur luar yang boleh menggugat kebahagiaan. Tetapi, apakah cukup hanya dengan sekadar kesetiaan?

Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh. Aku ketawa sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ah, tidak perlu dijawab, statistik boleh menunjukkan angka yang membuatkan mata kita tercopot keluar dari kelongsongnya.

Tetapi, seseorang yang menyatakan demikian, curang pula pada perempuannya. Berpaling kepada wanita lain sedangkan perempuannya masih tegar menunggu dan menahan luka yang dalam. Perempuannya dengan bodoh percaya akan janji yang terbina walaupun ternyata, pada lelaki itu, menyukai perempuannya adalah kesilapan kerana cintanya milik wanita lain pula.
Aneh.
Tapi itu manusia.

http://farm3.static.flickr.com/2639/4135952994_36e54ceb6e.jpg
Gambar : Aku tidak akan diskriminasi mana-mana pihak. Boleh jadi kedua-dua akan curang bukan?

Kita kadangkala akan menangisi kecurangan seseorang itu.
Persoalannya, perlukah kita melakukan sedemikian rupa?
Jawapan aku mudah sahaja, terpulang.

Kebelakangan ini, menjawab soalan yang ditanyakan kepada aku di Mukabuku, banyak yang sedang curang sebenarnya. Curang pada kekasih hati dengan punya kekasih lain di belakang walaupun dikaburi dengan gelaran kawan rapat ataupun curang kepada diri sendiri.
Manusia ini, ah, rumit.

Curang kepada pasangan.
Kalau dilihat kepada aspek ini, menimbun sebenarnya faktor yang menyebabkan manusia akan berlaku curang. Kadangkala faktor diri sendiri, dan juga persekitaran serta pasangan itu juga. Tetapi, soalannya, mengapakah membiarkan hati berpaling tadah dengan faktor luar? Adakah kerana silap membuka dan memberikan hati kepada orang yang tidak sepatutnya? Aku ingin membawa kalian kepada suatu situasi di mana aku merasakan, kedua-duanya mungkin kurang setia atas beberapa faktor yang kalian sendiri boleh menelah.

HT : Zara, saya ada masalah.
Aku : Apa dia?
HT : Saya dan seorang kenalan di tempat kerja agak rapat. Selalu tolong saya kalau ada apa-apa masalah. Tunang saya jauh, jadi dia memang tak dapat nak bantu saya kalau saya memerlukan. Hubungi saya pun kurang. Tetapi, dengan kenalan di tempat kerja ini, disebabkan jarak yang dekat, membuatkan dia tolong saya dan kami menjadi rapat. Dia dah tahu saya bertunang, dan saya juga dah ingatkan dia, tapi sejak kebelakangan ini, kami jadi lebih rapat daripada biasa.
Aku : Jauhkanlah diri.
HT : Dah cuba, tapi kenalan tu kata, buat apa jarakkan diri.
Aku : Lebih baik jarakkan diri sebab takut juga kalau berlaku apa-apa.
HT : Dah cuba, tapi kalau dia tiada, saya akan bosan dan tiada sesiapa. 
Aku : Er, baik.
HT : Tunang saya semakin lama makin jauh. Dia kata, masa bertunang tak payahlah hubung selalu sangat dan dia juga sibuk dengan kerja dia.
Aku : Er, bila nak kahwin?
HT : Belum pasti lagi.
Aku : Oh, baik.

Curangkah?
Tidak setia?
Entah.

Manusia memang kerap sunyi dan kadangkala, tidak mengerti apa maksud kesunyian yang melanda mereka. Akibatnya, manusia mula memandang ke arah lain dan merasakan cukup bosan dengan apa yang ada dengan mereka. Bukankah kita bersetuju bahawa manusia memang tamak dan setiasa dahagakan kegembiraan? Cuma, kadangkala, akibat memburu terlampau banyak, kita akan juga kehilangan dan kalah terlampau besar. Natijahnya pahit, kita mungkin akan ditinggalkan bersendirian untuk jangka masa yang kita sendiri tidak pasti atas kelalaian dan kesilapan sendiri.
Sakit?

http://farm4.static.flickr.com/3254/2672901385_72665402b7.jpg
Gambar : Kita tidak tahu bila kegembiraan dan hidup kita akan berakhir. Sepatutnya, gunalah ia sebaiknya selagi boleh. Kalaulah pada diri kita terpampang tarikh luput, pasti semua orang akan terkejar-kejar lebih daripada biasa bukan?

Curang kepada diri sendiri.
Ini yang hampir sebilangan daripada kita tidak menyedari hakikat yang paling menyakitkan dan membunuh dalam diam. Kita curang pada diri sendiri dengan membiarkan apa yang kita lalui dalam hidup ini mengkhianati kita dalam senyap. Ibarat tumor, kanser dan sebagainya, pada satu tahap tidak dapat diselamatkan dan akhirnya kita yang terkorban akibat kesilapan, keegoan dan kelemahan kita sendiri.

Itu lebih memeritkan kerana, kita sendiri yang membuatkan diri terjerumus ke dalam lembah kepayahan dan terpaksa memanjat keluar agar kita terus bernyawa. Aneh bila manusia lebih banyak membuatkan diri mereka sakita akibat tidak setia dengan diri sendiri. Tidak berpegang dengan apa yang mereka percaya dan janji yang mereka ingin kotakan. Ah, kota roboh sebelum sempat dibina katanya.
Ketawa.

Hidup kita, kita yang tentukan.
Kalau kita tidak mahu orang lain curang kepada kita, nah, jangan tidak pernah setia.
Karma itu terjadi tahu?
Senyum.

Nota Kaki :
Bakal sibuk sepanjang hari lagi.

Zara : Jangan cepat mahu memutuskan hubungan tanpa mahu berfikir terlebih dahulu. Cuba duduk berbincang dan cari akar masalah tersebut. Bukankah komunikasi itu penting?

19 comments:

Mra Mastura said...

pokok pangkalnya, kalau da berpunya, kene sentiasa ingat kita ada yang punya. xde la timbul hal jauh atau sunyi. >___< hati kita, kita yg teguhkan sendiri kan? :) smile jumaat.

suffer8zine said...

setuju, communication itu penting

Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun

♥NiniHartini♥ said...

bf sy curang dgn sy sbb bosan kot ada awek tp x leh dibawa dating. tu yg dating ngn awek lain. tp xpe, terpulang pd dia. yg pntg diriini masih suci tika bersamanya.hehe

kira kekuri said...

owh kiranya,baik men'jarakkan' hubungan dengan kenalan dia tuh,tuk menjaga ikatan pertunangan yg sudah ada :)

Orked said...

sy mempunyai pndapat yg mgkin agk sama mcm kamu (maaf kalau slh). dr dulu lg sy tak rasa perbuatan curang ini slh sbb pd sy buat apa bersama kalau ht dah tak suka? sy tidak marah bila teman lelaki sy curang, tp sy marah bila dia menipu sy dgn berlaku curang, sbb bila dia curang maknanya dia sdh keliru dgn perasaan dia pd sy. jd kenapa nak teruskan hubungan dgn menipu sy? berbeza bkn?

pd sy jika dah tak suka sy, sila berdepan dgn sy dan beritahu sy. sy terima. drpada kena tipu baik bgtahu sy yg dia tak suka sy lg.

:)

♥CIK SHA♥ said...

SETUJU!komunikasi sangat penting dalam sebuah perhubungan..

DiNa-DiaNa said...

dina lega mendengar.."hidup ini karma..."

dia akan dpt apa yang sepatutnya bagi dia..dan aku juga pasti akan dapat apa yang sepatutnya bagi aku..

thanks cik zara~~

enasan said...

ku x mahu mencurangi diri sendiri lg...lalalalala..hai zara..

yaya said...

zara. bila zara cakap terpulang, perkataan itu yang sy sering tujukan. terpulang pd dr sndr, pd dia sama ada mau setia atau tidak. at the end, dia yang memilih bgitu. tidak disalahkan semua pada dia, sbb sebenar ialah kecurangan dr sndr yang lebih nyata. tengs for da entry. sy sgt mengagumi zara :)

Amy Yussiela said...

susah sgt ke pon ntah nk setia???huhuh..

FootNote said...

"komunikasi itu penting" setuju, komunikasi itu memang sangat, sangat penting

emilyrockz said...

salam,
mungkin pendapat masing2 berbeza.. bagi saya tak salah kalau pasangan punya pilihan hati lain tapi kena berterus terang dan jangan menipu.. i mean..selagi belum bergelar isteri/suami.. tak salah cari apa sebenarnya yang hati kita inginkan..

tapi yang salah bila kita sakitkan hati orang lain dan menipu dengan alasan nak jaga hati pasangan.. =)

أكرم حسني said...

:(

Erry said...

nice topic....

Kakni said...

Suke Topik nie :)

Sir Pök Déng said...

Orang yang nak curang ni akan set-up jerat menggunakan kelemahan pasangan. Paling simple punya example, provoke sahaja sense of jealousy dia. Provoke sampai dia marah (yang ni dah masuk jerat). Bila dia marah, cakap dia tu panas baran. Kemudian mintak break. Masa orang yang ditinggalkan itu cuba nak dapatkan balik bekas kekasihnya, si curang akan ungkit salah-salah lama si dia. Si curang akan buat unsur dramatik bahawa sikap-sikap buruk orang yang ditingalkan itu membuatkan dia tak tahan dengannya.

Yang paling penting, si curang yang bagus tidak akan sebut secara jelas atau hint berkenaan orang ke-3 yang menjadi punca keretakan hubungan tersebut. Si curang akan mendedahkan identiti orang ke-3 tersebut apabila ketegangan hampir reda.

Si curang tidak semestinya lelaki. Wanita juga boleh jadi begitu, khususnya yang mempunyai sifat fizikal yang menawan.

Si lelaki pula, tidak perlukan rupa untuk menjadi curang. Walau muka tongkang pecah sekalipun, janji ayat manis dan poket tebal untuk sustain perbelanjaan semasa dating.

Selamat mencuba semua bakal si curang!

blog-tips-kurus said...

bagusnya ulasan Sir PD itu.
*jangan jadi jahat! :-)

mamai said...

pakcik setia alam ajer

Anonymous said...

Setuju bebeno para yg last skali tu....