Tuesday, May 24, 2011

10 Perkara Yang Membencikan Ketika Peperiksaan


Dah masuk minggu ketiga peperiksaan. Setiap kali kalau peperiksaan, setiap kali itu jugalah melihat pelbagai drama yang sejak dahulu tersaji di hadapan mata. Dari zaman menjadi seorang murid, pelajar sehinggalah mahasiswa dan juga guru sekarang ini, ceritanya masih sama. Cuma pelakon sahaja berbeza mengikut keadaan dan masa.

Gambar : Jam yang berdetik, kerusi dan meja juga memberikan sumbangan sewaktu peperiksaan tahu?

1. Pengawas peperiksaan berdiri sebelah dan tengok jawapan aku.
Choi!
Benda begini bila berlaku adalah agak kurang menyenangkan. Habis kaku segala tangan aku nak menulis, otak aku jadi beku dan entah mengapa aku akan menggelabah. Rasa tidak kena bagaikan jawapan yang ditulis itu entah betul atau tidak apabila diperhatikan. Kalau masa sekolah dulu, cikgu yang suka berhenti sebelah meja aku sewaktu peperiksaan adalah cikgu Matematik Tambahan. Dalam banyak-banyak pelajaran, kertas paling membunuh ini memang kegemaran dia berhenti sebelah aku.

Cikgu : Betul ke jalan kerja tu?
Aku : Er, er, er... (sambil mata melingas tengok kertas)
Cikgu : Macam salah je.
Aku : Ye ke? (mata terus tengok kertas lagi tekun)
Cikgu : Tengoklah kalau ada betul ke salah tu. (berlalu pergi)
Aku : (terus mencari dan akhirnya bila tak jumpa, terus buat soalan lain)

Aku sekarang amatlah kurang berjalan dari satu meja ke satu meja sewaktu menjaga peperiksaan. Lebih suka berdiri di belakang kelas dan perhatikan murid. Lebih senang demikian kerana segala pergerakan mereka dalam pemerhatian. Lagi pula, aku ada sedikit kelemahan tidak boleh membaca jawapan salah. Nanti nak sahaja aku beritahu budak jawapan yang betul. Itu dah kira menipu masa peperiksaan eh?

2. Budak sekeliling minta jawapan (serta barang) aku.
Ini bergantung kepada mata pelajaran dulu. Aku pelik kenapa orang nak tanya jawapan aku, sebab aku bukannya pandai dan kau pula berikan isyarat nak minta jawapan (kira meniru aku la tu) dalam peperiksaan. Malangnya aku nak tolong pun tak boleh sebab aku pun kurang percaya dengan jawapan aku lebih-lebih lagi kalau soalan yang perlukan mengarang esei. Memang panjang aku tulis, tapi isinya mungkin bukan setakat ke laut, tapi ke Jurang Mariana terus. Contohnya Sejarah aku dahulu.
Ketawa.

Kawan : Kedekutlah kau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Orang minta jawapan tak bagi.
Aku : Itu kira meniru.
Kawan : Ala, tolong kawan-kawan.
Aku : Aku sendiri pun tak tahu buat.
Kawan : Aku nampak kau tulis panjang.
Aku : Kau pernah dengar menggoreng dan merapu dalam kertas?
Kawan : Kau goreng kertas kau?
Aku : Mestilah.

Sekarang ini aku tengok budak boleh main tukar-tukar kertas jawapan semasa peperiksaan. Kalau aku tangkap, sama ada aku koyakkan ataupun aku akan ambil gambar. Senang terus jadi bahan bukti kalau ada perkara berbangkit di kemudian hari. Senang hati aku.

Lagi satu kalau tak minta jawapan, mesti nak minta pinjam barang. Dari pemadam getah, pemadam cecair, pembaris, pengasah pensel, mesin kira, ubat pensel mekanikal (ala, yang karbon halus melidi tu) ataupun minta pinjam pen disebabkan asyik menulis terus habis dakwat. Bila ada pergerakan dan bisikan, bisikan ini pastilah pengawas peperiksaan akan menumpukan perhatian pada kita secara tiba-tiba. Sumpah tak selesa.

http://farm5.static.flickr.com/4072/4717323069_5dce6b16fa.jpg
Gambar : Aku selalunya ada pemadam, pembaris dan segalanya sebagai tambahan, supaya bila orang pinjam, dia boleh terus pegang sehingga habis peperiksaan. Kalau tidak, membingitkan sahaja sepanjang peperiksaan.

3. Orang sekeliling baca soalan kuat-kuat.
Apa barang?
Lain kali masa tulisan jawapan tu yang kau sebut kuat-kuat macam  baca pesanan ringkas sambil tersengih-sengih tu. Baru betul. Ni yang kau baca soalan kuat-kuat, apa kau ingat sesi menghafal soalan ke? Lagi satu, paling menjengkelkan, kalau kau sedang berada di soalan pertama, tetapi orang sebelah kau sedang baca soalan nombor empat atau lima. Oit! Itu sumpah mengundang sumpah seranah berbakul tahu?

Budak : Kalau kita mahu menggunakan mancis, perkataan yang sesuai...
Aku : Syhhhh...
Budak : Menggores? Mencarik? Menggaris?
Aku : Syhhhh...
Budak : Tak pernah dengar perkataan mencarek ni.
Aku : Oi, diamlah! Aku nak jawab juga!

Aku terjumpa seorang murid begini minggu lepas.
Hampir sahaja dia dibaling keluar oleh tiga puluh empat murid yang lain tidak termasuk seorang guru muda yang berbadan gempal tetapi rasa dirinya comel sewaktu berdiri di depan cermin setiap pagi. Ala, aku mengaku, aku lah tu.
Heh.

4. Bunyi tapak kasut pengawas peperiksaan berjalan.
Boleh duduk tak cikgu?
Boleh diri hujung sana sahaja tak encik atau puan? (kalau di universiti)
Ini biasanya pengawas peperiksaan perempuan dengan kasut tumit tinggi mengalahkan artis membuat pertunjukan fesyen. Tapi kalau ada seinci sahaja pun sudah boleh buat bingit memandangkan kebanyakan kelas adalah berlantaikan simen ataupun marmar (jubin). Memanglah keletuk, keletuk, keletuk, sampai satu tahap kalau bengang boleh rasa nak bangun dan menjerit.

http://farm3.static.flickr.com/2568/4068882246_5c2d1b2cff.jpg
Gambar : Dulu aku pernah terganggu dengan bunyi kasut pengawas peperiksaan sehingga terpaksa menekan kalkulator dengan bersungguh-sungguh supaya pengiraan aku tidak bercampur aduk dengan derapan kaki dia. Gila aku ni.

Bila sekarang ini aku menjadi seorang guru, aku pastikan aku memakai kasut tapak rata supaya tidak menimbulkan bunyi yang mungkin akan mengakibatkan anak murid aku tertekan seperti aku dahulu. Oh ya, bukan setakat pengawas peperiksaan wanita sahaja, pengawas peperiksaan lelaki juga, lebih-lebih lagi kalau kasut mereka mempunyai besi. Rasa nak tawarkan diri jadi tukang kasut dan buka ladam tersebut. (Gila kronik kalau dengar bunyi semasa peperiksaan).

Oh ya, pengawas peperiksaan juga tidak perlu berjalan dan mengheret kaki di lantai. Kita bukan berlakon cerita seram yang memerlukan bunyi seretan kasut (kecuali kalian ada sebab kesihatan dan sebagainya, itu dimaafkan).

5. Budak jatuhkan barang semasa peperiksaan.
Bayangkan kau sedang seronok menjawab soalan peperiksaan dan tenggelam dalam kesibukan menulis jawapan disebabkan ilham datang membuak-buak. Tiba-tiba, GEDEGANG!

http://farm4.static.flickr.com/3035/3026801010_d6b2b95009.jpg
Gambar : Choi! Gunakan bekas kain, boleh tak? >.<"

Bekas pensel besi adalah yang paling membingitkan kalau jatuh di atas lantai. Ia merangkap sekali bekas peralatan set geometri, botol air dan sebagainya. Tetapi aku paling sakit hati kalau bekas pensel besi yang jatuh. Sudahlah bunyinya bingit dan memeranjatkan (lebih-lebih lagi kalau kau kuat melatah macam budak yang pakai kaca mata bingkai hitam tu), barang-barang semua berterabur atas lantai. Masa inilah nak tengok mana pembaris tercampak, pen bergolek ke mana, dan segala macam harta benda lain. 

Ini peperiksaan.
Abaikan segala benda kau tu.
Habis peperiksaan nanti kutip (tapi sekarang ni, aku yang selalu tolong budak kutip disebabkan aku tak nak dia gunakan ini sebagai taktik untuk bercakap dan minta jawapan dari kawan-kawan dia). Kerja pengutip barang murid tak termasuk memang mengutip kertas jawapan peperiksaan.
Cikgu memang serba boleh kan?
Heh.

6. Sakit.
Memang membencikan bila sakit. Sudahlah bukan tergolong dalam murid yang betul-betul bijak, kalau kena sakit masa peperiksaan memanglah sadis. Lebih-lebih lagi kalau batuk dan selsema. Kadangkala, kalau batuk, rasa nak telan semula batuk disebabkan takut menganggu orang sebelah. Selsema jangan cakap. Meleleh hingus, terpaksa bawa tisu sebanyak mungkin masuk dewan peperiksaan. Agak-agak nak mengalir, kesat, aku selalu sumbat tisu dalam hidung. Memalukan tetapi itu sahaja jalan terbaik daripada tangan asyik sibuk nak mengesat hidung dan menulis jawapan.

http://farm4.static.flickr.com/3315/3541068689_a8037350fa.jpg
Gambar : Bila pakai ini semasa peperiksaan, sumpah berpeluh dan entah apa lagi. Tapi demi keselamatan diri, orang lain dan tak mahu orang terganggu, maka redha. Cepat buat muka pasrah!

Ada sekali masa aku Tingkatan Lima, sepanjang peperiksaan aku sakit perut yang memaksa aku ke tandas untuk melunaskan hajat besar. Memang sengsara yang amat sangat. Terpaksa siapkan secepat mungkin sebab kita sendiri tak pasti berapa lama masa yang diambil untuk buang air besar kan? Buatnya sembelit ataupun cirit birit sampai tak boleh berdiri? Sadis. Ada satu mata pelajaran sahaja yang aku tak sempat nak pergi buang air besar. Teka apa dia?
MATEMATIK TAMBAHAN.
Gila kalau sempat berak.
Aku bukan genius.

7. Lagu yang didengar semasa belajar malam sebelumnya terngiang di telinga.
Pernah kena pada aku. 
Memanglah semua orang tak sedar benda ini, tetapi aku yang melaluinya sewaktu peperiksaan adalah amat membencikan. Kalau tak silap aku, lagu yang terngiang dan bergema dalam kepala aku masa itu adalah lagu Linkin Park ataupun Evanesence. Masa itu memang terkenal dua kumpulan ini dan aku kononnya, mendengar lagu untuk kekal fokus belajar dan membuat pengiraan. Memanglah tak mengantuk, tapi hasilnya? Rasa nak hempas kepala atas meja peperiksaan.

8. Benda yang dibaca langsung tak dapat ingat.
Siapa yang suka bila benda penting yang mahu diingati langsung tak menjelma?
Mata menerawang, tangan berpusing-pusing, kaki hampir buat tarian bulan berjalan (baca : moonwalk), jari dah conteng-conteng kertas soalan tetapi otak mengkhianati hingga hampir habis masa. Kesudahannya goreng entah apa-apa jawapan sambil berharap tembakan adalah mengena sipi-sipi walaupun sejujurnya tidak akan menepati sasaran. Aku kalau boleh setiap kali peperiksaan memang tak suka tinggalkan ruang kosong, isilah segala apa yang dapat walaupun jawapan adalah tak tepat ataupun menggunakan teori aku sendiri.

http://farm3.static.flickr.com/2720/4483396731_50e581487d.jpg
Gambar : Tekanan sungguh bila otak sepatutnya menjana ingatan tentang fizik tetapi yang terbayang di kepala hanya kimia. Memang tekanan bahagi dengan isipadu dan entah apa lagi. Choi!

9. Main tenung-tenung dengan pengawas peperiksaan.
Aku rasa ini kegemaran pengawas peperiksaan.
Suka sangat main tenung-tenung dengan orang yang sedang jawab peperiksaan. Oi, aku jenis yang sensitif. Kalau orang tengok aku, aku boleh sedar biasanya. Dan itu adalah sangat mencemaskan (serta kadangkala boleh jadi meluat sehingga menimbulkan kebencian) apabila pengawas peperiksaan merenung kita yang tak buat salah atau melanggar peraturan. Mengganggu tumpuan menjawab peperiksaan macam ada benda yang tidak kena.

Tapi, bila aku dah jadi cikgu ini, aku tenung balik orang yang tenung aku.
Ya. Aku tenung orang yang tenung aku.
Tak ada sebab kenapa aku nak tenung orang tak tentu pasal kecuali aku pasti dia sedang melanggar peraturan peperiksaan seperti meniru dan sebagainya. Sekarang aku sedar yang calon-calon peperiksaan merenung pengawas peperiksaan adalah disebabkan mahu mengalihkan tumpuan pengawas peperiksaan daripada memerhatikan mereka sebab secara teorinya siapa yang tahan direnung lama kan? Oh ya, kau boleh abaikan Spongebob dan Patrick - itu memang kegemaran mereka dan berjadual setiap Sabtu (sila rujuk salah satu episod kartun itu).

Cuma, aku belum tahu sebab kenapa pengawas peperiksaan merenung calon tanpa sebab.
Entahlah, mereka mungkin ada sebab tersendiri aku rasa.

10. Jeling orang sebelah yang tulis banyak dan dah lama siap.
Kita baru terkial-kial nak menjawab soalan, sibuk nak fikir jawapan, merangka isi penting dan sebagainya, tetapi orang sebelah dah tulis sepanjang-panjangnya, sampai guna muka surat belakang dan penuh dengan huraian serta gambar rajah pelik yang kita ingat ada dalam nota sekolah ataupun kuliah. Masa itu mula nak menggelabah, dan lagi menyakitkan hati orang sebelah boleh dah lama siap dan bersedia untuk bangun meninggalkan dewan peperiksaan.

Gambar : Tak cukup dengan muka depan, kulit belakang pun jadi nak tulis jawapan ke?

Masih sibuk menulis jawapan, tapi satu demi satu orang lalu tepi dan menghantar jawapan. Aku akui ini pernah aku buat untuk sesetengah mata pelajaran sahaja. Kalau di kampus selatan, mata pelajaran pendidikan bolehlah nak buat begini. Mata pelajaran Kimia dan Matematik? 
Ptuih!

Jika peperiksaan memperuntukkan masa tiga jam, memang tiga jam aku duduk dalam dewan peperiksaan itu menghabiskan sisa jawapan yang entah betul atau tidak - khas untuk mata pelajaran Kimia dan Matematik. Tulislah dan hamburkan segala-galanya yang pernah diajar di dalam kelas ataupun yang tertonggeng belajar dengan kawan-kawan. Selalu juga sambil tulis sambil pusing-pusing tengok kalau ada kawan-kawan dah keluar. Bila nampak genius pun masih gigih menulis, apatah lagi kita yang cikai ini?
Tulis Zara tulis.
(ala-ala Forest Gump pula)

Baiklah.
Itu apa yang aku mahu kongsikan sempena minggu peperiksaan dan cuti sekolah bakal menjelang. Semuanya adalah dari pengalaman sendiri dan sejujurnya mungkin masih banyak lagi, tetapi aku rasa ini antara yang mempunyai kesan mendalam kepada aku dari menjadi seorang pelajar sehinggalah tenaga pengajar sekarang ini.

Nota Kaki :
1. Peperiksaan sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan.
2. Dibuli di sekolah tadi oleh jiran sebelah meja. Sampai hati dia.

Zara : Jangan salah sangka hanya kerana aku masih sendiri, itu tidak bermakna aku kesunyian, kesepiaan ataupun terdesak untuk berdua. Kadangkala orang yang hebat perlu berjalan sendirian demi mencapai matlamat hidup sebelum memulakan hidup yang lebih mencabar.

22 comments:

..hizamirahim.. said...

most of them lebih kurang dgn apa yg zami lalui.
:)
suka part bunyi tapak kasut tu!

Azrul Hisham said...

tak suka exam...tapi kena ngadap jugak masa study dulu..hehe

lumrah seorang manusia bergelar pelajar kat muka bumi ni...

aenmatderis said...

hahaha...

bkn je geng sbelah tulis bnyak..,
siap mintak kertas lebih...
ohoi..wat cuak je...

tapi mmg most of it slalu kite sume hadapi...

gudluk kwn!jwb exam btol2...

takky said...

tyme utk komen panjang²....
hihihihi ^O^

#1. sorok a.k.a lindung jwpan bile cikgu dtg but ade certain cikgu ye yg saye bagi tgk sebab taw cikgu 2 baik, hhihihiihihhi

#2. tyme nie la laku ye jualan tesped (b4 xm start)...

#3. x penah kena lagi but kalau saye x dpt jwb soalan, saya akan nyanyi pelan²...ade la jugak kdg2 dapat jelingan tajam dari kwn² yg tgh jawab xm...

#4. pntg sgt2 bile dengar tumit kasut cikgu lagi2 bile boleh dgr dari jaaaauh...agak ye cikgu 2 penah berangan nk jadi model agak ye...? ^x^;?

#5. teringat balik mase kecik2 dulu slalu pakai pensilbox nie...rase ye ade g ke student skunk yg pakai pensilbox nie lagi???

#6. ade kenangan lawak masa saya form 3...saya selesema dan p toilet masa xm, malam 2 dengarlah penolong penghulu asama (form 4) tgh cite yg 1 klas dia x tahan gelak n some of them tension yg teramat sangat masa tgh jawab xm sebab dengar dari toilet bunyi student dok bersin x habis² dan buang hingus...saya dengan muke senyum + sengih kate sori n kena berdas2 dgn seniur 2 tapi klaka gile bila kami ingat balik...

#7. saya hanya akan dengar lagu yg sama saje bile bace note xm sebab sometimes ianya bantu saye bile nk jwb xm tyme kecemasan n its work..

#8. lagu 'ulat bulu panjat lidi' jadi pilihan masa jwb kertas omr...

#9. pemeriksa tenung saye, saye tenung balik sambil buat muke kesian dan gaya mintak tolong...kdg2 je menjadi taktik nie...huhuhuhuuhuhuh

#10. pusing kanan, kepala budak dah letak atas meja dan jawapan ditutup...pusing kiri pun sama. mengeliat badan ke blakang pun tgk budak dah letak kepala atas meja dan ade yg dh tido...argh, tension ye!!!!!!!

2 je la komen saye based on tyme jwb xm mase skola menengah dulu...
pape pun jawab exam mase skola lebih syok, enjoy dan seronok dari jawab xm mase IPT....^O^

Tukang Kebun said...

masa darjah tiga aku pernah menangis sebab budak lain semua dah siap aku ja tak siap lagi kertas math... sadis kan?

Nurul Ain said...

mcm lebih kurang jek dgn pengalaman saya.Haha. zaman sekolah mmg seronok!!

cahya indah said...

i HATE number 1 the most. lagi2 bila x sure answers tu betul ke tak, invigilators yang sibuk tenung answer sheets tu serious annoying.

the last paper i sat for last semester's exam jadi cmtu la. pastu bila da finish tu everyone cerita rupanya memang invigilator tu dok tenung everyone punya answer sheet. she stood still in front of our desks and stared real hard. gila.
rasa mcm nak je ckp, "excuse me..we're trying real hard here. please be somewhere else, or look at somethg else."

Farie said...

haha. sangat significant dengan aku.. !

avid gunner said...

minyak wangi cikgu perempuan yang menyesakkan dada

titan said...

hehe..penah gak meniru..nasib tak kantoi. haha..

zeta belweil said...

dalam2 bnyk2 subjek spm yang best jawap : add math...bm karangan...sejarah...n agama islam...

bole goreng habis-habisan...tp perlu ad fakta yg bernas juga la :)


Zeta’s Collection

Hanis said...

owh..
sama..tapi sejak kebelakangan ni no 7 tu slalu terjadi. tapi masalahnya bukan lagu yang baru lepas dengar ke. Tak.

ada satu paper tu, pengawas exam tu perempuan. Cantek. Terus lagu 'Chantek' by altimet bermain dalam kepala.

syafiq said...

NAMPAK SANGAT AKU DAH LAMA TAK MASUK!!

lawa theme baru ni. simple hahaha.

1. kalau lect yang tengok memang aku suka. mana tahu dia betulkan. tapi selalunya macam tu haha

2. kalau masa U buat macam ni memang kene hempuk la dengan ketua pengawas. aku pernah lupa bawak kalkulator masa satu subjek komputer yang guna math. aku kira manual. aku dapat b+. hebat math aku! haha.

3. apa gila baca soalan kuat.2 hempuk baru tau.

4. aku paling tak suka ni. kalau mampu aku nak bawak headphone datang dewan. boleh?

5. jatuh barang. tapi rasanya aku hanya bawak 3 batang pen, satu batang pensel (nak menconteng) dan.. tu je.

6. sakit. kalau sakit = keluar awal.

7. hahaha tu la kau! lain kali jangan dengar lagu. last day b4 exam selalunya aku tak study. borak2 je haha

8. ni jarang. melainkan memang aku tak baca part tu :p

9. pernah beberapa kali. wattahel ko nak usha kertas aku!

10. emm tak pernah sebab selalunya aku yang keluar awal dari dewan XD

11. satu lagi ko tak cakap! kalau kat UMT tu dewan examnya sejuk ya amat! apa gila la dewan tu.

~mrs azmi~ said...

memang paling pantang dengan bunyi bising kasut pengawas peperiksaan... konon letak papan tanda 'tolong senyap, peperiksaan sedang dijalankan' tapi dalam dewan bunti keletak - keletuk udah macam tapak pembinaan

zennaya said...

samalah dengan saya pun. Paling ngeri kalau tempat exam kat dewan sekolah yang tersergam gah. Ingat lagi SPM angka giliran kena exam kat dewan. Huh nervous jugak la. Cuba bayangkan,hall tu besar n sunyi,pastu tengah syok jawab exam,pengawas exam perempuan pakai kasut tumit tinggi berjalan berdetap-detap jadi background music. Adoi,hilang fokus rasanya.

roxanne de maria said...

hihi. terkenang zaman belaja dulu.hihi

msbmna said...

Aku paling menyampah dengan orang yang suka keluar dewan peperiksaan awal sebelum sampai waktunya.

Situasi tersebut memberi tekanan kepada orang lain semasa menjawab soalan.

Perasaan jadi tak tenteram je.

norinaomar said...

like banyak-banyak..sekarang ni suka tengok jawapan budak,sebenarnya itu adalah satu perangai yang annoying..
masa sekolah dulu kawan suka tanya perkataan dalam bahasa inggeris masa exam,aku ni kamus ke?

mushroom said...

aku paling tak suka kalau cikgu stop kat meja aku.. tak tenang aku nak jawab exam tahu

pyejal.theStory said...

Setuju!
aku benci penjaga exam yang pakai kasut tumit!..
ketaq ketuq ketaq ketuuq.. mau saja aku baling dgn eraser...
nasib baik aku dah lepas exam..yeah!

pyejal said...

kaki meja tak cukup inci juga menggangu fokus..gegar saja

p!q4h b@guss said...

kenapa bila time2 peperiksaan besar, pngawas2 sgt suka merenung ic kita yg ada di atas meja.. haha