Monday, May 09, 2011

Aku Tetap Mahu Dia Bahagia.


Cinta buatkan manusia jadi pelik.
Satu kenyataan yang tiada siapa dapat sangkal kerana kepelikan itu datang dalam pelbagai bentuk tentunya. Orang lain memandang ia sebagai pelik, tetapi yang melaluinya sekadar menyangka ianya adalah satu metafora kegembiraan yang tidak difahami oleh manusia sekeliling mereka. Justifikasinya? Perasaan itu, mereka yang rasa, sentuhan kasih sayang itu hanya mereka yang punya.

Cinta itu mengubah tingkah laku kita.

Cinta itu barang kali telah merubah sikap manusia itu sendiri. Aku menjadi manusia yang lebih bijak secara peribadinya dalam menilai perasaan, pandangan serta harapan yang telah disandarkan kepada aku. Mungkin disebabkan pernah melalui cinta yang telah kecundang, aku rebah seketika, ianya lebih kepada aku menilai diri ini. Cinta yang aku pertahankan terkulai, apakah daripada kesilapan aku atau si dia?. Aku mahu mengurangkan menuding jari, barangkali ia berpunca daripadaku, siapa tahu aku bakal diuji begitu tatkala gembira?

Itu pengalaman aku sendiri. Pengalaman yang entah dikatakan berharga ataupun celaka, aku sendiri pun tiada jawapan sebenar. Cuma apa yang aku tahu, hidup ini adalah proses pembelajaran yang tidak akan pernah berhenti. Ternyata, pembelajaran hanya akan terjadi apabila ada perubahan yang terjadi ataupun mengambil tempat. Maka, manusia itu sendiri berubah tanpa mereka sedari.

Cinta itu penawar!

Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri? Hidup ini bukan hanya ada kita, tetapi, masyarakat serta semua komponen yang tidak harus kita lupakan. Ampuh sekali kata-kata masyarakat terhadap nilai kehidupan seseorang itu. Itu sikap manusia, yang paling penting, bagi diriku, ambil sahaja yang membina, yang positif. Yang meruntuhkan itu, tidak perlu walaupun sedikit. Sikap yang negatif akan meracuni diri, itu adalah pasti. Orang yang gemar membenci akan sentiasa membenci.

Gambar : Kadangkala kita harus terima bahawa sesetengah orang akan hidup dalam hati dan jiwa kita buat selamanya walaupun mereka tidak akan ada dalam hidup kita seperti yang kita mahukan (Shafaza Zara, 2011)
Itu hanya satu mukadimah.
Satu permulaan dalam penceritaan sebuah perbualan dengan seorang kawan beberapa hari yang lepas. Memandangkan kesibukan yang melanda hingga membuatkan aku tidak punya kesempatan menulis, maka, saat ini, aku tertarik bila menyedari anak itu sedang menunggu kisahnya dibaca dan diberikan pandangan umum dengan harapan ianya dapat membuatkan hati lebih tenang.

Kawan : Teman lelaki aku dah ada perempuan lain.
Aku : (nada terkejut) Apakah?
Kawan : Ya. Dah ada perempuan lain.
Aku : Dan kau boleh cakap dengan nada tidak kisah begini?
Kawan : Apa aku nak buat bila dia lagi suka perempuan lain?
Aku : Jadi kau dah berpisah dengan dia?
Kawan : Belum.
Aku : Sekejap, aku tak faham. Dia ada perempuan lain dan kau tak berpisah lagi dengan dia?
Kawan : Konsep yang sama macam lelaki berkahwin lebih dari satu, tak semestinya isteri tua akan marah kan?
Aku : Tapi ini bukan dah berkahwin. Ini cuma setakat kekasih yang tiada ikatan sah macam perkahwinan.
Kawan : Tahu, cuma aku tetap mahu dia bahagia.
Aku : Bahagia dalam erti kata apa?
Kawan : Dia tak nak lepaskan aku, aku pun jujurnya tak rela dan dia sukakan perempuan itu juga. Perempuan itu tak tahu kewujudan aku.
Aku : Kira macam kahwin dua, isteri pertama tahu tetapi isteri kedua tidak tahu dia dimadukan?
Kawan : Lebih kurang begitu.
Aku : Kau gila ke apa? Berkongsi begini?
Kawan : Aku rasa si dia lebih menyayangi aku dari dulu. Dia jaga aku dengan lebih baik lepas dia ada kekasih lain juga ni. Kira macam jaga hati aku lebih.
Aku : Kau buat aku pening. Aku faham manusia berubah, tapi ini, kegilaan apakah ini?
Kawan : Dia kata dia sedar aku orang yang dia pentingkan.
Aku : Kalau kau orang yang dia pentingkan, dia tetap akan ada untuk kau, ada masa untuk kau. Tidak akan pernah mungkir janji, tidak akan pernah berbohong dan tidak akan punya alasan.
Kawan : Sebab itu aku kata aku masih orang yang penting buat dia. Dia tak buat semua benda yang kau cakap tu.
Aku : Dia dah mungkir janji sebenarnya.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Ada dia pernah cakap dengan kau, selain kau dia akan jatuh cinta dengan orang lain juga? Ada dia cakap begitu?
Kawan : Tak.
Aku : Ataupun dia kata dengan kau yang dia hanya akan ada kau seorang sahaja dalam hidup dia?
Kawan : Ya.
Aku : Dia dah mungkir janji sebenarnya tanpa kau mahu sedari.
Kawan : Tapi aku tak kisah. Sebab dia masih ada dengan aku.
Aku : Sampai bila?
Kawan : Kalau sampai akhirnya dia tidak akan pilih aku dan mahu bersama dengan perempuan lain, aku mahu dia tahu yang aku tetap mahu dia bahagia.
Aku : Kau menyeksa diri kau.
Kawan : Asalkan dia gembira.
Aku : Hati kau sendiri macam mana?
Kawan : Aku bahagia bila dia gembira. Dapat tengok senyuman dia dah cukup buat aku.
Aku : Tapi dapatkah kebahagiaan itu dikekalkan?
Kawan : Aku tidak akan putus asa walaupun semua orang di dunia ini berputus asa dengan aku.
Aku : Kau akan tetap menunggu kan?
Kawan : Sentiasa. Sebab aku tahu, kau akan tetap mendengar.

http://farm4.static.flickr.com/3468/3785109613_37d5aa083a.jpg
Gambar : Kita sebenarnya perlu menyedari bahawa manusia sememangnya akan berubah. Kadangkala akhirnya mereka tidak akan ada apa-apa untuk diperkatakan walaupun setahun sebelum itu mereka sebenarnya kawan yang sangat akrab seperti sepasang kembar (Shafaza Zara, 2011)

Perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah meletakkan kepercayaan kepada seseorang. Kadangkala, orang yang paling kita percaya adalah orang yang akan mengkhianati kita walaupun dia tahu sebenarnya kepercayaan kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Melihatkan teman itu meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepada orang yang dia kasihi membuatkan aku tertanya sendirian, sampai bilakah kepercayaan itu harus diuji sedemikian rupa?

Kawan.
Aku cuma mahu kau bahagia.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Hujung minggu dihabiskan dengan perjalanan dari selatan menuju ke utara. Pertama kali menjejakkan kaki di Puncak Alam - bertemu dengan adik lelaki di sana.
2. Kesibukkan dengan kerjaya dan sebelum hujung minggu akan datang menjelma, aku bakal hilang lagi.
3. Selamat hari ibu buat semua wanita yang menyambutnya.

Zara : Kau tidak boleh menghakimi perjalanan hidup aku sehingga kau sendiri melalui jalan yang sama dengan aku. Sesungguhnya, cerita yang ditulis oleh Yang Maha Kuasa untuk aku, tidak akan sama dengan kau walaupun selumit cuma.

26 comments:

Nur said...

ada jugak orang macam nih?tabah sungguh pompuan tuh...haishh...patut tinggal je laki cmtuh..

sana said...

kawan kamu seorang yang mulia hatinya. terima seseorang seadanya. tapi bagi saya, bermadu setelah berkahwin dan bermadu sebelum adalah dua perkara yang berbeza. meninggalkan @ meneruskan hubungan bukan lah hak milik orang lain untuk tentukan melainkan diri sendiri. kepada kawan kamu, carilah kebahagiaan dengan cara kamu sendiri. cuma pesan saya, jika satu hari nanti kamu lelah, jangan teragak-agak untuk keluar dari kepompong itu. semoga kamu sentiasa dicintai dan mencintai seikhlasnya .

hamoyi said...

kisah kwn zara sama macam kisah cinta saya. yang bezanya, perempuan itu tau tentang saya. dan yang lagi bezanya, setelah di fikirkan baik buruknya, saya rela pergi dari menunggu dan terus menunggu walaupun lelaki tu tak nak lepaskan saya. kena kuat semangat. :)

hamoyi said...

kisah kwn kamu sama mcm kisah saya. yang bezanya, perempuan tu tahu tntang saya. bezanya lagi, slps saya fikirkan baik buruk, saya rela pergi dari menunggu dan terus menunggu walaupun lelaki tu mmg xnk lpskan sy. sbb, sy nk dia bhgia, dan sy pn nk bhgia jugak. kne kuat smgt! :)

kueh bakar said...

ha ah betol jugakk..
lebih baik berkongsi bf dari kongsi suami..ekekke

vampire's lovex said...

aku penah terpikir jugak bnda ni..


tapi aku tak rasa aku kuat nak share pakwe huuu..



tabik arr pompuan tu... :)

shaerin said...

susah nak tafsir seseorang bila sudah bercinta .

but , if i kawan you and dlm situasi yang sama . maybe ill do d same too . sebab ? yess , asalkan dia bahgia . aku juga bahgia .

i think .

mendatak hijau said...

Tahniah utk si kawan...kalu aku,aku akan jadi seperti dia walaupun kesudahan nya menyakitkan..

bayan cyber said...

kalau dgan menunggu lelaki tersebut bole buat kawan kamu bahagia,maka biar ler dia menunggu...kalau dengan membiarkan diri "dimadukan" demi kebahagiaan diri kawan kamu itu,biarlah dia bahagia dengan cara itu....

untuk kawan Zara: kalau dgan menunggu n membiarkan ia berlaku seperti itu tidak menyakitkan hati dan perasaan kamu,maka teruskan laa niat kamu itu...tp kalau ia mule menyakitkan kamu,maka berhentilah...kebahagiaan dia,kamu senyum..tp kedukaan kamu(yg kamu sorokkan)dia pula tersenyum...sakit tahu

Johan "Champ" Radzi said...

Cinta itu sebenarnya dua hal. Boleh jadi penawar boleh juga jadi racun.

ZeBentPenzel said...

Actually I agree with what she does.

Couples arent legal relationship anyway, so why not have multiple?

But to her I say dont just sit there and do nothing. Keep showing your love to him and fight.

May the best girl win!

Alya Sumayyah said...

mohon share yer....=)

b a m b a m ' s said...

kekadang mmg itu realitinya kan.. melihat orang lain bahagia sudah cukup buat kita rasa puas.. berkorban sekarang mungkin dia harapkan kebahagian untuk masa depan dia.. Allahualam..

Orked said...

ingat sy seorang begini. rupanya ada juga selain dari saya..

HEMY said...

ko try saiko cani zara;

"ko tknak pisah je dah ringan2 ke ni? kalau dah...cuba ko byg dia ringan2 ngan awek tu plak"

kalu dia tak kisah gak..ko bagi nombor awek ni kat aku...ahahahaha..kot ada kawan prgai cam dia gak...nice tuh

Sam Abdullah said...

Zara, aku mula2 macam malas nak komen. Tapi aku rasa sangat bengang dengan komen2 di atas. Ok listen, aku lelaki,aku tau ape lelaki fikir dan aku rasa korang yang mengizinkan teman lelaki korang ada perempuan lain tapi pada masa yang sama korang still dengan dia memang tindakan bangang. Korang dengan rela hati telah wujudkan "syurga" bagi lelaki tu.Ko tak tau yang lelaki tu kat belakang ko dah melompat gembira sebab dapat tambah "penyedap". Korang dapat apa? Sayang konon..bahagia konon..jangan tipu diri sendiri boleh tak? Kalau dah kawin aku memang sokong gila la apa yang perempuan ni buat. Tapi ni takde pape lagi kot..serius cinta buat orang jadi bodoh! Ok, maaf sebab aku tengah bengang.

Miss Shizu said...

kawan kau memang tabah dan kuat semangat..aku doakan dia akan jumpa dengan bahagia yang dia cari...:)

Eyzan Encha said...

adeh..membaca entry ini seperti mengguris luka lama.hahaa.

kepada kawan itu, selamat menjadi manusia kuat hati dan tabah. awak nk dia bahagia, tapi bahagiakah dia bila dia ade 2 manusia yg perlukan perhatiannya? seriously, dia sangat serabut. awak buat dia rasa serba salah sebab masih bole tersenyum. sebab tu dia lebih kan awak. supaya awak tak terasa hati sgt. dia cuba nk menebus kesalahan dgn melebihkan awak.

saya faham perasaan awak, sebab saya bertahan selama 1tahun dimadukan seperti itu. terus menyemai kasih dan mberi peluang berfikir, membuat keputusan. tapi hidup ni perlukan fokus dan tujuan. dan saya juga mahukan pasangan saya ade fokus dan tujuan dlm hidup. bukan keliru mengasihi 2 manusia. saya mahu lelaki yg kuat dan tabah membuat keputusan.

Semoga awak sentiasa tenang dan tabah hati. (rasa sprti nk mmeluk kamu)uhuuu~ emo suda~

cik aletheea : said...

terharu..dan sgt sedih bile baca nie.
doakan Tuhan kuatkan hati si gadis tu

♥CIK SHA♥ said...

to kawan zara::

kenapa perlu menyeksa perasaan sendiri?mustahil dalam hati tak terdetik rasa pedih terluka dengan perbuatan kekasih kamu tu..berhentilah sebelum kamu lebih terluka dan sakit..



ntah la zara..saye rase kawan zara ni macam seksa jiwa dan perasaan dia sendiri..memang la saye tidak berada di situasi dia..tapi saya agak kurang bersetuju dgn tindakan dia..mungkin dia seorang yang tabah..tapi ini masih fasa bercinta..dia belum jadi milik sah lelaki tu dan dia boleh buat pilihan yg lebih baik daripada bersama lelaki yg telah menduakan dia..


apa2 pun semoga dia bertemu kebahagiaan dia satu hari nanti..

bLaCk | maWaR said...

salam k.zara..saya silent reader akak...hu7...

setiap hary saya review blog nie tp entry kali nie,memang terasa sangat nak komen..

buat kawan k.zara: kenapa la nak menyeksa diri..tolongla..pikirkan kebahagiaan diri sendiri dulu. tipu la kalau awak tak rasa apa-apa bila pakwe awak citer tentang pompuan tu..apatah lagi bila taw dorang tengah keluar sekali ke..aduh..pedihnya haty...


macam komen-komen lain kat atas...nie baru cinta..takperlu awak nak berkorban macam tue sekali. walau macammana awak cakap awak ok pon...tapi dah dasar pompuan, mulut cakap lain, haty kata lain...


seoga satu hary nanty, awak akan dapat seseorang yang lebih sesuai dan lebih menghargai awak..


tolonglah ye..bahagiakan diri awak dulu...saya taw cane rasa saketnya haty tue...


salam...

blog-tips-kurus said...

.. berat lagi bahu memikul..
*skrg sedang dalam mode emosional + sentimental. :(

Anonymous said...

perempuan ni buta kerana cinta. lepaskan jela laki cmni...kte maseh muda,cantik hehe jgn bazirkn waktu dgn pkare mcm ni...

akutetapaku.com said...

yer sy sokong statment ni dan sy gak sokong pndpt awk kat n3 sy tu...sy dah bls komen awk tu taw....:)

akutetapaku.com said...

respect la perempuan tu...

Anonymous said...

kte akan rasa bahagia ble org y kte syg hapy, walaupn kte sakit,,