Friday, May 27, 2011

Halal Haram : Ironi Masyarakat Kita


Masyarakat kita memang masyarakat yang sensitif. Letaklah apa-apa isu, buang bayi, pengedaran dadah, pembunuhan, baling asid dan sebagainya, masyarakat kita memang yang pertama sekali muncul di barisan hadapan ala-ala boleh jadikan rusuhan. Kalau kejadian gempa bumi, tanah runtuh, banjir, tsunami, peperangan, tabung bantuan akan muncul seperti kilat dan masyarakat kita berdedai hulurkan sumbangan.

Benda baik.
Siapa kata tak baik? Hulurkan bantuan, ringankan beban itu juga dikira sebagai satu sedekah.
Tapi kalau kau kata, kau sekadar hulurkan senyuman sebab senyuman itu satu sedekah, janganlah asyik senyum sahaja bila orang hulurkan tabung derma. Masukkan seringgit dua pun memadailah kalau kita-kita ini tak sekaya orang yang boleh tempah cek besar pintu rumah dan tulis sumbangan ikhlas lima puluh ribu ringgit Malaysia sahaja.

Bagus masyarakat kita.
Benda yang paling sensitif tentunya makanan.
Oi, jangan main-main pasal sumber makanan, cara penyediaan makanan semua dengan masyarakat kita. Makanan yang halal dan berkualiti sahaja (zaman dulu ini tajuk Pendidikan Islam Tingkatan Dua kan?) yang boleh masuk ke sistem penghadaman sebab kita semua percaya benda ini akan jadi darah daging dan betullah itu, apa yang kita makan, akan menjadikan siapa kita kan?

http://farm3.static.flickr.com/2631/4067493735_3cb325325a.jpg
Gambar : Sebenarnya banyak pilihan gambar lain, tapi aku rasa seronok letak gambar makanan kalori tinggi begini. (baca : lemak dan kolestrol juga tinggi)

Situasi Satu :

Encik A : Malam ni kena nak makan apa ya?
Cik B : Apa-apa.
Encik A : Makanan Barat boleh?
Cik B : Bolehlah.
Encik A : Pelayan, boleh saya tahu dalam masakan ini letak apa?
Pelayan : Kita guna daging bermutu tinggi untuk buat "steak" kita ni.
Encik A : Ini sudah bagus. Saya nak dua hidangan ini.
Pelayan : Baiklah. Bagaimana encik nak daging tu dimasak?
Encik A : Masak sepenuhnya. Daging kena masak penuh, kalau tak berdarah lagi.
Pelayan : Baiklah encik.

(lepas tunggu lebih kurang 30 minit dengan ditemani dengan gesekan biola, petikan piano dan entah apa-apa lagi termasuk perbualan berdua tentang masa depan bahagia, penuh pelangi dan ceh, macam jiwang)

Pelayan : Hidangan untuk dua orang dah siap encik.
Encik A : Terima kasih. Sedapnya bau.
Cik B : Wanginya.
Pelayan : Sila nikmati hidangan ya?

(potong hidangan perlahan-lahan, kunyah-kunyah)

Cik B : Rasanya lain dari tempat yang kita selalu pergi kan?
Encik A : Ya. Rasa lebih lembut, sedap.
Cik B : Cuba awak tanya apa dia letak dalam ni.
Encik A : Pelayan.
Pelayan : Ada apa encik?
Encik A : Selain daging bermutu tinggi, apa bahan yang  diletak lagi ya?
Pelayan : Alkohol bermutu tinggi dari Perancis encik.
Encik A : Hoi! Saya ni orang Islam tahu? Mana boleh ada arak segala ni dalam makanan? B, bangun cepat!

(dan drama berterusan)

Kita memang melenting kalau tahu dalam makanan yang kita makan tercampur (ataupun sengaja dicampurkan) dengan arak, alkohol kalau istilah orang kimia macam aku, gelatin babi dan sebagainya. Kan kita dah setuju awal-awal tadi tentang itu semua kan?

Situasi Dua :

Encik A : Bengang betul saya dengan restoren tadi. Putus selera.
Cik B : Ala, dah la. 
Encik A : Makanan haram tu. Marah betul ni.
Cik B : Sudahlah, jangan marah. Baru termakan sikit kan?
Encik A : Jomlah lepak tempat biasa.
Cik B : Jom.

(sampai tempat lepak biasa mereka)

Cik B : Awak nak minum apa?
Encik A : Macam biasa.
Cik B : Pelayan, macam biasa ya?
Pelayan : (sebab pelanggan biasa, dia dah tahu sangat) Ya.

http://farm4.static.flickr.com/3131/3160307181_e6287ae993.jpg
Gambar : Susunan nampak cantik. Heh.

Encik A : Pandai awak.
Cik B : (senyum)

Ironi kan?
Makanan tak boleh.
Minuman boleh pula.

Renung-renungkan dan selamat beramal (ala-ala radio)

Nota Kaki :
Esok tugasan berat bakal bermula.

Zara : Sebenarnya mahu tulis pendek sahaja, tapi entahlah. Aku bertarung dengan masa ni.

16 comments:

hestyrezyuda said...

hahahaha... teringat satu kisah.. kisah anak2 melayu yang jadi bonzer pub.. 3-4 orang melayu.. satu hari mereka lepak bersama tauke pub di restoran yang jual minuman keras,dan menyediakan makanan dan karaoke open, sorang dari mereka telah memesan nasik goreng.. bila nasik goreng dah sampai ..kawan ni makan dengan berseleranya.. dan kawan2 yg lain tengok dengan perasaan geli sambil sound
" woi, ko nih main makan jerk.. ntah dia guna kuali masak babi ke..dia ada letak babi ke..main bedal jerk ko"

budak tu jawab dengan slumber
" babi tu hukum dia haram.. kalau dah aku boleh minum arak yang hukumnye haram.. asal lak babi aku kena bertapis..kan dua,dua haram..! makan jerk la.."

KEJADIAN ADALAH KISAH BENAR YANG DI CERITA KAN KEMBALI SALAH SEORANG DARI MEREKA)

P/S = zara.. its ok.. kepulangan ayah bonda adalah wajib untuk di rai

myfitri [dot] com said...

makanan halal sangat dipentingkan..benda len mcm tutup aurat tak pulak

Udy said...

nice entry .

kalau kat sini lagi la teruk .
arab beragama islam berjumpa kami di pasaraya dan bagi salam duk puji kita pelajar agama semua .siap baca ayat alquran lagi seolah mahu mengatakan dia juga orang agama .

seminit lepas tu masuk kawasan beer dalam pasaraya .sama jer .

FasiHaH SupiaN said...

Huhu itulah, sejak kebelakangan ni pun sibuk isu halal haram, secret recipe lah meatball IKEA lah....huhu

Angah said...

assalam zara, angah setuju, bab makanan memang 'orang kita' sensitif. Kaki tonggang arak pun melompat bila termakan makanan yang ada geletin babi, padahal sama je haramnye..

bukan boneka said...

LOL..maksud u encik A & Cik B pegi minum arak ke slpas mkn kat restaurant tu? haha ntah ape ke bebal nye manusia nih. baik mkn jer camtu..

i.am.belle said...

mesti titik beratkan apa yang kita makan dan minum. HALAL

tak mahu jadi darah daging. badan umpama syurga kan :)

iQa~ said...

setuju zara...

sebab makanan ni jadi darah daging...silap makan, mungkin silap jugak akidah nnt...

Pocket said...

pocket tak berapa mahu nak kmen,
pasal ada zaman pocket jd jahil sket,
banyak gak kenakalan dizaman itu.

tapi one thing for sure is.
banyak lagi kan makanan lain yg buleh jer kita gi kan.
tak makan steak pung, tok pocket sampai gak umur 80 thn.

so kenapa nak dekat?

Mizz Coki said...

Errrkk... entri penuh bererti.

Entri Terkini:
Seramm Gila! Suka Dengar Misteri Jam 12 Kat YouTube

Latifah said...

serius, tak tahu nak tulis apa.
haihhhh... dunia akhir zaman ni amat menakutkan la.
'dunia sebelah Zara' ni tak termasuk ye :)

Tyra_Halil said...

hye kak zara.. sekarng nie macam jadi trend bila sorang buat, yng laen2 pun sebok ikot.
diorg rasa macam menda tu takpe & tak salah sebab ramai je yang buat. so diorang pun selamber rock je buat jugak..
ala2 macam "sama2 buat dosa"..huhu~

blog-tips-kurus said...

sumber $$ pon sangat penting; jgn drpd hasil curi, judi atau rasuah..

yusuf mujahidin ™ said...

salam

skrg ni banyak isu halal..
gamaknya dh berapa banyak 'babi' kite makan..ish2

masyarakat kita cukup fobia dengan babi. tapi minum air itu ok je...kn?


eh, kamu sehat?
:)

Fazreen said...

Memang pasal makanan kita kena ambil berat malah hal2 lain yang berkait dgn agama pun perlu diambil berat. tapi yang peliknya masyarakat kita cepat melenting...

pyejal said...

harini, org lebih suka makan yang enak² dulu lepas tu baru nk cek halal atau haram..