Wednesday, May 18, 2011

Kau Ingat Senang Jadi Anak Cikgu?


Nak ucapkan selamat hari guru lagi ke?
Bolehlah agaknya sebab pada aku hari guru adalah sepanjang tahun dan setiap detik waktu. Dilahirkan oleh seorang guru dan dibesarkan oleh guru juga. Puan Mulia dan Tuan Ketua Keluarga adalah pendidik yang digelar cikgu. Maka, sejak kecil sebenarnya hari guru itu telah disambut sebenarnya. 
Ketawa.

Apa pun, selamat hari guru buat tahun kedua buat diri sendiri.
Puan Mulia yang ke dua puluh lima.
Tuan Ketua Keluarga yang ke dua puluh empat.
Untuk adik aku, dia belum lagi layak diucapkan sebab masih belajar lagi untuk menjadi cikgu.
Senyum.

http://farm1.static.flickr.com/50/145582913_1ba53e2dbd.jpg
Gambar : Kita semua punya guru sejak dilahirkan. Ya, ibu bapa kita adalah guru terdekat dalam hidup kita. (Shafaza Zara, 2011)

Semenjak aku kenal erti hidup (macam Maya Karin punya lagu dulu-dulu), kalau orang sebut anak cikgu mesti ada sedikit pandangan yang masyarakat dengan skeptikal akan cakap secara berbisik atau terang-terangan. Membesar dengan pandangan begitu membuatkan aku secara jujurnya meletakkan pandangan masyarakat adalah sesuatu yang mempunyai baik dan buruknya. Yang baik ambil, yang buruk kita baling dalam tong sampah (sebab ada seorang kawan aku kata, habis madu, sepahnya jangan buang bersepah. Sila buang dalam tong sampah)

1. Sentiasa dibanding bezakan dengan anak rakan sekerja atau anak murid.
Aku tak tahulah kalau masa aku baru nak pandai berjalan, bertatih atau bercakap sudah dibandingkan atau tidak. Itu aku kurang pasti. Tapi kalau melihat kawan-kawan di sekolah sekarang ini, mereka ada juga bercakap bila anak mereka sudah pandai bertatih atau macam-macam lagi. Kiranya perkembangan anak masing-masing diketahui. Benda bagus sebenarnya sebab ada ilmu yang dikongsikan. Lebih-lebih lagi rakan sekerja aku adalah yang berpengetahuan dan mencari ilmu di Internet juga. Aku pasang telinga dengar, manalah tahu ada rezeki dapat anak sendiri suatu hari nanti. Cewah!

Tapi kalau aku dulu, memanglah sudah lali dengar Puan Mulia cerita balik apa kawan-kawan dia cerita di sekolah tentang anak masing-masing. Memanglah bengang. Kalau dia cerita yang baik pasal aku tak mengapa, dia akan dengan rendah dirinya beritahu anak dia ini tak hebat mana pun (baiklah, mengaku bahawa aku tak hebat macam orang lain yang masuk asrama semua tu).

Puan Mulia : Cubalah belajar pandai-pandai. Anak-anak kawan Mak semua masuk asrama.
Aku : Mak yang tak beri Along masuk asrama.
Puan Mulia : Kalau masuk asrama boleh dapat markah tinggi ke?
Aku : Manalah tahu kan?
Puan Mulia : Belajar kat rumah pun bagus apa.
Aku : Dah tu cakap anak orang lain lagi pandai.
Puan Mulia : Banyak A budak-budak tu semua dapat.
Aku : Nak banding dengan orang yang masuk MRSM, SBP, mana nak sama. Kalau budak-budak tu semua tak dapat banyak A memanglah malu. Dah kata semua sekolah budak-budak pandai. Mana boleh nak bezakan dengan Along yang sekolah biasa? Peperiksaan pun tak sama.
Puan Mulia : Habis anak penoreh getah sekolah Mak boleh dapat A lagi banyak dari kau? Peperiksaan pun sama kan? Setara dari negeri.

Bila kena ayat terakhir tu terus insaf.
Memanglah kalah kan? Tak boleh nak bantah lagi, maka belajarlah sekuat dan sekeras entah apa pun aku tak tahu asalkan Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat gembira. Ya, aku dulu belajar dengan niat agar mereka berdua tidak akan malu bila setiap kali peperiksaan keputusan keluar. Niat tak berapa nak betul kan?
Senyum.

2. Dibandingkan dalam keluarga. 
Ini sebenarnya sama sakit dengan yang pertama. Tapi ini lagi kejam sebenarnya. Kata-kata kiasan yang menusuk kalbu dan kau tidak boleh nak membantah sesuka hati memandangkan dibezakan didalam keluarga. Apalah nak dibandingkan makan dalam hati kau dengan kata-kata orang yang digelar keluarga dan ditautkan bukan setakat pada ikatan macam di Mukabuku tetapi darah keturunan. Memanglah payah.

Ayat 1 : Kau tengok sepupu kau tu. Belajar pandai. Malu kalau kau belajar tak pandai. Apa orang kata?

Ayat 2 : La, tak dapat nombor 1 ke? Kan mak bapak kau cikgu?

Ayat 3 : Anak cikgu pun tak dapat 5A? Apa la. Kesian, mak bapak ajar anak orang kat sekolah, anak mereka tak jadi orang.

Sesuatu yang aku gembira dengan diri aku adalah kemarahan aku akan aku salurkan kepada sesuatu yang baik (aku rasa baik). Aku bengang orang mengata aku begitu dan melibatkan Mak dan Abah aku yang bukannya duduk ambil peperiksaan dengan aku dan bukannya mengajar aku di dalam kelas, maka, aku belajar bersungguh untuk menutup mulut orang begitu. Dan benda itu membuatkan aku terbiasa buat segala-galanya sendiri demi membuatkan orang berhenti bercakap sewenang-wenangnya tentang aku. Tapi kalau dah mulut manusia, apa mereka kira kan?

http://farm4.static.flickr.com/3457/3753521416_274c2d65a3.jpg
Gambar : Apa yang orang cakap sebenarnya, kita perlu pulangkan pada mereka semula dengan cara baik agar apa yang mereka cakapkan tidak akan membazir begitu sahaja. Cara baik yang bersih atau sarkastik? Itu terpulang. Ha ha ha. (Shafaza Zara, 2011)

3. Jarang kena pukul dengan cikgu di sekolah, tetapi di rumah selalu.
Seingat aku, hanya 3 kali aku pernah dipukul oleh cikgu di sekolah. Boleh dikira maka kiranya bolehlah disandarkan kononnya budak baik yang naif serta patuh kepada peraturan (ayat biasa budak sekolah : skema). Ya, aku budak skema yang selalu ketakutan dengan peraturan walaupun ada orang selalu kata peraturan yang ada bermaksud kita perlu langgar peraturan tu.

Sekali masa Darjah 3, kena lempang dengan seorang guru perempuan yang berbadan tegap. Memang berbekas lima jari dia di muka aku. Puncanya lupa bawa buku bahasa Inggeris. Sampai mati aku akan ingat kena lempang dengan dia ini. Kena lempang sebelum rehat, masa rehat aku habiskan dengan belek muka yang ada kesan tampar. Bukan aku seorang, tapi ramai budak sekelas. Kalau budak lelaki lagi sadis. Dia akan tarik kolar baju budak lelaki, sampai kaki tak jejak lantai dan lempang. Gila kan?

Sekali masa Tingkatan 1, sebab tak tahu nak jawab soalan Sejarah. Kena rotan dengan pembaris besi di tangan. Memang kesannya sanggup buat apa sahaja demi Sejarah sebab takut dengan cikgu yang ajar. Kalau budak perempuan kena pukul dengan pembaris besi di tangan, budak lelaki akan kena pukul dengan kayu pemadam papan hitam yang tebal dan besar tu di punggung. Setiap kali budak lelaki kena, memang terangkat punggung. Gila sakita agaknya. Kena pembaris besi pun dah tak boleh menulis seharian. Kesan malu lagi tebal sebenarnya.

Sekali lagi adalah masa Tingkatan 3. Hari terakhir sekolah. Tak pakai kasut sekolah, pakai kasut apa entah masa itu. Sebab ada persembahan. Maka malas bawa dua kasut. Mana nak tahu yang cikgu disiplin tahan dan buat pemeriksaan. Kena rotan sekali di tangan atas kesalahan tak pakai kasut sekolah. Bengang juga sebenarnya sebab dah hari terakhir sekolah sebelum masuk Tingkatan 4 tahun hadapannya.

Itu di sekolah. Yang di rumah lagi banyak sebenarnya. Sebab itu aku kurang jelas dengan hukuman oleh guru di sekolah sebab aku selalu dihukum oleh guru di rumah. Mestilah merujuk kepada Puan Mulia dan Ketua Keluarga kan? Kena sebat dengan rotan, dengan penyangkut baju, dengan getah paip pun pernah. Apa la sangat dengan pembaris besi kan?
Ketawa perit.

Kena lempang dengan cikgu di sekolah manalah sesakit kena lempang dengan Puan Mulia atau Ketua Keluarga? Lagi sakit kena dengan cikgu di rumah daripada di sekolah. Tapi disebalik kena hukuman semua itu, aku paling tak tahan kalau Puan Mulia atau Ketua Keluarga memulakan sesi ceramah ataupun buat keputusan tidak mahu bercakap dengan aku dalam diam-diam. Tiba-tiba boikot aku. Itu memang paling sakit dan aku rasa memang diri aku celaka sangat kalau mereka buat begitu. Aku lagi rela kena pukul dari kena boikot begitu.
Sadis aku ni.

http://farm4.static.flickr.com/3509/3717104179_8ef75de9c5.jpg
Gambar : Apa hukuman di rumah itu adalah sebagai latihan supaya kau takut nak kena denda di sekolah. Tapi budak sekarang kalau kena denda di sekolah, esok mak bapak datang serang sekolah bawa pegawai berbaju putih, encik peguam. Ceh!

4. Anak cikgu kena jadi contoh segalanya.
Anak cikgu kena pandai.
Anak cikgu kena baik.
Anak cikgu kena bersopan santun.
Anak cikgu kena jadi yang terbaik.
Anak cikgu mesti jadi ketua segala.
Semua pun anak cikgu mesti yang paling bagus.

Mati.
Aku budak sederhana. Yang hanya nombor dua dalam sekolah lepas peperiksaan SPM.
Aku budak yang baik jugalah. Tengok ada perkataan jugalah, maksudnya tak baik sangat.
Aku budak yang err, sopan santun tu macam perempuan lemah gemalai ke? Aku tak.
Aku budak yang kedua terbaik masa SPM. Bolehlah kira begitu kan?
Aku budak yang tak dapat jadi ketua apa-apa kecuali ketua pengawas sekolah agama. Ha ha ha.
Anak cikgu lain bagus kot? Aku tak.

Tapi senarionya, kalau kita lihat situasi dari dulu sampailah sekarang, dalam media massa contohnya. Kalau dalam tajuk ada perkataan "cikgu", mesti benda itu akan jadi cerita yang meletup, cerita yang gempar dan bikin panas satu Malaya. Kalau benda baik tak sangat, tapi kalau benda kurang baik, memanglah semua orang nak buat liputan. Sebab itu aku selalu kata dengan anak murid aku yang aku bertuah tidak mengajar di Jepun ataupun Korea. Itu disebabkan kalau di negara-negara berkenaan, apa-apa kes yang berlaku, habis guru-guru yang pernah mengajar penjenayah atau apa sahaja kes buruk akan ditemubual. Gila kau!

5. Pemilihan Kerjaya.
Ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Sesuatu yang berkaitan dengan hidup dan masa hadapan sendiri kan?
Tapi orang selalu kata, anak cikgu mesti akan jadi cikgu juga. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak cikgu pilih kerjaya lain. Jadi doktor, jurutera, jururawat, arkitek, peniaga dan sebagainya. Benang takdir semua orang pastilah tidak sama. Jalinan tidaklah akan sentiasa mengikut apa yang orang tua mereka lakukan kecuali pekerjaan itu sesuatu yang diwarisi. Contohnya ahli keluarga mempunyai syarikat dan dia diamanahkan bekerja dengan syarikat itu, maka itu yang boleh dikatakan sama.

Tapi, aku mengikut jejak langkah Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat.
Menurut apa yang direncanakan oleh Puan Mulia mengikut acuan dan kepentingan demi masa depan serta kegemaran aku, alhamdulillah. Aku seperti aku yang kalian semua kenal. Mempunyai kerjaya yang sama dengan dua manusia baik yang melahirkan, membesarkan serta mengasuh aku sehingga menjadi siapa aku sekarang. Yang baiknya tentunya datang dari Allah serta ajaran mereka dan yang jahatnya aku akui adalah natijah daripada kenakalan dan kelemahan aku sendiri tidak mendengar kata-kata mereka di saat aku melalui kehidupan aku.

http://farm3.static.flickr.com/2617/3774176274_1fc0a5e923.jpg
Gambar : Kadangkala kita akan menyatakan betapa sakitnya melalui sesuatu kehidupan tanpa menyangka ia sebenarnya membawa kepada kebaikan pada penghujungnya. (Shafaza Zara, 2011)

Apa yang aku coretkan kali ini pastinya datang dari pengalaman aku sendiri dan aku percaya setiap orang mungkin melalui pengalaman yang berbeza bergantung bagaimana mereka dibesarkan. Aku menyukai keluarga aku dan sejujurnya aku membenci manusia yang menghakimi aku dan menyelitkan unsur keluarga walaupun sebenarnya orang begitu langsung tidak tahu siapa aku.

Ah, ada sesetengah manusia menjadikan caci maki dan sakit hati dengan manusia lain sebagai makanan ruji. Siapalah kita untuk menidakkan makanan kegemaran mereka yang bersalut tahi kan?
Sengih.

Nota Kaki :
1. Kehidupan berlalu terlampau pantas. Dan aku semakin tenggelam dalam kegemaran aku serta kerjaya.
2. Tersengih dengar orang membebel bahawa aku sudah kurang masa dengan manusia lain apabila menjadikan kerjaya antara matlamat penting dalam hidup.
3. Ketawa apabila mendengar orang menyatakan dia merindui aku padahal orang begitu akan muncul apabila dia mahukan dan buat ucapan sesuka hati. Ah, manusia bila tidak stabil pasti akan buat sesuatu di luar jangkaan bukan?
4. Terima kasih atas segala ucapan "Selamat Hari Guru" daripada kalian semua sama ada di Mukabuku ataupun Twitter. Terima kasih yang teramat sangat.

Zara : Dalam satu drama yang aku tonton, ada dinyatakan cinta dan hati manusia bukanlah seperti soalan Matematik. Apa yang aku mahu tambah adalah, soal cinta dan hati walaupun punya pelbagai cara penyelesaian, tetapi jawapannya tidak akan pernah sama. Cinta itu perlu lebih Kimia aku rasa (dah kata budak Kimia). Ketawa.

54 comments:

Shafa said...

Selamat Hari Guru kepada Zara..

Shafa said...

Selamat Hari Guru kepada Zara..

nurain said...

wah.susah jugak jadi anak cikgu rupenye.tapi dulu2 perasan kalau anak cikgu ni kesian, selalu mak dorang tak dapat masak, so beli makanan bungkus kat kedai.huhu

nama.aku.lynn said...

point no.2,ayat no.3 tu memang pehhh la.hahah.
tapi apa pun,anak puan mulia sangat tbaik.kan kan?=_=

una berry said...

sangat setuju dengan semua di atas. situasi hampir serupa sebab Mak Ayah pun cikgu juga.
penat dan menyampah kadang-kadang.
tapi kadang-kadang bangga juga.
lepas tu jadi anak cikgu ni best juga lah sebab sekolah cuti, mak ayah pun cuti so senang nak pegi mana-mana.

kuyie said...

haha...den menyelami perasaan anak² cikgu...tebaiiiikkkkkkk!!!!!!!

YiyiPutri said...

Kak Zara! Betul sangaat! Bukan senang jadi anak cikgu. Selalu kena compare. Dah tu kena perangai yang bagus-bagus je.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shafa

Thanks Shafa!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nurain

eh, camtu ke?
Mak Zara tak pernah beli makanan kat kedai. Setiap pagi memang dia dah siapkan untuk lunch sekali~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nama.aku.lynn

cuba try sini jadi anak dia~
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@una berry

nak buat salah pun takut kan?
semua orang kenal mak bapak kita~

T__T

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kuyie

hahaha~
selami lepas tu timbul balik wei~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@YiyiPutri

itu mengajar kita jadi manusia bagus kan?

hahaha~

(walaupun sengsara gak nak jadi baik ni)

♥CIK SHA♥ said...

selamat hari guru buat cikgu zara, puan mulia dan ketua keluarga hebat..jasa dan pengorbanan kalian pasti akan dikenang sepanjang usia anak-anak murid kalian..^_^

Rahika Wahidah said...

selamat hari guru zara!!

ala,masa kecil kena rotan pukul2x dengan cikgu tu biasa jew lah. zaman sekarang jew kalau pukul2x rotan tu x boleh. kang2x mahu jadi kes saman.

cahya indah said...

good one..mmg right on the dot, each and every one tu. jadi anak cikgu always kena compare ngan org..major dislike. :p

Mama Kembar 3 said...

mmg tak mudah jadi anak cikgu, very high expectation kan? org semua ingat sebab kita ni anak cikgu, then kita mesti pandai...padahal exam slalu lulus cukup ckup makan jer heheheh

btw, mama anak cikgu besar yg dah lama pencen. tp sampai skarang students my dad & cikgu cikgi yg lain still refer to me as 'anak cikgu zubir' hehehe

Eyrique Ettiqazz said...

itulah hakikat khdpn,mentaliti masyarakat ttg anak cikgu mesti pandai,semua tau n mesti dpt nombor 1..kalau anak cikgu bodoh,mesti dipandang sinis sbb mak atau bapak cikgu tp anak bodoh..x kan x ajar anak tu samapai pandai..

Nailah Azman said...

Jadi anak cikgu ada yang best ada yang tak.
Paling tension mesti time exam!
Awal-awal mesti kena warning dulu :

" Buat betul-betul, jangan buat malu. Mak cikgu tahu? "

Hmmm. Sabar jelah.

Wanita Mutalib said...

akak setuju.
akak juga anak cikgu.
ayah akak cikgu.
tau.
tau.
berat nye macam mana bile pegang title 'anak cikgu'.

semua nak kena cemerlang.

halahai.
kte manusia biasa kot.

:))

mendatak hijau said...

aku nak anak aku jadi dokter..haha

rekbing said...

selamat hari guru zara! ada ketika mmg aku meletakkan kau sbg guru aku

:)

SuFy said...

Selamat Hari Guru, insyaAllah sufy pun bakal guru gak..semoga dapat mnjadi yg terbaik yee..;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@♥CIK SHA♥

terima kasih sayang!
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Rahika Wahidah

sekarang kononnya semua dah ada kesedaran.

kesedaran entah apa pun tak tahu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cahya indah

tak pernah plak orang bising2 kan anak doktor ke engineer kan?

huhu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mama Kembar 3

hehehe.
kan Mama kan?

kalau zara pun, eh, anak cikgu syed tu eh?
ataupun anak cikgu rahmah eh?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eyrique Ettiqazz

padahal anak cikgu pun budak biasa.
kadangkala ada kelemahan gak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Nailah Azman

ohoi!
samalah kita kak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Wanita Mutalib

kita melalui kehidupan yang serupa~
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@mendatak hijau

aku nak anak aku jadi manusia~
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@rekbing

aduhai afif~
mana boleh lawan dengan kau yang sekolah sampai Jepun?

aku biasa2 je.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@SuFy

semoga kamu jadi yang terbaik juga dik!

:)

Halimatun Sa'adiah said...

sy pun mgalaminya...
tp xbleh jgak tonjolkan yg terbaek...
2 je mampu..

wynda said...

selamat hari guru^^
perkongsian Zara membuatkan saya bertambah semnagat utk belajar mendjai seorang guru^^

ishiko said...

arrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!1 saya baca sampai habes, semua anak chegu memang macam ni eh?
kehkehkeh give me five la sis !!

http://ishikosworld.blogspot.com/2011/05/164-selamat-la-hari-guru.html

ishiko said...

btw sis mintak share ur link ni ye.. huhu^^

ReenAppLe said...

serius... tertarik dengan entry nie...even aku pom bukannya anak cikgu..
so i thought wanna give my opinion..
anak cikgu ke bukan anak cikgu.. semua manusia... biasala perbandingan tue dijalankan... kadang3 memang terasa gila bila family bandingkan dengan orang lain...duk citer pasal kebaikan orang lain..pergh..terasa rendah diri gila bila tao semua kekurangan kita...
pastuye bila aku fikir balik... alaaa... masing2 ada kekurangan masing...takyah nak cakap orang tue tao buat apa yang kita tak tao buat...maybe diorang pom tak tao buat apa yang kita tao buat..
so sebab tue kita harus jadik diri sendiri ...lantaklah kekurangan kita sebesar mana...hahahha
jadik diri sendiri lagi okey dari terpaksa ikut kehendak orang yang need more expentactation from us..
*cam daa lari dari entry jer*
soory meraban tak tentu pasal...

Cik Kyla said...

Happy Teacher's Day Zara :)

suha said...

slmt ari guru..hehehe

cik suha pon ank cikgu gak dan merasai betapa sushnye jd ank ckgu..kalo pndai sgt nnti org ckp "ala,die dpt mrkah tggi sbb die ank ckgu"..kalo bodoh sgt "anak ckgu ape kalo bodoh cenggitu"..ayark!

nnti tgok anak zara lak cmne..hehe

entry psl guru
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/05/fakta-benar-kaitan-antara-poligami-dan.html

Dark Half said...

tekanan juga baca kisah kau bila mak abah keduanya cikgu. org luar letak high expectation. tapi pancapaian kau di sekolah boleh dikira hebat

semoga terus mnjadi cikgu yg cool

SyedGraphiX said...

slamat hari guruuu.. nah hadiah! hehehe.

Ecah Shafiee said...

anak cikgu mesti pandai..ni ayat biasa dah ni..hehe

Pelakon Filem CUN!, Nadiya Nisaa Berbakat Besar

Lizan said...

suami saya bercikgukan ibunya.. ngikut kata beliau dia tak pernah memanggil ibunya di kelas sbb 'kurang pasti' nak panggil cikgu atau mak

Twinx said...

suka entry ni..situasi yang sama berlaku pada saya jugak..kos semua orang assume ank cikgu pandai and bla bla.. mana2 pergi mesti bwk title "anak cikgu"

Aku Photogenic said...

nice dowh~

mamafarhan said...

zara,

nice entry... but bukan semua anak cikgu baikkan...!!! ada gak anak cikgu jadi setan kat sekolah... pernah kenal ngan anak cikgu disiplin sekolah.. tapi perangai... huhuhu...

(^__^) stay cool zara.

b a m b a m ' s said...

<-- senaseb ngan zara..parents cikgu..heehhe..

tp keje bukan perguruan yg dipilih.. :P

semua experience sama ar..cuma x satu sekolah ngan parents..so safe ckit..xde org tahu daku anak cikgu2..hik3..

sicomot-comel said...

hepi belated hari guru ye cikgu shafaza :)

hm,,kite pown same lah..anak cikgu..mmg susah..huhu

enyheartsdiamond said...

happy teacher's day sis zara <3 teringin na jd anak murid sis zara.. hiks :D

Ain Zulaikha said...

okey, i feel you.. kalau sampai kena banding2 kan anak sendiri dengan murid mmg sakit.. hehe

*** dekat blog sy lukis guna paint dan tablet :)

Bintang said...

hahahhaa...sangat suka dengan entry ni...hebat sangat ke jadi anak cikgu kene berdepan macam ni? yang cikgu tu mak,ayah bukan anakya! tak faham betul!

Ainul Hayat said...

Assalamualaikum Zara,

Pertama, selamat hari guru. :)
Kedua, nak beritahu yang saya antara silent reader blog zara ni. Jumpe link zara dari blog Yonna.

Entri pertama yang saya baca pasal budak yang taknak kerja tu tapi nak kahwin 7 sanggup tunggu boipren dia yg tgh study tu. Lepas baca entri tu terus jatuh hati.

Teruskan berblog yer :)

ieqa miza08 said...

mmg penat jadi ank ckgu!!!\sane sini asek nak kena bnding j!!!!