Saturday, May 21, 2011

Kau Sayang Dia Sebab Perlukan Dia Atau Sebaliknya?


#sedang mendengarkan : Taylor Swift - Kembali ke Disember (Baca : Back To December)

Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita, tapi kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia? [Lepas ditegur, aku baru perasan yang ayat aku salah. Maka yang betul adalah ini = Adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu dia?] Itu membawa kepada dua pengertian berbeza yang pastinya.

Gambar : Orang yang kurang matang akan menyatakan saya cintakan awak kerana saya perlukan awak, tetapi orang yang matang akan menyatakan saya perlukan awak kerana saya cintakan awak. Jadi mana satu antara kita?

Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu yang pincang. Anehnya, kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui kepayahan begitu.

Kawan : Kau pernah rasa rindukan seseorang?
Aku : (ketawa) Soalan apakah ini?
Kawan : Jawab sahajalah.
Aku : Pernah.
Kawan : Susahkan bila kita rindu orang ni?
Aku : Susah ke? Kalau orang itu hidup lagi, pastinya banyak cara nak hubungi dia. Gunakan sahajalah dan lepaskan rasa rindu tu.
Kawan : Tapi kalau orang yang kita rindu itu tak rindukan kita?
Aku : (ketawa) Ini kelakar.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak tahu hati orang. Mana kau tahu dia tak rindu kau juga?
Kawan : Sebab bila aku kata aku rindu, dia senyap je.
Aku : Mungkin dia segan? Ataupun aku rasa benda begini tak perlulah sentiasa diluahkan guna kata-kata kan?
Kawan : Rasa macam bodoh pula bila aku rindu orang begini. Aku je yang sayang dan perlukan dia agaknya.
Aku : Kau sayang dia sebab perlukan dia atau kau perlukan dia sebab kau sayang dia?
Kawan : Ada beza ke?
Aku : Ada.
Kawan : Aku perlukan dia sebab aku sayang dia. Kalau aku tak sayang dia, buat apa aku perlukan dia?
Aku : Jawapan orang matang.
Kawan : Eh, kalau orang minta gambar kau, apa kau buat?
Aku : Bergantung siapa orang tu.
Kawan : Katakanlah kalau orang tu minat kau, apa kau akan buat?
Aku : Senang sahaja. Aku akan jawab begini, "Google sahaja gambar saya". (ketawa)
Kawan : Keji gila perangai.
Aku : (ketawa) Sebab kita tak tahu adakah orang yang minat kita itu, kita minat atau tidak. Tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang yang langsung tak pandang kita.
Kawan : Macam menyindir.
Aku : Choi! Mana ada. Itu benda ironi yang manusia selalu buat.

Gambar : Kadangkala ada orang yang singgah di hati kita dan meninggalkan jejak yang dalam tetapi malangnya, mereka hanya tinggalkan kesan tapak kaki yang tidak dapat ditanggalkan apabila mereka berlalu pergi. (Shafaza Zara, 2011)

Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya. Seperti juga kau duduk termenung di luar pintu sebuah rumah, tangan teragak-agak mahu menekan loceng atau mengetuk pintu rumah tersebut. Adakah ada ruang yang istimewa untuk kita?

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.

Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.

Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.

Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.

Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?

Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.

Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

(tulisan aku dari penulisan ini)

Pincang?
Ya, tulisan hari ini pincang.

Nota Kaki :
Sesuatu yang diinginkan sudah punya dalam tangan.

Zara : Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta. (Kahlil Gibran)

57 comments:

cik sessy said...

sedih...
setiap apa yang awak tulis buat saya terasa dan berfikir..

terima kasih kadang2 tulisan awak buat saya lebih kuat biar pun d iring air mata...

demmmmmmmm...
aku suda emo..

Mra Mastura said...

mra xtau nak jwab mane satu. okay, need time to reflect myself. thx sis

CutieIntan said...

sangat suka dengan entri ni...

NaniE said...

zara..saya kira, awak tertulis dua kali di entry yg atas tu.."tapi kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia, ataupun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia?"

dua kali disebabkan kita sayang dia.
saya rasa mungkin yang satu lagi sebab"dia sayangkan kita" kot..hehe

ke memang awk nak tulis dua2 disebabkan kita sayangkan dia..?

takky said...

*sedang taip "dunia sebelah zara" n klik images di encik google...

memang keluar gamba kak z la...
hebat sungguh....

ayie said...

suka baca dialog..ponuh dgn meaning

Wanita Mutalib said...

tak pernah pincang dik :)

shera haifa said...

Tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang yang langsung tak pandang kita.

Setuju dengan ayat atas..

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

cik aisha said...

selalu ketepikn rasa rindu,buat seolah2 semua tak pnh berlaku..

Bintang said...

hmmmmmmm..

ayat yang biru sangat menusuk.seolah memerli saya yang terlalu mudah berikan kunci pada dia...

mamafarhan said...

zara:

sungguh dlm penulisan mu. setiap soalan tak mampu ku jawab. namun yang pasti " AKU SAYANG DIA" hehhehe.

kamu kuat walaupun kdg2 lemah, kamu sabar walaupun kdg2 marah. itulah KAMU = zara

NaNa said...

Dalam maksud dailog tu..betul2 dapat dihadam hingga ke hati ni..huhuu...thanks :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cik sessy

aduhai.
jangan terasa sayang~

:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mra Mastura

Hope u'll find the best answer :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@CutieIntan

Terima kasih :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NaniE

now saya sendiri rasa berbelit.
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

auch!
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ayie

thanks dear!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Wanita Mutalib

aduhai kakak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@shera haifa

itu yang selalunya kan?
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cik aisha

sejauh mana dapat bertahan?
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@mamafarhan

aduhai.
itu satu bentuk pujian ke kakak?
aduhai.

:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Bintang

pastinya zara menulis bukan sebab tujukan pada sesiapa dear :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NaNa

Tiada masalah sayang :)

Piah Becok said...

adoi... susah soalan tu. kadang2 kita pun tak pasti kenapa kita suka orang tu. kena muhasabah diri balik ni...

entri akak tak penah tak buat orang berfikir. mesti sentap punya.. huhu

p/s: weh, madu dalam english kite panggil ape? rujuk sini:HONEY? SECOND WIFE? CO-WIFE? =.=''

Raouf Sora said...

Ehem...dh agak lama tak komen...selalu menjadi pembaca je..hehe..entry kali ini, tak boleh nak komen banyak..amat terkesan dalam hati... :')

strawberrycincau said...

hmmm. susah sangat bile rindukan seseorang yg langsung tak rindukan kita. bukan stakat tak rindu. tak ingt langsong mungkin. haish.. so sad kan.. hmmm..

zarazueyin said...

salam kenal...
membaca entry ni seolah diri saya berada dalam situasi tersebut....sungguh menyentuh hati :(

♥c!k Ann♥ said...

hebat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

emieysandra said...

entri ni buat sy terfikir. thnx, trime kasih sb buka hti sy dr trus sedih^^

ishiko said...

penulisan sis zara mmg selalu mengharukan... ^^

roxanne de maria said...

agak terkesan bila membaca entri ni. sedih pun ye jugak.

Siti Aziz said...

banyak pengajaran..

cik HUSYI said...

Setiap tulisan kak Zara mesti ada maksud mendalam.
Kena meneliti satu persatu ayat untuk faham maksud yang nak disampaikan..

Buatkan sy terfikir sesuatu y baru.Thanks Kak Zara!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Piah Becok

dah singgah blog kak tadi :)

thanks!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

ingat kamu dah lupa kakak~ XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@strawberrycincau

yup :')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@zarazueyin

moga kamu tabah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@♥c!k Ann♥

apa yang hebat?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@emieysandra

kamu akan dapat lalui yang lebih baik.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ishiko

ouch!
big compliment tu :')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@roxanne de maria


sedih kenapa dear?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Siti Aziz

moga2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cik HUSYI

no big deal dik :)

delarocha said...

cinta memang begitu
mengabai cinta didepan mata
kerana mengejar yang lain yang tak cinta
kadang kadang kita tak tau apa yang terbaik untuk kita

Hanis said...

sbb sayang jadi perlukan dia utk curahkan kasih sayang tu. hehe.

amalina wahida said...

pincang ke? pincang2 pun tetap,tulisan lord zara menusuk smpi hati.. buat saya berfikir..

Anonymous said...

love your words :)

Sara Ali said...

bahasa awak membuatkan sy berfikir seketika..
mula bertanya pada diri sendiri...

adakah tindakan saya benar?

8kisah ini ada kaitan dgn diri sy...

♥..cik_mas..♥ said...

entry kau memang bayka makna zara.. :) siyes aku lama tak datang cni.. kau sihat kah?

AreYou said...

entry ni buat aku terpikir sejenak akan kisah lalu....tragis2

isayakume said...

menda yg slalu jadi lam hidp..
kadang2 kita seniri xtaw mcm mn nk handle..

Syuhada said...

indahnya bahasa akak. :)

Mymie's Mui said...

kak,,setiap post yang awk bagi, wat sy terpkir dan merenung.thnks sbb bagi sdar dn bg motivate ya :)

Mymie's Mui said...

setiap entry yang akk post, sgt best dan bagi saya feels.hehe..buat sy merenung dan berfikir. mkin motivate diri ini.thnks

linlin clara said...

suka baca blog akak, kalau ada masa jenguk blog saya :)