Thursday, May 26, 2011

Mak Pengantin Tak Suruh Ulas Kerjaya Anak Dia.


Kadangkala disebalik mahu bergembira, suasana meriah tidak terkira mesti ada penyebab mahu buat keadaan jadi agak gundah gulana. Senjata mahu dikeluarkan tetapi apakan daya, keris yang mak andam beri pinjam ini hanya sewa. Kalau buat menikam orang, mesti keris itu akan dijadikan simpanan bahan bukti pihak berkuasa selagi kes belum habis bicara. Belum campur lagi keris itu bakal diconteng dan diletakkan nombor siri. Baju yang dipakai kalau kena percikan darah pun boleh jadi bahan bukti. Sekali lagi, baju pun disewa.
Celaka.

Gambar : Aku malangnya tak dapat cari gambar pengantin yang sesuai. Ini bolehlah. Kau semua tengok gambar ini tahu ini menggambarkan majlis kahwin kan?

Suasana di luar masih gegak gempita dengan bunyi lagu berputar - ikut suka hati pengulas atau apa yang kita panggil sebagai 'deejay'. Sejak dahulu lagi, kalau pergi rumah orang kahwin mesti ada manusia yang kita panggil singkatan dia DJ. Ala-ala radio cuma kau boleh tengok dia berceloteh sama ada bagus macam Fara Fauzana, Faizal Ismail atau teruk macam entah siapa-siapa yang jangka hayat sebagai penyampai radio itu berakhir.

Tapi itu bukan ceritanya.
Aku nak cerita tentang satu majlis perkahwinan yang aku hadiri. Pengantin lelaki adalah kawan aku, manakala pengantin perempuan adalah kenalan pengantin lelaki (Choi! Memanglah. Kalau tak celah mana nak kahwin?). Datang bersama kawan-kawan lain dan memanglah, kalau majlis perkahwinan sekarang ini memang bagus sebab selain nasi yang aku sudah tidak sentuh lagi, ada sahaja makanan sampingan. Kebetulan, masa kami sampai, pengantin lelaki sedang bersiap mahu berarak bersama rombongan pengantin perempuan. Lepas dapat isyarat dari pengantin lelaki dan keramahan ibunya yang suruh kami menikmati hidangan, ya, kami duduklah makan. Sedang menikmati makanan, DJ pun mengumumkan ketibaan pengantin dan adanya persembahan silat.

DJ : Itu dia pengantin sedang berarak masuk bersama dengan rombongan dari negeri X.
Kami : Bagus betul, macam ada perasmian majlis.
DJ : Pengantin dipersilakan duduk sebentar, ada orang nak bersilat.
Kami : Ni kalau program ni, ada buku program kena bagi perasmi.
DJ : Pengantin tengok sahaja tau, jangan bersilat pula laki bini.
Kami : Si K tu ada taekwando lagi. (senyum masing-masing)

Yang membuatkan kami mahu tercekik dan baling pinggan kepada DJ itu adalah ayat-ayat dia yang seterusnya apabila pengantin mahu bersanding. 

DJ : Untung si K dapat isteri cantik. Cikgu biasa dapat kahwin dengan doktor cantik.
Kami : (mula-mula biasa lagi)
DJ : Isteri kerja doktor, suami cikgu biasa, untung tuan rumah. Berseri-seri.
Kami : (mula pandang-pandang)
DJ : Kalau sakit pergi hospital, untung tak payah beratur ada menantu doktor.
Kami : Motif?
DJ : Bla..bla..bla...doktor...bla..bla..bla...cikgu...bla..bla..bla...doktor....bla...bla...cikgu.

Sepanjang kami makan, sampailah nak menghampiri pengantin di pelamin sebab nak beritahu mahu pulang, DJ itu asyik sebut benda lebih kurang sama. Kerjaya pasangan pengantin dan betapa untungnya sebab dapat kahwin dengan doktor. Macam satu benda yang ajaib sampai mahu disebut berulangkali. Perlu diingatkan bahawa, ini bukanlah kali pertama kawan-kawan aku melangsungkan perkahwinan dengan bukan guru, ada sahaja yang kahwin dengan jurutera dan sebagainya, cuma DJ kali ini amatlah pelik dan agak, boleh makan kaki kalau tak kena gaya.

Kami : Baliklah dulu K.
K : Cepat nak balik?
Kami : Apa kau nak suruh kami basuh pinggan mangkuk?
K : (ketawa) Anak-anak dara kena rajin.
Kami : Mentang-mentang dah kahwin. Tahniah.
K : Nanti kalau lalu depan DJ tu tolong bagi ayat pedas sedikit.
Kami : Tahu kau mesti panas atas pelamin ni.
K : Jangan sampai aku tikam dia dengan keris ni karang.
Kami : Jangan. Nanti masuk televisyen.
K : Aku kalau tak ingat semua benda ni sewa, dari baju sampai ke keris, memang aku tikam juga DJ tu karang. Baik kamu bisik-bisik sedikit, sebelum aku makan berdamai ni.
Kami : Siapa nak cakap?
K : Penulis blog nakal belakang tu.
Kawan-kawan lain : Betul. Betul.
Aku : Jadahnya aku?
K : Aku bagi kau tulis dalam blog. Eksklusif.
Aku : (tarik muka)
K : Pergilah. Kira hadiah kahwin aku juga ni. Cincai. Takkan nak suruh Mak aku pula.
Kami : Baik.

http://farm1.static.flickr.com/181/420518310_396ddacd67.jpg
Gambar : Kalau aku kahwin suatu hari nanti, aku nak suruh orang main benda ini (tapi versi lagi maju tentunya). Lepas tu ada harapan kena lempar dengan Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat.

Kawan-kawan : Pergilah cakap.
Aku : Takut.
Kawan-kawan : Kau tengok K di belakang tu. Nanti kita semua kena bahan dengan dia.
Aku : Baiklah. Kau semua tegur dulu abang tu.
Kawan-kawan : Bang DJ, oh bang DJ.
DJ : Apa dia adik-adik?
Kawan-kawan : Ni kawan kami ada nak buat permintaan lagu (tolak aku ke depan)
DJ : Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ada gadis yang nak buat permintaan lagu untuk pengantin. Lagu apa adik?
Aku : Bukan-bukan. Saya cuma nak sampaikan pesanan pengantin.
DJ : Apa dia?
Aku : Dia suruh abang putarkan lagu sahaja lepas ni.
DJ : Kenapa?
Aku : Dia kata dia tak nak majlis perkahwinan dia ada pertumpahan darah.
DJ : (ketawa) Sebab isteri dia orang kerja hospital ke?
Aku : (dalam hati - Bingai ke apa ni?) Tak. Dia suruh putar lagu sahaja. Tak payah ulas apa-apa lagi.
DJ : Takpe. Cakap dengan dia lepas ni abang putarkan lagu ala-ala hospital.
Aku : Er, er...
DJ : (tekan apa entah - keluar siren ambulans)
Aku : Saya cuma nak nasihatkan abang satu je.
DJ : Apa dia?
Aku : Pakai jaket keselamatan kalau tak nak terbunuh. Terima kasih bang.

Kami terus berlalu pergi dan menuju ke arah mak pengantin. Macam biasa adat, kalau dah nak balik jumpa tuan rumah. Lepas itu salam keruk (istilah ini orang Johor guna sebagai lepas salam tuan rumah, dalam tangan letakkan sampul duit. Nilai bergantung kepada keikhlasan masing-masing).

Kami : Terima kasih makcik. Balik dulu.
Mak K : Kawan-kawan K ke?
Kami : Ya makcik.
Mak K : (sibuk hulurkan bungkusan) Ni ambil seorang satu.
Kami : Terima kasih makcik.
Mak K : Bengang betul dengan DJ ni. Orang suruh buat gembirakan majlis, dia buat makcik panas hati ni.
Kami : Sabar makcik.
Mak K : Apa salah ke K kahwin doktor?
Kami : Tak salah makcik.
Mak K : Menyesal betul ada panggil DJ ni. Tak suruh pun sebut-sebut apa kerja pengantin ke apa. Ni macam merendah-rendahkan kerja si K ni.
Kami : Er, balik dulu ya makcik?
Mak K : Hati-hati jalan.

Aku sejujurnya mengerti perasaan Mak K. Dah berapa kali aku menghadiri majlis perkahwinan, aku rasa ini antara sebab kenapa kalau aku ada rezeki kahwin nanti, aku tak nak ada DJ. Bukan apa, kalau DJ yang betul dan buat kerja dengan elok baguslah, kalau yang macam K dapat ini, memang boleh jadi neraka majlis itu nanti. Tapi, aku akui, tak semua DJ begitu. Ada yang bagus dan berhemah. Kalau ada laungan azan, dia akan tutup sebentar lagu yang sedang diputar dan sebagainya. Bukan main belasah, langgar segala benda.

Benda begini kadangkala orang kurang peka. Ada yang tak suka disebut tentang kerjaya, gaji dan sebagainya tetapi orang belasah, mahu sebut semua tanpa mengira sensitiviti sesetengah pihak. Tuan rumah sebagai contohnya, adalah yang paling sebal aku rasa. Benda yang kononnya menghiburkan tetamu buat diri jadi meluat dan nak senyum pada orang yang datang pun kena tegangkan muka dan tepuk manja pipi berkali-kali. Susahlah kalau begitu kan?

Bila fikir semula, ada beberapa sebab aku kurang gemari benda ini sejujurnya. Untuk perhatian, aku tak memandang rendah kerjaya sebagai DJ dan aku sendiri mengakui tak semua orang sama dari segi penyampaian dan gaya. Beberapa sebab aku kurang senang ada DJ di majlis perkahwinan :
1. Kadangkala muzik terlampau kuat. Tetamu nak berbual pun payah.
2. Apa yang diucapkan tak sensitif dengan suasana.
3. Khayal dengan dunia sendiri macam ada konti.
4. Tak hormat tuan rumah, pengantin dan tetamu. Agak-agak kalau nak bergurau kan?
5. Kau semua mesti tak nak tengok gambar seperti di bawah ini kan?

Gambar : Ada sesiapa nak tengok pengantin perempuan begini di majlis perkahwinan? Mungkinkah ini angkara DJ?

Apa-apa pun, aku tahu masih ada pengacara majlis, 'deejay' yang masih membuat tugasan yang hebat dan menggembirakan. Selalu juga jumpa mereka yang begini. Kita boleh makan sambil berhibur dan halwa telinga juga bahagia dengan lagu pilihan mereka.

Itu sahaja.
Dah.

Nota Kaki :
1. Akan mengambil tempat sebagai ketua keluarga selama dua minggu.
2. Dihujani dengan tugasan yang membuatkan diri tak boleh alpa dan mesti sentiasa peka.
3. Menemui cara baru untuk mengawal sekumpulan manusia yang tidak mendengar kata - jangan buat silap dengan mahu injak kepala.

Zara : Evolusi seorang survivalis sedang menunjukkan tanda-tanda kekuatan perlu dipecahkan dengan apa jua cara. Tindak balas luar menikam dengan kuat sehingga tidak dapat duduk diam tanpa sebarang kata. Angkat senjata!

26 comments:

Dayana Nasir said...

itu DJ memang cari nahas kot. ini mesti kes DJ jeles tengok orang lain kawen. haha

Pocket said...

blur woo!!
nak cakap apo pung tak tau kalau dah start ngomel tu,
eh.. cuaca dah cakap,
lauk dah cakap,
nak citer aper lg yer?

pengaruh astro first dalam industri perfileman negara? susah tuuuuu..

so? kita dptkan latar belakang si pengantin...
n komen laah :D heheh

Mr H said...

Hoho.. me likey the entryyyy... kalau aku, rasanya, memang terbunuh dah DJ tu.. tak ada amaran awal.. terus firedd... depan-depan public punya hentamm..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

uih sampai mcm tu skali..
mau cekik DJ tu

thanks zara..
buat entri ni.
at least nur leh warning DJ masa majlis nur nanti..
kalo buat juga..mau bako je

cahya indah said...

I memang x suka DJ kat wedding reception, kadang2 bila da xde modal nak cakap..tetamu pun boleh jadi bahan, kalau puji2an xpe la. Ni mengutuk je lebih. Tak suka.

"Pakai jaket keselamatan kalau tak nak terbunuh." <<<<< ayat terbaik :)

yaya kechiq said...

baling je keris ke arah DJ tu dari atas pelamin .

amy emyla said...

begong nye DJ..hahahha rusakkk majlis org

Chempaka Sari said...

wah bagusnya penulisan awak... patutlah cikgu.. Dah lama follow awk,baru tau cikgu. mak say pun cikgu jgk.

kenapa DJ tu kata "CiKGU JE"?

mendatak hijau said...

aku penah jumpe DJ mcmni..tp yg xtahan tu dlm kad kawen pon bubuh title DOKTOR..beso lagik tulisan nye..

sayadanceriterasaya said...

ntah ape2 je DJ tu. mcm bagus kn.
helo,kalau xde cikgu biasa, xdelah doktor tu kn?kn?

"Pakai jaket keselamatan kalau tak nak terbunuh. Terima kasih bang." ( ayat menusuk kalbu. HEBAT Zara!!!)

cik ciput said...

betul la zara..kdg2 tak sesuai la ada DJ dalam majlis kahwin..sy penah pegi satu kenduri, muziknya punyalah kuat sampaikan nk berborak pon tak dgr..tu ok lgi..skali ada sesi karaoke la pulak!mak aih, berasap telinga ni terpaksa menahan kesumbangan lagu..haishh..

*mak dah pesan, kenduri nnti xde DJ2, xde muzik2 =)

♥CIK SHA♥ said...

agaknye DJ tu mengidam nak kawen dgn doktor kot..tu die jeles le tu..pastu saje nak hangen2 kan pengantin dan keluarga..


takde yang pelik pun doktor kawen dengan cikgu..doktor manusia,cikgu pun manusia..manusia kawen dengan manusia..doktor dan cikgu tu hanya kerjaya..ape punye bingai le DJ tu..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

tak professional langsung punya DJ
aku yg baca pon hot

yonna said...

jilaka punya DJ! kalau masa kenduri kawen i, mmg i parang dia time tu jugak! tak alert perasaan orang langsung!

ieyza afieyna said...

teruk betul DJ tue.. ape punye perangai la. memalukan org je..ish3..


btw first time datang cnie..
seronok bace entry kat cnie.. ;)
feel free singgah la kat blog ieyza gak..hee

Reality & Fantasy Ieyza Afieyna

TheBentPencil said...

LULZ!
My next entry dlm Terfaktab ada jugak cerita pasal DJ majlis kahwin yg annoying.

memang diorg kene annoying ke?
dahlah RJ tulis, kos upah DJ tu agak mahal.

tak payah ambil la. ambil adik beradik/kwn sendiri sudah. nanti diorg buat inside joke dgn pengantin. baru syok.

LaLa said...

gilo punyer DJ! Konpem DJ tuh jadi bahan bualan keluarga pengantin...xpown...lps abeh majlis...konpem DJ tuh kena hentam dgn pengantin dan seisi keluarga pengantin. Mmg cari nahas DJ tuh sbnrnya...haha...

Suka ayat kamu bahasakan DJ tuh..."Pakai JAKET KESELAMATAN Kalau taknak TERBUNUH" mmg ayat menusuk kalbu kalo dye betul2 paham. Tapi tgk DJ neh cam tak paham bahsa jerk. Blur! elok hempuk dengan Kamus Dewan jerk DJ tuh. hahaha

HEMY said...

silap la zara...org jenis cmtu yg rasa fun n syok sendiri mana leh bagi ayat byk makna

bgtu je, sy sbgi kawan dia rasa tak elok la incit DJ ni citer pasal kerjaya diorg...mcam membanding2..

direct dan sopan =]

syafiq said...

hahahahahahahahaha kalau aku, tikam saja!

ayushida said...

kalau akaklah pengantinnya, kompom laki akak dah suruh dj tu balik sebelum keris terpacak diperu....hehehe

khalidahmacambaguss~O_o said...

@Mr H

haha.. kalau tetamu setiap sorang dapat lempang DJ nye ramai2 sedap tu... kurang sopan sungguh DJ tersebut

titan said...

hehe..tikam aje..

takky said...

nice warning...
slamat kak Z x bagi skali baju keselamatan dekat dia...
huhuhuhhu

btw, tgk gamba patung n baca entry nie tibe2 saye teringat cite chuky...
ergh, seram2....

i.am.belle said...

DJ haram jadah. putar lagu jelah kalau asyik cakap merapu.


guru adalah luarbiasa.

Anonymous said...

lIKE YOUR BLOG & COMMENT ON DEEJAY TERLAMAPU "PERASAN"..VERY ANALYTICAL details,very comprehensive...deejay mcm nie bukan dj tp dajal kotor..kalau kenduri saya, mmg pocah muka & mult kena hamput dgn ahli keluarga & rakan2 saya..sebaiknya tuanrumah terus sj "terajang" Djal ni keluar bermula dari komen masa bersanding lg..Jgn bayar seposen pun, terus report polis bhw ada deejay membuat kacau bilau di kenduri org...just pathetic manusia bodoh bangang spt ini.

Azmi Azmaniy said...

Sebagai DJ kita x akan berlebih2 dlm celoteh..sandarkan celoteh kita itu dgn Firman Allah, Hadis dan kata pujangga..untaian nasihat buat pengantin menjalani hidup berumahtangga..penghargaan buat tuan rumah dan tetamu yg hadir..agaknya DJ tadi tu x berpelajaran kot..mudah2an dia bisa belajar utk jd DJ yg lebih berkaliber di masa akan datang..