Wednesday, May 11, 2011

Mengecewakan Itu Suatu Kepuasan?


Tulisan manusia beku.
Jujurnya dia adalah gadis yang jauh sekali dari maksud kesempurnaan itu sendiri. Dia tahu maksud sempurna dan pastinya sebagai manusia biasa yang punya sifat tamak pada semesta, gadis dingin itu pernah mencari apa yang dimaksudkan dengan kesempurnaan. Natijahnya? Itu semua adalah kecelakaan yang membawa kepada zahir sebuah kehidupan. Tiada siapa yang sempurna kecuali Tuhan Yang Satu. Itu dia dan sesiapa yang membaca pasti sudah tahu.

Dalam kegembiraan pastinya ada kesedihan.
Mencari kebahagiaan sendiri pastinya dambaan bagi setiap manusia yang punya keinginan untuk kekal sejahtera. Tipulah kalau sesiapa tidak mahu bahagia. Sorotan kisah manusia setiap hari yang mendatang dan menjadi bahan bacaan kadangkala membuatkan diri ini tertanya-tanya apakah suatu hari nanti bakal terjawab segala rahsia tulisan takdir selepas nyawa ditiupkan ke alam manusia. Semoga rahsia yang masih kekal terpelihara itu akan membawa ke suatu tahap yang bisa buat hati melimpah ruah dengan nilai yang mulia.
Gambar : Aku percaya, apabila kita mahu menulis ceritera hidup kita sendiri, pastikan kita adalah pengarang terbaik yang memegang pena penuh jiwa. Kisah kita, biarlah kita yang mencoretnya. (Shafaza Zara, 2011)
Satu demi satu layangan kartu penuh tulisan berbunga mengunjungi aku. Anehnya ia sudah bermula sejak di tahun akhir pengajian dan berterusan sehingga ke hari ini. Bahkan, bilangan yang bertambah sejajar dengan peningkatan usia serta kematangan manusia lain disekeliling aku. Kartu jemoutan yang biasanya penuh makna dan ayat yang memikat hati untuk mengalukan kedatangan manusia beku ini ke majlis walimatul urus meraikan mempelai yang menyulam janji.

Tidak.
Belum lagi hati manusia ini berasa sedih menerima undangan satu persatu. Selalunya sedih menjelma bila menyedari tidak dapat memenuhi undangan teman-teman yang masih mengingati walaupun perkenalan singkat dan tidaklah begitu mesra. Ah, ingatan itu masih yang terbaik bukan? Dan ternyata, ingatan itulah yang membawa kepada kerja keras untuk aku mengingat kembali kehadiran seorang kawan yang ternyata pernah terselit di dalam perjalanan hidup aku suatu ketika dahulu. Persinggahan yang bersifat sementara, syukur, aku masih mengingati walaupun terpaksa diceritakan beberapa kali.

W : Kau masih ingat aku?
Aku : Mungkin ingat-ingat lupa. Maaflah. 
W : Tak mengapa. Aku masih ingat Shafaza yang lantang bersuara.
Aku : (ketawa) Aku masih berusaha untuk menjadi pendiam.
W : Kau tak akan berjaya. Tak sesuai kau jadi pendiam.
Aku : Ah! Itu ayat kejam. Mana dapat nombor telefon aku?
W : Dari seorang kenalan juga. Kenapa? Salah aku telefon?
Aku : Tak. Aku cuma pelik.
W : Apa yang peliknya? Aku manusia juga.
Aku : Belum pernah ada lagi monyet telefon aku tentunya.
W : (ketawa) Ayat nak tajam berbisa.
Aku : Itu benda biasa. Kau nak sentap? Jangan sampai aku jadi Rentap yang marah Bukit Sadok diserang oleh Brooke.
W : Dah. Cikgu dah keluarkan fakta Sejarah.
Aku : (ketawa) Kenapa kau telefon aku? Nak jemput datang majlis kau juga?
W : Majlis apa?
Aku : Manalah tahu kau nak jemput aku untuk majlis perkahwinan ke.
W : Malangnya itu sesuatu yang mustahil.
Aku : Eh, bukankah kau dah ada kekasih hari tu?
W : Yang mana?
Aku : Ada berapa banyak?
W : Masa belajar ke lepas belajar punya?
Aku : Ada beza eh?
W : Yang masa belajar, habis belajar dia dah dikira tamat tempoh.
Aku : Apa?
W : Aku cuma perlukan dia masa zaman belajar, zaman tengah nak kejar segala benda belajar dan sebagainya. Bila dah habis belajar, dia dah tiada fungsi lagi.
Aku : Kejamnya kau.
W : Itu benda biasa. Leceh sebenarnya bila berpacaran ni bak kata Ana Raffali. Boleh pandang-pandang sahaja.
Aku : Bila kau sendirian, sebenarnya kau nampak orang yang bercinta ini gembira. Bila kau sedang bercinta, kau akan nampak orang yang bujang, sendirian ini adalah menggembirakan.
W : Kau macam tu ke?
Aku : Tak juga. Benda ini kurang penting buat aku masa ni.
W : Kekasih aku yang paling baru aku lepaskan ni sangat leceh. Padahal aku dah kata yang aku bersama dia hanya untuk sepanjang kursus 3 bulan. Bukan aku nak ajak dia kahwin ke apa, cuma sebagai tempat menghilangkan rasa bosan kena duduk kursus lama.
Aku : Perangai apa ni?
W : Benda normal macam kita setiap hari kena mandi, kena tukar pakaian. Ini adalah amalan biasa aku, boleh dikatakan rutin.
Aku : Tapi hati manusia bukan pakaian.
W : Memang. Itu buat dari darah. Tapi masalahnya, bila orang dah anggap benda itu mudah, aku nak bising apa lagi kan? Orang menerima, aku jalankan peranan aku sahaja.
Aku : Bukankah dengan demikian cinta akan nampak murah?
W : Cinta mana ada nilai?
Aku : Kau ni memang suka hati kau sahaja kan?
W : Orang yang biarkan diri mereka jatuh dalam genggaman aku, salahkah aku mainkan peranan?
Aku : Tak baik. 
W : Benda ini berkait rapat dengan manusia juga. Kalau mereka tak menyerah pada aku, buat apa aku nak menyerah pada mereka?
Aku : Kau gila sebenarnya.
W : Shafaza, kau ingat bila kau bercinta dan kecewa dahulu?
Aku : Kenapa?
W : Aku tertanya-tanya bagaimana rasanya memusnahkan kebahagiaan manusia lain. Jadi dari situ, aku tengok, bagaimana satu perhubungan yang bahagia dan berakhir tiba-tiba akan membuat ada pihak yang sakit, tercedera. Tapi bagaimana dengan pihak satu lagi?
Aku : Dan kau memilih untuk jadi pihak yang mengecewakan?
W : Lebih kurang begitulah. 
Aku : Kau rasa apa?
W : Gembira. Puas.

Coklat.
Hidup ini macam sekotak coklat.
Coklat itu lebih murah daripada terapi dan kita tidak perlu mengadakan temujanji.
Dan aku, bukan mahu bicara tentang coklat.
Tetapi kaitannya dengan sebuah cerita, seorang manusia.
 
http://farm4.static.flickr.com/3422/3717706190_974e3c2159.jpg
Gambar : Aneh bila ada manusia yang sangat psikopat dengan melihat kesedihan orang lain adalah sumber kegembiraan mereka dalam hidup. Apakah kehidupan itu terlalu murah? (Shafaza Zara, 2011)

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.

Nah!
Aku sudah nyatakan bahawa aku sendiri tidak sempurna. Kalau mahu menegur sekalipun, kalian pastinya dengan sewenangnya akan mencemuh dan berkata, "siapa kau nak tunjuk jaguh di alam maya? Entah-entah kau cuma seorang gadis hodoh biasa-biasa sahaja ".
Ah, aku tidak akan tahu bukan?

Tapi, konsep karma itu selalu terjadi.
Ya, kau boleh kata aku kejam, keji dan sebagainya. Tetapi mungkin disebabkan aku sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup aku serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari, aku memang tidak menerima benda begitu dalam hidup aku. Bila orang kata hidup ini ibarat pusingan roda, atau tayar atau planet sekalipun, terimalah hakikat bahawa secara saintifiknya, benda yang berada di atas akan turun ke bawah juga bila tiba dan saatnya. Hukum alam serta nasihat agama juga telah terselit peringatan ini semua. Dan aku, hanya cuma dapat berkias untuk menyampaikannya.

Kawan, tidak ada yang salah dengan cinta.
Kamu berhak memilih sesiapa sahaja.
Tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia celaka dan berbahaya.
Berapa banyak hati manusia yang kamu injak dengan megah?
Kesal aku kawan.
Kesal.
Gambar : Seperti juga pakaian dan juga perhiasan, seseorang yang sesuai dengan kita akan hadir dan termuat dengan sempurna. Tiada paksaan, tidak perlu berhempas pulas dan tiada kesakitan serta kepedihan dalam menerima kehadirannya. (Shafaza Zara 2011)
Satu dalam sejuta.
Gunakan sebagai kata pemikat hati sang pencinta.
Pertama, kedua, ketiga dan entah keberapa.
Masih modal yang sama.
Kaku.
Beku.
Sayu.
Pilu.

Kamu boleh ketawa gagah dan megah.
Tapi jangan lupa satu perkara.
Hidup ini ibarat roda.
Karma

Nota Kaki :
1. Akan berpergian selama beberapa hari lagi. Mungkin akan pulang dengan kecederaan, tetapi aku pohon, doakanlah aku selamat.
2. Kesihatan sedang cuba diperkuatkan. Aku tidak mahu terjejas tatkala aku sangat memerlukan tenaga.
3. Berusaha memenuhi keperluan hidup sebagai seorang manusia.

Zara : Jangan pernah menangis lebih banyak daripada kamu tersenyum kerana itulah yang membezakan kamu dengan manusia lain di sekeliling kamu. 

10 comments:

Pijahh' de-Arr said...

benci bila kecewa..~~

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tak pernah kecewa tatkala membaca naskah anda..ia buatkan sy terfikir akan sesuatu..

hestyrezyuda said...

CINTA..
IBARAT KAIN SUTERA..
PERLU DIJAGA DENGAN TERTIBNYA..
AGAR SENTIASA ELOK UNTUK DI GUNA
PASTI CANTIK DISARUNNG KEBADAN KITA..

KECEWA..
BAGAI LUKA DITABUR GARAM..
AMAT PEDIH SAKIT DAN KEJAM..
TAPI LUKA ITU AKAN CEPAT TERPADAM..
KALAU HATI IKHLAS AMBIL ITU SEBAGAI PENGARAJAN,,
AGAR NANTI TIADA LAGI LUKA KEJAM..

the_lastprincessa said...

LOVE THIS ENTRY... HEHEHEHE

NaNa said...

wah..ada jugak macam tu ye..sejak bila pulak cinta ni macam biskut..Nasihatku pada kawan kamu tu, Jgn selalu mainkan perasaan org, sebab manusia ni kadang2 bila kecewa ada 1 lagi perasaan yg akan muncul....'dendam'...jgn sampai perasaan puas dan gembira bermain dgn perasaan org tu akan menjadi sesuatu sebab utk org lain menganiayai kita setimpal dgn ape yg kita buat atau pun lebih teruk lagi. pernah ada kawannya kena macam ni...be careful ok... :)

~http://nanotpiji.blogspot.com/~

cik aletheea : said...

si W itu kejam. sgt kejam. (T_T)

Fathiha Zainal said...

Rasa mcm nak dedicate entry ni kat seseorang.. Huhu..

mamafarhan said...

zara:

kejam sungguh kawan kamu...

pernah mengecewakan dlm keterpaksaan sekali dan dikecewakan berkali-kali... .. rasa kesal teramat.. namun hidup mesti diteruskan.. dia juga sudah bahagia dgn pilihan yer.. maaf yer teman kerana menyakitkan...

airina said...

"Aku percaya, apabila kita mahu menulis ceritera hidup kita sendiri, pastikan kita adalah pengarang terbaik yang memegang pena penuh jiwa. Kisah kita, biarlah kita yang mencoretnya. (Shafaza Zara, 2011)"

Mohon izin! Ambil quotes di atas untuk disimpan dalam peti goodreads :D T/kasih!

Sara Ali said...

sgt benci bila diri ini dikecewakan..,
secara tidak lngsung kita pula mengecewakan orng..


tak suka!!!!!