Monday, June 06, 2011

Ini Nota Bantahan Kegilaan Mahu Ke Jepun


Geram bila terjumpa beberapa kawan sejak kebelakangan ini.
Rasa nak berikan penampar tetapi mengenangkan kawan dan anak murid sendiri pun aku tak pernah lempang (adik-adik sendiri macam semua pernah rasa je zaman dahulu kala), apatah lagi nak melempang kawan-kawan yang lebih tua? Ya, sebab aku memang paling muda antara mereka. Fakta.
Heh.

Kawan : Hari tu aku pergi Jepun.
Aku : Tahu, tengok Mukabuku kau.
Kawan : Seronok gila.
Aku : Ya, tengok pun tahu.
Kawan : Pergi pun percuma.
Aku : Ya, baguslah.
Kawan : Kau bila nak pergi ni?
Aku : Tengoklah bila-bila ada kesempatan pergi.
Kawan : Rugi kau tak pergi, seonok gila amat. Jepun cantik.
Aku : Tahu, tahu, tahu.
Kawan : Kau yang paling minat Jepun, tapi tak pernah sampai lagi. Rugilah.
Aku : Tak apa, aku tengok drama je dulu.
Kawan : Kau yang tahu bahasa Jepun, boleh cakap sedikit-sedikit tak pergi lagi. Aku ni tengok cerita Jepun pun yang alih bahasa macam kartun tu semua.
Aku : Ya, ya. Aku cuma suka guna bahasa aku tengok dalam drama.
Kawan : Sayangnya, bila kau nak pergi agaknya. Pandai cakap bahasanya, tapi tak pernah pergi tempatnya memang kerugian besar.
Aku : Kau suka bahasa apa di dunia ni?
Kawan : Bahasa Arab. Kan aku boleh bercakap bahasa Arab?
Aku : Kau pernah pergi Mekah? Madinah?
Kawan : Belum. Kenapa?
Aku : Sebab aku dah pergi. Tempat yang aku tak tahu bahasanya juga kan? Tapi kenapa kau tak pernah pergi lagi eh?
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa kau diam?
Kawan : Sebab belum sampai seru.
Aku : Oh, macam tu. Jadi, boleh tak aku gunakan ayat-ayat kau tadi tanya benda yang sama dengan kau?
Kawan : (diam)

http://farm6.static.flickr.com/5020/5431667487_32536f6af6.jpg
Gambar : Ada pula rasa nak menembak benda berwarna hijau tu kan?

Ya, aku memang bercita-cita mahu ke Jepun.
Tak dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun pada peringkat ijazah pertama, aku masih mengintai peluang ke sana untuk program sarjana. Dengar khabar ada lubang baik, tapi masalahnya, aku kena menunggu tahun perkhidmatan yang agak lama. Bidang pendidikan juga tentunya sebab aku memang suka dengan kerjaya aku. Ah, nanti kalau aku ralit cerita tentang kegilaan aku dalam kerjaya ini, ada pula yang memandang sinis, ah, perempuan itu, macam kerjaya dia sahaja yang bagus.

Aku rasa kita semua dibesarkan dengan menonton rancangan kartun sebagai penghibur masa senggang (kecuali kau budak genius macam dalam televisyen yang mengaku berita adalah rancangan kegemaran dan tidak pernah menonton kartun - aku akan cakap, kau kehilangan sedikit nikmat masa kanak-kanak). Pastinya sehingga kini masih ramai yang menonton kartun (dan mungkin juga animasi) sebagai hobi.

  • Cerita balik kalau dah terlepas tonton - Kalau dah terlepas menonton kartun, lebih-lebih lagi yang bersiri, mesti paksa sesiapa cerita (kalau zaman aku dahulu, paling terkenal adalah Mutiara Naga (baca : Dragon Ball). Maka, berceritalah yang ada di depan televisyen sehingga menganggu orang lain, lepas tu bergaduh, lepas tu kena marah semula. Ketawa. Gila.
  • Berangan jadi watak kartun - Dulu selalu berangan nak jadi Ultraman (sampai sekarang pun sebenarnya), semata-mata nak pergi Jepun dan lawan rasaksa. Suka tengok Ultraman tengah makan mi soba, tiba-tiba ada bunyi "bip", dan dia kena pergi bertukar. Begitu juga Kesateria Baja Hitam (kenapa la beri nama ini?), Power Rangers atau Kamen Rider. Ayat paling disukai, BERTUKAR!

http://farm3.static.flickr.com/2216/2423487010_8ecb27b65d.jpg
Gambar : Dulu pernah bengang dengan Ultraman kenapa kuasa dia cuma boleh bertahan tiga minit sahaja. Mesti bateri lemah sebab guna kuasa secara berlebihan.

Lepas itu kononnya nak sangat pergi Jepun sebab dari zaman sekolah, masuk universiti, masuk alam pekerjaan, masih lagi gemar lagu Jepun, drama Jepun, filem Jepun. Minat belajar bahasanya, dan entahlah. Suka dengar lagu-lagu Jepun sebab boleh fokus dalam buat kerja. Lebih kurang dengan Korea ataupun bahasa lain selain bahasa Melayu dan Inggeris. Sebabnya mudah sahaja, lagu yang tak faham maksud, bukan bahasa yang setiap hari guna, maka takkan terfikir maksudnya (padahal macamlah tak boleh cari terjemahan). Heh!

Sanggup simpan duit sebab nak beli benda keping-keping bulat yang kau masukkan dalam pemain video tu, drama-drama Jepun yang diminati. Benda yang tak tayang di televisyen pun beli. Sebab minat. Mana ada muat-turun haram dulu kan? Kalau ada pun, malas. Sebab nak juga simpan sendiri punya kepingan bulat-bulat yang kalau tergores boleh terguris hati.

http://www.jpopfun.com/wp-content/uploads/2011/01/Party___Version_3__by_pincel3d.jpg
Gambar : Kau katalah dah tua ke apa, dia tetap pujaan dari zaman sekolah. Pujaan la sangat kan? [sambil tolak kotak keping-kepingan VCD bawah almari]

Sekejap. 
Ni nota bantahan apa ini?

http://farm1.static.flickr.com/11/13075942_b65432944a.jpg
Gambar : Ramai orang kata sushi di Malaysia lain dari di Jepun. Ini salah satu faktor kenapa aku suka Jepun. Sebab aku suka sushi.


Dah.
Fokus dengan tujuan utama kau Zara.
Aku bantah orang yang ejek aku belum sampai ke Jepun, negara Matahari Terbit tu.
Eh, aku dah sampai Parit Jepun la.

Oh, itu tak kira eh?

Nota Kaki :
Kegilaan membaca aku sedang berada di puncak. Menulis blog pun sudah tak fokus.

Zara : Nak pergi Jepun. Sungguh.

29 comments:

Fiffy said...

pernah g sana tahun lepas. sangat best. teringin gak nak study kt sana.

deAnza-wAnda said...

wah... nak sushi...

Azrul Hisham said...

wohoo...bento Angry Bird...nice :)

solomolo said...

semoga segala impian dan cit-cita akan tercapai dan semoga segala urusan dipermudahkan...
InsyaAllah...
Amin...

Vy Nin said...

Angry Birdsssss! Kalau dapat macam tu rasa tak nak makan. Cuma nak makan si babi hijau sebab tak suka dia senyum.

Adore sarcasm anda :)

Wanita Mutalib said...

Tertukar!!! :p

Latifah said...

Anime Jepun memang terbaik!
BERTUKAR!!! :)
issshhh bento Angry Bird tu sangat comel. tapi main game Angry Bird sangat mencabar bila si Babi hijau tu tak nak mati2... aihhh...

aleen meow said...

wahh..
kite same la kak zara..
hope one day dpt gak p jepun..
sushi!! hee~

tieha ismail said...

hahah...mara bebeno dia....hikhik

b a m b a m ' s said...

sameeeeeeeee!!

suka jepon!
suka sushi!
suka otomen!
suka takuya kimura!

and haven't go to japan YET!

T_T'

yusri said...

teringat cerita satria baja hitam tu...,masa sekolah agama..lepas asar je hilang dari sekolah...hahahaha..

Miss Shizu said...

insyaALLAH...aku yakin ada rezeki untuk kau..aku akan doakan...

akubiomed said...

Semasa lepas belajar kolej kawan satu kolej mendapat latihan di Jepun ada juga minta kirim jam Casio sahaja :-)

Udy said...

pergh . perbualan tu mcm tuju kt bdk bahasa arab je.. hehe .

Senorita Nadira said...

suke kimu taku jugakkkk hihi:)
Jepun mmg sgt bestt!!!!! service tip top lah kite ckap. sangatttttt selamat utk berjalan2 or menetap sini teros :)
p.s makanan tu mmg kiutttt! tp sume takleyh makannnn wuwuwuw..dpt tgok ajer sampe meleleh ayaq liuq:(

MuNsYi SaMa said...

Jom pindah jepun. yeah! :P

Aisumi Chan Kawa'i said...

sama.. teringin nk ke jepun juga.. smoga kita berjya sampai sana :)

namaakulynn said...

wiilll prayyy for uuuu kak zara!;)
semoga dapat p jepun cepat2.aminnn~ ;)

takky said...

nanako matsushima n hideaki takizawa penyebab saye minat drama² jepun...

pape pun, HENSHIN!!!! ^o^

saharinasaharudin said...

xpe,ada rzki smpi lah jepun :)

saharinasaharudin said...

xpe,ada rzki smpi lah jepun :)

freakystar said...

takuya kimura itu cinta mati saya sejak umur 9 tahun lagi.

saudagar gaRAM.. said...

woi..lama gila tak kesini..lu apa cite?
sehat?

anak lu dah tumbuh gigi?
dah pandai jalan?

kah kah kah

WindWorrioR said...

hahhahaa!!! takuya kimura.. aku minat takashi sorimachi.. GTO punya pasal.. dragon ball adalah kewajipan ye.. adekah umur kite sama?? hahahaha..bertukar!!!!

oranglidi said...

rileks la, nanti sampai masanya ak yakin ko akn jejak kaki kesana. ambek gambar byk2 post kat kawan ko yg poyo tu. hehehe..

dan jgn lupa nanti kirimkan aku cenderahati jepang. hehe

Nadiah Azli said...

Mari lah kemari. Ticket tengah murah sekarang. Boleh duk kat umah ni. =)

Gambatte ne sensei!

~Ati_Hime~ said...

maaf..boleh jerit tak kat sini? Takuya!!!!!! hehehe..akak pun bercita2 tinggi untuk ke Jepun..ada tak orang nak sponsor? heheheh

^ai-mie : 아이-미^ said...

i like korea. japan is no. two... peace~

Pocket said...

pocket pernah gi jpung!!
tapi pocket tak rasa la besh sangat,
maybe dok sana lama sangat sampai bulehnampak crack in the system,
kesan of the 'happiness'

tp untuk kamu yang belum pegi lagi,
apa kata tengok laman web Air Asia selalu selalu sikit :D
tetiap ari maybe? tetiap jam?
kot kot ada tiket murah.. beli dua ok... nama saya dan no kad pengenalan saya akan dihantar nanti :D (Mintak fon no yer ^^)