Saturday, June 11, 2011

Jangan Buat Dia Menangis


Langit mendung.
Awan gelap berarak.
Dia tetap setia pandang langit. Telefon genggam yang berbunyi langsung dia tidak hiraukan. Ah, apalah makna melihat telefon genggam yang pastinya tidak akan bawa kegembiraan pada dia? Bunyi pesanan ringkas bertujah-tujah masuk tetapi tiada satu pun yang dilihat atau dipandang. Aneh-aneh sahaja perasaan kerana cuaca tidak menentu. Aku tunggu hujan. Ah, perlukah menyanyi dan bersenandung demi menikmati rahmat yang itu?

http://farm5.static.flickr.com/4036/4456145801_fe249ff4f6.jpg
[Sumber gambar]

Hidup ini ternyata suatu mukim yang aneh.
Manusia sering tidak dapat menerima siapa kita disebalik kekurangan kita, kelemahan kita tanpa mengetahui apa perasaannya jika bersama kita di waktu gembira dan bahagia. Ya, rencam manusia normal, mereka melihat yang buruk terlebih dahulu sebelum mahu menoleh ke arah kebaikan yang mungkin bakal mereka perolehi jika bersama. Senyum. Itu benda yang selalu terjadi bukan?

Kurang masuk akal sebenarnya apabila kita melepaskan sesuatu benda yang kita mahukan dan tunggu terlampau lama, tetapi tidak masuk akal juga kita mahu terus berpegang dan bertahan tanpa apa-apa yang dapat kita pegang, sandarkan dan rasai. Mungkin ada yang menyatakan ia sifat pengecut, tetapi mungkinkah dengan beralah sedikit, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik di kemudian hari?

Kita bersenandung.
Pelbagai irama yang keluar.
Curahan perasaan yang sekejap membunuh, sekejap mencurahkan warna yang kita sendiri tidak pasti. Kita tunggu hujan datang untuk membasuh segala kesakitan yang kita alami. Pergi mati dengan segala kesan sampingan. Jahanam dengan perasaan yang menyeksakan diri. Air mata terlarut di dalam basahnya air hujan lebih penting daripada segala perasaan yang mencengkam.


[Gambar] : Tahukah kamu bahawa setiap daripada kita melalui jalan yang unik dan istimewa dalam hidup? Tiada orang lain yang lebih bagus daripada kita yang melalui jalan kepunyaan kita. Bukankah hidup kita, kita yang tentukan? (Shafaza Zara, 2011)

Tahukah kau satu perkara?
Bujang, sendirian itu bukanlah satu status. Itu adalah perkataan terbaik dalam menunjukkan seseorang itu kuat, tabah dalam mengharungi kehidupan dia tanpa perlu bergantung harap pada orang lain. Mungkin akan tiba masanya dia akan menemui pasangan yang sesuai di dalam hidup, tetapi apakah tahap kebergantungan dia mahu kalian pertikaikan?

*******

Sekadar mahu berkongsi tulisan aku di Cetusan Marga Zara. Ya, tulisan ini sudah dikongsi lebih seratus kali dalam masa kurang tujuh jam selepas disiarkan. Sungguh, aku terkejut.


Saya rindu awak.
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak.
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak.
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak.
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak.
Awak, awak berbual dengan siapa sekarang ni?

Saya mahu lupakan kerinduan saya pada awak.
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan?

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya.
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak.

Saya rindukan diri saya.
Rindu diri saya sebelum kenal awak.

http://farm1.static.flickr.com/182/390550642_b78dfe5d06.jpg
[Sumber gambar]

Dan itu penutup sebuah kisah.
Cuma satu aku pinta, jangan buat dia menangis.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Terfikir untuk kembali ke laluan asal - menulis buku. Mungkinkah bakal terlaksana?

Zara : Benda paling penting dalam hidup adalah belajar dengan apa yang telah kita lalui dan berusaha untuk jadi manusia lebih berguna selepas ini. Bukan terus menangisi.

36 comments:

Anonymous said...

thanksss...good motivation

Cik NurulZaty said...

saya rasa diri sendiri yang membuatkan saya menangis
bila saya membuatkan diri berfikir dalam dalam sangat..


rindu itu sakit.

Eyrique Ettiqazz said...

nak kabar satu je yg gaya penulisan zara mcm fida aishah...terlalu byk makna tersirat dan gunakan lenggok dan keindahan bhs melayu..i like..

MissF said...

zara, aku suka entri kau yang ini.
suka juga ayat ini "Bujang, sendirian itu bukanlah satu status. Itu adalah perkataan terbaik dalam menunjukkan seseorang itu kuat, tabah dalam mengharungi kehidupan dia tanpa perlu bergantung harap pada orang lain."
sebab kita bujang dan bujang sering dipandang serong sebagai seorang yg tidak laku... hahaha (ketawakan mereka)...

Eyrique Ettiqazz said...

opps kat sini EE bkn nak kate zara tiru dia tp ada sikit2 persamaan ,cthnya suka bermadah....kadang2 kita x sangka yg kita ada persamaan dengan sesetengah org...so sorry if rasa x selesa ngna my comment...teruskan menulis....

acuk said...

best :)

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

Sendiri belum pasti adakah akan ada pasti.. Hmmm :]

Shahrul Tanaka Safeai said...

apdet tentang cinta je, tak lama lagi kita makan nasi minyak ke?

a kl citizen said...

tabah itu satu anugerah yang tidak semua orang miliki

Princess Feyqa said...

sendirian itu bagus.. bagus untuk mencari di mana kesilapan diri..

Vy Nin said...

ZARA sangat suka publish entri tepat pada masa mana benda tu tengah jadi live depan mata.

Macam tau tau lah anda :')

Amna.Qadeeja said...

yup,mmg krg msuk akal bila mlepaskn sesuatu benda yg kt mahukan dan tggu trlampau lme utk dptkannya tp mungkin itu yg terbaek dr terus menderita.. :|

terima kaseh utk entri ini cik zara,sy sdh bljr sesuatu :)

abdul azim b mohamad isa said...

rindu perkara silam memang perit. makin lama, makin sakit. tapi sampai satu masa akan jadi imun. dan hanya menganggap perkara silam itu skadar kenangan ketika tadika kemas. eh?

Aiman Ariffin said...

u r amazing. u have a gift to convey your thoughts, your heart, your mind into words that others can understand well. Thats the gold in your writing. You have a talent. Why not share it with the world? Why not? Yes you should continue writing stories :)

EZAN IDMA said...

bujang tak semestinya sendiri kan sis zara :) sis zara wanita tabah yg kuat, i love you

Halimatun Sa'adiah said...

rindu seseorg....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ Anonymous :

Thanks!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Cik NurulZaty

Pujuk diri sendiri.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eyrique Ettiqazz

Terima kasih :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MissF

terima kasih juga sayang:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eyrique Ettiqazz

Eh tak.
Aku tak marah.
Cuma mahu beritahu sahaja.
Sebab dulu ada orang kata aku manusia yang berselindung disebalik identiti dia~

Itu sahaja.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@acuk

Terima kasih~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa

dan manusia akan mencari kepastian~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shahrul Tanaka Safeai

kalau kau ada calon, beri pada aku~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@a kl citizen

setuju dengan itu kakak~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Princess Feyqa

Itu juga aku setuju :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Vy Nin

Aduh sayang.
Aku menulis apa yang ku rasa.

Ah, kita mungkin berkongsi jiwa.
Aku suka~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Amna.Qadeeja

Saya juga harap awak dapat sesuatu sayang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@abdul azim b mohamad isa

lamanya azim oit~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Aiman Ariffin

Hello Brisbane guy!
Thanks for that compliment. Somehow, I'm still work on it. Tried my best to feed my passion (I use the word feed there - simply I need satisfaction in my work).

I wrote whatever that crossed my mind. This freaky-almost-24-year-old-lady.

Blog is a medium that I share my thoughts. And thanks for encourage me to write more.

Pause.
Thanks a lot for reading my blog.
:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@EZAN IDMA

aumm~
I love U too sayang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Halimatun Sa'adiah

moga2 rindu itu dapat dibalas.

:)

Anonymous said...

very good entry.. motivated me so much.. missing someone that don't love me is more killing than missing your lost kitten.. :))

Udy said...

kadang2 ...

....
........

:)

blog-tips-kurus said...

aku juga dalam kategori KUAT, sihat & tembam lagi. syukurlah nak..
*take care.. :-)

i.am.belle said...

zara sgt istimewa :)