Friday, June 10, 2011

Mari Lari Dari Rumah


Bila kita bersedia untuk memudahkan segala benda, jangan pernah untuk membandingbeza dengan orang lain. Jadilah diri kita yang sebenar dalam mencapai kebaikan yang kita tahu dan kita sedar dengan sebaiknya. Di saat segalanya selesai dan terjawab, itulah ketikanya kita mendapat penghargaan dan pengiktirafan yang bukan sedikir daripada orang sekeliling kita.

Sedar ataupun tidak, sesetengah daripada manusia sekeliling kita hanya berbual, mencari kita hanya mereka menghadapi masalah, memerlukan sesuatu dan apabila hajat mereka tercapai, secara ajaibnya, mereka akan menghilang begitu sahaja. Ya, bila kehidupan mereka sudah bertambah baik, mereka hilang begitu sahaja.


Dan itu yang membuatkan sebahagian daripada manusia (ya, mungkin kita-kita ini), yang lebih gemar menjadi penipu, pembelit, kaki temberang, kaki muslihat, dan sebagainya - hanya dengan tujuan untuk orang lain kagum dengan diri mereka. Sukar menjadi diri sendiri yang kononnya tidak akan mempunyai kelebihan semata-mata takut untuk menghadapi dunia. Ya, mungkin dunia akan menghakimi kita secara buruk, secara negatif dengan siapa diri kita, tetapi bukankah menjadi diri sendiri itu lebih menarik?

Gambar : Pengalaman adalah perkara yang kita dapat apabila kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Dan pengalaman itu sebenarnya sesuatu yang lebih berharga untuk kita dapatkan dalam hidup (Shafaza Zara, 2011)

Sekejap.
Kenapa aku tulis benda-benda begini sekarang?
Oh, sebab aku sedang memberikan tumpuan kepada pembacaan aku. Memang begini kalau aku sudah tenggelam dalam dunia yang aku sukai. Aku selalu terfikir, indahnya kalau ada orang beri aku hadiah buku. Berikan aku satu set buku dari rangkaian penulis yang aku gemari ataupun apa sahaja bahan bacaan yang aku suka kelek ke sana ke mari. Dan ya, buat yang sudah lama mengenali aku, memang aku suka cium bau buku. Sebelum membaca, aku akan cium buku, nikmati sedikit demi sedikit dan memandangkan aku seorang yang membaca dengan pantas, aku sudah hampir habis enam buah buku dalam minggu ini. Ya, gila kan? Semuanya aku beli secara atas talian ataupun ke kedai buku berhampiran.

Kita semua pernah terjatuh.
Mungkin ada parut yang tinggal daripada kesan kita terjatuh itu.
Tetapi tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya kita melalui dan menghadapi kesakitan pada suatu masa dahulu. Ya, kalau kita pernah lari dari rumah, cedera dan sebagainya, kita tetap kembali pada rumah yang kita tinggalkan.

Gambar : Hargailah kehidupan kita sendiri. Kerana kita hanya punya satu kehidupan.

Tidak.
Tulisan ini bukan mahu mengajak kalian semua lari dari rumah, cuma mahu kita fikirkan sesuatu perkara. Adakah kita tidak akan kembali pada rumah yang kita tinggalkan? Adakah kita mahu cuba sesuatu yang melampaui keupayaan tanpa mahu menoleh ke belakang dan melihat apa yang pernah kita naungi selama ini?

Aku memilih untuk duduk diam sebentar.
Mahu lihat kembali bagaimana aku memulakan segalanya.
Dari sekecil-kecil perkara.
Ya. 

Sebolehnya, aku menulis yang pendek-pendek sahaja seperti dahulu layaknya. Saat aku mula bertatih kembali, mengenal betapa bahasa kebangsaan aku mula terhakis apabila kesibukan membuatkan pertuturan dan pergaulan aku dengan bahasa ibunda sudah jadi entah apa-apa. Ya, kembali kepada di mana aku bermula dan aku sedang mahu menulis sedemikian rupa. Maaf kalau rumahnya penuh cacat cela. Nah, aku kan masih lagi segumpal sampah tanpa makna?


Lari dari rumah?
Tidaklah.
Aku cuma keluar sebentar dari Dunia Sebelah Zara.
Lari ke sebelah sana.

Aku hanya mahu mulakan semula.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Buku-buku terakhir yang aku tunggu sudah tiba. Dari MPHOnline dan juga #CEKIK dari  Fixi.

Zara : Tangan yang pernah menyeka kesakitan aku pada suatu ketika dahulu adalah lebih bermakna dan penting daripada beberapa tangan tidak terkira yang datang memberikan tepukan gemuruh dengan apa yang aku nikmati sekarang.

7 comments:

Shahrul Tanaka Safeai said...

peh ayat akak memang power la..apa rahsia?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shahrul Tanaka Safeai :

Rahsia akak adalah jangan menghisap rokok dan jangan pakai boxer ataupun t-shirt Spongebob ketika menulis.

Itu sahaja.

Awak pun power Saruk. Usop Sontorian nak tayang semula.

syahrilhafiz said...

bila la saya boleh tengok awk jadi writer terkenal ye..mantap penulisan ni.hehe

Diana Zainal said...

Mantap:-)

a kl citizen said...

lari dari rumah kan satu penghijrahan...

*setiap kali lepas kena marah dengan emak, saya selalu mengisi baju dalam beg dan keluar dari rumah waktu malam.... yang berlaku hanya dalam fikiran sahaja sebelum lelap tertidur

cik husna said...

ayat dasetanding mcam ayat ramlee awang mursyid la..kena fokus..tak bole baca smbil lewa..kalau tak, payah nak fham..great!~

b a m b a m ' s said...

great writing zara!

:)