Wednesday, June 29, 2011

Pakcik, Makcik - Mungkin Hari Ini Kalian Ibu Bapa Paling Hebat


Benda sama berulang lagi di dalam media.
Sesuatu yang pastinya sangat disukai dan pastinya akan memenuhi dada-dada akhbar, tidak termasuk segala lagi wacana yang ada. Tulisan mengenai kerjaya yang aku sukai - adalah berita yang sangat ditunggu oleh mereka yang laparkan bahan untuk memukul kerjaya ini. Ternyata, masa sangat pantas berlalu sehingga budak sekarang lain macam gaya dan cara. Dan itu, salah satu faktor penyebabnya adalah ibu bapa.

Sebenarnya mahu tulis benda lain, tapi marilah tulis ini sebagai satu bentuk pandangan peribadi daripada aku. Seorang guru yang baru sahaja meninggalkan zaman persekolah tidak sampai sepuluh tahun. Masih merindui zaman manis hidup sebagai seorang murid sekolah dan kini berada di kalangan budak sekolah yang rata-rata sebaya adik beradik sendiri dan kaum kerabat keluarga.

[Sumber gambar]

Ibu bapa, penjaga sekarang suka serang cikgu di sekolah. Rasa bagus sangat ya pakcik-makcik? Nanti jangan marah kalau anak tak jadi manusia disebabkan diri sendiri yang memanjakan dengan terlampau. Ya, kalau ternyata kesalahan berpunca dari cikgu sekalipun, bolehkan berbincang secara berhemah. Mesyuarat sesama sendiri dan dengan ibu bapa sendiri menunjukkan keganasan di sekolah, apa yang mahu ditunjukkan kepada anak itu sebenarnya? Ibu bapa aku akan lindungi aku walaupun sebesar mana kesalahan aku?
Tumbuk cikgu, acu pistol di kepala, letak parang di leher - anak baru sekolah rendah mak bapak dah begitu. Ambil anak tu, ajar sendiri ya?
Melihat kepada peristiwa  yang berlaku kebelakangan ini, aku secara jujurnya ketawa sinis. Ya, ketawa sinis mengenangkan anak yang baru dalam peringkat awal kanak-kanak - dalam sekolah rendah sudah dilindungi secara ketat oleh ibu bapa yang anehnya, menghadam segala cerita anak tanpa usul periksa. Ah, mana hilangnya kualiti ibu bapa sebagaimana yang kita semua ada suatu ketika dahulu?

Ya, kalau dulu aku adalah seorang yang sangat takut untuk berbicara tentang kelakuan, kesalahan kecil yang aku lakukan di sekolah pada Puan Mulia ataupun Ketua Keluarga Hebat. Kenapa? Sebab aku sendiri yang akan dipersalahkan balik. Tiada istilah mengadu, bahkan kalau dalam aduan itu kononnya aku cuba membela diri sebagai tidak bersalah, silap hari bulan, aku yang kena pukul semula di rumah. Sebab itu, aku pernah katakan pada budak, aku tak berapa nak tahu perasaan dipukul atau didenda oleh guru di sekolah, disebabkan aku lebih kenal itu semua di rumah.

Pakcik makcik mungkin rasa hebat, rasa anak betul - tapi tahu apa kesan pada anak tu nanti? Anak itu akan jadi kebal dan tak akan diendahkan oleh guru di sekolah.

http://3.bp.blogspot.com/_GaH5SEK5Ebo/RYEo0F97ppI/AAAAAAAAAEM/0og38BQcqPU/s400/3-D+Gang+1.jpg
[Sumber gambar : Daripada siri drama yang aku suka]

Wahai ibu bapa sekalian.
Apa salahnya kalau anak dalam jagaan kalian balik ke rumah, membentak mengenai guru mereka dan mengadu tentang apa sahaja - tanya dahulu dan selidik dengan sebenarnya apa yang berlaku. Bukannya mendengar bulat-bulat apa yang dikatakan oleh anak-anak dan terus menyerang guru. Sebagai contoh, anak didenda oleh guru di sekolah disebabkan dia mencederakan rakannya yang lain. Ibu bapa atau penjaga terus menyerang guru tersebut tanpa usul periksa - apa yang kita dapat lihat pada ibu bapa atau penjaga tersebut? Dari mana anak itu mewarisi sifat menyerang orang lain ataupun sifat ganas?

Bapa borek, anak rintik, cucu gedik.
Ini yang sering diluahkan oleh kawan-kawan yang menghadapi kesukaran menguruskan murid di sekolah. Pelbagai kejadian lebih besar tentunya berlaku dan aku sendiri menyaksikan banyak perkara dari zaman aku sekolah sehinggalah aku menjadi cikgu. Tapi tentunya, benda begitu tidak wajar dibocorkan kepada media memandangkan sekolah adalah satu institusi pengajian paling asas bagi setiap manusia selain rumah. Sesiapa yang mengikuti kicauan aku di Twitter pastinya sudah membaca luahan aku mengenai benda ini. Ah, aku sudah lihat pengalaman demi pengalaman dalam hidup. Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat juga sudah berada dalam kerjaya ini lebih daripada dua puluh empat tahun.

http://1.bp.blogspot.com/_ZDp7eCVGLMk/SC6rSfOXA5I/AAAAAAAArKU/EobLyv0_Ceg/s400/36%2BGokusen%2B3%2Bep2.jpg
[Sumber gambar : Aku rasa ayat ini boleh digunapakai dalam menenangkan hati mengawal kemarahan menghadap murid]

Ya.
Jangan melenting wahai guru-guru sekalian.
Sebab tugas kita mendidik murid-murid kita menjadi manusia tidak akan terhalang dengan kedangkalan pemikiran ibu bapa yang memanjakan anak secara berlebihan. Kita masih boleh memberikan yang terbaik pada mereka dan walaupun mereka menolak sekalipun, ingat satu perkara yang sungguh indah. Ya, aku jujurnya menggunakan ini untuk kekal positif dan tenang dalam kelas - "Jika seorang membuat masalah dan enggan mahu meminjamkan telinga, mata dan seluruh panca indera dia terhadap ilmu yang kita berikan, kita masih ada beberapa orang yang lain. Jika semuanya berkelakuan sedemikian, ingat sahaja tugas kita ini amanah. Tanggungjawab."

Buat guru-guru - selamat bertugas.
Buat para ibu bapa - kenal anak anda sendiri.

Nota Kaki :
1. Akhirnya Kasino sudah tiba.
2. Projek berjalan lancar, alhamdulillah.
3. Dihimpit kesibukan dan aku ternyata bahagia hidup dalam kesibukan demikian.

Zara : Ada orang menjemput aku ke laman sesawang mencari jodoh. Alahai. Comelnya. Mana datang ilham nak mengajak aku ke arah benda sedemikian rupa itu? Ketawa.

26 comments:

Alynn Notnot said...

Maybe parents2 fobia kot sbb kdg2 ada kes yg cikgu hilang sabar smpi pkul student smpi mati kot. tak tau la kan.

Mimi Dyana 沙美美 said...

sayangkan anak tangan-tangankan.
ni tak, sayangkan anak, acu pistol kat kepala cikgu. =,="

Anonymous said...

Whoah.... hang in there... this is not the end... no doubt that in some cases, teachers might be overreact and do something that should not be done on a first place even. again, they are human being. same with parents. we are not born infalliable from any fault or mistake. we learn from that. again, how far are we willing to learn might be different from others in a matter of degree.

again, since we are in this profession, we have to be professional no matter what. stay calm and try (if possible) to present our view diplomatically and make the parents understand that when it comes to their children and the teachers of their children, they should be fair and just. children especially adolescents are rebellious to certain extent. well, according to a theory of social development, it is a time of identity crisis. such theory is still here as a gentle reminder that we were once in that phase and what have happened long time ago is happening again. just this time around the actors are no longer us.

it is easier to say than do. sure enough. again, it is not time to give up. hang in there... you will be alright

(I still remember some of my students did not like me because I know that I can be strict to certain extent, but I have my own reasons and sometimes even though my students do not value or appreciate what I do, it is my duty to do so and no matter what, I won't give up. my stand is, I don't care much about what grades that you get but above all, I want to make sure that to certain extent, I able to make you realise that teaching is not as easy as it may seem and to prepare the best I could so you will be the teachers that could make a change in your students lives. It is not an easy process, indeed)...

Kujie said...

ada hubungan yg sgt baik dgn guru anak Kak Jie...malah yang telah berpindah sekolah pun masih dikenang cikgu

baru2 ni bertemu di kaki lima, bersembang 10-15 minit.

"Doakan anak² saya ye cikgu.." tanpa malu segan itu yg diucap.

ishiko said...

hah, zmn sekarang... zmn akn dtg mcmna xthu..^^

Sang Pencinta said...

hanya guru kaunseling yang berhak menangan, mengkaki, meng'penampor.. even besarkan suara pun ditegah untuk cikgu selain guru kaunseling.. guru biasa hanya berdiri dihadapan menghadap murid, pegang kepala n thumbs up to dame (mereka).. Ermm.. Best jadi guru.. pahala besar untuk guru, salah satu disebabkan banyak bersabar...
: hanya untuk mengelakkan benda2 di atas berlaku..

nice.. best.. salute..

noname said...

masti kak zara pun rase tempias sebab anda juga guru..mak bapak skrg terlalu memenjakan anak diorg, x boleh kena jentik sket. kalo zaman dlu, mak bapak siap bg rotan kat cikgu suruh pukul anak diorg kalo nakal. sekarang??

. said...

dunia dah semakin pelik -.-

SYAF said...

panjang dan berinfo....
thank...

APA ITU PAGERANK

takky said...

parents patut dgr drpd dua belah pihak...
dgr dari anak dan juga guru....
dgr dari sebelah pihak sahaja tak memberi ibubapa itu 'lesen' utk menghukum sesuka hati....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Alynn Notnot

Parent yang phobia dan lepaskan pada cikgu?

Woo hoo!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mimi Dyana 沙美美

Style wei sekarang.

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

Salam.
Is this U Miss Dij?

:)

Yup.
It's not an easy process, but I know, I'll serve the best towards the end :)

Thanks!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Kujie

Kalau jumpa penjaga macam Kak Jie sentiasa mesti kami semua dapat senyum riang dan mengajar penuh rasa setia.

:')

Ada juga ibu bapa yang begini.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ishiko

Zaman akan datang, please jadi cam zaman kita semua dulu. Sobs.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Sang Pencinta

Maaf.
Awak salah fakta tu.

Guru kaunseling tiada bidang kuasa sedemikian rupa. Dah namanya kaunseling, mana ada naik tangan segala?

Yang boleh cuma guru besar/pengetua dan guru disiplin serta guru2 yang diturunkan kuasa sahaja.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@noname

Tempiasnya kena.
Tentu.

KIta nak menegur anak murid, tapi dalam masa yang sama, kita kena hadam fakta yang dia ni tak boleh ditegur.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@.

sangat. >.<

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@SYAF

nice comment.

(sebab comment awak macam copy-paste je)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

undang2 dunia pun suruh buat begitu, tapi bila syaitan dah menari atas kepala, mana mereka sempat fikir kan?

Norhisham Nordin said...

budak skang yg manja sgt... semakin kurang ajar pun ye jugak...

Sang Pencinta said...

yup... memang salah kalau pada realitinya..

Bila difikir dalam-dalam, ada cerita disebaliknya..

Berlaku di sekolah yang berkaitan dengan aku, murid-murid naik lemak sebab hanya guru kaunseling yang berhak menegur.. :pesanan dari pengetua : Nanti ibu bapa datang ceroboh sekolah:

Anonymous said...

teringat zaman sekolah dulu.. selalu je kena debik dgn cikgu dan pembaris tak sah kalau tak dilibas di tapak tangan sbb tak siap keje sekolah.. tapi sangat takut nak mengadu kat mama and papa..takut nanti double sengsara pulak yang dapat.. tp itulah yg memjadikan siapa saya hari ni...

saya berazam, kalau saya seorang ibu atau penjaga suatu hari kelak, saya tak mahu menjadi di kalangan ibu bapa yang memanjakan anak2 sedemikian rupa.. semoga akan ada seseorang yg mampu menegur utk perubahan yang lebih baik, utk anak sekaligus utk ibu dan bapanya.. barulah family berkualiti kan kak zara? :)

-syarina-

PointBlankShot said...

oh tidak.

i my case i wont say anything to mom and dad if i fucked up at school.

kalau ngadu jugak, sesilap mampus laaa cek kena hayun dengan mak cek.

AziE said...

Sebahagian parents nowadays mungkin merasakan mereka cukup ajar untuk ajar pengajar. Mungkin & entah lah.

Anonymous said...

sampai mati saya akan ingat kisah difitnah anak murid...nasihat belajar bersungguh-sungguh sian penat mak ayah cari rezeki kerja nelayan...balik mengadu dekat ayah kata cikgu kata keja nelayan hina...busuk...keji...kenalah saya serang...siap ayah bangga lg bdk2 x menipu...sbb kedangkalan ayah dan terlmpau manjakan anak la bkn setakat menipu tp dh memfitnah...anak senyum bangga ayah marah cikgu...tp nurid tu igt dia dh menang...dia kena igt jgn smpai doa seorang guru hilang..