Friday, June 03, 2011

Sains : Dapur Adalah Makmal Kimia Aku.


Dah hampir dua tahun dalam bidang sekarang, orang masih tanya aku apakah aku akan sambung belajar dan sebagainya. Siapa yang kenal aku, tahu sangat betapa kebolehan aku hanya belajar dan mengajar. Tak pandai benda lain dalam hidup ini. Tak berbakat untuk menyanyi sebab suara boleh runtuhkan gunung, nanti orang dengar dalam radio orang pun tak boleh nak bezakan penyanyi ni lelaki ke perempuan (aku tak nak jadi Justin Bieber nombor dua).
Ketawa.

http://farm3.static.flickr.com/2529/3731765438_e6fe61d998.jpg
Gambar : Aku tetap bangga dengan latar belakang Kimia aku. Bukanlah berjaya mana pun, tapi aku ambil sesuatu yang aku suka dalam hidup. Benda yang buat aku lebih hargai banyak benda dalam dunia.

Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita suka tentulah sangat seronok bukan?

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/255602_10150623634235543_885375542_18845299_1134233_n.jpg
[Tekan ini untuk tumbesaran]

Maaflah.
Sebab nak cepat, aku cuma conteng laju-laju apa yang aku perlu buat di atas sehelai kertas dan lekatkan di peti sejuk. Ya, sudah aku nyatakan yang aku budak kimia dan kebanyakan benda yang aku perlu buat, akan aku tulis atau catatkan di mana-mana. Bukan sebab aku budak kimia, cuma aku skema kata orang. Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
Ketawa.

  • Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.

    •  Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.

      • Rujukan - Ini adalah penting ya para pembaca. Sebelum membuat apa-apa sila buat rujukan. Aku akui, manusia beku macam aku tak pernah kenal alat solek sebelum ini. Aku beli bedak padat (baca : compact powder) pertama aku pada tahun 2007 disebabkan aku perlu kelihatan menarik untuk pergi latihan mengajar. Bersolek ala kadar, dengan bedak yang sangat polos, dan juga calitkan sedikit pemerah bibir. Itu pun baru pertama kali ada. Bukan gincu, tapi apa benda entah dulu tu. Bagi bibir nampak segar sahaja. Gila kan?

        •  Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.

        Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
        Betul tak?
        • Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh.

        • Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!

        http://farm4.static.flickr.com/3222/3000334755_3668b4a7b3.jpg
        Gambar : Kimia penuh rasa cinta. Tak percaya? Cuba kau tanya orang bercinta, mereka mesti kata antara mereka dan pasangan mereka ada kimia (chemistry). Tak percaya tanya.

        Sekejap, apa benda yang aku nak tulis sebenarnya ini?
        Ah, aku pun lupa.
        Baiklah semua.

        Nota Kaki :
        Ada dua masakan yang aku berjaya buat hari ini.

        Zara : Kadangkala masa yang kita perlukan terlampau panjang untuk benda yang sebenarnya terlampau sedikit. Nak mengubati jiwa dan hati, berapa lama masa yang kau rasa kau perlu?

        9 comments:

        pali7x said...

        cuba ko buat vege meal esok.

        Amir Said said...

        Suka Kimia masa SPM. masuk uni, x berapa nak suka. haha.

        Nobita Sensei said...

        Masa SPM dulu, kimia dapat 7D. OMG.

        b a m b a m ' s said...

        hahahah..betol2!!bercinta kena ada kimia..kita tak panggil ada fizik kan?hehehehe..

        takky said...

        markah kimia n fizik aku pasti berlawanan...
        kalau kimia lulus, fizik fail n mcm 2 la sebalik ye...
        thankz god spm dua² lulus cuma fizik lagi up dari kimia...

        lelaki lagi cepat tangkap fizik dari kimia (dari pemerhatian saya masa study)

        Diana Zainal said...

        Okayy kak zara cikgu kimia ke? Tu pasal tadi bebel psl kimia kt komen fb dgn kita? Keh keh.. Act mase school time I love kimia sgt tapi sbb over jwb,over confident mase spm, kimia lah yg rosakkan result, dpt B3 and seterusnya mengagalkan sy sbgai list pelajar 10A :( but still suka je kimia kat uni ni, tapi xde lah major in kimia..amek biotech byk jugak la ngadap kimia.. Heee ape ape blh la er tny kak zara?haha :)

        Tapi pasal masak tu kta pon ske google2 resepi cari cari idea nak masak but I think pasal make up, kita pandai cket la dr akak but tambah satu je lg bende la selain bedak padat and ais bibir (baca lip ice) which is eye liner.. Haha

        Boleh geng lah gni!haha :)

        Nur said...

        masa sekolah subjek paling tak suka ialah kimia. Kenapa? Sebab tak faham and tak minat. Sampai sekarang tak suka, and now im glad tak kena belajar kimia macam dulu lagi. Memang sampai sudah la tak suka kimia nih..huhu

        doul_nut said...

        masa zaman sekolah dulu, aku pun suka buat eksperimen pelik-pelik masa subkek kimia. berjaya meletupkan satu set tabung uji dan menjahanamkan satu machine yang boleh pusing2 (lupa pulak nama dia).

        Amir said...

        seronok gila baca penulisan pasal sains dalam bahasa melayu. comel dan intellektual. teruskan menulis! ;)