Sunday, July 03, 2011

Bila Kekasih Kau Punya Nama


Setiap manusia mempunyai tiga nama.
Nama yang diberi, nama yang dipanggil dan nama yang kau bina sendiri.

Ya, setiap satu daripadanya membawa kepada kesan berlainan dalam hidup dan tentunya, nama yang dibina sendiri (dibina atas dasar kebolehan atau sebagainya), membawa kepada tanggungjawab dan kerlipan yang berlainan bagi setiap orang. Nama yang diberi sejak lahir juga kadangkala menyumbang jika kau datang dari keluarga yang mempunyai nama gah. Sebagai contoh, siapa yang kenal Annahari berbanding dengan Al-Bukhary? Kan?

Dan bila kau yang mungkin tidak punya nama, ataupun terlalu rendah ke Bumi (baca : down to Earth) mempunyai pasangan yang dikenali ramai, sedikit sebanyak apa yang kau panggil sebagai ruang peribadi mula dicerobohi oleh manusia-manusia lain yang merasakan bahawa hidup mereka tidak secantik, semenarik, sebagus yang kau berdua lalui. Setiap detik perjalanan hidup kau yang selama ini hanya biasa-biasa, tiba-tiba menjadi bahan perhatian. Perubahan-perubahan pelik yang kau sendiri tidak boleh hadam mula berlaku seperti :

  • Kalau dulu Mukabuku hanya ada rakan zaman sekolah dan zaman universiti, tiba-tiba entah dari mana timbunan permintaan untuk menambah sebagai rakan mula muncul. Bila kau mengkaji-kaji siapa mereka, mereka membentak mengatakan kau sombong disebabkan memiliki idola mereka, kononnya. Kau mahu tekan ya, kau sangsi dengan mereka. Kau tekan tidak, mereka muncul lagi. Jalan penyelesaian, kau biarkan permintaan mereka tergantung.

  • Kalau dulu, kicauan kau merapik-rapik di Twitter, tiada siapa mahu ambil peduli. Perkataan limitasi pun tidak kau kenali. Sejak akhir-akhir ini, apa sahaja yang kau keluarkan, mula ada pemerhati. Bila ada yang tersilap, mulalah ada yang menghentam dan pastinya mengeji. Aneh-aneh manusia ini kau fikirkan. Lohongan hitam apa yang mula terbina ini?

[Sumber gambar : Sepasang kaki yang membawa kita mengenali siapa sebenarnya kita di atas dunia, pernahkah kita berhenti sekejap dan menghargai nikmat itu? (Shafaza Zara, 2011)]

  • Setiap gerak geri dan tulisan kau menjadi bahan perhatian. Kau mula rimas sebab kau menulis demi keselesaan diri dan kepuasaan melihat aksara yang saling bersambungan, penuh cerita hanya kau dan dia. Tetapi yang lain yang baru muncul menghentam kau menjaja cerita, padahal kau sudah memulakan sejak entah berapa lama. Cuma selama ini kau tidak dikenali sebab kau bukan sesiapa. Lainlah orang yang gilakan sinar kerlipan jadi manusia terkenal, bila pasangannya meletup, lamannya jadi kegemaran ramai dan dia mula menjual ceritanya kepada media. Kau ketawa sambil raup muka, bisik doa agar kau tidak tamak sepertinya. 

Bila kau diam membisu, orang kata kau sombong, bongkak dengan status yang kau sendiri tidak mengerti. Anehnya manusia yang gila itu, kau lebih nyaman mendengar salakan anjing di tepi jalan. Garang, air liur meleleh dan menakutkan tetapi tidaklah sehina ayat-ayat yang keluar dari mereka yang pastinya mempunyai taraf yang lebih tinggi, selayaknya.

Kau senyum.
Salakan demi salakan umpama senggama minda yang tidak perlu sebenarnya.
Lorong-lorong penuh warna yang kau tinggalkan lebih enak daripada tuduhan-tuduhan yang kau sendiri tidak tahu muncul dari mana. Kau mahu kembali kepada asal, menjalani kehidupan biasa yang tidak mahu tahu apa-apa tentang manusia yang tidak kenal erti penat menjatuhkan manusia lain sebagai contohnya. Tinggalkan sebentar ruang sepi dan mahu menikmati keselesaan lama. Kau cari kawan lama, cari balik keseronokkan lama (harapannya)

Kau : Ah, binatang belum hidup sekarang ini.
Dia : Binatang apa?
Kau : Macam monyet.
Dia : Ayam goreng kunyit?
Kau : Tak, kau main lagi lubang kunyit?
Dia : Ayam goreng kunyit sedap makan dengan kicap.

Kau mengeluh.
Disebalik kebaikan seseorang yang kau boleh berbual (dengan menaip sebenarnya), bila kau jumpa di luar dia mempunyai kekurangan pendengaran yang mungkin disebabkan pergi menyelam selama seminggu agaknya. Hela nafas panjang, kau capai balik kunci kereta sambil ketawa perlahan dan menyumpah. Dari perkataan monyet, tiba-tiba termasuk isu sensitif seperti lubang kunyit. Ini mesti sebab masa berbual ada iklan televisyen yang tunjuk perhimpunan pakai baju kuning itu haram. Kau terfikir sesuatu, kalau ada syarikat yang mahu dapatkan iklan percuma, saat itu mesti menarik punya - orang berhimpun ala-ala segerombolan peminat muzik. Tapi, itu kalau orang mahu ambil kesempatan-lah.

Duduk diam memandu, kau fikir lagi.
Apakah kekasih kau yang terkenal itu akan sertai benda begitu?
Dia sudah dapatkan baju kuning khabarnya dalam perjalanan terakhir dia sebelum menuju ke rumah.

http://farm3.static.flickr.com/2588/4000700096_36bcbff49c.jpg
[Sumber gambar : Baju kuning seperti ini yang kekasih kau beli. Aneh-aneh sahaja citarasa dia yang dikatakan terkenal tu, tapi ramai pula pemerhati yang memuji keindahannya. Kau pelik dengan deria manusia.]

Kau sendiri pun tidak tahu apa kebaikan punya kekasih terkenal seperti dia.
Adakah menjadi bahan kebencian manusia salah satu daripadanya?
Kau geleng kepala.
Aneh.

Nota Kaki :
Ini sebahagian daripada fragmen sebuah cerita mati - luahan hati seseorang kepada aku yang enggan mahu perbualan kami muncul disebabkan dia benci dengan istilah dikenali.

Zara : Mungkin ada benarnya tanggapan yang menyatakan aku lelaki. Kebelakangan ini, orang semua sangsi dengan jantina aku.

17 comments:

Suzen said...

kalau sudah diberikan dengan nama Zara,kenapa perlu sangsi dengan jantina cik Zara.aneh manusia itu. :)

takky said...

dekat malaysia pun ade paparazi...
tapi prob. ye tu sume paparazi yg x de lesen yg sah...
huhuhuhuu

Syara Mohammad said...

menjadi pendamping orang yang dikenali, pernah jua melaluinya. bukanlah terkenal tapi dikenali ramai orang. sukar perjalanan, segalanya terkawal. kadang-kadang perit, apabila segalanya perlu dirahsiakan bahkan kepada keluarga dan rakan rapat. alasan, menjaga reputasi. lantas, memilih untuk undur diri.

Fara said...

we're living the weird world after all, with full other weird people. nak olah panjang lebar tak tahu nak tulis apa, kot nnt tersasar dari tajuk :)

abdul azim b mohamad isa said...

pasangan bercinta seblom kawen gemar menonjolkan diri mereka lebih unik daripada pasangan lain.

nak lagi unik, pakai baju kartun salahudin al-ayubi. baru betul-betul berani.

Sang Pencinta said...

serius atau lebih rius.. aku suka ayat nie..

"Lainlah orang yang gilakan sinar kerlipan jadi manusia terkenal, bila pasangannya meletup, lamannya jadi kegemaran ramai dan dia mula menjual ceritanya kepada media."

yonna said...

sempadan yang ditentukan pada mulanya hanya tinggal angan-angan.

bila baca entry ni, otak aku terus proses tunang si Khairul Fahmi tu, jejari runcing kan? haaa mungkin dia antara yg sesuai untuk dipadankan dengan isi entry ni :)

aku pun semakin tak senang dengan keterbukaan blog aku (eh tapi bukan sebab aku couple dengan retis ke ape haha), tapi rasa dah tak seronok. maka, aku putuskan untuk tidak berblogging lagi. biarlah hidup kat twitter je lepas ni haha

btw, nice entry macam selalu. jatuh cintaaaa dengan ayat2 hang!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Suzen

hahaha.
aku tiada jawapan :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

dekat Barat pun bukan semua paparazi ada lesen yang sah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Syara Mohammad

perlu banyak menjaga hati, tetapi kadangkala hati sendiri tidak dapat dijaga. begitu?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Fara

perhaps

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@abdul azim b mohamad isa

kau beli sepasang baju tu azim, kita berdua pakai. mahu?

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Sang Pencinta

oh, terima kasih.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@yonna

hahaha.
kenapa otak kau terus proses dia? aaa...(sambil ketawa cuit2 pipi kau)

cewah.
kau bukan memang couple dengan #retis Penang ke Yonna? XD #tetiba.

takpe.
kalau hidup di #Twitter sahaja sekalipun, aku tetap akan sentiasa mahu dekat dengan kamu.XD

✿ boonga_kecik ✿ said...

zara kan nama wanita :)
sy xsangsi dh :):)


ingt nk ltak nma anak nnt zara la. comei nama zara. haha. gediks di situ kn


http://boongakecik.blogspot.com/2011/07/hai-cik-manis-sugar-glider.html

mamafarhan said...

bercinta dgn org terkenal mungkin tidak tp dikenali ramai di dlm institut pernah merasai... hidup selalu diekori, diganggu... kesana kemari pasti punya mata yg memandang... huhuhuh... BOSAN...

TheBentPencil said...

betul lah, awal2 saya ingat entri ni khas untuk jejariruncing, lepas tu baca bawah2....er...zara ke? kehkehkeh.

ala biarkan je. ce tengok si Selena Gomez tu. steady je hehari kene maki juta2 kat twitter oleh penggila Justin Bieber.