Tuesday, July 12, 2011

Dugaan : Majlis Hujung Minggu Ini Kawan


Dalam hidup ini, manusia sentiasa diduga.
Ya, dugaan serta cabaran yang pelbagai menjadikan kita lebih manusia setiap hari. Kadangkala dengan segala bentuk ujian itu juga, boleh menyerlahkan sisi kebinatangan yang disimpan sejak sekian lama. Dan manusia sebenarnya adalah makhluk yang sangat tidak boleh diduga - dari satu sisi dia akan ketawa, tapi dari satu sisi lain dia mungkin akan gila. 

Aneh?
Tidak juga.
Itu yang dinamakan manusia dan kita-kita semua masih lagi manusia yang acapkali menjadi sasaran para iblis dan syaitan menaburkan benih kemarahan dan pelbagai lagi anasir gila tatkala diberikan ujian. 

http://farm4.static.flickr.com/3664/3672419884_b763f01d5d.jpg
[Sumber gambar]

Tetapi, sebagai manusia, apa yang perlu kita lakukan?
Tatkala datang pelbagai musibah - satu demi satu, selain daripada kembali kepada Yang Maha Pencipta seperti biasa dan meminta yang baik-baik sahaja dalam menyelesaikan segala masalah, kita harus juga akaur kepada fitrah kita sebagai manusia dan janji Yang Maha Esa - kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita, bukan orang lain.

Dan, aku dikejutkan dengan panggilan seawal jam dua pagi - hanya untuk mendengar raungan dan tangisan seorang teman yang aku boleh sifatkan sebagai manusia baik yang diberikan ujian tatkala dia sudah tertimpa dengan ujian yang berat sebelum ini. Belum sembuh penderitaan, sudah disakiti hingga terpuruk sendirian.

N : Maaf ganggu kau tidur.
Aku : Kenapa menangis ni? Beritahu aku.
N : Hidup aku malang.
Aku : Kenapa cakap begini? Bakal pengantin mana boleh murung. 
N : Dah tiada lagi istilah bakal pengantin.
Aku : Kenapa?
N : L dah putuskan pertunangan kami.
Aku : Biar betul kau? Jangan main-main.
N : (menangis lebih kuat) Betul. Aku dah tak tahu macam mana ni.
Aku : Keluarga macam mana?
N : Ayah aku memang marah sangat tentunya. Sudahlah dia setuju nak teruskan majlis walaupun ibu aku meninggal bulan lepas, tiba-tiba jadi begini. Lagi berapa hari, macam mana nak tarik jemputan segala?
Aku : Dah duduk berbincang?
N : Dah. Keluarga dia siap dah datang rumah lagi.
Aku : Apa celakanya perangai ni?
N : Aku tak tahu. Bila tanya alasannya, dia kata dia tak nampak masa depan dengan aku.
Aku : Apa?!
N : Dia kata aku tak kuat masa ibu aku meninggal - aku menangis, pengsan sebab terkejut, dia kata dia tak sangka aku boleh jadi selemah itu.
Aku : Tapi ibu, keluarga adalah manusia paling dekat dengan kita dalam hidup. Kalau Puan Mulia sakit pu aku risau, sedih, susah hati - apatah lagi kau yang kehilangan ibu kau. Apa hak dia nak cakap kau lemah bagai sedemikian rupa?
N : (kembali menangis) Tak tahu. Dia kata dia tak nampak aku akan jadi seorang isteri dan ibu yang tabah, kalau kena ujian begitu pun tak tertanggung dah.
Aku : Apa celakanya ayat dia ni.
N : Apa nak buat ni Zara? Majlis Sabtu ni Zara.
Aku : Batalkan. Hantar pengumuman atau apa sahaja pada semua jemputan.
N : Kalau kawan-kawan bolehlah aku beritahu, tapi kad jemputan yang keluarga aku edar, macam mana?
Aku : Kalau susah sangat, tukar sahaja majlis tu jadi kenduri tahlil untuk ibu kau. Lagipun Sabtu ni Nisfu Sya'aban. Buat sahaja kenduri, beri orang makan.
N : Orang kan biasanya puasa hari tu.
Aku : Dari segalanya tak teratur, sekurang-kurangnya ada rancangan kalau masih ada lagi orang datang.
N : Pelamin semua hari Khamis baru orang ni nak cabut.
Aku : Dah, dah, jangan fikirkan dahulu buat masa ni. Kau kerja ke tak?
N : Macam mana nak kerja? Nak letak muka di mana?
Aku : Kau ambil masa kau sendiri, jangan putus asa. Jodoh itu rahsia Allah kan? Kau beritahu aku dulu.
N : Ya, rahsia. Dan siapa sangka, rahsia itu terbongkar sebelum mula segalanya.
Aku : Sekurang-kurangnya sebelum kau jadi isteri dia.
N : Aku tetap sedih.
Aku : Faham. Bukan sekejap kau kenal dia.
N : Aku masih tak faham kenapa dia buat aku begini.
Aku : Berhenti dari cari jawapan sebab kadangkala, lebih baik kita tidak tahu dari tahu hingga menyakitkan hati sendiri.
N : Terima kasih. Pergi tidur semula la.
Aku : Kau pun sama, pergi tidur.
N : Kalau boleh.
Aku : Boleh.

http://farm3.static.flickr.com/2497/3707359938_61103b570c.jpg
[Sumber gambar]

Kadangkala manusia boleh jadi terlampau kejam.
Sudahlah pembunuhan, segala jenayah berlaku di merata tempat dalam dunia, menyakitkan hati manusia masih termasuk dalam salah satu senarai yang panjang berjela. Segalanya sudah ditempah, segala bahan sudah tersedia dan beratur dalam rumah, tetapi bila perkara begini muncul dan goncang segalanya?

Ya.
Kita semua hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Itu pasti tetapi dalam hidup ini, ada benda lain yang kita kena lihat lebih luas dari sekadar pandangan mata.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Kesibukan sedang mencengkam diri. Apa sahaja berlaku, kita masih perlu kenal diri.

Zara : Walau betapa kejamnya dunia, kita masih ada hak untuk rasa gembira. Benar bukan?

28 comments:

khaizarien said...

kejamnye dia. kejam dengan alasan yang tak asuk akal. kejam dengan masa yang terlalu singkat.

Ujian Allah untuk orang yang tinggi darjatnya. biarkan si dia dengan dunia kejamnya lagi hina.

Yup jodoh itu rahsia Allah. benda terjadi kerana si L tidak layak langsung untuk N.

besar dugaan N. moga Allah ada untuk lindunginya. Moga hatinya masi utuh untuk terus memujuk diri.

Biar hilang mentari dan hadirnya hujan yang lebat, kerna kehadiran pelangi setelah itu lebih indah dari segala yang ada sebelumnya. Moga N temui jalan bahagia :)

Monster Siti said...

kenapa kejam sangat? T__T ya Allah~

hazwani said...

byk nya kes macam ni sejak akhir2 ni... risau jugak. apa2 pun, semoga sahabat tu dapat teruskan kehidupan dengan baik...

namaakulynn said...

GERAM BETOIII LA LAKI CAMTU.isk isk.kesian dia and family.*sigh
semoga kawan akak jumpa laki yang lebih baikkkkk.she deserve someone better than laki tuuuu.

Anonymous said...

tembak je laki cmtu.....xpe, next time, ade org wat kt fmly die cmtu...pdn muke...

forever and always said...

alasan yang tak munasabah.mungkin N mampu dapat suami yang jauh lagi baek..Allah kasi kita orang yang salah mulanya untuk dapat org yg lebih baik:)

Ainul Hayat said...

Benar Zara. Kita masih ade hak untuk berasa gembira didunia ni. Ini semua kerja Allah. Pesan pada kawan tabahkan hati ye. (Sedih baca entri ni..)

en_me said...

dugaan macam2 kannns.. uhuhu

AziE said...

Suka kata2 ini "Berhenti dari cari jawapan sebab kadangkala, lebih baik kita tidak tahu dari tahu hingga menyakitkan hati sendiri"

h A n Y S said...

Ya Allah..kejam sungguh.. break hanya utk that kind of simple reason?!! saman je!bukan sebab duit, tp sebab malu, maruah keluarga mcm dimain-mainkan..biar jd pengajaran utk semua..

Noreen Natasha said...

Sampai hati si lelaki itu buat macam tu.
tiada perasaan kah dia?
ya..memng kejam, zara.

ada hikmah yang berlaku pada teman awak tu..

sy doakan yg terbaik untuk dirinya.
:)

TheBentPencil said...

ah, ni macam cerita dalam suratkhabar semalam. dia saman tunang yang putuskan tu, serta minta dia buat iklan mohon maaf dalam suratkhabar. baru dapat menebus malu.

anyway, cakap kat kawan tu jangan sedih, maybe orang tu really bukan untuk dia. sebab buat reasoning yang tak masuk akal camtu untuk memutuskan hubungan. entah-entah bila berkahwin mungkin hal lagi remeh dia buat gaduh, kejap je terus cerai. sia-sia membini/suamikan orang camtu!

macam saya tulis dalam Facebook hari tu. lebih baik sepuluh perhubungan gagal daripada satu perkahwinan gagal.

takky said...

sepatutnya bekas N tu bagi sokongan pada N lepas ibunya meninggal...
bukan ye ckp mcm 2...

smoge N tabah ye....

Red said...

Betul. Entri yang dapat memikat jiwa manusia sedemikian rupa. Siapa pun boleh menjiwainya dengan gaya penulisan begini. Sangat respect.

Suzen said...

sedihnya. :(

♥CIK SHA♥ said...

sedihnye kisah kawan cikgu Zara..kalau saye berada di tempat dia saya mungkin tak mampu nak hadapi..

b a m b a m ' s said...

perghhh perangai..!! tak agak2 nak bagi reason tuh.. kucing peliharaan mati pon perempuan sedih..apetah lagi ibu and family sndiri.. hurmmm.. mana lar letaknya hati dan perasaan laki tuh.. -.-'

mendatak hijau said...

ha??
Ya Allah,tabahkan hati manusia itu!!!

DaUnAn said...

X sangka seorang lelaki sanggup buat camnni...kawan kau perlu kuat untuk menghadapi dugaan itu...jadikan sahaja kenduri tahlil...benar kata kau...

Ida said...

Cerita ini amat dekat denganku.. kerana aku pernah mengalaminya beberapa tahun sudah.

Alasan? Kerana aku tidak mahu melepaskan kerja aku. Macam mana nak berhenti kerja sedangkan itulah yang aku mahu dan aku ingat dia paham kehendakku.

Tapi beberapa bulan lepas tu, aku dapat tau, sebenarnya dia curang, dah ada wanita lain dalam hidupnya. Tapi dia tak mahu dipersalahkan.

Cik Norfa said...

simpati aku pada wanita itu.
aku harap beliau takkan mengalah dengan dugaan ini. Serius, hampir bergenang mata ini.

Tiada siapa sangka, orang yang kita percaya khianati kita dengan cara mengaibkan seperti ini.

Moga Tuhan berikan yang lebih baik pada beliau.

kakyong said...

salam singgah,

semoga sahabat Zara tabah melalui ujian ini.. memang berat dugaan ni. Biarlah lelaki itu memalukan kawan Zara sebegini rupa.. tiap perbuatan ada balasannya...

lebih baik drp dimalukan sesudah menjadi isteri.. Insya Allah, tabahkan hati.. Allah duga kerana Allah sayang.. dan mungkin Allah telah reservekan lelaki yang lebih budiman dan bertanggungjawab utk teman Zara tu..

Bersabarlah. Sabar itu manis..

misya mialen said...

tersentuh hati cerita psl kwn zara.hidup sllu bgitu.sukar untuk diduga.Klu Tuhan sudah bagi dia ujian begitu, maknanya dia mmg cukup tabah. Mana mungkin Tuhan bagi dia Ujian, klu mmg dia x mampu hadapi kan..mudah2an dia tabah.salamkan salam sy dgn dia ya.insyAllah..akan ada sinar utk dia satu hari nnt..only Allah knows da best for us kan..

saya.dan.saya said...

kejamnya orang yang buat macam tu!
sangat kejam!
tak pernah fikir perasaan orang lain.
takpelah, hidup didunia nie pasti ada hukum karma.

Semoga kawan zara sabar dan tabah.
walaupun kita boleh nasihat sabar, tabah dan segala bagai..tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
apa pun, semoga kawan itu dapat teruskan hidup tanpa lelaki kejam tu.

hanjila said...

ingatkan kisah begini hanya wujud dlm drama Nora Elena, rupanya realiti sbnr lbh kejam...

lelaki tu, worst guy of the year. tolonglah jgn lari dr tanggungjawab hanya krn alasan klise mcm tu...

abdul azim b mohamad isa said...

bukan semua lelaki begitu. ada juga kes perempuan yg batalkan perkahwinan saat akhir.

sebab yg common adalah mintak tambah hantaran padahal dah setuju masa tunang dulu. bila lelaki cuba bincang semula, selalunya tak berjaya dan akhirnya putus.

tak semua lelaki jahat dan tak semua perempuan baik.

AIMIHAMID said...

mintak2 dijauhkan dari perkara yang sebegini rupa. amin.

sampaikan salam buat N, dan suruh dia tabah ya. hidup mmg banyak dugaannya. duduk di mana, lari jauh mana, sorok dalam mana, kalau dah namanya takdir benda tu nak jadi kat kita, kena terima. walaupun susah. moga dia dapat semangatnya kembali. amin.

Fara said...

sedih. keluar air mata. berat lagi orang yg menanggung rasa itu kan. boleh kata tak nampak masa depan? masa depan dia belum tentu bagus. geram pula dengan orang mcm ni.. moga kawan zara dapat jodoh yg lebih baik