Friday, July 08, 2011

#FF #01 : Harga Yang Kita Bayar


Dalam hidup ini, kadangkala kita membayar harga yang terlampau tinggi untuk sesuatu yang kita sendiri akan rugi. Bukankah hidup ini dikatakan sebagai satu tempat memperjudikan nasib yang kita sendiri tidak akan tahu untung atau ruginya?

http://farm6.static.flickr.com/5273/5861313764_4ceffb8be4.jpg
[Sumber gambar]

Kita sayang orang, orang mungkin tak sayang kita.
Kita hormat orang, mungkin orang tak hormat kita.
Macam-macam perangai kan?

Tapi itulah, kita tetap juga manusia. Mereka juga manusia.
Tetapi, apakah yang membezakan antara manusia itu dengan kita semua eh?

Mungkin sekarang kita tidak tahu jawapan yang sesuai. Ada lambakan persoalan, jawapan yang memenuhi pemikiran tetapi kita tidak dapat mencerna yang mana satu baik untuk kita. Tidak mengapa, ia masih sesuatu yang menggembirakan untuk tidak tahu jawapan sebenar kerana ia akan membuatkan kita sentiasa mencari - menggali jawapan kepada pelbagai persoalan.

Kadangkala, tidak tahu itu lebih baik bukan?
Dari tahu dan akhirnya menyakitkan.

Nota Kaki :
Esok ada perhimpunan #Bersih 2.0 - pastikan diri anda jangan terperangkap di jalan-jalan yang ditutup ya? Nanti jauh pula nak menapak.

Zara : Sudah terang lagi bersuluh bahawa selepas ini janji itu harus dikotakan. Celaka badan (dan perasaan) mengharapkan kawan itu seperti dahulu dengan janjinya. Dengan itu, segala janji yang pernah disimpulkan terlerai dengan tumpahnya darah. Tamat.

5 comments:

ZeBentPenzel said...

eeekkk!! apa tumpah2 darah ni? bahaya la cik kak oi...hehehe

tapi btul, dia manusia kita manusia. entah apa sebabnya dia mungkir. kadang2 dia tak beritahu kita. so bersangka baiklah selagi tak menjumpai bukti sebaliknya, n move on.

hanjila said...

ya, mgkn lbh baik tdk tahu drpd tahu, lbh baik lupa drpd ingat...

:)

cikpepel said...

menunggu janji ditepati.huhu.

Hami Asraff said...

Manusia boleh berubah dengan sekelip mata. Benar. Kadangkala biar tak tahu apa-apa daripada dapat tahu hal sebenar yang sangat menyakitkan. Terima kasih untuk entri ini :)

Sang Pencinta said...

persoalan akan mematangkan fikiran.. tapi terpulang bagaimana langkah sesorang itu menjawab persoalan..

kadang persoalan positif di jawab negatif.. sure dan confirm akan negatif jugalah kan..

Manusia. Klise bila aku cakap rambut sama hitam , hati lain lain, rambut dah die lain-lain hati tetap lain-lain juga.. Klise tapi masih segar hingga kini..

BERSIH kan hati, bukan BERSIHkan jalan ibu kota KL.. panjang lak karutan hahha..