Monday, July 25, 2011

Itu Mungkin Permintaan Yang Kau Tidak Tahu


Satu peringkat, bila aku mula rapat dengan seseorang (dalam erti kata persahabatan), aku akan dapat merasakan sesuatu apabila sahabat itu dirundung malang. Kesedihan. Murung. Perasaan itu dapat dihidu dan jantung aku (entah perlu berterima kasih atau apa), akan berdetak hebat bagaikan sedang dipalu rebana yang tidak mahu diendah. Aneh.

Tidak.
Bukan aku tidak menyukai benda sedemikian. Itu menjadikan aku lebih manusia bukan?
Cuma, apabila aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan mendengar suara lirih sahaja, aku jadi mati akal. Mati rasa. Daya tumpuan aku berkurang dan aku kena memaksa diri aku bekerja. Aneh lagi?

[Sumber gambar | Tumblr aku]

Setiap daripada kita punya impian. 
Punya harapan.
Punya satu bentuk kekuatan.
Permintaan.

Aku mungkin sayang kau.
Mungkin juga aku suka kau.
Aneh, aku ada rasa pada kau.
Diam, aku tolak tepi tetapi aku tetap rasa aku minat kau.
Bodohnya, tapi aku masih punya perasaan pada kau.
Gundah, aku jengah kau.
Aku mungkin suka kau.

Aku sayang kau.
Ya, aku minat kau.
Tapi aku tak akan beritahu kau.
Sebab hati kau sedang galau.
Sedang kacau bilau.
Dan kawasan itu tak akan aku kacau.
Sebab aku tahu aku bukan di hati kau.

Tapi, aku tetap rasa aku suka kau.
Aneh, aku mungkin sasau.
Tak, aku cuma risau.
Jika benar, aku suka kau.

[Shafaza Zara, 25 Julai 2011 - 5 : 45 pagi]

Dan kadangkala, kita akan mematikan sesuatu sebelum sempat sesuatu itu bermula.
Kita enggan terjebak lebih jauh dan takut akan mengundang celaka.
Musibah memang bukan kita pinta tetapi kesakitan itu cela.
Sakitnya buatkan kita enggan buka mata.
Sengsara.

Nota Kaki :
Apa warna baju yang dipakai hari ini?

Zara : Sedikit sebanyak ketegangan otak sudah mula disalurkan apabila aku mula bekerja semula dan memberikan tumpuan lebih kepada penulisan. Aneh-aneh sahaja, aku sudah lari dari kebiasaan norma.

8 comments:

Anonymous said...

warna biru..unhtuk kedamaian mungkin..
dimanakah hati tepu milik zara?
sy doakan kabahagian yg hakiki tuk anda:)

Sara Ali said...

cukup indah,
rasa cemburu bila dpt baca bahasa yg indah2 dri awk sendiri.

teruskan,,,
sy sukanya.

Sara Ali said...

cukup indah,
rasa cemburu bila dpt baca bahasa yg indah2 dri awk sendiri.

teruskan,,,
sy sukanya.

b a m b a m ' s said...

suka dalam diam jek yg termampu?? =(

cik marikh said...

memang aneh perasaan itu..
kadang2 nak ngelak, tapi tak boleh..
serasa diri ni perasan lebih pon ye..

aQel said...

pernah lalui ini juga. tak seronok bila rasa sebegini timbul.

shishi.. said...

wah...satu penulisan yg puitis dan indah...sgt bgus untuk bce...

eiela said...

warna biru jugak untuk hari nih.