Monday, August 01, 2011

#01 #Ramadhan : Mahu Terus Kekal Senyum


Salam Ramadhan semua.
Ya, disebabkan agak sibuk menguruskan diri sendiri dan peserta #TadarusQuran - aku jadi kelam kabut dengan diri sendiri. Hilang separuh daripada tidur malam yang sudah dibawa pergi ketenangannya oleh bajingan yang keji. Ah, aku mahu lupakan kisah yang menghantui setiap malam tapi anehnya, aku masih lagi takut dengan kegelapan dan ketukan di pintu. 

http://farm3.static.flickr.com/2792/4285348840_6362c43748.jpg
[Sumber gambar]

Dan pagi tadi disebabkan hari ini tidak bersekolah, aku buat sesuatu yang entah bila kali terakhir aku lakukan dalam hidup. Demi mencari kebenaran, mencari kepastian akan sesuatu, aku membaca lebih banyak dari biasa hari ini. Ya, itulah aku. Manusia beku yang hanya duduk membaca bila aku lalai dan terlupa akan sesuatu hakikat yang sebenarnya - membunuh aku secara diam dan dalam senyap. Aneh?

Tapi aku hanya mahu diam.
Buat keadaan seperti biasa.
Dan satu perkara, aku mahu terus kekal senyum walaupun aku sudah tidak nampak lagi pintu bahagia dengan manusia. 

Selamat berpuasa dan ya, selamat berbuka bila tiba waktunya.

Zara : Sedang mengumpul lebih ramai lagi peserta #TadarusQuran. Dan juga nombor-nombor telefon kawan yang hilang.

7 comments:

Munna said...

selamat bpuasa zara =)

Anem arnamee said...

Salam ramadhan, syg :D

Anonymous said...

dunno why.. all ur entri terasa dekat kat hati.. maybe i got same feeling wif u..

"aku mahu lupakan kisah yang menghantui setiap malam tapi anehnya, aku masih lagi takut dengan kegelapan dan ketukan di pintu."

its same wif me.. setiap malam b4 tido i wish aku boleh lupakan semua kisah sedih tu...

-I-

cahya indah said...

Salam Ramadhan dear. Hope you'll have peace in your heart back soon. Before tido minum hot cocoa or milk okay..

cik lemon said...

salam rammadhan syg..
teringat memori pose du utm dulu..huhu

jom pi bazar yok~

Beeha B. said...

"aku mahu lupakan kisah yang menghantui setiap malam tapi anehnya, aku masih lagi takut dengan kegelapan dan ketukan di pintu"


aku xkan takut lagi~

waaaaaaa..semua entry kamu mmg melekat d hati~

Edy Ramanov said...

selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh senyuman ya. edy dah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq