Tuesday, August 02, 2011

#02 #Ramadhan : Bila Kebenaran Sudah Terbuka


Sebenarnya, dalam hidup ini perkara yang benar itu mudah.
Semudah kita kata kita buang air besar (ala, berak) akibat sakit perut yang menggila. Lepas buang, kita akan puas hati disebabkan perut yang menyucuk sudah sihat kembali. Senyum. Kita suka hati. Begitu juga dengan sesuatu kebenaran yang indah bila kita dapat tahu dan mampu berjalan tegak tanpa ada sekelumit duka.

Begitulah hakikatnya.
Ala, perasaan itu lebih kurang serupa apabila kita dapat berbual dengan kekasih lama tanpa sedikit pun punya rasa, menyindir satu sama lain dengan kisah silam tanpa berdetak nakal si jantung saga dan akhirnya, permasalahan yang pernah timbul hilang begitu sahaja. Sebab kita tahu, itu cerita lama. Cerita kita dan dia sudah tiada. Dah lama mati ditelan masa.

Satu demi satu halaman dibuka.
Masih dalam norma, keperluan itu tidak perlu apabila dihidangkan dengan kenaikan satu demi satu frasa yang buat mata tertancap, telan air liur dan ketuk kembali badan supaya jangan kaku. Ah, perasaan itu boleh diibaratkan, kita menyimpan perasaan yang hebat pada seseorang, tetapi akhirnya kita sedar bahawa dia ada yang punya. Kita tahu selama ini tapi cuba untuk buat tidak endah. Padahal, menyeksa hati sendiri. Batin rasa serupa macam neraka. Panas. Sakit. Ngilu. Tapi tahan sahaja. Kononnya penantian akan berbaloi. Katakanlah semuanya akan berbalas juga. Aneh, itu khayalan bodoh yang tidak terlaksana.

[Sumber gambar]

Mula-mula kita akan rasa nak hentak kepala.
Lepas itu kita mula membayangkan perkara yang pernah terjadi di antara kita.
Disusuli dengan kenangan yang entah apa-apa : panggilan telefon, kunjungan raya, pesanan ringkas yang panjang berjela, perbualan di hadapan komputer riba selama berjam lamanya dan sebagainya.
Tapi akhirnya, kita akan tersentak dan tahu itu sebenarnya hanya satu aktiviti biasa.
Perbuatan lazim manusia.
Atas nama persahabatan.
Sahaja.

Mata nak merah.
Pipi nak panas.
Bibir nak kering.
Gigi nak ketap.

Mulalah mata nak bergenang air mata. Tahan dari tumpah. Pujuk diri dengan ayat penuh berbunga. Beritahu diri bukan semua benda yang kita mahukan akan dapat seperti yang dihajatkan dalam doa. Mimpi setiap malam itu hanya mainan tidur akibat terlampau memikirkan manusia lain dan bukan diri sendiri yang lebih utama. Kegembiraan yang dinikmati itu hanya sementara - disusun dalam kelopak mata agar tidur malam lebih enak, lebih ceria dan senyuman akan terukir sehingga telinga.

Tapi itulah.
Benda itu imaginasi semata.
Khayalan seperti tarikan dadah yang membawa terbang entah ke mana.
Lebih kurang serupa.

Lepaskan ketawa.
Nafas dihela panjang dan lepaskan ketawa.
Lagi sekali dia hanya mahu hembus keluar tenaga gembira.

[sumber gambar]

Ketawa riang.
Senyum mesra.
Tabah itu kekuatan yang dia tahu dia ada.
Dia mahu jadikan itu harta peribadi yang tiada siapa dapat sentuh dengan bahaya.

Dan dia hanya senyum.
Senyum sebagaimana dia tahu kebenaran untuk kali pertama.
Senyum sebagaimana dia tahu kebenaran untuk kali kedua.
Senyum sebagaimana dia tahu kebenaran untuk kali ketiga.

Cuma yang bahagianya, dia sudah jadi lebih tidak endah.
Menutup sebelah mata.
Tutup hati selamanya.

Nota Kaki :
1. Cuti Isnin dan Selasa. Maka, jangan kata aku ponteng kerja ya?
2. Projek #TadarusQuran sedang berlangsung. Dipersilakan sertai kalau mahu.

Zara : Bila rasa itu kembali semula, katakanlah mahu terbang ke bawah, pastikan kaki yang menyentuh tanah terlebih dahulu, bukannya kepala dan akhirnya tiada apa yang akan dapat dipungut semula. (Shafaza Zara, 2011)

9 comments:

norinaomar said...

saya kalau boleh tidak ingin ada kaitan apa-apa lagi dengan kisah lama.Tidak sama sekali.

p/s:Syoknya dapat cuti sampai selasa..huuu

Yong said...

suka entry ni,sebab terjadi dalam hidup saya.

Rasa dah ilang..

amalina wahida said...

kene selalu senyum walaupun kebenaran tu mungkin memedihkan..

inaks said...

SY SEDANG MENUNGGU..ENTAH SAMPAI BIAL BERTEMU JAWAPAN..HUHU..PENAT...

Syuhada said...

sangat suka entri ini. macam sebijik2 kena atas kepala. :)

kueh bakar said...

tutup sebelah mata boleh
tutup dua belah mata pun boleh
tutup hati selamanya?
boleh tapi baik jangan...

Ezma FaSham said...

Selalu kagum dengan penulisan zara... penuh maksud. mendalam. penulisan yang sangat indah...

Suhaili Rahim said...

entri awak kali ni indah sgt..sama seperti apa yg saya rasa..saya kagum dgn penulisan awak..dalam masa yg sama,saya terfikir masih ada manusia ygmampu menulis sebegini indah..dan ianya lebih indah bila apa yg awak tulis tu seperti apa yg saya pernah alami..=)
thanx alot!tulisan awak ni buat saya bangun semula..

Suhaili Rahim said...
This comment has been removed by the author.